Wednesday, December 15, 2010

Jangan Jadi Ayam

Ada sekumpulan ayam.. 10 ekor semuanya.. Ayam.. bukan bayam.. Selama ni hidup diorang diayam hanyalah kat dalam reban bersama 100 ekor ayam yang lain.. diberi cukup makan sejak hari menetas.. Hidup dengan gumbira ria tanpa ada sebarang rasa gundah gulana..


Tapi entah kenapa pada pagi tu Wak Saru Han (bukan nama sebenar), telah menangkap mereka 10 ekor dan dimuatkan ke dalam satu raga yang agak sempit.. Kemudian Wak Saru Han telah meletakkan raga tersebut dibelakang sebuah kapcai C70 yang diperbuat pada tahun 1990, yang dah lama tak direnew insuran & rodtek.. "Kata nak tolong orang Islam.. tapi motor lebih 15 tahun korang tak terima.." kata Wak Saru Han kepada agen takaful, Azhar Jaafar melalui YM. "Mana aku tahu wak.. aku ni agen aje.. bukan tokey syarikat Takaful tu.." jawab Azhar Jaafar.

Wak Saru Han mengikat kemas-kemas raga tersebut sambil dimulutnya (nya = mulut Wak Saru Han, bukan mulut ayam) tersentil sebatang rokok Gudang Garam yang membara.. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung beliau.. sesekali asap turut keluar dari kedua-dua belah telinganya.. Walaupun Wak Saru Han tahu bahawa fatwa kebangsaan telah mengharamkan rokok, tapi dihisapnya juge.. "Aaahh.. itu haram.. ini haram.." kata Wak Saru Han bila ada kengkawan yang cuba menegur kemaksiatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu..

"Nak ke mana kita ni?" tanya ayam A (juga bukan nama sebenar) kepada ayam B (yang ni memang nama sebenar). "Mana gua tahu.." jawab ayam B. Ayam C hingga J hanya tercengang-cengang sahaja macam ayam..

Starter ditendang dan enjin kapcai dihidupkan.. Wak Saru Han terus memecut kapcainya lagak seorang penghantar pizza.. Bunyi ekzos yang dibuat dari buluh memecah kesunyian kampung.. 15 minit kemudian Wak Saru Han sampai ke destinasinya.. pasar! Ya, pasar.. pasar tani yang dibuka seminggu dua kali itu..

Ikatan raga dilepaskan dari kapcai.. Gudang garam yang dah tinggal puntung tu segera dibuang.. Alatan untuk menyembelih ayam dah pun diatur.. sekarang hanya menunggu pelanggan dan mengaut sedikit keuntungan.. Peniaga kecil-kecilan seperti Wak Saru Han tak kisah..dapat jual 10 - 20 ekor ayam seminggu pun dah ok..

Datang seorang makcik berbaju kurung dan bertudung tapi tak berstokin (macam la kaki tu bukan aurat).. "bagi ayam sekor.. saya jalan dulu, jap lagi saya datang ambik ayam.." Wak Saru Han memasukkan tangannya yang berbau candu itu ke dalam raga dan memilih secara random ayam yang bakal dijadikan korban pertama.. Ayam J telah terpilih.. Dia ditimbang dan disembelih dihadapan ayam-ayam yang lain.. kemudian diproses dan dipotong-potong.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Tak lama datang lagi sekor sorang pelanggan. Langkah yang sama seperti di atas diulangi oleh Wak Saru Han.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Kemudian datang lagi sorang pelanggan. Seekor lagi ayam dikorbankan.

Ayam-ayam yang lain berkata dalam hati masing-masing, "itu dia.. bukan aku.."

Akhirnya, tengahari itu Wak Saru Han pulang ke rumah dengan raga yang kosong dan poket yang penuh serta sekotak besar Gudang Garam yang masih belum dibuka balutnya..

Sekian..


*kesimpulannya.. kita semua sekarang tengah duduk dalam raga dunia.. hari-hari kita tengok & dengar berita kematian orang lain.. tapi masih cakap macam ayam, "itu dia.. bukan aku.."



21 comments:

  1. berani diayam tengok movie horror tu...

    ReplyDelete
  2. horror gile......

    bila letak diri sbg ayam mcm dlm cerita no, mmg horror..

    ReplyDelete
  3. hebat ceritanya(nya azhar jaafar)...hehe
    sy suka kata2 tu, itu dia, bkn aku...

    ReplyDelete
  4. salam...

    normal things happen around us...

    itu dia,bukan aku...

    lama2 boleh jadi
    "itu diorang (not diayam), bukan kita..."

    haaa....dunia2....istighfar~

    ReplyDelete
  5. mmng kiteats dunia ni pun idup cam AYAM.....
    TGGU MSE JE NAK KENE SEMBELIH......

    ReplyDelete
  6. Ayam bermacam ayam,
    Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki ayam belanda...

    ReplyDelete
  7. oh, aku ayam rupanya.


    sedihnya.

    ReplyDelete
  8. Teringat kata2 Dr Mahathir, "Kita adalah orang lain kepada orang lain"...semasa dia menasihatkan supaya berhati2 di jalanraya di musim perayaan.

    ReplyDelete
  9. ...tapi sedihlah bila kawan mati syahid kita nak kata "Itu dia, bukan aku.."

    ReplyDelete
  10. Nerzhul;
    diayam pun dah tiru diorang.. suka tengok citer hantu..

    n0vemBer zuLu;
    dah la horror.. giler pulak tu..

    hamdi;
    kepada Nya kita semua akan kembali..

    asy_syakirin;
    ataupun, "itu ayam, bukan aku.."

    aNtu_BaEk;
    لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    awangTRG;
    goreng pun sodap..

    mhafiz_ydin;
    kat bukit bintang pun ada ayam..

    matadore;
    ayam mati x kena hisab..

    NHN7;
    dan kata2, "melayu mudah lupa.."

    untuk kawan yang syahid kena kata, "semoga aku dapat jadi macam dia.."

    ReplyDelete
  11. Analogi yang bertepatan dgn dunia sekarang ni..
    Istighfar...
    (suka sindiran sinis rokok, stokin tu)

    ReplyDelete
  12. tumpang lalu, sy org baru...

    sungguhpun banyak keburukan pada seekor makhluk bernama ayam. namun harus diingat terdapat banyak kebaikan yang kita boleh ambil manfaat dari sifat dan sunatullah kejadian seekor ayam. cuma tahap kepekaan dan sensitiviti kita yang membolehkan kita dapat melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak.

    ibu ayam(bukan ayam yang satu tu!) contohnya. apabila tiba musim mengeram telur ibu ayam akan melindungi dan menjaga keselamatan telurnya dengan sepenuh hati. datanglah ancaman apa pun ibu ayam ini tidak akan berganjak dari sarangnya dan dalam keadaan biasa seekor ayam kampung sekiranya kita mengacah pun pasti ayam ini akan melarikan diri dengan pantasnya.

    apabila telur ini akan menetas nanti ibu ayam ini akan menjaga anaknya siang dan malam. kais sana dan kais sini sekiranya dapat seekor cacingpun pasti rezeki ini akan diberikan kepada anak-anaknya dahulu. dan perkara yang paling mengagumkan lihat pada tahap sekuriti yang disediakan oleh ibu ayam kepada anak-anaknya. dengan bulu yang mengembang ibu ayam ini akan mempertahankan anak-anaknya dalam keadaan apa sekali pun. sekiranya kita tinggal di kampung dan biasa membela ayam pasti kita pernah lihat fenomena di mana seekor ibu ayam mengejar kucing yang menganggu anaknya dan yang lebih dahsyat lagi ibu ayam juga akan berani bertarung dengan anjing sekiranya anjing ini datang menganggu.

    dari mana datangnya keberanian yang menakjubkan ini? di kala seekor manusia sanggup membuang bayi di merata-rata tempat. tidak pernah lagi tersiar di dada-dada akhbar ayam membuang anaknya!

    ya keberanian yang datang asbab kasih sayang yang mendalam ke atas darah dagingnya sendiri..

    satu fenomena biasa dan remeh namun jika diperhatikan dengan mata hati dan dari suatu sudut yang berbeza banyak pengajaran yang kita perolehi.

    dibawakan satu dimensi pandangan berbeza untuk dihayati bersama...

    saudara azhar:
    satu cara yang santai dan mudah dalam mewakilkan sifat tidak baik manusia dalam cerita beberapa ekor ayam!

    ReplyDelete
  13. z@i;
    dan bukan bayam..

    kopiah_alrazi;
    rokok.. bukan setakat bahaya kesihatan tapi bahaya iman gak..

    syuk;
    ;p

    mypolis.net;
    ya.. sila lalu.. nak kena saman ke ni?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    lama dah tak komen.


    errmmm tu la x sedar2 nak mati dah,
    mati itu dekat, bila2 je


    ada tak apa2 amal, nak mudahkan byr hutang?


    hrp mati, smua utang da setel INSYA ALLAH

    Amin...


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  15. hainur hapis;
    w'salam.. Nabi & sahabat dulu pun ada berhutang tapi hutang untuk diguna dijalan Allah.. hari ni kita berhutang untuk dot.. dot.. dot.. (sensitif!). Doa utk mudah bayar hutang;

    http://doaharian.blogspot.com/2007/03/doa-supaya-dapat-membayar-hutang.html

    ReplyDelete
  16. "Aku bila pulak nak jadi macam tu?"
    He he he.

    ReplyDelete
  17. Bijen M.;
    jadi sapa? jadi ayam ke jadi Wak Saru Han?

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...