Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri & 10 hari Ipoh

1 Syawal 1431

Dari aku & korge..

Terkata, tercela, terumpat, teraniaya, terskodeng... aku mintak maap..


10 hari Ipoh

Alhamdulillah dari 31/08/2010 hingga 09/09/2010 yang lepas, aku keluar 10 hari.. Kumpul kat masjid Sri Petaling 9.30 pagi.. ada 2 jemaah yang diberi bayan hidayat pagi tu..

Sebenarnya ada banyak jemaah yang keluar 10 hari Ramadhan kat KL ni, tapi bayan hidayat dibuat kat kawasan masing2.. aku yang keluar sorang2 ni, kena la berkumpul kat masjid Sri Petaling..

Jemaah aku seramai 11 orang, diputus untuk keluar ke ipoh parit Ipoh..

dan.. 4 orang dari nya adalah 'follower' blog nih.. adus.. kena kontrol hensem la macam ni brader..


On d way to Ipoh

Route 1 ~ Masjid Sultan Azlan Shah

Masjid Sultan Azlan Shah
Secara umumnya buat usaha ke atas student Politeknik. Dapat nusrah yang baik dari pelajar.. Syukur pada Allah, satu jemaah 3 hari; 9 pelajar beserta 4 orang awam dapat dikeluarkan..

Kereta jemaah.. yg tengah & yg kanan tu buat insuran ngan agensi aku.. heheh..

Keletihan lepas berjaga sepanjang malam

Route 2 ~ Masjid An Nur, bt 8, Ulu Kinta

Masjid An Nur, bt 8, Ulu Kinta
Tak boleh tidur la pulak kat sini.. buat ibadat je boleh.. Tidur dengan niat iktikaf kat masjid tu bukan kira ibadat ke? 10 hari terakhir dari Ramadhan pulak tu.. Aku heran betul la.. pada zaman PM & TPM dah datang ke ijtimak pun masih ada masjid yang macam ni..

Orang2 tempatan yang kami jumpa pun rasa terkilan sebab jemaah x dibenarkan iktikaf.. Jadi kami terpaksa iktikaf kat sebuah surau PAS kira2 500m dari masjid.. Subuh sampai witir kat masjid, lepas witir kat surau sampai sahur.. kami rugi pahala iktikaf kat masjid..

Surau Al Falah, bt 8, Ulu Kinta

11.30 pagi @ 25 Ramadhan

Buat usaha student gak.. dalam jemaah ni ada 2 doktor medic.. jadi ngam sangat la bila buat usaha pada student pembantu perubatan.. 9 orang lagi berjaya dikeluarkan.. tapi keluar ke Mc D berdekatan je..

Para pelajar Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta menunggu hidangan dari langit

Char Kuew Teow x de kat sini

..dan abang Ben (blog Krenmaut) join kami 3 hari ..

Abang Ben & Abang 10 (jadilah Ben 10)

Route 3 ~ Masjid Felcra Nasaruddin, Sri Iskandar

Masjid Felcra Nasaruddin, Sri Iskandar

Orang khidmat untuk sahur 29 Ramadhan

Jemaah satu hati insyaAllah.. hepi semacam je aku tengok..

08/09/10 @ 2.50ptg; bergerak ke KL..

Good bye Ipoh

dan malamnya lepas terawih, ada jamuan lagi..

Makan malam kat Al Diafah, Sri Petaling

09/09/10 @ 10.00pagi;  balik rumah.. Semoga khuruj kali ni, diterima Allah..



13 comments:

  1. sempat dpt customer lg.. :)

    aldiafah nmpk grant la ;) arab restaurant eh?

    oh, slmt raye =)

    ReplyDelete
  2. Ko dan aku kena banyak2 istighfar ni. Ko keluar kat masjid Sultan Azlan Shah, betul2 depan sekolah aku ngajar tu. Ckg Shukri (syura ipoh) beberapa kali call aku suruh nusrah jem ni sebab nak usahakn atas student bisu di PUO. Senarai nama student poli bisu semua ada kat aku. Mmg aku azam join jem ni 3 hari di masjid sultan azln shah, tapi tiap kali nak pegi nusrah jer, ada ajer musyaqah2 yg menghalang.
    Rupanya Allah tak pilih aku untuk nusrah jemaah yg 'kuat2' ni...huhuuhuh. Aku mmg xtau ko ada dlm jemaah ni.

    Tu yang aku nak tuntut jugak kat ko ni. Apsal ler jemaah ni xdtg khususi aku. Kalau ko dtg khususi aku, insyaAllah aku dtg nusrah cash...bukan sekadar nusrah, tapi terus bentuk jemaah n kluar jln Allah..cash.. (alasan2 karkun slack macam aku..hehehe)

    Apa ko nak jawab bro? kat dunia lagi orang dah tuntut ni...hehehehehe

    Selamat hari raya maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  3. n0vemBer zuLu;
    customer sedia ada sejak beberapa tahun.. selamat beraya..

    Tamindhari;
    syura dah tepon pun ko x dtg? pehh.. istighfar x cukup nih.. kena taubat.. Org tptn x de pulak suruh khususi cikgu.. takut kot sebab ko selalu sergah student2 tu..

    Jadi aku sebagai amir sap jemaah mengucapkan takziah atas kegagalan ko menusrah jemaah kami..

    Kalau ada sumur di ladang
    Boleh kita menumpang mandi
    Kalau 'pun' ada umur yang panjang
    Tak tau la bila boleh datang lagi..

    heheh.. selamat beraye..

    ReplyDelete
  4. Sebut betul2...
    Jemaah ni kuar kat Ipoh...bukan Jalan Ipoh!
    Heheee...tak pasal2 kena masuk jemaah kami~

    ReplyDelete
  5. Asalam, wah..sudah jauh berubah nampaknya batu 8, dah hampir 23 tahun saya tak kesana. Dulu selalu juga port sana sebab sedara-sedara kat sana, tempat mat-mat motrang dulu tu.Moga-moga diaorang semua sudah taubat dan keluar dijalan Allah. Dan moga-moga asbab usaha Azhar verserta company kesana, Allah sebarkan hidayat....amin-amin.

    ReplyDelete
  6. brader kat tengah masa kat diafah tu (penah masuk sekali dan taubat tak nak masuk lg) kluar jalan kaki baru ni di marhalah saya desa ilmu samarahan...

    ReplyDelete
  7. ibnsoleh;
    wah wah.. tuan dalam jemaah hj Othman Mahmud ye..

    zarch;
    kena tunggu orang Zurich balik buat usaha kot.. jadi asbab hidayat seluruh alam tu..

    ابن زين الرمباوي ;
    benar tuan.. shamsul keluar jalan kaki awal tahun ni..

    ReplyDelete
  8. wah..nmpak abg nazli...org halaqah ana tu

    ReplyDelete
  9. krenmaut owner,,,pensyarah uni ana

    ReplyDelete
  10. urgh, rugi la kalau tak keluar..rugi

    ReplyDelete
  11. Safwan Seth;
    keroncong untuk ana..

    Nazri Kasuan;
    demi masa. semua manusia rugi. kecuali 1, 2, 3 & 4..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..

    baru2 ni kami jemaah dr upsi keluar kt masjid bt. 8 ulu kinta..
    alhamdulillah dah boleh iktikaf kt masjid tu..

    ReplyDelete
  13. KOPIAH BIRU;
    Allah kabul koren..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...