Sunday, January 17, 2010

Takaful Kenderaan Bermotor


1. Dokumen yang berikut;

* Kad Pendaftaran Kenderaan (muka depan dan belakang)
* Polisi Insuran terdahulu (muka depan sahaja)
* Nyatakan jumlah perlindungan (sum insured) yang dicadangkan

email ke ikhlas114@yahoo.com atau faks ke 0362721220


2. Saya akan maklumkan harga yang perlu anda bayar.

3. Buat pembayaran ke dalam akaun MBB 162553011111 .

4. Cover Note baru anda akan dikeluarkan serta-merta, insyaAllah.

5. Road Tax Disk* akan dihantar ke alamat anda (pilihan).


*Kenderaan persendirian sahaja termasuk kenderaan persendirian milik syarikat (kecuali motorsikal). Penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia. InsyaAllah siap dalam 1 hari. Cas perkhidmatan RM 2 sahaja.



PERHATIAN TAMBAHAN

~Anda tidak akan kehilangan NCD% terdahulu jika anda bertukar ke Takaful Ikhlas.

~Jika anda membeli kenderaan baru dan ingin menggunakan Takaful Ikhlas sebagai penginsuran kereta anda, hubungi saya melalui telefon atau email.

~Sila pastikan kenderaan anda tidak di senarai hitam oleh PDRM atau JPJ.

~Pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd tidak lagi menerima perlindungan terhadap kenderaan melebihi 15 tahun dan perlindungan Pihak Ketiga (3rd Party).


Maklumat Agensi

Nama Ejen :        Mohd Azhar Mohd Jaafar
No K/P :             730502145635
Kod Wakil :         GG09825 (Takaful Am)
Alamat Agensi :   22, Jalan 23, Desa Jaya, Kepong, KL

No H/P :            016-682 7679
No Tel/Faks :     03-6272 1220
Waktu Operasi : 9pagi - 1ptg. 2.30ptg - 4.00ptg.
No Akaun :         MBB 162553011111
Email :              ikhlas114@yahoo.com


AQAD DAN KEBENARAN

Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.

13 comments:

  1. konpius!! Konpius!!
    Semalam jumpa kat Sri Petaling nak kluar, hari ni ada entry baru.. Ohhh..

    (Aku mungkin sedang bermimpi)

    ReplyDelete
  2. agaknya entry ni menunjukkan maksud blog ni diwujudkan... hehe... entah le, eden pun tak tau

    ReplyDelete
  3. last touching sebelum keluaq....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    mgkn abg azhar guna auto post dlm blog dia


    dia set bila sstu entry tu akan diterbitkan

    Wa Allah Alam

    ReplyDelete
  5. Tuan yang mulia..

    Allah berkuasa di atas setiap makhluk ciptaanNya. Manusia hanya merancang, tapi perancangan Allah yang akan berhasil..

    17/01/2010
    Ahad pagi.. Tiba2 Allah bagi aku demam yang bersangatan. Terpaksa juga makan panadol. Sblm zohor gi cyber cafe utk update blog.

    18/01/2010
    9.30 pagi.. duduk dalam bayan hidayat. Sebab x tahan demam, gi klinik kesihatan kepong. Test darah & dr kata kena denggi. Terpaksa tangguh dulu sebab hari2 kena ambik darah. (kepong - sri ptlg 30km)

    19/01/2010
    Bini aku demam gak.. Test darah dan kena denggi.

    Aku cadang bayan hidayat semula pada Ahad atau Isnin depan. Flight Rabu 27/01/2010. Doa untuk kami sekeluarga dapat bagi masa untuk agama.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sembuhkanlah Azhar dan ahlia dia, serta lindungilah dari segala kemudaratan disamping dapat khuruj fisabilillah tanpa sebarang masaalah.

    Terkejut dibuatnya dengar kena denggi. Ujian dari Allah tu, untuk meninggikan darjat Azhar dan ahlia Azhar...

    ReplyDelete
  7. Semoga tuan azharjaafar cepat sembuh dan bisa gunakan masa dan hartanya utk agama..

    Banyakkan sedekah.. Ubat yg mujarab tu..

    ReplyDelete
  8. Semoga abg azhar dan keluarga sembuh kembali , Amin...

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah sembuhkan Maulana Azhar n istri....

    ReplyDelete
  10. Aku masuk wad di Hospital Selayang pada Rabu 20 Jan asbab denggi dan ahlia aku menyusul pada Jumaat 22 Jan.

    Alhamdulillah aku baru keluar wad hari ni 24 Jan. Ahlia aku masih dalam rawatan..

    Doa..

    ReplyDelete
  11. huh...
    apakah perintah allah gaya nabi waktu sakit????
    banyakkan sedekah...sedekah..sedekah...
    kalu bay wahab dia suruh 27 kali..
    insyaallah..selesaikan masalah dgn amalan..
    mahfum hadis...
    bila satu org allah kenakan demam walau satu malam dan dia redha maka allah ampunkan dosa dosanya seperti bayi yg baru lahir..
    huh..huh..huh..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, ahlia aku pun dah keluar wad tengahari semalam (25 Jan)..

    Ni nak gi india ada problem sikit la.. Cam kantoi je..

    ReplyDelete
  13. Mdh2an urusan di mudahkan abg azhar, Amin...

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...