Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang remaja yang berumur 16 tahun, namanya Umair bin Abi Waqas r.a, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya Saad bin Abi Waqas r.a yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalau Rasulullah SAW menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.
Apabila Rasulullah SAW mengetahui kejadian itu baginda hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas r.a masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair r.a menangis minta diizinkan oleh Nabi SAW untuk ikut berperang. Baginda kasihan melihatnya dan terharu di atas semangat jihad dan kesungguhan Umair r.a, akhirnya baginda SAW membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair r.a dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.
Komen Aku:
Inilah semangat perjuangan remaja di zaman sahabat. Keinginan untuk mati DI JALAN ALLAH. Berbeza dengan remaja kita hari ni, berkeinginan mati DI JALAN RAYA. Mudah-mudahan dengan usaha agama yang wujud dan bergerak maju sekarang ni, akan mengembalikan remaja dan pemuda Islam yang sanggup untuk buat pengorbanan diri dan harta untuk agama Allah.
Aku sendiri pun masih tak berani nak beri seluruh hidup untuk agama. Nak suruh keluar 4 bulan pun takut-takut... hampeh..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
Salam...tuan...saya muda lagi....mungkin berpotensi kot...4 syahid.....
ReplyDeletesalam ziarah,,saya dalam proses untuk menerbitkan bayan muzakarah jemaah masturat....pohon doa dari kalian...
ReplyDeletesahabat r.hum telah gunakan seluruh diri masa harta secara maksimum untuk agama. maka agama maju dan tersebar seluruh alam.
ReplyDeletesemoga ALLAH permudahkan tuan kuar 4 bulan..aminnnnn...aku nak kuar 40 hari pun baru peringkat azam...oh..kan bagus kalu dapat 40 hari tu dapat sempurna takbiratul ulaa..
ReplyDeleteGanjaran syahid di jalan Allah akan dapat ketua bidadari bernama Ainul Mardhiah :)
ReplyDeletekagum dengan tahap keimanan mereka yang terdahulu, itu sebablah ada antara mereka yang benar2 dijamin syurga, dibandingkan dengan pe'muda' pe'mudi' pe'tua' sekarang, entah ditahap mana ler (saya pun hampeh)
ReplyDeleteAnak Pendang Sekeluarga,
ReplyDeleteNak dapat syahid kena ikut cara, kerja dan fikir Nabi SAW.
Nak terbitkan bayan buat pe? Buat 2½jam tiap2 hari dah la..
mutakalim,
Asbab tu agama cepat tersebar..
van qif,
Azam kena letak tarikh yang tetap, bila nak keluar. Macam orang nak kawin, kena ada tarikh tetap.. kalau tak jadi angan-angan shj..
Ummu Fatimah Azzahra,
Anak aku yang no 5, namanya Ainul Mardhiah. Maknanya aku dah dapatlah.. (syahid belum lagi!)
Mak Su,
Pemuda - pemudi, petua?
Petui..
Sama-sama hampeh..