Sunday, December 07, 2008

Pengorbanan Nabi Ibahim

Selamat Aidil Adha.

Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga yang buat pengorbanan untuk agama. Sifat ni yang kita kena ikut dalam buat ‘korban.’ Walaupun hati rasa berat tapi hanya kerana perintah Allah dan nak sukakan Allah, mereka taat. Nabi Ibrahim tinggalkan anak isteri di tanah Mekah yang tandus. Tiada asbab kehidupan. Yang ada hanya asbab kematian.

Berkat pengorbanan mereka Allah beri keberkatan. Dari tanah yang tandus Allah keluarkan air zam-zam yang tak kering sampai hari ini. Jutaan manusia datang berhaji setiap tahun dan bawa balik air zam-zam ke negara mereka. Bila Nabi Ibrahim balik ke Mekah, Allah perintahkan pulak sembelih anak. Kerana pengorbanan Nabi Ibrahim, anak dan isteri baginda Allah tarbiah dan jadi orang yang taat kepada Allah. Mereka rela untuk ikut apa sahaja perintah Allah.

Cerita bukan sekadar cerita. Hari ini kita di perintah Allah untuk sambung kerja Nabi. Bawa agama ke seluruh dunia. Janji Allah, akan beri keberkatan dan tarbiah kita dan keluarga seperti Allah buat kepada Nabi Ibrahim dan keluarga.

Selamat berkorban untuk agama.

4 comments:

  1. InsyaALLAH ante azam keluar 40hr di Kota Bharu nanti boleh bawa jemaah singgah rumah ana. Jemaah India, Arab, Cape town dll dah biasa singgah. Semoga ALLAH permudah segalanya.


    p/s; Ana sedia taam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan

    terima kasih banyak atas peringatan dan nasihat yang diberikan.

    kejayaan kita adalah sejauh mana kita dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi SAW.

    moga saya dapat amal apa yang saya kat. amin.

    saya ada compile tentang '6 sifat' dalam bentuk PDF file.
    saya ada letakkan di www.pakarhowto.com bahagian free download.
    sebar2kanlah...

    ReplyDelete
  3. Kittun;
    Buat masa ni stop dulu keluar masturat sebab anak yang kecik baru 8 bulan. InsyaAllah awal 2010 start keluar semula.

    PakarHowTo;
    Rajin nya buat PDF 6 sifat tu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk youtube, at least ada jugak dapat ilham untuk berhujah atau maksud lebih tepat lagi untuk self defend...bukan niat untuk cari gaduh...sekadar cuba belajar hidupkan sunnah..kerana diri banyak berdosa

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...