Tuesday, October 21, 2008

Pakaian Wanita Mengikut Sunnah


1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”



4. Warna pakaian itu suram atau gelap
Seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Tidak memakai bau-bauan
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)



6. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)


7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian wanita kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

***************************************************


Kepada akak-akak, makcik-makcik dan para nenek yang selalu bertudung dan berbaju kurung; sekali lag pesan aku - "JANGAN LUPA PAKAI STOKIN!!!" SEBAB KAKI TU PUN AURAT JUGAK. Kalau orang pakai purdah (yang nampak mata aje tu), orang jahil selalu persoalkan kenapa kena tutup semua sedangkan Nabi benarkan buka muka dan tapak tangan? Padahal kamu dan isteri-isteri kamu yang bertudung dan kategori tutup aurat tapi ternganga kakinya, macam mana?

Lebih-lebih lagi kalau datang masjid. Apa perasaan kita kalau ada lelaki datang masjid tapi seluarnya pendek hingga ternampak lutut? Orang beriman mesti rasa marah. Tapi kalau orang perempuan masuk masjid tak pakai stokin rasa biasa aje...

Lagi satu yang ikut suami pergi kerja naik motor. Tudung ok, baju ok... Tapi tu dia, betis terjulur!

Masa untuk berubah. Sampai-sampaikan.

25 comments:

  1. testing 1 2 3 testing

    Sori aaa.. sebelum ni tak boleh komen..

    ok?

    ReplyDelete
  2. issyhhh bro... gua ingatkan lu banned gua... dah dua hari gua try nak mengomen... jari gatal nih...

    Anyway, first time dan kali terakhir wife gua pakai purdah ni masa keluar masturat 3 hari dulu. Tapi alhamdulillah la pasal usaha agama ni pakai tudung labuh.

    Tapi bro, time summer kat sini fuhhhhh... pakai dedah2 ni bermaharajalela... macam dah takde harga 'kesulitan' itu... aduh duh duh...

    ReplyDelete
  3. Selalu kita dinasihatkan 'tundukkan pandangan'. Tapi masa aku keluar kat tempat omputih masa summer, memang tak leh tundukkan pandangan.

    Sebab diorang semua pakat-pakat picnic dan lepak bergolek kat tepi-tepi jalan.

    ReplyDelete
  4. Tuan...izinkan saya 'copy&paste' kan entry tuan kali ini untuk di'publish'kan di blog saya...supaya lebih ramai lagi orang diluar sana dapat peringatan ini...terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Pakar Cinta Sejati;
    Silakan dan penulis blog ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. bini aku pakai purdah masa gi taklim je. lain2 masa tak pakai. Hidayat betol.

    ReplyDelete
  7. Pompuan seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan.

    Tapi kenapa sesetengah orang itu melebihi pulak.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Aliah aku dah lama azam nak pakai purdah... tapi setakat ni tinggal azam je la, biasanya jazbah datang bila pergi taklim dan nusrah jemaah. Hidayat...
    Azhar, aku dah tukaq blog mama-naufal ke blog baru http://ziarah76.blogspot.com/
    Sudi2 kan la ziarah blog tu, ada mutakalim, anta sendiri boleh jadi rahaba kerana sebaik2 rahaba adalah orang tempatan.
    Blog lama akan di delete tidak lama lagi... wassalam

    ReplyDelete
  9. baguslah, tegur. berani kerana benar. saya takut nak tegur2 orang... nanti saya plaks kena pelangkung... huhuhu

    ReplyDelete
  10. atap_aje;
    Jangan paksa. Sesekali beri galakkan. Bila dah terbuka hati nanti, dia sendiri akan istiqomah purdah.

    mountdweller;
    Antara fatwa dan takwa.
    Fatwa; seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
    Takwa; seluruh badan.

    Fatwa; solat fardu sah bersendirian.
    Takwa; solat fardu kena berjemaah.

    mutakalim;
    Kes kau sama macam atap_aje.

    Mak Su;
    Kadang-kadang nak tegur direct memang tak mampu. Kat blog boleh la luah perasaan. Suka boleh baca, tak suka pun boleh baca.

    ReplyDelete
  11. mmm..gurls apsal lately korang semua suka pakai ketat2..ko orang tak tahu ker merana jiwa lelaki bujang menengoknyer...tak tahu apa niat sebenar ko orang pakai macam tu...ialah hanya ALLAH yg tahu...

    ReplyDelete
  12. nur.qalb;
    dari mata turun ke hati..
    min ain ila qalb..

    ReplyDelete
  13. Saya ada kawan masturat yang berjubah dan berpurdah tapi masa kerja, di sebabkan tidak di benarkan berpurdah, dia berpakaian biasa, warna terang, tudung tiga segi dan berlipstik, saya keliru, apa tujuan berpurdah, sepatutnya bila tidak di benarkan berpurdah, kita tidak akan berkeinginan untuk berhias tetapi sebaliknya, padahal masih boleh berjubah dan bertudung labuh walau tanpa purdah. Dia dah lama dalam usaha ini dan dah berbelas tahun berpurdah. Mungkin dia berubah selepas suaminya berkahwin lagi. Boleh beri pendapat?

    ReplyDelete
  14. Nur Hanan;
    Tanda amalan ikhlas, akan istiqomah dalam setiap keadaan. Tapi untuk hukum ikhlas atau tidak, tu hak Allah.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. bg wanita yg baru berjinak2 utk berjilbab/berniqab/berpurdah, dimana ada kedai yg menjual pakaian tersebut disekitar lembah kelang? mohon bantuan.

    ReplyDelete
  16. shaheffa;
    lot kedai di perkarangan masjid Bandar Baru Sri Petaling. Sila datang dengan suami/mahram..

    ReplyDelete
  17. Jazakallahu khoyr, ya akhi.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum
    komen sikit...

    Polik mandang eh...
    pljr2 azhariah ni alhamdulillah ramai yg berpurdah tp ape ke halnye pakai purdah tu kebanyakan alasan eh sbb takut nnt ust malizi nmpk...

    Ni sbona eh pakai purdah sobab apo eh?

    Tp time ado urusan ngan UST2 MUTAZAWWIJIN dan PAK ARAB, depa ni tak pakai plak..

    haiyoo lah hai...

    ado gak yg baru dtg sini baru pakai. tanyo napo dio pakai an...tau apo jwb eh?sini banyak abok.takut kono penyakit...hmm,,xtaula den.Poning mike an..

    Ado gak lae,sini pakai.Tp kalo dorg balik cuti ke mlesya,smpai airport da ready nk tanggal dah..ape kes nihhh..??

    kt sini berio2 nutup sumo lah bagaai. smpai mlesya 3sogi yo...

    mudah2an allah bg hidayat.

    MUDAH2AN ALLAH BERI AKU KEKUATAN UTK ISTIQAMAH PURDAH...AMINNN!!!

    MUDAH2AN ALLAH PELIHARA AKU DR PERKARA2 MCM NI INSYAALLAH!AMINNN!!!

    *p/s:bilo dah nada gogham tuh tekelua abih bahaso nogoghi eh...

    ReplyDelete
  19. QuLMinD,
    sikik punyo marah ko.. ghelek.. sabar.. sabar..

    ReplyDelete
  20. salam ade pendapat kata aurat bukan kaki
    jd kadg2 kita talke marah org pmpuan tak pakay stokin tp seeloknya pakayla

    ReplyDelete
  21. kadg musykil gak kita ni da kre ngumapt ke?

    ReplyDelete
  22. bole tak bagi pendapat nape la kene pakay purdah?den da poning bak bgtaw kat paren nape den pakay purdah..ya Allah semga aku terus tegar di jlanMU

    ReplyDelete
  23. nungka!!!,
    1.Baru 1st time dengar..
    2.Cara umum x de le ngumpat..
    3.Nape pakai? Pakai je la kerana Allah..
    *Soalan sepatutnya; 'nape pakai tapi telanjang?' Tapi jarang orang tanya..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...