Jadilah orang yang bijaksana.
Dalam hadis kata, pada bulan Ramadhan
1 amalan sunat dapat pahala 1 amalan fardu.
1 amalan fardu dapat pahala 70 amalan fardu.
Oleh itu;
20 rakaat sunat terawih berjemaah (20 rakaat x 1 pahala fardu),
dapat pahala 20 rakaat fardu berjemaah.
3 rakaat fardu maghrib berjemaah (3 rakaat x 70 pahala fardu),
dapat pahala 210 rakaat fardu berjemaah.
Tak ke gitu?
Lepas selesai solat terawih berjemaah di masjid, cuba kita pergi kedai mamak dan order teh tarik satu dan roti canai sekeping. Bila dah habis makan, pergi kat kaunter kedai tu dan cakap pada mamak;
"Oh mamak yang ku kasihi.. berapakah harga itu teh sama roti?"
Mamak akan kata; "Mune, rende.. aaa.. satu ringgit lapan pulo sen."
Kita pun dengan muka serius kata kata mamak; "Mamak, tadi saya sudah sembahyang terawih 20 rakaat. Itu pahala 20 fardu saya ada dapat, saya bayar pada mamak untuk itu roti sama teh, boleh ka?"
Mamak akan kata; "Cit, mana boleh la! Sini duit juga pakai la. Itu pahala awak kasi simpan la. Nanti di sana... di sana...di sana... boleh pakai la." (berapa banyak la.. la!)
Habis!
Cerita lain. Lepas mati. Dalam kubur.
Sanak saudara dah balik lepas kebumikan jenazah kita. Malaikat datang...
Datang nak tanya soalan. Keluarga dan sanak saudara semua dah balik!
"Woi, jangan balik dulu la. Tolong aku!"
Kata kat malaikat; "Wahai encik malaikat. Kat dunia aku ada banyak tinggalkan harta. Korang berdua pergi ambik semua harta aku. Tak pe. Aku bagi. Asal lepaskan aku dan jangan tanya soalan kat aku, boleh tak?"
Habis lagi!
Jadilah orang yang bijaksana.
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...
thx for the reminder.
ReplyDeletesemoga kita terus teguh dalam jalan Allah SWT... amiin...
terima kasih ziarahi blog saya.
ReplyDeletebetullah tu, pahala Allah tiada siapa yg tau nilainya. di padang mahsyar nanti, barulah kita menangis air mata darah kerana menyesal. masa tu dh tak berguna lagi.
Aku selalu kata kat mamak masa nak makan roti canai.
ReplyDeleteAKU:"mamak ini bila punya kuah"?
MAMAK:"ini baru tadi masak"
AKU:Owh ya ka,tapi saya mahu
semalam punya kuah"
MAMAK:"ini semalam punya kuah lah!"
Asrih Arif;
ReplyDeletesampaikan kepada yang lain juga.
izman;
10 hari kedua Ramadhan - pengampunan dosa. Jom rebut ramai2.
huzaifah;
AKU : "mamak! ini hari punya kuah ada ka?"
MAMAK : "ini hari punya kuah, esok marila..."