Thursday, July 24, 2008

♥♥♥ Love Massage ♥♥♥

Gambar ni aku ambik kat pintu dalam jamban di sebuah masjid dalam Kuala Lumpur.

Aku rasa tujuan orang yang menulis 'love massage' ni memang baik tapi tak kena cara. Orang yang membaca message ni pun sama. Bukan nak tolong padam. Siap ambik gambar lagi!
(aku la tu...)

Aku pernah dengar ada ustaz kata kalau baca tulisan-tulisan dalam jamban akan jadi sebab lemah pemikiran. Jadi, kalau korang lepas baca entry ni dan dah mula lupa nama sendiri, aku tak bertanggungjawab. Baik cepat-cepat pi ambik wuduk, solat dua rakaat dan kemudian baca quran supaya ingatan pulih balik.

Masalahnya kalau dah lama tak baca quran sampai lupa macamana nak baca. Dah dua kali lupa.



6 comments:

  1. Itu sebahagian dari dakwah kot. Bagi saya, walaupun tandas duduk ke still nak mencangkung coz kalau berdiri tak ikut sunnah dan kencing tak tos sepenuhnya.

    Tapi yang peliknya sesetengah masjid ada urinal bowl tempat kencing berdiri tu. Tak sensitif ke AJK masjid atau Arkitek.

    Semalam 2 hari ada course kat Pai Star hotel, mcm biasa susah nak istinjak. Nasib baik tandas hotel tu ada paip pancut kecil untuk istinjak. Basuh air kecil boleh la. Setengah hotel langsung dalam tandas takde hose paip air.

    Tapi surau hotel semalam memang kellas... s esuai dengan taraf hotel pai star dia..

    ReplyDelete
  2. azhar, macam gua kat ostolia ni mana ada tandas cangkung ni semua jenis duduk je... camana tu? Maksud aku nak kencing la.

    ReplyDelete
  3. salam...huhu... alhamdulillah tak terlupe langsung nama saya..by the way.. salam ta'ruf dari saya...

    Dakwah macam-macam cara..tapi sayang itu hujah orang guna bila kena tegur..bukannya nak selidik dulul cara masing2..betui ka?

    ada masa..lawatlah blog adik kecik ni... mujahidmuslim.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hebat bro yang berpesan-pesan dalam tandas tu, siap sign-board dengan lukisan sekali. Kalau masuk pertandingan sign-board...rasanya boleh menang. Niat dia baik kot, tapi...

    Tahun 1992, masa diIndia, ada seorang kenalan non-muslim saya, dia ni, tiap kali bila dia marahkan sesuatu ataupun terkejut atas sesuatu berita, dia sebut "holy shit", tapi bila saya fikirkan balik adakah "holy-shit" (najis suci), mungkin dia nak menggunakan "shit" untuk kemarahan tetapi disucikan kerana tak nak mencemarkan makna "shit"....
    dari "Holy cow"...tak taulah.

    ReplyDelete
  5. abikhsan;
    Kena biasakan diri istinjak guna kertas tisu. Kemudian baru guna air sikit.

    bentara;
    Itulah masalah yang aku mula-mula jumpa masa keluar kat tempat org putih dulu. Tandas cangkung takde. Lepas tu tak leh guna air banyak-banyak. Nak nyangkung atas mangkuk tandas tu bahaya pulak.

    Tapi ada satu masjid Bangla kat kat Frankfurt, diorang bubuh simen sampai separas dengan mangkuk duduk tu. Jadi bila nyangkung kat situ, kepala nak terkena bumbung la pulak.

    Swinging Bowl!

    KiTa_KaWaN;
    Dakwah memang macam-macam cara tapi kena bertepatan dengan cara Nabi. Kemudian kena ada panduan ulama.

    (buat blog ni pun bukan cara Nabi!)

    zarzh;
    India?? Rindu nak ke sana. Azam masih membara. 15 Sya'ban, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  6. Zarzh:
    Amin yan Allah!Allah kabul pharma/karen.15 syaaban insya-Allah.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...