Saturday, July 05, 2008

Karguzari Jur Bisu

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Satu jur (perhimpunan) untuk muslim bisu telah diadakan pada Ahad lepas bersamaan 29hb Jun 2008 di masjid Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. Inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia jur seperti ini dapat diadakan. Kehadiran kira-kira 100 orang lelaki bisu dari seluruh Malaysia.

Dari karguzari (laporan) yang diambil, bahawa kerja dakwah dikalangan orang bisu telah meningkat. Mereka yang telah lama terlibat dalam kerja ini telah mula ambil bahagian dalam 5 amal jemaah masjid di tempat masing-masing. Di Taiping ada sepasang bisu yang telah keluar dalam jemaah 3 hari masturat (jemaah suami isteri). Suami memberi laporan bahawa sebelum keluar 3 hari, sangat susah untuk suruh isterinya solat. Tapi sekarang isterinya telah dapat bersolat tanpa disuruh.

Orang bisu yang telah berpengalaman keluar 40 hari di Pakistan dan di Jakarta telah menceritakan pengalaman mereka semasa keluar membuatkan orang bisu yang lain telah bersemangat untuk ambil bahagian dalam usaha dakwah. Sebelum ini mereka tak sangka yang mereka juga boleh dihantar ke luar negara untuk buat kerja dakwah.

Ahli syura kita telah beri targhib (kata-kata semangat) kepada mereka bahawa mereka juga adalah umat yang dihantar oleh Allah SWT untuk buat kerja dakwah iaitu mengajak manusia kepada Allah disamping mengamalkan agama untuk diri mereka sendiri. Hasil dari jur ini, 5 jemaah 40 hari telah dibentuk. 3 jemaah dicadangkan ke Pakistan dan 2 jemaah di dalam Malaysia.

Lanjutan dari itu, jika kita mempunyai kenalan bisu, boleh lah bawa mereka ke Masjid Sri Petaling pada setiap malam minggu dari waktu Maghrib hingga Isya'. Setakat ini kira-kira 20 orang bisu hadir pada setiap malam minggu.

***************************************

Hati aku sedih sangat bila tulis entry kali ni. Ahh...

Tak dapat bayangkan macam mana kawan-kawan kita yang bisu ni bila buat ziarah dari rumah ke rumah dan nak cerita pada orang yang dijumpa bahawa;

"Kejayaan kita hanya dalam agama Allah SWT, taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah."

"Allah maha kuasa, selain Allah adalah makhluk, yang tak boleh buat apa tanpa izin Allah."

"Dunia sementara, akhirat kekal selamanya-lamanya."

* Jadi kita yang Allah beri nikmat boleh mendengar dan bercakap masih tak nak guna nikmat tu untuk ajak manusia pada Allah. Aku sendiri masih selalu salah guna nikmat yang Allah beri. Jom la kita bangun dan belajar usaha dakwah ni. Dah tak ada masa nak main-main dan relaks-relaks. Manusia hari ni berbondong-bondong menuju ke neraka Allah.

Ingat-ingat lah, semua nikmat tu nanti Allah akan tanya...

5 comments:

  1. Terima kasih kerana berkunjung ke Catatab Peribadi saya.
    Saya kagum dengan pegangan kuat anda kepada Islam. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Pendidikan;
    Saya hanya seorang Islam yang biasa.

    ReplyDelete
  3. Subhanalloh.. kita memikirkan apa yang kita lihat, mereka melihat apa yang yang dipikirkan, mungkin mereka tidak melihat tapi Allah bukakan penglihatan hati-hati mereka..

    ReplyDelete
  4. insya-Allah ana akan sambut takaza nie.40 hari november 2008.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah kekalkan kita dalam usaha dakwah sampai kita mati.

    "Buat mati-matian, buat sampai mati."

    Untuk dunia rasanya kita dah banyak korban. Masa ke kubur dah makin dekat. Kena azam saki baki masa untuk korban atas agama.

    Jangan lupa bawa masturat keluar jalan Allah.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada baki stok) PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SE...