Thursday, June 05, 2008

Cerita Lukisan

Dalam sebuah kelas matapelajaran lukisan, seorang guru memberi tugasan kepada murid-muridnya untuk melukis sebuah lukisan bertajuk 'Sebuah Basikal'. Dari banyak-banyak lukisan yang disiapkan, 3 lukisan diambil sebagai contoh;

Lukisan 1


Lukisan 2


Lukisan 3


Andaikata kita adalah guru lukisan tersebut, berapa markah per seratus yang kita akan beri kepada ketiga-tiga lukisan di atas?

*********************************************************************************

Kalau saya lah jadi guru lukisan tu...


Lukisan 1 dapat 70 markah dan lukisan 2 dapat 30 markah.
Lukisan 3 dapat 0 markah.

Sebab? Lukisan 1 hampir sempurna. Lukisan 2 walau buruk, masih boleh dikenal sebagai basikal. Lukisan 3 dapat 0 sebab, walaupun cantik tapi tak menepati soalan yang diberi. Orang suruh lukis basikal, dia pegi lukis motorsikal. Nampak sangat 'fail' nya.

????????????????????????

Allah hantar Nabi-Nabi untuk buat kerja ajak manusia kepada Allah. Semua Nabi-Nabi dihantar atas maksud dan cara yang sama, cuma masa dan keadaan kaum saja yang berbeza. Jalan yang diguna adalah jalan pengorbanan dan susah payah. Kena tinggal anak bini, kampung halaman dan kebun ladang. Kena guna harta dan diri sendiri. Kadang-kadang nyawa tergadai. Kena jumpa manusia secara bersemuka dari negeri ke negeri, kampung ke kampung, rumah ke rumah. Lepas satu Nabi, satu Nabi lagi dihantar. Sehingga dalam satu-satu masa pernah ada 70 Nabi.

Selepas Nabi Muhammad SAW, tak ada Nabi lagi akan dihantar. Sahabat-sahabat Nabi telah meneruskan kerja kenabian tersebut. Dengan maksud dan cara yang sama. Tak ada cara baru. Cara tu jugak. Natijahnya mereka telah dimulia dan diberi kejayaan oleh Allah.

Hari ni kita kata kita mahu Islam!

Masalahnya lukisan kita tak sama seperti tajuk lukisan yang diberi.

Markah???

4 comments:

  1. Subhanallah.

    Cantiknya website ini sekarang. nak tiru bg bleh tak?

    syukran jazillan sbb sudi update blog tuan.

    ReplyDelete
  2. Biasalah... dunia. Boleh berubah2.. Boring macam ni, buat macam tu. Boring macam tu, buat macam ni.

    Kita ni pun sentiasa berubah. Dulu muda, sekarang dah makin tua. Dulu cergas, sekarang dah slow sikit.

    Lepas ni berubah alam pulak..
    Ke alam kubur.

    ReplyDelete
  3. bro... baru-baru ni ada ijtima Sri Petaling kan? Kasi transkrip la sikit bayan-bayan tu... gua dengar Maulana Saad ada pesan pasal ilmu kan? Err... Maulana Saad turun ke?

    ReplyDelete
  4. Asalam, apa khabar, masa tengah online diMalaysia ni (cuti sekejap), terbuka blog Azhar, masyaallah, benar kata-kata ungkilan Azhar, kalau kita hendakkan Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah, kenalah kita buat usaha seperti usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahaba.
    Bertaubatlah saya, lagi dan lagi kerana selalu lepa.....

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Daftar Beli Emas Public Gold

ADA 2 JENIS PEMBELIAN EMAS DI PUBLIC GOLD Cara 1  - Beli Emas Fizikal (dinar emas atau gold bar) secara tunai atau bulanan 4x atau bulanan 1...