Friday, February 15, 2008

Mari Mengundi

Masjid Cheng Ho

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Jikalau manusia mengetahui apa ganjaran azan dan berada di saf pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan berada di saf pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengundi."
(HR Bukhari) *


(tulisan di bawah bukanlah terjemahan hadith)


Hai.. Nampaknya aku sendiri belum dapat amal hadith ni. Selalu datang lambat ke masjid. Bilal dah iqomat, barulah aku terhegeh-hegeh nak masuk saf. Bila la nak berubah!

Teringat satu hadis yang menceritakan tentang 3 kelas orang mukmin

Kelas pertama - bila azan, dia dah sedia ada dalam saf

Kelas kedua - bila azan, dia dalam persiapan untuk solat

Kelas ketiga - bila azan, dia tinggalkan semua kerja dan datang untuk solat


Orang kelas pertama ni di akhirat nanti mukanya bercahaya macam matahari.
Yang kelas kedua pulak mukanya bercahaya macam bulan dan kelas ketiga mukanya bercahaya macam bintang. Nampaknya aku kena upgrade! Tak kan macam tu je...

Ada pulak kawan aku kata tak ada kategori untuk kelas ke empat. Ye ke? Kalau macam tu kena usaha la supaya dapat masuk dalam salah satu dari tiga kelas di atas.

*******************************HABIS*******************************



Dari Abu Musa ra berkata,

"Aku berjumpa Rasulullah saw bersama2 dua orang sepupuku. Seorang di antarannya telah berkata, 'Ya Rasulullah! Lantiklah kami menjadi amir disalah satu tempat dari tempat2 yang Allah swt telah jadikan kamu sebagai penguasanya.'
Baginda saw telah bersabda, 'Demi Allah! Kami tidak memberi tanggungjawab dalam hal2 ini kepada sesiapa yang memintanya atau menginginkannya.' "
(HR Muslim)


Dari Abdul Rahman bin Samurah ra berkata bahawa Nabi saw telah bersabda kepadaku,
"Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta menjadi amir. Jika kamu dilantik menjadi amir kerana permintaan kamu, maka kamu diserahkan kepadanya (yakni tiada bantuan dan petunjuk dari Allah)."
(HR Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw telah bersabda, "Akan datang suatu waktu di mana kamu akan mula berebut menjadi amir, padahal menjadi amir adalah sebab penyesalan kamu di akhirat."
(HR Bukhari)

9 comments:

  1. Assalamu'alaikum..

    mintak jauhla dari ade perasaan nak jadi ketua..
    Maulana Umar Palanpuri rah.a kata +- amir dlm Islam bkn suruh org lain supaya yakin pd dia..
    tp amir dlm Islam kena bawa supaya orang lain yakin hanya pd Allah..!

    meh ramai2 rebut dtg ke masjid awai2.. !
    penah dengar satu cite..
    ade sorang ni tanya pd sorang ust tu..
    apa beza antara orang beriman dgn org bertaqwa..
    pastu ust tu jawab..
    x jauh beza.. antara langit dgn bumi je.. ;)
    org beriman bila dgr azan terus dtg ke masjid, tapi org bertaqwa belum azan lagi dia dah datang ke masjid.. !

    Wahai Allah, berilah kami faham nilai agama ini..

    ReplyDelete
  2. mak su;
    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    muhajier718;
    Orang kafir Quraish offer pada Nabi harta, takhta dan wanita. Tapi Nabi tolak. Walaupun mereka boleh beri matahari di tangan kanan Nabi & bulan di tangan kiri Nabi, baginda tak akan tinggalkan kerja dakwah.

    Kalau ikut logik akal, baik Nabi terima offer tu dan kemudian mudahlah buat dakwah. Tapi tak...

    Moga Allah bagi kita faham.

    ReplyDelete
  3. Mengundi utk pru nanti wajib kan. Pilih pemimpin utk tentukan nsb agama, negara n kluarga kita. Tp kalau calon2 kawasan kita xsmenggah cemana lak yek. Tpaksa gak pilih atas keperibadian atau perjuangan parti la kot. Choose d lesser evil :p

    ReplyDelete
  4. Seri;
    Semoga Allah serikan anda dengan kefahaman agama Allah SWT.

    Umat ini tidak dapat dibaiki melainkan dengan cara Nabi SAW baiki para sahabat RA. Satu cara yang 'valid' sehingga kiamat.

    ReplyDelete
  5. Tp yg exist skrg, umat islam yg satu extreme akhirat, satu lg extreme dunia. Mesti Allah ndak kita have d balance of both worlds kan. Bkn ke Allah Pencipta n Pemilik keduanya. Takkan la Allah nk suh kita tinggalkan salah satunya. Bila kita focus akhirat, lupakan dunia terus n biarkan urusan pentadbiran negara, ekonomi kat org yg xde fikrah bukan ke kita dah menzalimi diri sendiri n org islam gak ke. Saya kurang setuju dgn org islam yg hidup susah xnk berusaha ubah kehidupan wpun ada pluang atas alasan zuhud, org kaya lupa Allah ktnya. Kalau berharta blh byr zakat, share kekayaan tu pun Allah suka gak. Hmm blh bdakwah sampai luar negara lg kan, kan...

    Saya pantang btl kalau jumpa sedara islam gunakan budak2 mintk sedekah utk umah anak yatim. Tp so far sy blm marah lg ler, marah dlm hati je. Sedekah ni bgs, murahkan rezeki. Org kt jgn bg duit kt org tepi jln 2 nanti makin ramai yg mintk sedekah. Ini hasutan syaitan je kan. Kalau ada rezeki lebih sedekah ler Allah suka. Cuma pd sy..lebih baik bila nk duit tu, usahalah, jual apa2 jgn mminta2 secara percuma... buat fitnah kt agama je. Opps ni dah citer lain.

    Kita perlukan ramai profesional dlm bidang masing2..profesional yg beriman (ustaz yg pakar dlm kewangan islam mcm ustz zaharuddin tu, doktor yg blh advise ubat ni haram dak, akauntan yg jujur, ahli politik yg amanah tolak rasuah, agen insurans yg blh bdakwah), kita perlu teguhkan ekonomi (kena ada duit nk pi haji, byr zakat) sbb apa kita buat kt dunia adalah wasilah, cara utk dekatkan kita dgn Allah.

    Kita xblh tunggu sampai smua org insaf atau tunggu sampai diri sendiri insaf br nk ajak org lain pd agama, br nk bina keluarga/negara islam. Kita kata xnk jd ketam ajar anak bjalan lurus. Tp kita bkn ketam, kita manusia. Allah bg kita akal kan, lantik jd khalifah lg. Msnya ialah skarang sbb kita masih bnafas n bnyawa skarang. Kita muhasabah diri n try 2 be d best muslim, citizent, employer, employee, son, daughter, student...apa2 jelah yg Allah redha.

    Matlamat utama kita bukankah utk jumpa Allah...apa2 kita buat pun hanya nk bg Allah suka kat kita n nk cuba ikhlaskan krn Allah je. Lgpun beriman dgn Allah tu kena beriman dgn tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah n tauhid asma' & sifat Allah (dr muhammad naim yasin's iman-rukun, hakikat n pembatalan).

    Jd saya percaya mengundi tu salah satu dr bhg tauhid uluhiyyah. Jgn xundi langsung :)

    ReplyDelete
  6. Seri;
    Tajuk entry saya, "Mari Mengundi", tak ada kena mengena dengan pilihanraya akan datang.

    Anggaplah akhirat tu matahari dan dunia tu bayang2. Bila kita kejar matahari, maka bayang2 akan ikut kita. Tapi kalau kita kejar bayang2, sampai bila pun tak terkejar, malah ia bertambah jauh dari kita.

    Kelat;
    Jangan lupa undi yang ikut Quran dan sunah saja.

    ReplyDelete
  7. Hadis pertama: Slalu yg brebut nk saf depan ni org yg proaktif, tau tanggungjwbnya n ganjaran yg dia akan dpt nanti dan dia adalah 'pemimpin' dgn caranya tersendiri. Sesuai la dgn title khalifah yg Allah bg. Hadis yg bwh tu lak kt jgn promote diri sendiri jd amir, xttanggung beban nanti. Kebetulan citer kt paper psl pemimpin kecik ati, mrajuk xdicalonkan utk btanding lg, bgs diorg tau hadis ni...tak cuak sgt. Tp adakah ini bmakna kita kena slalu back off drp jadi amir wpun kita bkemampuan. Tersebar ke islam kalo sahabat2 nabi saw masing2 back off ms nabi saw wafat dulu. Bkn ke kita bangga dgn 4 khalifah tu, khalid al walid, salehudin al ayubi, zulkarnain etc. Diaorg btolak2 ke bila dilantik jd ketua. Then ingat dak usaha bukukan Quran n solat terawih bjemaah both dibuat ms time sahabat. Even ilmu tajwid was created much later..mudah skt yg lidah xarab ni nk baca quran dgn btl. Jadi xsalah dgn skill yg kita ada kita jd ketua. X salah kita proaktif, creative atau think out of d box asalkan xlupa syariat. Maksud Ali imran:110 "kamu adalah umat tbaik yg dilahirkan bg manusia, kamu menyuruh kpd makruf n mencegah kemungkaran n kamu briman kpd Allah". Kalau misi tu tegakkan islam pd diri sendiri n ajak org keliling, 1 dunia... mestilah kita jd org yg proaktif n takkan serah urusan hidup kita pd yg bkn hak ye dak. Maka brebut2lah kita utk dptkan saf depan, jd profesional dlm bidang kita, jd ketua jabatan, jd plajar terbaik n jd pengundi yg bijak. Hebatnya islam n umatnya kan. Tulah rambut sama hitam, hati lain2. Kita tgk hadis yg sama pun tp 'nampak' benda lain. Tajuk entry saudara btl2 xde kena mengena dgn pru. Seronok sgt bc tulisan saudara sampai saya interpret sendiri, kebtlan tkena penyakit 'angin pru'. Jgn la marah, doakan sy lebih faham agama n istikamah amalkan dlm kehidupan seharian :)

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...