Wednesday, May 15, 2013

Hukum Berdehem Dan Urut Anu




Salam ustaz2 di sini.. Tanya sikit.. ada ustaz di tpt saya ceramah & kata berdehem & urut kemaluan lps kencing x sunah.. kalau sunah, dia kata tlg bawakn nas.. dia kata lg org tabligh suka buat ni.. tkasih..

jamban masjid kat Ghana..

Jawapan Ustaz Che Hamid Chin;
Wslm,yg sunah ialah istibrok,yakni mentoskan saki baki air kencing.. yg berdehem,urut,berjalan,berkawat mcm kat Bangladesh tu atau lompat,duduk bangun mmg la tak sunah ia hanya lah cara unt hasil istibrok tu dan ia ya berbeza ikut kebiasaan individu..

Jawapn Ustaz Mohd Gunawan;
Yg sunnah ialah utk meyakinkan bahwa tidak ada air kencing yang tersisa di saluran kencing (ini dinamakan istibra^) nak bjalan 40 langkah ke.. batuk
ke.. berdehem ke.. lipat peha ke.. urut2ke.. tu semua alat utk sampai kpd
benar2 bersih td (istibra^).. wallahua'lam

Jawapan Ustaz Love;
bukan sunnah.. tapi digalakkan bagi sesiapa yg ada masalah kencing tak lawas..

istibra' itu bukan semata2 berdehem.. maksudnya adalah mencuba untuk mengeluarkan sisa kencing itu agar tak terkena pada pakaian yg akan dibawa utk solat.. pakaian yg terkena najis, solat tak sah.. istibra' boleh jadi dengan berdehem, mengurut kemaluan, melompat, berdiri kemudian duduk dan pelbagai cara lagi.. cara2 itu bukan sunnah..

kena bezakan antara sunnah dan sunat.. walaupun nampak sama, tapi berbeza.. sunnah itu apa yg dilakukan oleh Nabi s.a.w. melalui lisan, perbuatan atau taqrir.. sedangkan sunat itu adalah apa2 yg mendatangkan pahala bila melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya.. amalan mustahab spt berdehem itu mendatangkan pahala kerana ia suatu perbuatan yg baik bagi melawaskan kencing dan mengelakkan pakaian terkena najis, tetapi ia bukan perbuatan sunnah..

insyaAllah, dengan dakwah kita akan ada ghairah untuk tambah ilmu.. sbb ilmu dan zikir itu juga salah satu daripada 6 prinsip.. ikram alim ulamak di tempat kita dengan bertanyakan soalan2 masa'il.. Hadratji dulu pun selalu pesan kat orang Malaysia supaya bertanya bab2 hukum masail dgn ulamak tempatan.. sbb ulamak India bermazhab Hanafi..

kalau org takde masalah kencing, kemut2 pun dah boleh settle tanpa perlu berdehem2..

riwayat orang tabligh ni kita kena sahkan dulu dengan alim ulamak.. sbb bercampur aduk dengan petua dan amalan sendiri.. akhirnya dianggap sunnah Nabi.. jadi fitnah pada usaha agama..

ada satu kaedah usul (bukan usul dakwah, tapi usul fiqh) "Apa2 yang tidak akan menyempurnakan perkara wajib melainkan dengan adanya perkara itu, maka perkara itu juga menjadi wajib".. contohnya kita nak solat, maka wajib ada wuduk.. maka wuduk yg asalnya sunat itu berubah menjadi wajib sekiranya kita nak solat.. begitulah juga dengan istibra'.. jika kita kencing, kemudian kita mandi, maka tiada keperluan untuk istibra'.. kecualilah kita kencing dan kita nak pakai balik pakaian yg mana pakaian itu kita gunakan utk solat, maka jadilah istibra' itu wajib atas dasar wajibnya memakai pakaian yg suci drp najis untuk solat..

kebanyakan masalah tak lawas ni adalah masalah was2.. bukan keluar pun, tapi dok berasa macam keluar. Kalau betul2 tak lawas, kena clearkan dulu sblm solat (even terlepas solat jemaah sekalipun). Sbb menolak kerosakan itu didahulukan drp melakukan kebaikan..

kalau masalah itu sangat kronik, maka boleh usahakan utk membasuh bersih2 dulu.. kemudian balut dengan tisu dan amik wuduk. Wuduk itu boleh digunakan utk satu solat fardhu dan beberapa solat sunat. Boleh teruskan solat walaupun terasa macam keluar sikit kencing masa rukuk contohnya..

sbb tu elakkan berlama2 dalam toilet.. jgn buat aktiviti lain spt merokok, cari ilham utk bayan dsb..

Jawapan yg bukan ustaz;
Dan sunat Istibra' (melawaskan atau membersihkan) kemudian daripada kemih (membuang air kecil) dengan berdehem - dehem dan dilalukan jari tangan di bawah zakar (kemaluan bagi lelaki)

Dan kata Syekh Ibnu Hajar R.A di dalam "Al - Minhajul - Qawim" bermaksud :
"Tetapi dipilih oleh kebanyakkan ulama wajib istibrak kemudian daripada kencing itu".

Dan dengan wajib istibrak itu mengata akan dia oleh Al - Qadhi (Qahi Husain) dan Al Baghawi R.A.

Dan berlaku atas yang demikian itu Imam Nawawi di dalam kitab Syarah Muslim kerana sabda Rasulullah S.A.W :
"Sucikan olehmu daripada kencing yakni istibrak kemudian daripada kencing itu maka kerana kebanyakkan seksa kubur itu daripada orang yang tiada istibrak daripada kencing itu diperolehnya.

Jawapan ustaz popular;










Insuran & Road Tax Online


Thursday, May 09, 2013

PRU13 (sambungan dari entri lepas..)

di Ambang PRU13 (part 2)

  1. statistik; kewajipan 5 thn sekali, hampir 80% muslim tunaikan.. kewajipan 5 kali sehari, x sampai 30% muslim tunaikn..

    *muslim di sini merujuk kpd melayu..
    **statistik ni kat malaysia sj..
    ***sumber statistic dr internet.. jadi x percaya pun xpe.. x jejas iman..


  1. Me & kengkawan 3hari, semoga Allah bangkitkn umat Islam di atas 1 fikir, 1 kerja, 1 maksud dgn baginda Nabi saw.. — at Surau Ihyaul Falah Jalan Cempaka, Kayu Ara.

di Mambang PRU13..
  1. Alhamdulillah.. syukur pd Allah.. kat Malaysia ni kita dpt buat keje tabligh dgn mudah.. xde halangan utk jemaah2 keluar & masuk..
    jadi aku & korang kena tambah korban sbg tanda syukur atas nikmat Allah tu.. insyaAllah..

di Jambang PRU13..
  1. buat le camne pun.. org islam xkan bersatu atas nama parti.. x kira la parti tupperware, parti pinggan mangkuk atau parti besday..

  1. masa ni Allah masih nak guna harta kita.. insyaAllah akan dtg satu masa org dtg bagi harta kat kita & kata tolonglah ambil harta saya utk agama tpi kita kata yg sy terima smlm pun masih blm guna lg..
    -tashkil 4b njauh la tuan2, apa lagi..
     — at Masjid Jamek BB Sri Petaling.

  1. pesanan dari imam besar Masjid Jamek BB Sri Petaling..
    Tn2 yg mulia pru dah habis yg panas mula nak sejuk,marilah kita sama2 usha dan fikir bagaimana kita menjadi lebih baik dari segi amalan agama,sifat dan akhlak,apa yang boleh kita amal kita amalkan,bukankah solat jemaah boleh,tutup aurat boleh,bersatu boleh,jng mengutuk boleh,jng mengumpat boleh...byk lagi benda yg boleh,hukum2 yg x boleh kita laksanakan mcm hudud dan yg seumpamanya kita usahakan sedikit demi sedikit sehingga semua manusia suka pada agama pada masa tu barulah pemerintahan dapat berjalan atas hukum Allah

  1. Dikirimkan kepada markaz di seluruh India.

    Dari Banglawali Masjid, Bhasti Nizamuddin, New Delhi.

    Yang dimuliakan dan dihormati saudara saudara seagama semoga Allah (swt) memberi taufik kepada kami dan kamu semua sebagaimana yang Dia suka dan reda.

    Assalamualaikum w.b.

    Maksud usaha taligh bukanlah untuk menyebarkan atau mewujudkan sesuatu yang tertentu bahkan dengan usaha ini kita ingin menghidupkan perkara yang dibawa oleh baginda nabi (saw) bagi kejayaan muslimin dan sedikit demi sedikit kita terus membawa orang orang Islam kepada amalan ini mengikut kemampuan mereka. Asas bagi semua perkara tersebut ialah dengan menjadikan keluar meninggalkan rumah untuk mencari keredaan Allah (swt) sebagai satu adat yang umum. Sejauh mana perkara ini menjadi umum sebanyak itulah hujan rahmat Allah (swt) akan mula turun secara umum juga.

    Hujan rahmat dan nikmat Allah (swt) ini amat susah untuk dibayangkan oleh orang yang mudah untuk bersafar bagi sekecil kecil perkara dunia pun dan sebaliknya menjadi susah bagi mereka untuk safar bagi menghidupkan sunnah yang berkat dan paling unggul ini.

    Perkara ini jadi susah kerana sehingga sekarang ini kita tidak merasakan kepentingan safar Tabligh. Kita menganggap safar safar ini hanya satu gerakan untuk membetulkan kalimah atau membetulkan solat sahaja. Oleh sebab itu kita tidak memberi kepentingan kepadanya. Pada hal maksudnya ialah untuk menyalakan dan mencahayakan semua amalan amal itu yang mana dengan perantaraan nya amalan keduniaan menjadi amalan agama dan amalan agama yang biasa menjadi hakikat dan seperkara lagi dengan perantaraan nya dapat mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah swt yang merupakan maksud agama Islam dan hari demi hari hubungan itu semakin bertambah dan ujud satu khafiat resah dan tidak ketenganan untuk lebih maju dalam hubungan ini dan kewujudan khaifiat ini menjadi berterusan /istiqamah.

    Oleh kerana maksud ini ialah maksud nurani dan rohani maka waktu yang paling sesuai untuknya ialah di bulan Ramadan. Oleh kerana maksudnya ialah untuk mengujudkan nur dan meningkatkan nur maka sebanyak mana usaha  ini dihidupkan dan diusahakan dibulan ramadan iaitu perlu gerakan usaha secara umum bagi menghidupkan sunnah ini,maka Allah swt akan mula menurunkan rahmat dan nikmatnuya secara umum keatas orang Islam yang terhenti sebelum ini kerana rosaknya manusia secara umum.

    Usaha ini akan menjadi kukuh dan mantap sekiranya ahlullah, orang orang yang risau agama dan orang orang yang ingin melihat nama dan agama Allah menjadi tinggi dapat menggerakkan ramai orang untuk usaha ini, maka kerja ini akan lebih kuat dan kukuh.


aku azam 40 hari pada 15 Syaban ni insyaAllah.. tolong amin ek..







Insuran & Road Tax Online

Wednesday, May 01, 2013

Di Ambang PRU13

aku pun terkesan gak.. ahaks..


status FB aku sepanjang 12 hari..

  1. dan akhirnya.. roket berjaya mendarat di bulan..

  1. beketerlaluan dlm post citer politik dlm status akan menyebabkan korang dinyahkan (bukan dimaknyahkan) dari "Show in News Feed" aku.. ahaks..

  1. Avanza dah 4 hari duk bengkel.. minyak hitam bocor.. huhu..

  1. parlimen, macha dgn macha.. dun, nyonya dgn apek.. habih camno.. 




  1. tadi semasa melakukan proses pembuangan sisa pepejal, aku terasa nak buang pulak hingus yg telah sekian lama menyumbati hidung.. bila hingus dibuang barulah aku sedar; "ohh, busuk rupanya.."

  1. kalau bawak bendera PAS, PKR atau BN kat kereta & parking kat masjid tu kira biasa la pd musim pilihanraya nih.. tapi kalau bawak bendera DAP, rasa mcm over tahap gaban lak..

  1. antara syarat2 nak jadi imam mestilah lelaki dan muslim.. jadi xkan lah kita nak lantik a.k.a. undi pompuan atau lelaki x besunat jadi imam.. akhir zaman apa pun boleh.. boleh bha kalau kau..

  1. kalau nak seberang sungai kena guna satu sampan je.. kalau guna dua sampan, sebelah kaki dlm satu sampan dan sebelah kaki lagi dlm sampan lain, alamatnya tekoyak la kangkang tu..

  1. bayan yang membuatkan kami menangis..


  1. hari ni kita lebih yakin janji² manusia dari janji² Allah & RasulNya.. err.. tandanya.. bila azan dilaungkan, berape kerat je yg lelaki dtg berjemaah & yg pompuan solat awal waktu.. huhu..

  1. bersempena dgn hari keputeraan aku pd 2 mei 2013 ni insyaAllah, maka dgn ini aku mengumumkn cuti bg seluruh rakyat malaysia pd 1 mei 2013.. selamat bercuti..
    *keje agama je x bole cuti..

  1. zikir yg popular masa kini; 'ini kali lah' atau 'lain kali lah'.. sedangkn zikir yg paling afdal adalah 'laailaha illallah..'








Insuran & Road Tax Online

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...