Monday, July 02, 2012

A Famosa, Alor Gajah, Melaka

Sabtu & Ahad lepas (30 Jun & 1 Julai 2012) pegi bercuti dengan family..

persekitaran..
mandi & manda..
beli & belah..
(aku tunggu dalam kete aje..)
bersama keris resakse..
masjid jamek Alor Gajah..
sekian..



Thursday, June 28, 2012

Bayan lagi..

pesanan elders, rumusan dari ijtimak 19 mei - 26 jun 2012..
semoga dpt amal & sampaikn.. dan bukan sekadar halwa telinga..

surat cinta dari Ghana..
(jangan jeles..)



Thursday, June 21, 2012

Nasihat Untuk Orang Lama

bukan dah lama hidup tapi dah lama dalam kerja dakwah..

Pepatah melayu ada menyebut, “ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk, jangan ikut resam lalang, makin berisi makin meninggi”.

 

semoga aku sendiri dapat amal..

*****

wong lanang tu dah 9 bln skrg..


Friday, June 15, 2012

Cecara Nak Jaga Pompuan..

tanah yg perlu diberi air & baja..

Suatu tamsil atau misal.. bukan misai..

Orang lelaki kena jaga isteri (dan isteri² kalau banyak..), serta anak² pompuan macam pengembala kambing mengembala kambing.. Caranya adalah dengan;
  1. buat kandang.. kambing bubuh dalam kandang.. semua keperluan kambing seperti makan & minum diberi secukupnya dalam kandang sahaja.. kambing x yah pegi mana²..
  2. tambat kambing kat tiang/pokok dengan tali.. kambing dibenarkan untuk bergerak bebas setakat panjangnya tali sahaja.. x leh pegi jauh²..
  3. kalau kambing nak pegi jenjalan gak.. maka kambing perlu digembala oleh pengembala semasa bejalan.. pengembala x boleh leka masa mengembala kambing.. macam ni kambing boleh pegi jalan jauh².. 
AWAS!.. kalau pengembala x buat ketiga² ni, kambing akan ditangkap serigala semasa mencari makan atau ditangkap buaya semasa mencari air.. kambing ni makhluk yang lemah.. kesian dia kalau dibiarkan bebas melata..



*****

tapi xyah la sampai macam nih..

*bukan la maksud nota ni nak menyamakan orang pompuan dengan kambing.. tapi orang pompuan cuba la bau² badan tu.. ada bau kambing ke x.. kalau xde, xpe la..

**pada zaman fitnah ni, membiarkan orang pompuan bergerak tanpa mahram adalah satu bahaya yang sangat besar.. hidup moden tak bermakna kita boleh melanggar hukum² dalam syariah.. keharusan yang diberi oleh ulama untuk kebebasan pompuan harus kita tepati syarat²nya..

***kadang² hati kita tahu kita buat benda tak betul.. tapi nafsu kita menafikan..

ada ulama kata;
"kalau org lelaki x hidupkan bacaan hadis dalam rumah,
maka anggaplah dia xde fikir akhirat utk keluarganya.."

Wallahua'lam..



Tuesday, June 12, 2012

Bole tolong ke? Tolong la gua...

~ Ada makhluk email aku dan tanya soalan.. tapi masa tu aku tengah keluar 4 bulan dan tak balik lagi..

From: Mentadak Kecik <mentadakkecik@yahoo.com.my>
To: Azhar Jaafar <ikhlas114@yahoo.com>
Sent: Friday, May 11, 2012 4:22 AM
Subject: Bole tolong ke? Tolong la gua...

Assalaamualaikum... Saya mael (bkn nma sbenar). Saya pernah terlibat dgn tabligh (zaman belajar), dh kuar 4 bln. Tp saya kua 4 bln sbab ada duit je kot.. Taktau la, tp msa tu 2006 mmg saya paksa diri utk 4 bln, batalkan niat nk bli moto. Saya xpernah 'nampak' jalan nak buat tabligh bila kerja. Sekarang saya senyap dari tabligh, sejak balik dari 4 bln pada Nov 2006. Saya rasa mcm xde sifat ikhlas masa buat tabligh kot. Saya takot sebab ketika buat tabligh dulu saya tak jugak baik & byk buat dosa yg org blh nampak & dosa senyap2 lagi byk. Saya amat takot jadi fitnah kepada tabligh, tp saya x berubah pun. Pakai jubah, serban, tapi amal xda sebenarnya. Amal wajib saya terpaksa buat, yg sunat malas.. Sekarang dah kwen, bini baru sorang & anak sorang dah setahun. Amal mkin buruk, setakat solat (tp xkhushuk, selalu khayal).. Sekarang mcm nk belajar buat tabligh semula, tapi mcm susah sgt... Perasaan takot buat tabligh, takot jadi fitnah sbab akhlak buruk, dan mcm org munafik la pulak. Dah la xpandai nak ajak org2 di sekeliling mcm jiran & kwn tmpt krja. Nak ajk solat pn takot, dr zaman terlibat dgn tabligh cmtu la jgak. Entah lah, saya pun pening dengan saya. Saya selalu pikir, kalau saya bukan org Islam & pernah knal tabligh dah lama saya tamatkn riwayat saya ni. Hidup pn xda keyakinan, dah malas.. Cmtu la dari dulu. Sekian.


*******

~ Setelah seminggu aku balik barulah aku jawab surat makhluk tersebut..
(jangan tanya kenapa lepas seminggu baru aku jawab..)

From: Azhar Jaafar <ikhlas114@yahoo.com>
To: Mentadak Kecik <mentadakkecik@yahoo.com.my>
Sent: Monday, June 4, 2012 11:54 AM
Subject: Re: Bole tolong ke? Tolong la gua...

Salam tuan mentadak kecik.. harap tuan dah besar skrg..

Mula² kena pegi iktikaf pada setiap malam markas.. jgn miss..
itu aje.. kalau ni tak dapat buat, aku tak dapat tolong lagi..

ingat.. layang² terbang jgn putus talinya..

wallahua'lam..

Mohd Azhar Mohd Jaafar

*****

  • Wahai orang yang berselimut!
  • Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
  • Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
  • Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
  • Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
  • Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
  • Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Terjemahan Surah Al-Muddaththir 1-7





Monday, June 04, 2012

Ghana.. part 2 (last kot..)

"Ghana? buatpe ko pegi sana?" kata sorang kawan yang aku jumpa di masjid Sri Petaling..
"apasal pulak.." kata aku.. dengan muka ntah ape²..
"nanti ko balik jadi hitam.." jawab kawan aku.. dengan muka yang lagi ntah ape² ntah..
~aku tak jawab ape².. tapi keluarkan gigi depan belah atas macam Halimah jongang..

hitam di kulit, nur di dalam..
Muntakhab Hadis keluaran Maktabah Ilmiah Sri Petaling

Route ke Ghana atau yang seumpamanya, bukanlah route faveret jemaah Malaysia.. mujahadah woo keluar di tempat² macam ni.. kita memang boleh syor negara mana nak pegi.. tapi bila dah diputus oleh mesyuarat.. taat ajelah..

Aku rasa tak payah la aku karguzari (beri laporan) berapa jemaah dapat dikeluarkan, berapa orang masuk Islam, berapa amal masjid dapat dihidupkan.. semua karguzari tu aku dah beri di masjid Sri Petaling.. dua kali karguzari pulak tu.. satu kerguzari tertutup dalam bilik syura dan satu lagi pada umum di depan mimbar masjid..

Cuma aku nak cerita..

orang Ghana ni lembut².. macam orang melayu gak.. orang Islam & Kristian tak de gaduh².. kalau dakwah kat Kristian pun boleh, asalkan jangan kutuk² Kristian.. cakap kat dia pasal Allah, pasal Nabi, pasal Quran.. diorang sedia dengar, cuma belum sedia terima.. (rakyat Ghana 25 juta.. 20% sahaja muslim)..

Sorang pemandu teksi Kristian yang bawa kami kata; "Quran memang hebat.. kalau orang Islam ikut Quran, selesai masalah.." Malangnya orang macam ni terhalang dari hidayat sebab tak nampak kebaikan Islam pada diri orang Islam.. kebaikan Islam hanya dalam kitab aje.. huhu..


"Bila orang Islam tak buat kerja dakwah ilallah* cara Nabi, 3 peringkat kemurtadan akan berlaku pada orang Islam..
  1. kemurtadan dari adat..
    ~takde lagi adat² sunah pada wajah, pakaian, penampilan orang Islam.. sunah² adat ni la yang bezakan orang Islam dengan yang lain, menyebabkan kegerunan pada hati orang bukan Islam & jadi asbab mereka masuk Islam..
    ~takde beza cara makan, cara hidup, cara hutang-piutang, cara perkahwinan, cara jual-beli kita dengan orang bukan Islam.. malahan orang Islam berbangga dengan adat² bukan Islam dan mencemuh cara² adat dalam sunah..
  2. kemurtadan dari ibadat..
    ~sehingga meninggalkan solat fardu sudah jadi kebiasaan dan umum.. tak payah la cerita pasal ibadat² yang lain..
  3. kemurtadan akidah..
    ~keluar dari Islam.. nauzubillah..
 *dakwah ilallah = dakwah direct kepada Allah.. xde transit² pada makhluk kemudian baru pada Allah.."

Lagi satu orang Ghana hidup sederhana.. nak kata miskin pun boleh gak.. rumah kecik.. kebanyakan orang jalan kaki je.. makan pun simple.. minum air perigi.. Camne pun kurang sangat yang mintak sedekah.. boleh nampak satu dua orang je, itupun kat bandar.. Kebanyakan diorang suka meniaga.. walaupun untung 2-3 cedi sehari (1 cedi = rm1.80).. Diorang pun tak suka menipu, mencuri atau rasuah.. polis yang buat road block pun tak pernah tanya pasal dokumen kami..

mirip² rumah sahabat..
dan aku tak pernah tengok orang isap rokok di mana².. kat kampung tak de.. kat bandar pun tak de.. tak macam Malaysia.. lepas dengar ustaz ceramah atau diri sendiri bayan berapi² dalam masjid, kita sambung ceramah atau bayan berasap² di luar masjid.. kui kui..

Mujahadah? heh..heh.. biasa la tu.. tempat orang miskin, lain mujahadahnya.. tempat orang kaya lain la pulak mujahadahnya.. yang penting kena pandai layan diri.. jangan stress.. bayangkan janji² Allah.. antara yang mujahadah;
  • bini aku tak ikut sekali..
  • jamban - boleh kata rata² masjid takde jamban.. jadi kena tumpang jamban orang kampung, atau diorang buatkan jamban sementara, atau yang paling tragis ialah kena guna jamban awam.. memang tak boleh blah kata bebudak sekarang..
  • makan - beras ada jual.. rm30 untuk 5kg.. lauk yang problem.. biasanya hari² makan telur & ikan masin.. sayur tomato atau kobis.. sesekali je dapat beli ikan, ayam atau kambing..
benda ni pun ada jual kat pasar..
tapi kalau aku beli, nak masak apa ek? masak asam kut..
  • nyamuk - rata² pembawa malaria.. Allah kuasa, nyamuk takde kuasa.. kena amal doa pagi petang dengan yakin disamping guna asbab kelambu, losen & ubat nyamuk.. (sehingga blog ni diupdate, sorang ahli jemaah aku masih di hospital sebab kena malaria.. walaupun malaria dah habis, masih kena tahan untuk beberapa hari lagi..)
  • letrik - selalu blackout.. walaupun cuaca Ghana sama cam Malaysia, cuba korang bayangkan kalau hidup kat Malaysia tanpa kipas.. tapi bagus jugak insyaAllah, sebab habis lemak² dalam badan.. tak yah pegi sauna.. peluh keluar 24jam..
  • air - biasanya air perigi.. masjid yang tak de perigi, kena mintak tolong bebudak angkutkan air.. bagi le upah sikit.. itu pun ada yang tak nak terima upah.. aku tersekima..
  • jaga mata - no komen..

Secara infiradi (personal) aku telah berjaya;
  • menyebabkan 5 budak bawah 2 tahun menangis dan lari bila aku buat muka spastik..
  • tenggelamkan timba dalam perigi untuk cedok air.. (susah woo)..
  • menyebabkan awek² black melambai di jalan²..
  • menyebabkan 2 tepi kurta orang tempatan koyak.. aku tertindih dengan lutut aku masa sujud dan diorang bangun berdiri cepat sangat..
  • seorang makcik dengan bergurau mengoffer anaknya kat aku.. aku ulang.. bergurau ye.. bukan betul².. tapi bergurau..
Kesimpulan.. umat sedang menunggu² kedatangan orang Islam untuk hidayah.. hari² manusia di seluruh dunia mati tanpa kalimah yang menyebabkan kesengsaraan untuk mereka selama²nya.. inilah kerisauan Nabi kita dan sahabat baginda.. dan kalau kita tak nak ambik kerja ni, Allah akan bangkitkan orang lain buat kerja ni..

dan lagi.. 90% dari kengkawan tabligh di Ghana adalah asalnya Kristian kemudian masuk Islam.. orang uang berketurunan Islam sejak nenek moyang, suka pegang tasbih aje..

Doa untuk aku, si pendosa ni.. semoga Allah ampunkan aku dan terima aku, keluarga & zuriat untuk buat kerja yang besar nih.. amiiin..




Wednesday, May 30, 2012

Ghana.. part 1

Allah dah beri pd kita mahkota segala kerja.. iaitu kerja dakwah.. Kerja ni dulu hanya diberi kpd nabi².. Maknanya.. kita bukan nabi tapi diberi tanggungjawab yg sama spt nabi².. X caya? X caya sudah..  Sendri mau ingat.. Jadik.. perjuangan umat ni mesti sama spt perjuangan nabi².. jln pun mesti sama.. x leh ambik jln lain.. Dlm quran Allah berulang kali ceritakn kisah perjuangan & jln kerja nabi² sbg contoh pd kita.. bukan saje² nak cerita mcm buku sejarah tingakatan 5..

Millah.. ye.. millah nabi Ibrahim.. bukan millah yahudi atau millah nasrani atau si milah apo kono eh jang tu..

Millah Nabi Ibrahim adalah buat dakwah di negeri sendiri dan merantau ke negeri orang dgn meninggalkn anak bini, kg halaman & pekerjaan.. bahkan inilah millah semua nabi² termasuk nabi kita dan sahabat² baginda.. X caya gak lagi? Jangan tunggu sampai tanah masuk ke mulut baru nak caya.. gua caya lu..


Allah HANYA AKAN BERI HIDAYAT kpd manusia melalui perantaraan kerja nabi².. sekarang nabi dah xde.. camne? Nabi je yg xde.. tapi kerja nabi masih ada.. Laaa.. x caya gak lagi.. lantaklah.. ehh.. tapi mana boleh main lantak².. Tak sempurna iman kalau x kasih sedare Islam spt kasih diri sendiri.. Tu yg aku nk bgtau ni..

Habih camno nak buek? Kita buat je lah kerja kita yg Allah suruh tu.. hidayat tu Allah yg bagi.. Pada sape Allah nak bagi, kat mana Allah nak bagi, bila Allah nak bagi.. tu terpulang pada Allah.. yg pastinya janji Allah untuk beri hidayat pd org yg buat kerja ni..

Jadi.. xde pilihan.. kita kena belajar dan buat kerja.. klr 4bln, 40hari atau 3hari bukan la maksud sebenar.. tapi sbg satu latihan.. latih² diri utk korban sikit harta dan lapang sikit masa..

gelap hanya akan hilang bila cahaya dtg..
Alhamdulillah aku dan beberapa org kengkawan tlh dpt klr selama 50 hari di Ghana.. klr 4bln, tapi 70 hari lagi di Kuala Lumpur shj.. (jenguk² le 3 entri sblm ni..)

Kumpulan kami seramai 5 org.. 4 dari KL dan 1 dari Trengganu.. Kami menamakan kumpulan kami sbg Rimba Bara.. Azhar Jaafar sbg vokalis kumpulan berkata.. oppss.. sori ek.. melalut lak..

..taip semula..

Jemaah kami seramai 5 org.. 4 dari KL dan 1 dari Trengganu.. terbang dari KLIA pd 30 Mac 2012, jam 11mlm.. transit di Bangkok & Cairo.. mendarat di Accra pada 31 Mac 2012, jam 2ptg Ghana (10mlm Malaysia).. 3ptg kami sampai di markas Accra.. usaha kat sini dah mula sejak thn 80an.. tapi xle maju cam Malaysia.. mlm markas ada la 300-400 org..

akwaaba = selamat datang..

Jemaah² luar, biasa dtg sini.. jemaah India, Pakistan, Bangladesh silih berganti.. jemaah dari negara jiran di Afrika pun biasa dtg.. jemaah Arab kalau dtg, xlebih 30 hari.. xtahan mujahadah.. jemaah kami adalah jemaah ke 2 dari Malaysia.. yg dulu thn 2006.. dan seorang pakcik dlm jemaah tu meninggal dunia sbb malaria.. suspen woo.. tapi maut Allah dah tentukn.. korang nyorok bawah ketiak member pun tetap maut kalau dah sampai masa..

Ghana ni berapa juta penduduk dia? Islam berapa peratus? Tanah berapa luas? Orang dia camne? Makan ape? Buat kerja ape? Cun ke awek dia? Ahhhh.. byk tanya la korang.. baca kat sini.. senang.. http://en.wikipedia.org/wiki/Ghana#Demographics

Lepas mesyuarat dgn syura Ghana, jemaah kami diputus ke Western Region.. 40 hari disana.. 3 org rakan tabligh Ghana bersama kami sehingga habis 40 hari..

Ghana Regions


Route Ghana

A - Accra - markas
B - Tarkwa - 4 masjid
C - Bogoso - 2 masjid
D - Prestea - 2 masjid
E - Anakum - 1 masjid
F - Manso Amanfi - 1 masjid
G - Enchi - 1 masjid
H - Takoradi - 3 masjid

Kami meninggalkan markas Accra pada 04 April 2012, jam 9.45 pagi dan sampai di Tarkwa jam 3.45 ptg..

..dan kembali ke Accra pada 15 Mei 2012.. dengan membawa malaria pd 3org Malaysia & 2org Ghana.. heheh.. Allah kuasa.. belum ada ketentuan utk syahid di sini..

Azan Ghana dan markas Accra + 14 masjid yg kami berusaha..



Err kalau rajin nanti aku sambung lagi ek..



 

Saturday, May 26, 2012

Alhamdulillah.. I have kum bak.. (I have come back..)

..aku bersyukur kepada Allah kerana telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada 22 mei 2012..

..kepada isteriku.. bersyukurlah kerana aku telah kembali ke pangkuan sisi mu pada 25 mei 2012..

..kepada rakan² seusaha.. bersyukurlah kerana dipilih untuk buat usaha agama di Malaysia ni.. buatlah usaha bersungguh².. rakan² seusaha di Ghana buat usaha dalam keadaan serba kekurangan..


azharjaafar313
markas tabligh di Accra, Ghana..
sebuah masjid di Bondaye, Prestia..
..kepada muslim di Malaysia.. bersyukurlah kerana korang masih beragama Islam.. ramai muslim di Ghana telah menjadi Kristian semasa British menjajah mereka bermula dari kurun ke 18..

..kepada rakyat Malaysia.. bersyukurlah kerana diberi pemerintah yang prihatin akan pembangunan rakyatnya.. tahap kehidupan di Ghana masih seperti kita di tahun 60an walaupun mereka mendapat kemerdekaan pada bulan Mac 1957..

anak² di Ghana
ini bukan sarkas..
buah mangga Ghana.. buah²an kat sini memang besar²..
ia membuatkan aku resah.. ahh..

..supaya korang duduk lama sikit kat blog aku ni, aku share le video ni dengan korang.. perjalanan ke sebuah kampung di Anakum.. agar video 11 minit ni dapat menjelaskan perjalanan selama sejam tu..
so.. enjoy the ride!



..insyaAllah kalau rajin, aku akan tulis lagi pasal khuruj di Ghana nih.. almaklum sekarang ni sebuk sikit.. uhuk uhuk (buat² batuk..)




Saturday, March 24, 2012

Sudah 59 Hari (jeng jeng jeng..)


"Jangan pergi dalam keadaan panas". Katakanlah, api jahanam lebih panas lagi". At-taubah 81.

apa citer Ghana? 
InsyaAllah flight Jumaat depan.. (30/03/2012) @ 10mlm

bayan maghrib..


bayan subuh (jemaah Palestin)



Doa utk jemaah kami dan umat..







01 Jamadilawal 1433 @ 23/03/2012

Thursday, March 15, 2012

Sudah 50 Hari (tetibe update blog..)

1 Rabiulawal 1433 @ 25/01/2012..
6.15 ptg.. aku dgn semangat waja bak proton waja melangkahkan kaki menaiki proton perdana (tetibe) milik kwn seKepong utk menuju ke masjid Sri Petaling..

(tetibe malas nak menaip..) jadi aku copy paste aje status FB aku.. keh keh..

January 23 near Kuala Lumpur
Assalamualaikum.. adalah dimaklumkn bahawa saya Azhar Jaafar insyaAllah akan keluar bertabligh dari 26 Jan 2012 sehingga 31 Mei 2012.. Oleh itu segala urusan takaful & roadtax akan dibuat oleh isteri saya, Pn Rohana Ishak.. Terima kasih..

(tashkil mula2 di Pantai Dlm/Bangsar utk 10 hari)

February 5 via Mobile
Nizamudin putus route ke nigeria.. jmh kami 6org & 3 darinya umur 70 & dah xde keinginan nak balik rumah.. tu yg aku saspen tuh.. doa utk kami..


February 5 via Mobile
sudah bertahun aku diizin memeluk isteriku.. kerana Allah kulepaskn pelukn itu utk 4bln ini.. semoga aku diizin memeluknya buat selamanya dijannah..

February 8 via Mobile
tips hari ini.. cara utk lambatkn masa adalah dgn tenung jam.. dan cara utk cepatkn masa adalah dgn.. err.. layan facebook.. keh keh..

February 12 near Kuala Lumpur
~ salam.. aku masih di sri ptlg dlm urusan visa & tiket ke Nigeria.. blm tau bila flight & naik flight apa.. masih dlm msyt.. doa hdyt..
~ kengkawan semua.. klr le cepat2 sblm ijtimak mei ni.. dunia ni dah tua sesgt..
~ dunia fatamorgana.. jgn kita ditipu oleh penipu..
~ ahaks.. terjosh la pulak..

February 14 near Kuala Lumpur
al kisah..
~ ada seorang peniaga dtg jumpa elders & tanya; "bila masa yg patut saya keluar?" Elders jwb; "pd masa perniagaan paling sebuk (ramai pelanggan).. kalau klr masa lapang, sampai bila pun dunia x dpt klr dr hati.."
~ wah-wah.. aku jauh lagi & masih belajar.. sahabt pun ke tabuk time kurma tengah ranum..

(tashkil ke 2 di Teluk Panglima Garang utk 7 hari pulak..)

February 17 via Mobile
Semlm interview di duta nigeria. Tgu dr 1.30 hga 4.30ptg baru panggil. Mcm2 tanya. Akhirnya kata kptsn dlm 2 mgu lg. Hampeh.. Kalau x sbb umat, xde la aku nk ke nigeria tu wei.. Skrg klr tashkil di tlk pang5 garang.. Doa karo..

ada berani?

February 22 via Mobile
Alhmdulillah hari ni 29rabiulawal1433, genap le umur aku 40thn ikut kalendar hijrah..
"dan kami perinthkn kpd manusia agar bbuat baik kpd ke2 org tuanya. Ibunya tlh mengandungkn nya dgn susah pyh & melahirkn nya dgn susah pyh. Masa mengandung smpai cerai susu selama 30bln. Sehingga bila dia tlh dewasa & umurnya mcapai 40thn dia bdoa,
'ya tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dpt mensyukuri nikmatmu yg tlh engkau limpahkn kpd ku & kpd ke2 org tua ku, dan agar aku dpt bbuat kebajikn yg engkau redhoi, dan berilah aku kebaikn yg akn mengalir smpai ke anak cucuku. Sesungguhnya aku btaubat kpdmu, dan sesungguh aku tmasuk org muslim.."
"mereka itulh org2 yg kami terima amal baiknya yg tlh mereka kerjakn, dan kami maafkn kesalahn2, (mereka akn jadi) phuni2 syurga. Itu janji yg benar yg tlh dijanjikn kpd mereka.."
surah al ahqaf 15&16

February 25 via Mobile
73 pintu, 73 jalan.. yg sampai hanya 1 jalan..
(1 jln shj ke syurga iaitu jln nabi & sahabatnya.. jln lain walau nampak spt agama, akn bawa ke neraka.. semoga Allah pelihara kita semua..)
*aku masih di sri ptlg, tgu kptsn nizamudin samada teruskn ke nigeria atau diberi route lain..

(tashkil ke 3 di sekitar Sri petaling je..)

February 28 via Mobile
Hj Abd Wahab sab (pakistan) kata, bila satu jmh diputus ke satu negara, blm pun jmh tu smpai ke negara tsebut, kesannya Allah dah sampaikn ke sana..

March 3 near Kuala Lumpur
Nizamudin reroute jemaah kami ke Ghana.. urusan visa kena buat semula (termasuk tunggu surat jemputan dari markas Ghana)..

(tashkil 4 di Putra Perdana, Puchong 7 hari)

March 13 via Mobile
Zaman nabi, 3 shbt tak klr jln Allah kena boikot oleh org madinah selama 50hari. Zaman skrg, 3 org je yg klr jln Allah kalau gi boikot org kg/tmn yg x klr akn kena gelak je..


~ habis cerita FB.. dan hari ni jemaah aku kembali di Sri Petaling.. surat jemputan ghana pun dah dapat.. amir sab aku & bbrp ahli jmh skrg kat embassy utk hntr permohonan visa.. aku yang terkontang-kanting (buruk bena bunyik nye..) bersendirian di markas, mintak izin amir sab utk gi kedai..

* pagi tadi aku ada cakap slow2 kat amir sab.. x leh cakap kuat2, nanti amir sab kena art attack heart attack pulak; "kalau x dpt visa ke Ghana ni, saya tangguh dulu la amir sab lps cukup 60 hari.." Amir sab aku senyap je.. huhu..

who??

Doa le utk kami yg dhoif ni.. dan sebagai hadiah utk korang aku sharekan kat sini bayan yg aku record dari Masjid Sri Petaling.. dan kpd yg blm klr thn ni, cepat2 le klr sblm ijtimak pertengahan Mei ni.. dan aku dengar elders pesan kita kena byk baca terjemah surah Taubah utk faham maksud kita dihantar sebagai umat Nabi SAW..



Semoga Allah ampunkan dan terima kita semua..






22 Rabiulakhir 1433 @ 15/03/2012

Wednesday, November 02, 2011

Sudah 5 Tahun


26 Sep 2009 - Saya sudah berpengalaman dalam bidang urut tradisional ini sudah 5 tahun dan telah merawat kira-kira 2000 pesakit lemah tenaga batin. ...

12 Jun 2011 – Pejam celik pejam celik sudah 5 tahun saya bekerja di LGM ini. Di sini saya hanya cerita serba ringkas tentang diri saya. Sekarang saya ...

13 Ogos 2011 – Mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. ...

26 Okt 2004 – Saya terpaksa menjual kereta Proton Wira 1.5 saya kerana ia sudah mula perlu dibaiki kerana sudah 5 tahun keatas dan saya kerap "outstation" bertugas. ...

27 Apr 2008 - Apa yang jelas, kami sudah 5 tahun bercinta dan takkanlah kami mahu tangguh 5 tahun lagi. Sepatutnya, kami mahu bernikah beberapa hari selepas hari lahir ...

22 Nov 2010 – Syam, membetulkan selendang bulunya. Sudah 5 tahun, mereka berkenalan. Allah mentakdirkan, Suhayl yang baru tiba berbekalkan passport ...

17 Okt 2011 – "Gantung Tak Bertali". Soalan. salam, saya berumur 32 tahun, sudah 5 tahun berkahwin mempunyai 2 orang cahaya mata berumur 4 dan 2 ...

14 Mei 2010 – Seingat aku, sudah 5 tahun bapa aku berulang alik ke hospital, untuk menyabung nyawa. Rakan2 yang “seangkatan” dengan bapa aku.. sudah ramai ...

2 Nov 2011 - blog azharjaafar313 hari ni sudah 5 tahun berada di alam fana.. korang tak boring ke baca blog ni.. dah 2 kali aku cuba tutup blog ni tapi tak berjaya ...

~ terima kasih sebab sudi baca blog aku yg ntahapaapantah ni.. selama 5 tahun ni, byk la aku tersilap & tersalah serta terkasar bahasa.. kalau ada yg sakit hati, atau makan hati, atau ada hati, atau terasa hati, .. aku mintak maap..
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
buat pe la pegi sorong dan tarik papan
apeke bende buah keranji tu pun aku tak tahu..
*maap sekali lagi sebab pantun xde kene mengene dgn n3..

**update pd 10 nov 2011..

inilah rupanya buah keranji.. baru aku tau..






Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...