Tuesday, January 21, 2014

Usaha Masturat

Allah سبحانه وتعالى jadikan lelaki dan wanita perlu kepada amalan agama.. Sebabnya.. setiap lelaki dan wanita akan menemui kematian dan kehidupan akhirat.. Oleh tu, setiap lelaki kena ambik fikir le pasal wanita-wanita.. bukan saja isteri, tapi mak, anak perempuan, adik beradik perempuan, nenek, makcik..

Lelaki kena usaha supaya wanita-wanita mereka menjadi seperti wanita-wanita di zaman sahabat رضي الله عنهم.. Jangan sampai kita mati dalam keadaan iman mereka masih kabur.. jangan sampai kita sebuk berdakwah di luar, tapi agama dalam rumah kita tunggang-langgang.. huhu..

Fikir masjid kena bawak dalam rumah.. tanya; dah solat? dan baca quran? dah zikir? dah buat taklim? Jangan sampai fikir rumah dibawa ke masjid.. tolong beli gula.. beli roti.. beli susu.. nanti dalam solat dan dalam amal-amal yang lain di masjid, fikir lelaki adalah mengenai gula.. roti.. susu.. tu yang jadikan ada orang marah bila imam baca panjang-panjang dalam solat.. huhu sekali lagi..

6 asas usaha wanita;
  1. menghidupkan amalan taklim di rumah..
  2. solat di awal waktu..
  3. membaca al Quran dan berzikir..
  4. hidup sederhana..
  5. mendidik anak² cara kehidupan sunnah..
  6. galakkan mahram untuk keluar di jalan Allah..

wanita bukan setakat digunakan sebagai target memanah..
jika diusahakan, mereka juga mampu memanah..
Lelaki yang pernah keluar 4 bulan tak sama dengan yang baru keluar 40 hari dan 3 hari.. jadi kalau isteri tuan-tuan baru keluar 3 hari, layan le isteri dengan menganggap mereka seperti orang baru dalam usaha agama.. jangan bebankan dia dengan fikir tinggi sangat sampai diorang rasa tak mampu buat atau rasa 'beri atas' (give-up).. *direct translation.. ahaks..

Sifir kerja wanita;
  • masturat keluar 3 hari setiap 3 bulan = lelaki keluar 3 hari setiap bulan
  • masturat keluar 10-15 hari setiap tahun = lelaki keluar 40 hari setiap tahun
  • masturat dah keluar 40 hari atau 2 bulan = lelaki dah keluar 4 bulan

Jadi.. kena upgrade le wanita-wanita kita.. dan jangan lupa upgrade diri sendiri.. dan istiqomah paling penting.. semoga tulisan ni memberi peringatan kepada diri aku sendiri yang masih belajar-belajar usaha kenabian nih.. doa untuk aku yang dhoif..

***   ***   ***

Alhamdulillah.. pada 17, 18 & 19 Januari baru ni, aku dan isteri diizin Allah keluar 3 hari dalam jemaah masturat.. jemaah kami 5 pasang.. 3 dari halkah Kepong & 2 dari halkah Hicom.. kami keluar di Kg Seri Cheeding, Banting (halkah Teluk Panglima Garang).. bayan hidayat di Sri Petaling..


A=rumah aku, B=tempat bayan hidayat, C=tempat keluar

Masjid Kg Seri Cheeding
rumah masturat..
catitan amirsap; jadual amal jemaah..
amirsap org Kepong.. sape ntah nama.. aku lupa..
Jemaah kami tangguh lepas solat isyak dengan meninggalkan seribu satu kenangan manis.. antaranya, setelah bertahun-tahun berkenalan di arena blogger, akhirnya aku dapat bertemu muka dengan tuan punya blog Ziarah 76.. beliau adalah abang kepada tuan rumah.. 

Semoga Allah سبحانه وتعالى terima usaha yang sedikit ni, jadi asbab hidayat untuk kami dan umat seluruh alam..

***   ***   ***








Insuran & Road Tax Online


Monday, January 13, 2014

Entri Pembuka 2014

Tahun baru masehi 2014 dah masuk minggu ke 2.. umur semakin pendek.. perjalanan terlalu panjang.. sedangkan bekalan terlalu sedikit..

hari.. hari.. bagaikan berlari..
tiada sesaat berhenti..
aku yag masih.. berdiri..
tiada arah yang pasti.. (harap syurga, takut neraka)

aku & isteri masih macam dulu.. macam masa baru kawen.. ahaks..
anak no 1 dah berenti alim sebab tak sanggup lagi nak belajar..
anak no 2 masih alimah tahun 5..
anak no 3 tahun ni pmr..
anak no 4 upsr..
anak no 5 masuk hafizah tapi balik hari..
anak no 6 masuk prasekolah..
anak no 7 nak masuk 3 tahun..
anak no 8 belum buat lagi.. kilang kata nak rehat.. nak aktif keluar masturat pulak..

sekolah anak no 5..
~jalan 13, Selayang Baru
prasekolah anak no 6..
~jaga² ada awek u-sya
03/01/2014..status FB aku;
masuknya pelajar² baru ke tahun 1 persekolahan memberi pengalaman baru kepada murid² itu sendiri, ibubapa, guru² dan para pembuat kerusi sekolah..
~aku tengok gambar ramai bebudak kepala tersangkut kat kerusi sekolah..

06/01/2014.. lepas maghrib, aku & the gang buat ziarah rumah ke rumah di kawasan PPR kepong.. sampai kat satu rumah, keluar sorang lelaki umur 30an.. aku tengok disekelilingnya ramai bebudak yang hampir sebaya.. aku tanya ni semua anak ke? dia kata ye.. 9 orang semuanya.. yang sulong darjah 6 dan yang kecik sekali baru lahir.. hidup kat bandar ni aku ingat anak aku 7orang kira champion la.. rupanya ada lagi champion.. huhu.. hebat Allah..

07/01/2014.. sesuatu telah berlaku..
ada member tanya aku; "Azhar Jaafar, tuan ada business baru ke?"

haha.. ni bukan aku..
ulama tabligh dah pesan untuk buat satu bisnes je..

11/01/2014.. WNR9776 kena major service sebab dah lebih 120,000km.. semua kasi tukar..

engin oil, oil filter, air filter, brake pad, gear oil, stabilizer link,
rear absorber, axle oil, coolant, spark plug, belting.. 

12/01/2014.. semua anak-anak ada kat rumah.. jadi..

9 worang punya makan kasi bungkus..
ada org takwa memang jaga makan.. org mcm aku ambik fatwa je..


dan.. semenjak tahun baru ni aku belum sempat memanah bersama kengkawan.. tetapi hanya sempat memanah bini di rumah sahaja..

dan.. jur orang yang pernah keluar 4 bulan pada 14, 15 & 16 Februari 2014 di Masjid Jame’ Seri Petaling.. aku azam khidmat 2 bulan di Nizamuddin lepas jur.. tolong doa..

dan.. Ijtima Malaysia 2014.. semua lelaki muslim dijemput hadir..
*sesape yang tau lokasi tepat ijtimak, sila bagitau di ruangan komen..
  • 17hb-19hb April - Perlis, Jitra & Sg.Petani
  • 19hb-21hb April - Penang
  • 21hb-23hb April - Penanti, Selama, Ipoh & Taiping
  • 24hb-26hb April - Kelantan
  • 26hb-28hb April - Kuala Lumpur - Masjid Jame’ Seri Petaling
  • 28hb-30hb April - Jerantut - Madrasah Sg.Badak
  • 30hb April-02hb Mei - Kuala Terengganu & Besut
  • 02hb-04hb Mei - Johor Bahru & Batu Pahat - Masjid Jamek Yong Peng
  • 04hb-06hb Mei - Seremban & Melaka
  • 07hb-09hb Mei- Tawau & Sandakan - Masjid Daerah Sandakan
  • 10hb-12hb Mei- Kota Kinabalu, Beaufort & Labuan
  • 13hb-15hb Mei - Miri, Bintulu & Limbang 
  • 16hb-18hb Mei- Kuching & Sibu

dan bayan lagi.. 




dan pesanan terakhir..
kalau ada org tanya; "tak susah ke? tak leceh ke? tak rimas ke? bela janggut panjang2.."
jawaplah dengan sopan; "apa susahnya? apa lecehnya? apa rimasnya? janggut tumbuh ke bawah, bukan tumbuh ke atas.."

sekian..






Insuran & Road Tax Online

Tuesday, December 31, 2013

Entri Penutup 2013

aku baru balik dari keluar 40 hari pd jumaat lps.. ni adalah antara perkara yg kena di"settle"kan.. heheh..

"maaf, ni bukan suara aku.. suara aku sedap lagi.. ala-ala Rahim Maarof.. ahaks.. asalnya audio ni aku terima dr wassap.. kmdn aku videokan dan tulis "penyanyinya aku tak tahu".. tak lama kmdn saudara Sufian Isa Pencetus Ummah mengaku bahawa ini adalah suara beliau.. alhamdulillah.."

video yg diedit oleh GuaTv.com;




video yang aku masukkan di Youtube;



camne pun aku berterima kasih kepada GuaTv sebab secara tak langsung telah mempopularkan blog aku.. ahaks..

buat usaha di 16 masjid dan surau di sepanjang jalan
Bandar Jerteh, Trengganu ke Bandar Pasir Puteh, Kelantan

kembali memanah.. indoor & outdoor..
*hanya gambar memanah outdoor dipaparkan..
akhir kata yang pertama..
antara tanda syukur kpd Allah krn dilahirkan sbg umat ini adalah dgn sentiasa mendepankan diri dan harta utk digunakan di jalan Allah.. dan antara tanda kufur kpd Allah atas nikmat dijadikan sbg umat ini adalah dgn mengelakkan diri dan harta dr digunakan di jalan Allah..

akhir kata yang kedua..
sesape yg belum chillah lagi 2013 ni, sila risau.. atau buat² risau..

akhir kata yang ketiga..
majulah memanah untuk negara..
terima kasih kerana sudi menziarahi blog aku ni..





Insuran & Road Tax Online

Tuesday, November 12, 2013

Sejak 2 Minggu Lepas..

sebelum apa², iklan dulu (macam youtube le..)

klik untuk besarkan..
Ada lagi 30 orang peserta yang boleh berdaftar!!! 

Siapa cepat dia dapat rasakan kem santai bersama saya insyaAllah.. anak2 tuan2 akan merindukan bermuzakarah agama dengan saya insyaAllah.. 

★Lidah mereka akan sentiasa keluar perkataan ALLAH!! ★

Jom daftar sekarang!! Call or whatsapp saya segera!! Khailil Razak 013-7791637 


***  ***  ***


29 Oktober 2013..
masjid aku ni memang meriah.. hampir setiap hari ada kuliah maghrib.. kalau xde ke mana². insyaAllah aku akan sama² duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustaz..

kusyuk wal masyuk

02 November 2013..
memanah dengan kengkawan..

gian memanah ni..
stedy la bang..
otai kepong..
busur monggol..


05 Nov 2013
memanah bersama korge..

gaya seorang abah..
bini ku..
Ammar..
Anas..
Mardhiah..
Mu'az..
Mus'ab pun nak memanah..

9-11 Nov 2013
jemaah masturat 3 hari masuk rumah aku..

bayan masturat..
makan time..
sementara menunggu giliran mulakat..
tidak berkhir di situ..
kono bolum tontu..
amir sab suda mari..
gaya seorang amir sab..
pihak masjid minta jemaah bayan maghrib..
siap iklan dan bagi duduk kat tempat ustaz.. huhu..

***  *** ***


seperti biasa.. bonus track..

download di dropbox; KLIK SINI






Insuran & Road Tax Online

Monday, October 28, 2013

Hal Memanah Lagi..


Sambungan dari entri Memanah La Pulak Brader..

*******

Secara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu
  • memanah secara naluri (instinctive) 
  • pandangan (sight). 
Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah.

BUSUR KOMPAUN
Busur kompaun sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Compound Bow

BUSUR RINGKAS MODEN (RECURVE)
Iaitu busur tunggal (one-piece recurve bow) dan busur berangkai (3-piece recurve bow) sebenarnya berada di bawah separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga untuk meletak anak panah (arrow rest).

Recurve Bow

BUSUR TRADISIONAL
Busur tunggal tradisional adalah sejenis busur refleks dan lebih menepati ciri-ciri busur sunnah. Rekabentuk busur tradisional adalah panahan-dinamik (dynamic-shot), iaitu semasa memanah, kepala anak panah diletakkan sedikit terkeluar dari garisan satah panahan kerana perlu disandar ke atas belakang ibu jari pemanah yang menggenggam pemegang busur. Apabila dilepaskan, anak panah akan meliuk semula mengikut arah sebenar daya tujahan busur setelah batang panah melepasi kawasan pemegang.

Lantunan anak panah (arrow deflection) adalah maksimum pada busur tradisional, pemilihan batang anak panah yang keras akan menyebabkan panah gagal membuat pembetulan untuk bergerak dengan lurus sebelum sampai kepada sasaran. Fenomena ini dikenali sebagai ‘The Archer’s Paradox’ yang menyebabkan pemanah perlu membuat penyesuaian semasa panahan dengan membidik ke tepi sasaran sebenar.

ni la bow yang aku beli.. nak riak la tu..

Busur tradisional dapat dikenal-pasti dengan mudah kerana ia tidak mempunyai tempat sandaran anak panah pada busur. Berbanding jenis-jenis busur yang lain, kepala anak panah diletakkan di sisi dalam busur tradisional semasa memanah supaya anak panah dapat dicagak dan ditarik dengan paling cepat. Ini dapat menjimatkan pergerakan dan masa tanpa anak panah perlu melangkahi busur ketika mencagak anak panah.

Kelebihan:
  • Kelajuan panahan adalah lebih baik dan berada sedikit di bawah prestasi busur kompaun.
  • Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  • Pemanah secara naluri biasanya bergaya dengan busana tradisional semasa acara memanah.
  • Busur dan aksesori menggunakan banyak bahan semulajadi.
  • Satu-satunya jenis busur untuk teknik naluri yang sesuai untuk memanah semasa di dalam pergerakan; seperti berkuda.
next project, insyaAllah..
Kekurangan:
  • Jenis busur ini lebih susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa, komitmen dan tenaga untuk belajar dan berlatih. (dianjurkan 100 anak panah sehari)
Dikategorikan sebagai busur memanah dengan naluri kerana bahagian hadapan anak panah disandar ke atas belakang tangan/ibu jari pemanah dan menggunakan kaedah menarik dan melepas dengan jari tangan, samada menggunakan;
  • ibu jari dan cincin (gaya Monggol)
  • 3 jari dan sarung tangan/pelapik jari (gaya Mediterranean)


Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri. Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length) berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah. Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

*******

KOMPONEN ZAHIR – KEKUATAN DARI MEMANAH
Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya;

  • kekuatan pada panahan
  • kekuatan pada tubuh badan pemanah.


KEKUATAN PADA PANAHAN
Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu
  • Ketepatan
  • Konsistensi
  • Kejituan
Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;
  • Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul
  • Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
  • Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen
Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan dapat dicapai dan dirungkai.

Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat, spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-lain.

Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.

Busur Rasulullah..

KEKUATAN PADA TUBUH BADAN PEMANAH
Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan otot dan sendi pinggul.

Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak kekuatan dapat dihasilkan.

Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini, mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?

Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih tinggi.

copy & edit tanpa permit dari blog http://arramy.com

*******



busur aku - kekuatan tarikan (poundage) 50 lbs.. 
busur ahlia - kekuatan tarikan (poundage) 25 lbs..
busur Mus'ab - beberapa hari je dah hancusss..


dan embah lanang aku berasal dari Jogjakarta..






Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...