Friday, September 20, 2013

Mesyuarat Nizamudin 2013

tahun ni aku x pegi mesyuarat Malaysia di Nizamudin.. kalah pertandingan dua penjuru dgn org lama di halkah.. sebenarnya Allah dah tentu aku xde rezki kat sana..

apa² keputusan dan takaza² dari mesyuarat tu, korang kenalah dapatkan melalui mesyuarat markas dan halkah masing² ye.. xyah la share kat sini.. yg penting kita dpt taat dan cuba utk sempurnkan semua azam² yg dibuat..

yg aku nak share kat sini, bayan² elders sepanjang tempoh mesyuarat tu je.. apa² yg kita dengar ni akan hanya jadi halwa telinga saje kalau xde apa² usaha yg kita buat.. jadi, supaya telinga² korang tak dipotong dan dijadikan halwa utk raya haji ni, maka buat le apa² yg patut..

tambah masa.. tambah korban.. seluruh umat perlu dibawa kpd masjid, kpd amal² masjid, bersama² hidupkn masjid.. masa sangat singkat.. huhu..




...

ini Mus'ab.. birthday boy hari ni (20/09/2013).. dah genap 2 tahun..
kisah keberanakan kelahiran nya di sini:
http://azharjaafar313.blogspot.com/2011/09/msyt-nzmdn-bhg-6-akhir.html

insyaAllah petang ni aku ke masjid Sri Petaling untuk takaza khidmat istiqbal 10 hari..

doa..







Insuran & Road Tax Online

Tuesday, September 10, 2013

Memanah La Pulak Brader..

"rasanya dah sampai masa aku belajar memanah, lawan pedang & tunggang kuda.. hmm.. semoga Allah mudahkn.."

~yang atas ni status facebook aku pada 23 Ogos 2013.. jadi ramai la tukang komen.. kebanyakan komen menambah semangat aku terutama untuk belajar memanah..

flashback (macam citer industan)..

15 ogos lepas.. first time memanah di Fraser Hill menjadi pemangkin semangat..

gaya mau lebey..
kalau suka boleh tembak 2, 3 atau 4..
tapi kalau tak mampu atau takut tak dapat berlaku adil,
tembak satu pun cukup lah.. ahaks..
"Warga pekerja adalah pemangkin, penggerak dan pemacu kepada kejayaan negara ini sejak sekian lama. Justeru, tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara” adalah amat bertepatan sekali dengan hasrat dan aspirasi kepimpinan tertinggi negara.."

opss.. sori.. terlebih flashback.. termasuk ke ucapan menteri pulak..

kembali kepada criter asal..

jadi untuk mereal lah lu brader merealisasikan hasrat memanah tersebut maka sayugia dinyatakan di sini, aku telah membeli seset satu set alatan memanah.. jeng jeng jeng..

perbincangan mengenainya oleh seorang mamat di sini:
http://www.koreanarchery.org/punbb/viewtopic.php?id=166
taraaa.. 30 ogos 2013..

set memanah aku yang pertama.. poundage 50lb..
malangnya anak panah masih belum tumbuh bulu..























selama 4 hari aku hanya belek² set memanah yang aku beli ni.. dok memikir camne nak bagi anak panah tumbuh bulu..

"relek brader, breder rilek.. rilek brader, brader rilek.."

akhirnya.. berkat kesabaran..

anak panah telah tumbuh bulu pada hari ke lima..






















maka sayugia dinyatakan sekali lagi, bermulalah karier aku sebagai pemanah profesional pada 4 september 2013..

latihan awal.. memanah di dalam bilik rumah dengan jarak kira² 10 langkah.. teknik² yg aku belajar selama 5 hari daripada en Google dan Youtube aku manfaatkan..

karaoke la..
dan dalam latihan awal ni, aku berjaya memecahkan satu keping tingkap dapur.. huhu..

7 september.. keluar 3 hari..

sebelum keluar, aku berjaya menjadi siput shifu kepada kengkawan seperjuangan..

aim betul²..

tarik napas..

lepaskan..

pueh hati den..









6/6..
kemut.. tahan kentut..
zasss..

tepi sket adik..

gaya seorang shifu..

dan pada malam itu, kami di surau flat Tmn Samudera, Gombak..

bayan selepas makan malam..
topik utama adalah cecara memanah..
dan.. 8 september adalah anibesari aku nikah dgn isteri.. dan.. tahun ni adalah tahun ke 18.. dan.. barulah aku sedar rupanya aku dah 18 tahun berkecimpung dalam bidang memanah ni..

sekian..







Insuran & Road Tax Online

Thursday, August 22, 2013

Raya 2013

1 Syawal 1434..
lepas solat raya, bawak family balik kampung..

gambar wajib..
mak, abah, family aku, adik pompuan serta suaminya..

A=rumah aku, B=rumah mak..
err.. 1.2km je.. ahaks..


petang balik kampung arwah embah..

jowo pun jowo lah.. janji rock.. \m/
acara malam bebudak.. meletupkan kampung..
Alhamdulillah  raya tahun ni aku dapat bawak family ziarah saudara mara belah abah di Kg Jawa dan belah mak di Rasa, Batang Kali dan Ulu Yam.. dapat jugak ziarah rumah adik beradik aku & isteri kat sekitar Selangor.. termasuk rumah jiran² di sekitar Kepong..

7 Syawal 1434..
menziarahi En. Fraser di bukitnya..

salah sebuah apartment..
mendapatkan rawatan poket..
bukan barang untuk di pos..
come to mama..
93km sahaja.. tak dapat jimak jamak solat..

mak & abah.. 
makan malam ditaja oleh adik pompuan aku..
(yg serius melihat harga di menu sambil diperhati oleh adik lelaki aku, juga dengan serius..)
acara pagi esoknya..
"mengapakah aku diperkudakan?"
menonton pertunjukan hamster dalam bola di tasik..

10 Syawal 1434..
status FB aku..
August 17ada kawan yg nikah pagi ni msg aku; "abg, berikn berikn tips² mutiara utk mlm keramat ni.. huhuuu.." aku jwb; "sembang² je.."2 minit lps tu aku msg lagi; "sambil tu tangan buat gash.. ahaks.."
walimah Mat Rock (rakan blogger) di Masjid Shah Alam..

11 Syawal 1434..
status FB aku..
August 18nk gerak ke Lanchang, Pahang menghadiri walimah yg minta nasihat semalam..
pegi awal sbb nk zohor di KL semula, kmdn hantar anak dara balik madrasah Sri Petaling sebelum asar..
walimah Ust.Khann Da'ie.. rakan blogger gak..

14 Syawal 1434..

menyimpan harta rampasan sepanjang raya..
metallica di stadium merdeka..
akhirnya dapat gak aku tengok konsert metallica kat stadium merdeka tu.. err.. tapi bukan cara live.. kat youtube je.. ahaks..






Insuran & Road Tax Online

Wednesday, August 07, 2013

40 Hari di Sik Kedah

22 Jun 2013
8mlm.. gerak ke masjid Sri Petaling.. tumpang kawan..

Langkah ini terasa terhenti-henti..
Depan kelabu pedih memilu..
Masa bukan lagi temanku..
~ ye lah.. bukan senang nak keluar ke jalan Allah ni..
~ jerebu teruk kat KL, pedih mata aku..
~ masa gembira dengan family aku pause jap..

punya lah ramai manusia kat masjid ni.. berbondong² nak keluar ke jalan Allah..

23 Jun 2013
lepas subuh ada bayan.. dalam bayan pembayan ada sebut;
"kita bukan nak jadi orang lama tapi nak jadi orang yang sentiasa ke depan dalam agama.. kain yang kita pakai.. lama² akan jadi kain buruk dan buat lap kaki saja.. kita tak nak jadi macam tu.."

9.30 pagi.. proses pembentukan jemaah bermula.. aku memang suspek respek la dengan jemaah tashkil yang bertungkus lumus nak menyesuaikan jemaah.. setiap jemaah dihadkan kepada 12 orang sahaja.. di dalamnya kena ada orang lama dan baru termasuk 5 hingga 7 orang pelajar madrasah..

kepala aku pening.. jerebu teruk sangat ni.. sedut nafas sampai bau asap macam orang bakar sampah.. akhirnya dalam pukul 11.30 pagi, aku dicampur dengan 11 orang dari Kota Bharu, Kelantan termasuk 5 pelajar madrasah.. lepas tu tunggu giliran jumpa syura untuk lantik amir..

jerebu kat Kuala Lumpur pada 12.15 tgh, 23 Jun 2013..
Masih juga aku mengharap cahaya..
Biarpun terus meredah belukar..
Pecahan kaca menusuk tubuh berdarah..
Sakitnya tiada terkira..
~ harap² jerebu ni cepat hilang..
~ biarpun korang tetap nak bakar hutan belukar..
~ dan aku terpaksa jadi amesab hingga badan rasa luka²..
~ sakit untuk pikul tanggungjawab..

lepas lantik amir, aku berkenal²an dengan ahli jemaah.. perkara pertama yang aku sebut adalah; "harap tuan² cakap melayu sestandard yang boleh sebab saya tak berapa paham kecek klate.." diorang sengeh je.. ahaks..

24 Jun 2013 (15 Sya'ban 1434)
9.30 pagi.. bayan hidayat.. 90-100 jemaah akan keluar hari ni.. mudah² Allah angkat musibah jerebu ni dan pandang umat ni dengan kasih sayang.. selesai bayan, jemaah aku diputus untuk keluar ke Sg Petani..

gambar aku pirate dari
http://zkeretapi.blogspot.com/2009/09/signboard-part-13.html
lepas solat zohor serta jamak asar, kami gerak.. 8 orang naik 2 kereta, aku dengan 3 pelajar madrasah naik bas.. alhamdulillah sebelum tengah malam jemaah aku selamat sampai dan berkumpul di madrasah Sg Huda (markas tabligh di Sg Petani)..

25 Jun 2013
9.30pagi.. lepas sarapan, ada taklimat sket oleh syura Sg Petani.. kemudian kami gerak ke route yang diberi.. jemaah aku ni diputus ke kawasan utara Sik iaitu Nami, Kota Aur dan Gulau kira² 100km dari Sg Petani..


B=Nami, C=Kota Aur, D=Gulau

ringkasnya, selama hampir 40 hari di sana, jemaah aku telah;
  1. buat usaha di 12 masjid dan surau..
  2. tak dapat jemaah tunai..
  3. tak dapat hidupkan beberapa amal masjid yang baru..
  4. hari² makan durian sebab masa kami sampai sana, durian baru mula gugur..
  5. tak dapat menyebut perkataan pelam dengan senonoh sebab diorang dari Kelantan..
  6. diminta jadi imam tarawih di beberapa masjid & surau sebab kami ada hafiz quran..
  7. mendapat amir yang suka lepak dan tak joss..
  8. menyebut dalam adab gash; "jale di kane jale denge menunduk ke pandange.."
  9. ditengking oleh seorang gila yang tiba² hadir ke satu masjid dengan menyuruh kami pindah dari situ..
  10. menyembahyangkan 4 jenazah orang tempatan pada waktu yang berlainan..
  11. diziarahi syura Sg Petani beserta 8 orang ahli rombongannya termasuk 2 peminat blog ni, Fauzi & Abd Shafiq..
  12. tak bergaduh.. sama² pegi, sama² balik..

29 Julai 2013
10pagi.. gerak balik KL.. 7 orang dalam 2 kete dan 5 orang naik bas..

Istana menanti bertakhta hati berseri..
Istana menanti tempat kita pasti..
~sebuk nak balik rumah la tu..
~tak sabar nak buat usaha tempatan sebenarnya..

5.30ptg.. alhamdulillah semua jemaah dah berkumpul di masjid Sri Petaling.. berbuka puasa dan tarawih bersama.. malam tu malam 23 ramadhan.. suasana aman sekali..

tarawih ni dibuat berasingan dari yang
dibuat di dewan utama masjid..
dari status FB Mat Rock;
ya Allah !!!!..mahu atau xmahu...nak atau pon xnak..sedia mahu pon xsedia...sume ny past akan berakhir....

berakhir suda sesi 10juzu'-20 rakaat tarawih tahun ni...diakhiri dgn tangisan...Wallahi !!!..dewan solat berderum dgn esakan tangisan hidayah oleh ahli jemaah ....

maulana amir hamzah al hafiz mengimamkan 2 rakaat terakhir utk juzu' 30 bersama2 solat witir...maulana amir hamzah mghbiskan 1 juzu'(juzu' 30) pd rakaat ke 19 dan mnyambung sedikit permulaan surah al baqarah di rakaat ke 20...xsedar da 40 minit berdiri..Allah3...seterusny maulana amir hamzah mengetuai bacaan doa y penuh tangisan...penuh tangisan !!!!!

ya Allah!!!!...sedih sngt!!!!...sngt2 sedih...basah jubah dgn tangisan..basah pipi dgn air mata y mngalir...Allah3!!!..moga Allah berkati n terima kesumua ahli jemaah...

sedih sesi kali ni da hbis...xdpt lg nk dngr bacaan2 para hafiz alim muda kite...muda2 Allah da pilih jd alim hafiz daie...Allah3...

*lepas ni solat tarwih sesi y biasa je la...1juzu'-20 rakaat..di dewan solat utama..
*salah satu sbb kenapa wa nk blik msia...sbb bnda2 mcm ni la..xthu mane nk cari suasana mcm ni..Allah3..  , bukan nk blik kawen je..hmm
*wa nk sngt sume dpt rasai nikmat ni..hmm
*dr melaka wa naik moto, nk kejar suasana mcm ni..hmm..moga Allah terima.. 

Ya Allah , terima la kami, pilih la kami utk dtg pd mentaati pd MU n pd perkara y menggembira kan Mu..Allah... 


01 Ogos 2013
lepas asar ada karguzari.. dibuat di 15 tempat berasingan di dalam masjid.... 6-7 jemaah bagi setiap tempat..

berbuka puasa terakhir aku dengan ahli jemaah yang aku kasihi..
02 Ogos 2013
10pagi.. bayan wafsi..
12tghari.. bersurai..

Getar jari-jemari bertaut pada harapan ini..
Aku membilang hari..
Apa akan datang hari ku nanti..
Istana menanti pasti..
~suspen bro.. gegar lutut sampai ke jari kaki..
~bilang pakai jari tangan le..
~nak balik siang hari ke, balik malam hari..
~nak buat usaha masturat sekali..

lepas maghrib, aku dah sampai rumah.. ahaks..

sekian..

anak² makan setalam..
abah & umi diorang makan di tilam talam yang lain..

dikesempatan ni, aku dan keluarga ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua pembaca blog ni.. terkasar bahasa, teraba, terskodeng dan berbagai² ter lagi, aku mintak mahap..







Insuran & Road Tax Online

Saturday, June 15, 2013

Mazhab Tak Cukup Soheh Ke?

Azhar Jaafar
June 11 at 10:37pm via mobile ·
tadi ustat ngajar hadis soheh berkenaan setiap rukun dlm solat..
*aku rasa baik panggil ustat yg mahir mazhab syafie & ajar bab tu kpd org awam..

Safwan Seth
semua dia sentuh ke...walaupun dlm mazhab lain?

Wan Mohamad Zuhdi
dgr word 'soheh' tu tau dah..soheh aje depa,mazhab letak tepi

Hanzlah Ibnu Othman
Caca marba solat kalau tiada mazhab

Azhar Jaafar
dia x kondem mazhab.. tapi ajar cara yg paling soheh dlm solat berpandu hadis soheh..

Ansar Agis
mazhab baru kot

Wan Mohamad Zuhdi 
Belah2 pantai barat boleh ngajar ustaz jenis ni..kalo dtg teganu,kelantan dia ngajar kpd tiang masjid je la

Aal Nashruddin Aal Mujer 
Kena tanya Maulana di Sri Petaling jer, insyaAllah soheh.

Khairy Tajudin
sy pernah duduk dlm majlis ilmu di SARAWAK ... ustaz mengajar rukun2 solat dengan cara SUNNAH yang SOHIH mengikut mazhab SYAFIE

Muhammad Azan
adakah mazhab syafie tidak menggunakan hadis soheh??? knape apabila ust tu ajar hadis soheh dalam menunaikan solat kita x berapa suka?? sekadar bertanya..

Khairy Tajudin
mazhab syafie juga guna hadis soheh ... kalau x caya, mengajilah

Azhar Jaafar
utk org awam, baik x campur adukn mazhab.. tu saja..

Aal Nashruddin Aal Mujer
Sebenarnya semua mazhab menggunakan hadis soheh dalam hujah Para Imam Mazhab. Cuma kita jgn campur adukkan mazhab.

Muhammad Azan 
ooo, setuju jgak tuh, takut org awam pening jer... hehehe, jangan sampai campur aduk mazhab sudah kan..

Erman Abdurrahman
Alhamdulillah.

Mohammad Yunus Dion Sahari 
Kalau seri gombak kami gelar ustaz nang yang siang pau....suka rujuk nasi campur...

Khann Da'ie 
org awam mncampur adukan mazhab tnpa ilmu yg jelas,berada dlm lmbah kesesatan....

Sheikh Syukairy Al-Habib
Benar sheikh Khann Da'ie al madani!

kotak tisu yg hancur walaupun isi ada separuh lagi..
(gambar hiasan)


Azhar Jaafar
June 12 at 1:10pm ·
teringat tak berapa lama dulu, masa nak keluar 4bulan ke india, pakistan & bangladesh.. antara perkara yg dimuzakarahkan di masjid sri petaling sblm ke sana adalah bab masail dlm solat.. rata² di benua india mengamalkn mazhab hanafi.. jadi ada sedikit sebanyak beza dgn kita yg dtg dr nusantara ni yg bermazhab syafie..
yg aku ingat sgt adalah bab baca fatihah dlm solat fardhu.. dlm mazhab hanafi, cukuplah imam shj baca fatihah, makmum xyah.. sedangkn dlm mazhab syafie makmum wajib baca fatihah..

ustaz yg beri muzakarah kata; "walaupun pendapat yg mengatakan makmum x wajib baca fatihah tu soheh, kami di sri petaling xkan benarkan tuan² ke benua india & solat tanpa baca fatihah.. kalau kami benarkan, maka keadaan akan jadi caca marba.. bacalah fatihah dan latihlah dgn bacaan sekali nafas..

*(kena latih baca senapas sbb kdg² imam kat sana lps fatihah akn baca surah pendek.. org sana yg x faham akan kata solat kita batal sbb kita rukuk lps imam berdiri dr rukuk..)
wallahua'lam..

Asbullah Abdullah 
kalau imam terlalu pantas ada kemaafan hingga 2 rukun panjang. bangun dari sujud kedua.

Azhar Jaafar
bagi kita ok.. tapi kat sana kwsn kampung² ramai org x pham.. lps solat dia dtg kat kita & cakap solat kamu batal.. haruuu..

Fuad Akmal
Saya pernah menjadi imam ketika di masjid sana.
saya solat taqliq dengan mazhab Syafie,alhamdulillah mereka memahaminya.

Azim Jammy ·
yup. hari pertama smpi amr sab dah marah sebab jemaah x solat asar. Huhu! kami dah jama' la amr sab.
kadang2 dpt taskil masjid yg mazhab syafie. time tu rindu sgt nak baca qunut bersama imam.

Asbullah Abdullah
diaorg mazhab hanafi....ada yg tak tahu mazhab shafie....tapi org2 lama biasanya tahu dan faham .

Azim Jammy ·
setakat ni belom pernah lg kne marah. dorg lembut dlm menegur. lepas explain ingat kan dah paham. tgk2 esok nye tegur lg. Hahaha! x bleh lupa la.

Amin Ledang
berapa saat kita boleh habiskan surah al fatihah dengan satu nafas?

Asbullah Abdullah
10 saat...

Wan Mohamad Zuhdi 
org2 kampong rata2 xtau ada mazhab laen di dunia ni..takbir intiqolat pun depa terkejut tgk..

Azhar Jaafar
kelakar bg yg baru smpai sana kata AMIN kuat2 lps imam baca fatihah, padahal org lain amin senyap je..

Md Haniff
rindu kat Markas nizamuddin....

Asbullah Abdullah
ha...ha....tapi itulah indahnya 4 mazhab....
tapi aku rasa hebat tgk jemaah srilangka...kulit hitam mcm mazhab hanafi...tau2...shafie.

Wan Mohamad Zuhdi 
sri lanka sama mcm malaysia.makan durian.udang,tepi laut,ada kuih manis2,ada bubur..org jawa pon ada sana

Asbullah Abdullah
mcm mana ada shafie di tengah2 negara hanafi? takjub....mcm mana org dulu2 buat dakwah....

Wan Mohamad Zuhdi
kata molana abu bakar,allah swt takdirkan mazhab wujud di suatu negara sesuai dgn geografi,budaya dan cara idop masyarakat..kawasan tanah pamah,dataran-m.hanafi,kwsn laut,pantai-m.syafie,kwsn gunung ganang-m.maliki,kwsn pdg pasir-m.hambali...W'a

Md Haniff ..
benar org sri lanka juga ramai yg pandai ckp melayu

Nor Isham Ismail
Belajar cara solat shafie dgn maulana abd hadi sewaktu di kurja india. Banyak dapat... masael solat kena belajar.

Mohammad Yunus Dion Sahari 
Orang hanafi marah sebab aku beli udang 15 kilo murah gila.....lepas tu cuci bersih2 letak serbuk kari dan cili+kunyit goreng sampai warna merah......aroma. ..parah limau mkn nasi dgn kicap tamin.....imam bilal dan lain lain hanafi....dah tukar shafie.

Adha Alhafiz
Jom kur 4 bulan

Ali Sabardin
pengalaman indah.

Azhar Jaafar
aku keluar kat kerala, india.. bangsa malabar ni rupanya mazhab syafie.. imam baca fatihah ada bismillah dgn kuat.. subuh ada qunut.. kalau musafir boleh jamak & qasar..

Johari Joe
Yang baca Al fatihah laju tuh boleh ke kita baca Alfatihah ketika imam baca "iyya kanak budu wa iyya kanastain"?....kalo tunggu imam abis al fatihah lps tu imam baca 3 ayat penghujung surah as-saffat..mmg x sempat nk baca fatihah...macamana tuan Azhar Jaafar??

Azhar Jaafar
benarrr

Johari Joe
Kalo syafie..ikutlah syafie...lalo nk ikut hanafi...ikutlah hanafi bermula dari mandi wajib,istinjak,wudhu dan solat...wahhabi dan salafi mungkin takkan ikut mazhab syafie...

Azhar Jaafar
xleh loncat2 tanpa belajar dr akar umbi..

فارس علوي 
rindu Markaz Nizamuddin..solat belakang Maulana Saad..

para rehal yg dah x sabar menunggu ramadhan..
(jangan buat hiasan)
sekadar sembang² aku dengan kengkawan di FB..
wallahua'lam..

Bonus Track; Ceramah Isra' Mi'raj..







Insuran & Road Tax Online

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...