Monday, March 04, 2013

40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 2

sambungan dari entri lepas..

***

"Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam.. memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani kegelapan malam.." - madah pujangga, dipetik dari buku Permata Yang Hilang..

uikss.. apa pulak kena-mengenanya madah pujangga ni dengan entri yang korang tengah baca ni.. ahak.. steady la sket bro.. dah masuk 20 hari keluar, memang la ingat kat bini.. kalau x caya, cuba tanya kengkawan yang bawak henpon masa keluar.. lepas tu asyik sms, wassap atau call bini.. kalau buat camtu, sampai bila pun bini x dapat belajar bergantung pada Allah..

8 - 13 Feb.. buat usaha di dua masjid.. Kg Kembara Sakti dan Kg Hamparan Badai.. nama dua-dua kampung ni macam nama komik lawan pedang pun ada.. dah la pedang lama dah tak bersarung.. adoi.. 

masjid Kembara Sakti
warm-up - futsal 6 sebelah dgn bebudak kg..
kesudahannya seri 11 sama..
aku dapat skor 2 bijik dan dapat sakit melepuh tapak kaki..

Lepas buat usaha di tiga masjid dalam Felda Sahabat ni, nampak sangat la orang yang buat usaha ni kena selalu libatkan diri dengan markas.. kengkawan kat sini yang istiqomah dalam usaha adalah yang selalu datang malam markas, walaupun sebulan sekali.. yang dah berbulan-bulan tak datang, mula-mula buat usaha nampak macam josh.. tapi lama-lama jadi jaws dan lepas tu bertukar menjadi pause.. kalau x diubati, terus jadi monopos..

Perjalanan dari Felda Sahabat ke markas Tawau ambik masa 4½ - 5 jam.. jadi kita yang tinggal dekat dengan markas tapi malas nak pegi malam markas, memang la zalim sesangat pada diri sendiri dan tak syukur nikmat.. kena datang malam markas dengan bawak alas yang tebal, bukan tak datang dengan beri alasan yang tebal..

masjid Hamparan Badai
sifat manusia macam tanah.. kalu x diusaha jadi hutan dan xde harga..
bila dah diusaha, jadi harga berjuta2..
bila dah berharga, ramai la yg nak merebutnya.. ahak..

14 Feb.. sesuatu telah berlaku.. dekat je dengan sini.. manusia merancang, Allah juga merancang.. perancangan Allah lah yang akan terjadi..

Jemaah pindah ke Kg Fajar Harapan.. yang peliknya orang kampung sebuk bawak anak bini keluar dari kampung, jemaah kami pulak sebuk-sebuk masuk kampung.. Kg Tanduo yang tengah glamer sekarang ni, sebelah je dengan Kg Fajar Harapan..

klik utk baca..
hargailah abang2 kita ni..
mereka sanggup mengorbankan nyawa untuk negara..
Tiga hari kat sana.. alhamdulillah xde apa yang tak ingini berlaku.. kami buat usaha macam biasa.. karkun tempatan, abg Padilah selalu bersama jemaah pagi, petang dan hingga lewat malam.. semoga Allah terima dan jadikan asbab hidayat..

Kg Fajar Harapan..
sempat lagi.. kejadian berlaku dirumah imam muda di kuarters masjid..
Selangor 2, Kelantan 0..
(ahli jemaah 8 org dr Selangor, 4 dr Johor..)

17 feb.. route yg paling suspender.. Kg Tanjung Labian Laut.. ni bukan kampung felda tapi perkampungan orang Filipina.. tepi laut, 15 minit ke pulau-pulau Filipina kalau naik bot laju.. setelah bermesyuarat dengan karkun tempatan, kami masuk juga ke kampung ni sebab dah diberi route ni dari awal..

♫ Andai kata kami gugur semua.. 
xyah la tabur bunga diatas pusara.. 
sedekahkan lah saja fatihah dan doa..
akhirat berjaya.. ♫

masjid Kg Labian Laut..
kursus menimba air dari perigi..

bersambung lagi bha.. sabar bha.. kalau rajin aku update lagi bha..
insyaAllah..












Insuran & Road Tax Online

Sunday, March 03, 2013

40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 1

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. dengan izinNya, aku telah memulakan tahun 2013 ni dengan keluar di jalan Allah.. nisab aku tahun ni keluar dalam negeri.. urusan tafakud dan pembentukan jemaah selesai seminggu sebelum tarikh keluar.. jemaah kami seramai 12 orang, terdiri dari orang tua, orang muda dan pelajar2 hafiz termasuk anak sulong aku.. route yang diberi adalah ke Tawau..

Bayan hidayat 21 Jan..
flight 22 Jan..
terbang ke Tawau hampir 3 jam..
markas Tabligh di Tawau..


Melalui mesyuarat Rabu markas Tawau pd 23 Jan, jemaah kami diputus ke Lahad Datu dan Felda Sahabat..
24 Jan.. menggempur Lahad Datu.. boleh bha kalau kau.. insyaAllah..

bas ke Lahad Datu.. 
><150 km



Jemaah kami buat usaha di 4 masjid di bandar Lahad Datu.. buat usaha biasa2 je.. takde jemaah tunai.. nasi kuning tunai ada la..
masjid Kg Tabanak..
Surau Kg Wawasan 1
acara menggoreng pisang berkumpulan..
Kg Durian

5 Feb.. gerak ke Felda Sahabat.. siapa la yang bagi nama felda ni.. mudah2an penduduknya akan hidup macam sahabat Nabi..

><150km

buah hutan yg dibeli kat tepi jalan..
Allah bagi sedap..


Masjid pertama adalah di Felda Sahabat 16.. kami buat usaha tiga hari kat situ sementara menunggu route seterusnya..
masjid Wilayah, Sahabat 16
sempat lagi bermandi dan bermanda..


Melalui mesyuarat dengan orang tanggungjawab Felda Sahabat, kami diputus untuk keluar di 5 masjid lagi..

hasil mesyuarat..
laut membiru bukan pemisah..
hasrat hatiku bukan rahsia..

bersambung insyaAllah..














Insuran & Road Tax Online

Friday, January 18, 2013

Secangkir Kasih

Ku mencari-cari secangkir kasih,
tiada didunia tiada baginya,
ku mengharapkan kasih Ilahi,
agar diriku disayangi.

Kdng tersepit dlm angan-angan,
kdng dibuai dunia khayalan,
ku tunduk sujud terus terhenjut,
oleh nafsuku yg menjerut.

Tiada dimana aman yg dicari,
kerna ianya ada dlm diri,
nafsu tersungkur jiwa terluhur,
kan tersingkaplah aman abadi.

Bukan diriku yg takut mati,
tapi amalku tak cukup lagi,
kematian itu pasti mesti,
malaikat sentiasa menanti.

Kadang IPB, kdng 3 hari,
kdng ijtimak luar negeri,
hanya keredhaan-Mu kucari,
agar diriku diampuni.

Dahikau yg sentiasa sujud,
dibumi Allah yg Maha Wujud,
hatikau kabur penuh takabur,
apa harapan dari solatmu.

Malam diarasy siang dimarhalah,
siang bertugas malam di sejadah,
risau hakiki Kau berikanlah,
pada diriku yang bersalah.

*hasil nukilan Ustaz Aswad, Sg Long..

**************

insyaAllah aku & anak sulong akan keluar 40 hari
ke Tawau pd 22 Januari 2013.. Doa utk kami..




Insuran & Road Tax Online

Thursday, January 10, 2013

Iklan Pengajian Kitab

Semua dijemput ke Pengajian Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Fiqh Imam Syafie oleh Maulana Ihsan bin Abu Bakar.

Tempat pengajian di Madrasah Tahfizul Quran Al-Muttaqin, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, 57100 Sungai Besi, KL.

Sabtu - Aqidah ASWJ
Ahad - Fiqh Imam Syafie
Masa - 2.00 pm
Bayaran - tiada

No telefon untuk dihubungi:
Ustaz Abdullah - 0122862692 / 0163120007


Nota copy paste;
Dalam memahami ayat mutasyabihat,ada pelbagai gerakan akidah yang menafsirkan dengan pelbagai tafsiran sehingga membawa kepada kekufuran.. Dalam banyak2 jenis penafsiran,hanya 2 penafsiran sahaja yang ulama sepakat sebagai sahih dan selebihnya dianggap sesat,kufur dan murtad...

Contohnya tentang ayat 'tangan Allah' ada:
1)Puak mujassimah:
menafsirkan ia sebagai,allah itu memang mempunyai tangan sepertimana tangan2 manusia ni...akidah ini dihukum murtad,sama seperti akidah hindu.Mereka secara sorih(jelas) memberi jisim kepada allah dan sekaligus menyamakan allah dengan makhluk dan mereka dihukum kafir oleh semua ulama ahli sunnah wal jamaah(aswj).

2)Puak mujassimah ghair sorih:
menafsirkan ia sebagai allah tu ada tangan,tapi tangan allah tak sama dengan makhluk,allah mempunyai tangan sesuai dengan keesaanNya. Disini puak2 ni menyamakan allah dengan makhluk dari segi "mempunyai tangan" tapi dalam masa yang sama mereka menafikan ia sama dengan makhluk, jadi ulama kategorikan mereka sebagai kumpulan mujassimah ghair sorih iaitu puak yang memberikan jisim pada allah tapi secara tidak jelas,disini ulama aswj ada khilaf tentang mereka ini murtad atau tidak.

Mengikut mazhab imam al-asy'ari rah.,mereka ini dianggap fasiq kabir(pendosa besar)tapi belum murtad dan sah solat belakang mereka,manakala mazhab akidah imam ahmad bin hanbal rah. pula menyatakan pendapat asy'ari itu daif dan pendapat yang sebenarnya mereka itu telah kufur/murtad kerana tetap menyamakan allah dengan makhluk dan allah suci dari segala perumpamaan.

3)ASWJ versi salaf:
Apabila mereka ditanya ttg ayat mutasyabihat contohnya apakah maksud tangan allah?mereka akan menjawab 'tak tahu,hanya allah yang tahu dan kami serahkan maknanya pada allah semata2',mereka menggunakan kaedah tafwidh ma'na iaitu menyerahkan maknanya pada allah tanpa nisbat kpd apa2 dan tanpa tafsir/takwil kepada apa2,ini akidah majoriti para sahabat nabi,para ulama tabi'in dan tabi' tabi'in.Ini akidah yang paling selamat dan akidah salafus soleh yang sebenar.

4)ASWJ versi khalaf:
Selepas Islam berkembang ke banyak negara 'ajam(bukan arab) seperti eropah,india,melayu,parsi dan sebagainya,semakin ramai yang membaca quran dan mula sesat kerana membuat pelbagai andaian terhadap ayat2 mutasyabihat ini dan cuma faham ayat itu dari segi zahir,dari zaman ini lah munculnya fahaman mujassimah,ghair mujassimah,muktazilah dan macam2 lagi sekte sesat,jadi ulama ketika itu sangat risau tentang perkara ini lalu menyusun kaedah baru dalam memahami ayat mutasyabihat iaitu takwil ma'na(menyesuaikan makna) ayat itu dengan makna yang layak dan sesuai bagi allah,hal ini dilakukan untuk mengelakkan orang awam yang jahil tersesat dan murtad kerana salah faham terhadap ayat itu,contoh takwil yang layak bagi allah tentang tangan allah ialah 'pertolongan allah','kekuasaan allah'..jadi apabila orang awam diterangkan maksud tangan allah ialah kekuasaan allah,maka mereka selamat dari menjisimkan allah...

Kesimpulan;
2 akidah yang pertama itu difatwakan sesat oleh ulama ASWJ TANPA KHILAF, manakala 2 akidah yang terakhir itulah yang diiktiraf oleh ijmak semua ulama ASWJ sebagai akidah yang SAHIH dan kita bebas memilih mana kita suka,cuma untuk terangkan pada orang awam yang jahil,ulama sarankan kita terang guna kaedah ulama khalaf iaitu menawkil makna agar selamat dari tafsiran yang bukan2....

Wallahua'lam..







Insuran & Road Tax Online

Thursday, January 03, 2013

Karkuzari Masturat ke Sri Lanka

31 Disember 2012
Selepas berpelukan dgn karkun & tuan rumah jam 6.15 pg dalm kedinginan cuaca 25ºC macam kita.. Kami 4 pasang baru balik dr Matara & Galle daerah selatan paling hujung Sri Lanka. Melalui highway Galle-Colombo yg di bina kontraktor Msia. Stop kat R&R ( full glass air-conc building) kejap & tiba di Colombo slps 1 jam. Lagi 2 route sebelum kami terbang ke KL. Sepanjang khuruj kami, sejumlah 12 rumah dilawati di mana masturat tptn datang pd tiap rumah.. Sehingga hari ini >1000 masturat telah diiktilat oleh ahlia kami dan di setiap tempat jamat masturat tunai 3-10 hari dpt dikeluarkan..

Jamat kami dikuatkan dgn nusrah 2 shura markas Hj Mahmud Labbe dan Hj Kaleel dengan pasangan keluar secara bergilir 7-10h.. Mereka orang lama >50 thn buat usaha semasa zaman Maulana Yusof.. Ahlia mereka real dae dan isteri kami banyak dpt manfaat.. Saya nampak di sini kurang targhib & bayan tapi mereka turun padang ghast pintu ke pintu... Dengan senyuman shura, tarik mereka tunai keluar jln kaki 4 bulan dan takazah lain..



Di mohalla yg kuat ada shift pg dan malam amalan DTI.. tiap mohalla >100 karkun  tetapi ada juga yg lemah.. sehingga saat ini sy masih tak jumpa tempat spt dlm karkuzari yg saya dengar... jamat 3 h keluar dari tiap lorong & bayan hidayat diberi tiap kali lepas ghast.. mohalla paling kuat pun 4-6jamat 3 hr / bulan..

Kesimpulan dimerata dunia hanya 20-30% rakan seusaha yg jaga nisab.. Ya Allah jangan lah kau keluarkan kami dari usaha ini setelah kau pilih kami dulu.. Ya Allah jangan lah di akhir kehidupan kami kau lalaikan dan malaskan kami utk terus korban utk agama Mu.. Make doa for my jamat & umat.... lots of luv frm Matvet..  Di Sri lanka >300 dah bgi 4bln/tahun.. Ramai yg dah keluar 10-15kali 4 bulan sepanjang tempoh tabligh masing2. Markas dikendali oleh 12 Shura (3 maulana sbg Shura) dimana 4 dilantik faisala..



Penduduk Islam 2juta ( ~10% )... Secara keseluruhan Allah bg kekuatan kpd mereka.. Persatuan ulamak Jamiyyatul Ulamak Ceylon main peranan kuat.. Mereka 90% karkun dan hampir langsung tak ada usaha lain di sini... Almost all imam masjid karkun.. alangkah seronoknya lihat setelah solat waktu esp. subuh imam baca taklim dan conduct mesyuarat harian dan bentuk shift pagi DTI... Ya Allah jadikan lah imam2 masjid kami di Msia menjejaki imam di Sri Lanka..

Sebanyak 220 darul ulom di sini.. Kebanyakan rumah karkun ada hafiz koran.. madrasah penuh dgn kanak2 belajar agama.. Asbab kekuatan amalan agama mereka ini kerajaan hindu Sri Lanka jadi lumpuh.. Orang Islam pegang perniagaan besar2, supermarket, Gems dll.. Walaupun begitu perniagaan mereka tidak menghalang utk mereka jaga nisab usaha ini.. Seorg peniaga yg ada 50 syarikat sekarang sdg 4 bulan di S.Afrika.. Minggu lepas jamat 2 bln masturat ke US baru balik.. mereka peniaga Gems dan Maulvi.. Ya Allah pilih lah kami lagi dan lagi dan lagi sehingga aku tiada lagi didunia utk korban atas AgamaMu... ameen.



02 Januari 2013
Kami sedang tunggu transport nak pindah ni.. sekarang jam 8.26pg.. cuaca terang 26ºC.. tak ngantuk pulak.. kawan2 lain tidor.. mereka sepanjang malam tahajud.. amersab jamat ni paling lemah.. 4 rakaat je ..paling byk 8 .Sy perhati amalan 2 syura ni. Mereka paling awal bangun .. sya habis 4 rakaat.. mereka masih belum rukuk rakaat pertama lebih2 lagi hj Mahmud Labbe.. mereka tunggu solat duduk saf pertama dan memanjang baca koran.. sya sangat malu dgn diri yang hingga sekarang belum dapat kemanisan dlm amal.. Josh bukan main lagi bayan Matvet tu tapi roh tak ada.. Harap kawan2 doakan khusus utk Matvet..

Alhamdullilah utk 3 hari terakhir ini jamat kami di hantar ke mohalla paling kuat di Sri Lanka.. Mohala Dehiwala di mana syura Hj Khaleel menetap.. Seramai 96  karkun 4 bulan dan 100 karkun 40 hari .. Seramai 12 karkun keluar 4bln setiap tahun.. Jamat DTI  atau sini di panggil shift di buat setiap lepas solat 5 waktu.. paling ramai lepas subuh 60 karkun buat DTI.. di mohalla ini 20-25 jamat 3 hari dikeluar sebulan.. saya perbetulkan kan karkuzari sebelum ini ..Maafkan saya...

Saya difahamkan 10 mohala macam ini semuanya sekitar markas Colombo.. InsyaAllah cara mereka buat shift & keluarkan jamat akan saya karkuzari bila balik KL nanti..

Doakan kami esp for Matvet.. salam..





Insuran & Road Tax Online

Tuesday, January 01, 2013

Syair Ziarah Rumah ke Rumah

Pintu diketuk disusuli dengan salam,
yang di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami untuk sangka baik sesama Islam,
mungkin mereka tak dengar dari dalam,
maklumlah hari sudah nak malam.

Dahulu nabi menyeru seisi alam,
seru mereka kepada Islam,
tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
kononnya pertahankan adab resam,
walhal Al-Quran turun dengan maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam.


Bukan niat kami untuk mengajar,
niat cuma untuk belajar-belajar,
belajar cakap benda yang benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yang Maha Besar,
marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yakin bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
sambil itu salam diberi,
keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
dengan wajah berseri-seri,
manis senyuman tidak terperi,
lega segala hati kami,
dipelawa masuk tetapi tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi.


Tapi sayang ada yang tak faham-faham lagi,
bukan takat dicaci bahkan dimaki,
tak tahu mana dia kesalahan kami,
rupanya inilah dia kerja nabi,
iman ditarbiah cara begini,
sabar diuji berkali-kali.

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
syaitan mendengar terus bersembunyi,
dalam jamban memang pilihan sensasi,
dakwah kepada solat pun syaitan lari,
dakwah kepada Iman lagilah syaitan benci,
yang pelik Mat Rempit pun lari,
baru nampk jamaah berjalan kaki,
belum sempat salam diberi,
habis sume mencicit lari,
meluncur laju macam Velentino Rossi.


Benci benarkah mahu dengar tentang Allah?
benci sangatkah mahu dengar kebesaran Allah?
malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
siapakah yang beri kita rezeki tiap-tiap hari bukankah Allah?
siapakah yang perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
siapakah yang mencipta kita bukankah Allah?
susah sangatkah mulut mahu cakap yang beri kita makan itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
bukan takat kerja ustaz,alim dan ulama,
tak kira kita petani, peladang, kerani, doctor, mahupun raja,
kerja dakwah kerja fulltime kita,
kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
ingatlah teman Ingatlah taulan,
dunia ini tempat sementara,
dalam kita bersenda,
dalam kita bersukaria,
kerja nabi mesti jalan juga,
tak kira sesibuk mana,
tak kira kita di mana,
kitalah pewaris tugas anbia bersama.


Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
bukan Maulana Ilyas yang kasi,
penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
tabligh datang kome sembunyi,
di Malaysia mungkin janggal lagi,
di zaman nabi ziarah dibuat tiap-tiap hari,
bukan takat di Aidilfitri.

Ayuh bangkit semua pemuda,
termasuklah yang tua bangka,
tak kira kita siapa,
terpaksa atau suka rela,
tidak kira dimaki dan dicerca,
tidak kira kita mulia mahupun hina,
ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
ini syair perkongsian bersama,
kalau nak copypaste aku pun rela,
ingatlah kejayaan kita dalam agama,
blog ini hiburan semata-mata,
dakwah hanyasanya cara baginda s.a.w yang paling Allah terima....

InsyaAllah...


~hasil nukilan; Mohd Hafiz






Insuran & Road Tax Online

Thursday, December 27, 2012

Sanad Ilmu Dari Guru

Imam Syafii : “Orang yang belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yang mengumpulkan kayu bakar digelapnya malam, ia membawa pengikat kayu bakar yang terdapat padanya ular berbisa dan ia tak tahu”,

Imam Atsauri : “Sanad adalah senjata orang mukmin, maka bila kau tak punya senjata maka dengan apa kau akan berperang?”,

Imam Ibnul Mubarak : “Pelajar ilmu yang tak punya sanad bagaikan penaik atap namun tak punya tangganya, sungguh telah Allah سبحانه وتعالى muliakan ummat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433)

madrasah Miftahul Ulum, masjid Sri Petaling

Nota:
Sanad ilmu sangat penting kerana setiap ilmu yang kita amal, sebarkan atau ajar akan DIHISAB satu persatu oleh Allah سبحانه وتعالى.. dan sekiranya ilmu itu sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم,  maka orang itu akan diseksa kerana mengambil mudah hal agama dan anggap agama murah.. bila Allah سبحانه وتعالى tanya kita dari mana kita dapat ilmu ni? kita akan bawakan guru² dan masyaikh kita dan persembahkan depan Allah سبحانه وتعالى . 

Kemudian soalan yang sama akan ditanya kepada mereka dan mereka akan lakukan hal yang sama, sehinggalah sampai kepada salah seorang dari imam 4 mazhab, lalu imam 4 mazhab akan berhujah dengan ilmu mereka dan persembahkan guru² mereka yang merupakan TABI'IN DAN PARA SAHABAT Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنهم .

Kemudian para Sahabat Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنهم pula akan ditanya dari mana ilmu ini diperolehi, mereka akan tunjukkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , lalu Allah سبحانه وتعالى akan bertanya pula pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari mana dapat ilmu? Baginda akan menunjukkan Jibril Ø¹Ù„يه سلم  kemudia Jibril Ø¹Ù„يه سلم pun akan ditanya dan dia akan tunjukkan Allah سبحانه وتعالى . Kemudian Allah سبحانه وتعالى sendiri akan sahkan bahawa ilmu itu memang sahih datang dari ilmuNya yang esa....

hari peperiksaan

Jadi adalah penting bagi kita kembali kepada imam 4 mazhab kita yang sanadnya diyakini zaman berzaman.. kelak kita juga akan ditanya tentang ilmu yang kita pelajari.. dan janganlah sanad akan berakhir kepada al-fadhil syeikh google.. atau syeikh syeikh sekian.. dan jika syeikh syeikh sekian itu ditanya yang mana mereka itu baru sahaja meninggal dunia, sangat jauh dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbanding imam 4 mazhab.. lalu syeikh syeikh sekian persembahkan di depan Allah سبحانه وتعالى dan Allah سبحانه وتعالى akan tanya dari mana dia peroleh ilmu? Syeikh syeikh sekian akan menjawab "dari buku".. maka kita sebagai pengikutnya akan terkantoi..

Alhamdulillah aku ditemukan Allah Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى dengan usaha tabligh yang mana para ulamak nya sangat mementingkan sanad dlm setiap amal.. besok kalau ditanya tentang dalil² keluar 4 bulan, 40 hari atau 5 amal masjid, maka aku akan bawakan masaikh² tabligh untuk menjawabnya.. cuma.. aku yakin bahawa kalau ditanya tentang blog, youtube, facebook dan sebagainya sebagai jalan dakwah, maka aku tak akan dapat jawab dan tak akan dapat bawa mana² masaikh untuk itu.. camne pun secara infradi aku pernah tanya salah seorang syura Malaysia tentang blog aku ni kerana ada sangkut paut dengan keperluan (pendapatan).. dia kata buatlah asalkan tak menipu orang..

Semoga Allah Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى ampunkan aku dan beri kita semua kefahaman agama..

Wallahu a'lam.

*sebahagian besar tulisan di dalam entri ni aku cilok dari FB ibnu batoota..




Insuran & Road Tax Online

Saturday, December 22, 2012

Dua' of Anas bin Malik رضي الله عنه

The story says that Hajaj bin Yusuf has ordered his army to catch Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه from Madinah. Once they bring him to Hajaj, he walks in his palace with full confidence. Hajaj told him that he will kill him, cut him into pieces, but if he says sorry he can forgive him.

Then Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه says by swearing of ALLAH Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى, your sword will become stick for me and my stick will become sword for you. On this saying Hajaj says ok, you may leave and go back.

Once Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه left, Hajaj's wazir and the attendant says why what happen just now you wanted to kill him into pieces. Hajaj reply, once Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه was talking to me, I saw two Lion on his shoulders and about to jump on me. That's why I ask him to go faster so that I am safe.

On arrival to Madinah, people ask Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه how you was safe from Hajaj, on this Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه says that Nabi ØµÙ„Ù‰ الله عليه وسلم has taught me one dua', with the berkat of dua', ALLAH Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالى has saved me. This dua' was given by Hazrat Anas Ø±Ø¶ÙŠ Ø§Ù„Ù„Ù‡ عنه at his death time to other sahaba.

Wallahu a'lam.







Insuran & Road Tax Online

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...