Thursday, January 14, 2010

Usaha Masturat (Wanita)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. 
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
    Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!





    Tuesday, January 12, 2010

    Tolong Bisnes Muslim

    Ini bisnes kawan aku. Buat kek di rumah. Keperluan untuk guna di jalan Allah. Sapa nak beli, call sendiri. Sesuai untuk hadiah kenduri-kendara.


    Muffin chocolate rice RM 1.50/pack
    Muffin 100% chocolate RM 1.70/pack
    Contact no; 013-636 1463 (Shah Nizam)

    *Gambar kopiah adalah untuk perbandingan saiz. Bukan untuk dijual. Nak beli kopiah, pi sini la.



    Friday, January 08, 2010

    RM 2 je...


    Gambar hiasan bertajuk "Dunia & Perhiasannya"

    Dengan sukacita dan gembira ria nya dimaklumkan bahawa kadar baru untuk 'service charge on roadtax renewal' telah diturunkan kepada RM 2/= (sebelumnya RM 10/=) bermula dari hari ini. Penurunan kadar ini tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut;

    1. Insuran kenderaan (takaful) dibuat dengan Agensi Mohd Azhar Mohd Jaafar sahaja.
    2. Kenderaan Persendirian Milik Individu atau Kenderaan Persendirian Milik Syarikat sahaja (kecuali motorsikal - perlu 'renew' sendiri).
    3. Urusan 'roadtax renewal' dibuat secara 'online' melalui Agensi Mohd Azhar Mohd Jaafar.
    Untuk pertanyaan lanjut sila isi kotak komen di bawah.

    *wei.. diskaun RM 8.. ok la tuh.. Boleh beli Happy Meal apa.. dapat mainan lagi..


    Happy Meal dari langit? Macam bani Israel zaman Nabi Musa la pulak..



    Antara koleksi anak2 aku..

     

     

      Monday, January 04, 2010

      Tanya Sama Hati.. (self-test)


      Sanggup ke pakai benda ni walau ke mana-mana?



      Atau lebih selesa dan nampak macho kalau pakai yang ni je..


      Donlot bayan 02/01/2010

      Player/converter untuk file ni..

      Antara petikan bayan.. Orang dahulu belajar sunnah supaya dapat amal dan dapat cinta Allah.. Malangnya ada orang sekarang belajar sunnah supaya boleh kata; "ahh.. ini sunnah je.. tak buat pun tak pe.."


      Wednesday, December 30, 2009

      Aceh, Tsunami & Aku.. 5 Tahun Dulu & Sekarang..


      Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

      This pair of photos shows (before) a view of the damage near Baiturrahman mosque on December 27, 2004, the day after a tsunami hit the Indonesian city of Banda Aceh, and (after) an Acehnese man collecting grass for his goat in the same area, December 4, 2009.


      These two photos show rescue workers removing a body of a tsunami victim from the compound of the Grand Mosque in Banda Aceh, December 29, 2004 (before) and an Acehnese worker sweeping the grass in the same area (after) on December 3, 2009.


      (Before) an Acehnese man walks past a ship washed ashore by the tsunami in Banda Aceh on December 28, 2004, and (after) an Acehnese worker sweeping the street in front of the Hotel Medan in the same area, December 5, 2009.


      During the tsunami, this boat, swept onto the rooftops of people homes, became a safe refuge for 59 people as the sea rose dangerously high. The boat has now become a permanent tsunami memorial. The original image was taken on January 4, 2005.


      In this set of images, a before (December 29, 2004) and after (December 23, 2009) contrast of the Grand Mosque is seen on the fifth anniversary of the 2004 Boxing Day earthquake and tsunami in Banda Aceh, Indonesia.







      إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
      18. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
      (At Taubah)

      قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
      24. Katakanlah (wahai Muhammad):
      1. Jika bapa-bapa kamu, 
      2. dan anak-anak kamu, 
      3. dan saudara-saudara kamu, 
      4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, 
      5. dan kaum keluarga kamu, 
      6. dan harta benda yang kamu usahakan, 
      7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
      8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - 
       (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
      (At Taubah)

      **************************************************

      Januari 2005; aku dipilih Allah untuk khuruj 10 hari ke Aceh iaitu kira2 sebulan selepas Tsunami.. Tak ada laporan yang dapat aku bagi.. Hati aku gerun melihat kehebatan dan kebesaran Allah.. Semoga Allah ampunkan kita semua sebab lalai dari tanggungjawab sebagai umat yang tebaik..

      **************************************************

      Video tambahan pada 31/12/2009..

      Semasa penerbangan menaiki heli Nuri TUDM dari Banda Aceh ke Melabouh.. Mata ini diperlihatkan akan kebesaran Allah... Bukan satu, dua atau tiga masjid yang tegak utuh.. malahan puluhan masjid.. Dan aku sempat bersolat di sebuah masjid di Banda Aceh (bukan Baitulrahmah) yang kedudukannya kira-kira 500m dari pantai..



      Monday, December 28, 2009

      Siapa Nak Berhenti Merokok?


      Sebelum korang baca entri ni, hendaklah korang fahamkan betul2 bahawa entri ni aku ambik dari email yang memenuhi inbox email aku.. Kemudian tarik nafas panjang2 dan keluarkan secara perlahan melalui kedua2 lubang hidung.. Pastikan hingus tak terkeluar sekali.. (Jika terkeluar hingus, perlu ulangi tarik nafas..)


      **********************************************************



      Perkara Utama.

      1. adakah kita seorang yang beriman kepada allah dengan berpegang kepada ajaran islam ,bersandarkan rukun iman dan rukun islam serta memahaminya ?

      2. adakah kita seorang yang bermaruah,dan sentiasa menjaga maruah ?

      3. adakah kita seorang yang adil ?

      4. adakah kita seorang yang bijak atau berakal waras ?

      5. adakah perkara-perkara utama diatas dijawab, …ya ?

      jika …ya ,teruskan membaca.

      Secebis kenangan….

      15 tahun yang lampau saya seorang perokok yang tegar…..
      Suatu hari mendapati anak saya yang sulung telah mula menghisap rokok diusia 13 tahun…. Nah… apalagi saya pun naik angin dan terus menghukumnya dengan merotannya berulang kali….apalagi..terjerit teraunglah sianak tadi kesakitan….tiba-tiba timbul rasa dalam hati ,saya telah berlaku tidak adil kepadanya…kerana sianak merokok ayah rotan ,bila ayah merokok ayah tak kena rotan…lantas terfikir sebenarnya kelak siayah ini akan kena rotan lebih teruk lagi nanti….

      Dengan rasa bersalah kerana tidak berlaku adil tadi,lantas saya pun mengeluarkan rokok yang didalam saku, meramasnya dengan kuat sambil berkata …mulai hari ini kita sama-sama berhenti merokok….
      Sejak hari itu saya pun tak mau lagi merokok,begitu juga dengan anak saya itu….. alhamdulillah…


      Kisah kedua….

      Kawan saya seorang yang agak warak orangnya dan dah bertitle haji… suatu hari…lepas solat subuh kami meneruskan perjalanan pergi memancing di Sungai Rompin Pahang .masa solat tadi dia jadi imam dan saya makmumnya.

      Dia memang seorang perokok yang tegar juga,dia mempelawa saya dengan menghulurkan rokoknya kepada saya untuk saya hisap, saya menjawab… saya dah berhenti merokok…merah padam mukanya …lantas bertanya dah lama ke berhenti …saya jawab ,lama dah….terus dia mencampakkan rokok yang dah terpasang dibibir dan yang tersimpan disakunya..sambil berkata ,aduh…malunya aku pada kau….mulai hari ini aku pun tak nak lagi merokok katanya…sambil menghulurkan tangan terus bersalaman dengan ku….

      Kesah ketiga….

      Aku menghantar kawanku untuk akad nikah disebuah mesjid…
      Pak imam bertanya kepada kawanku itu…adakan saudara merokok…kawan ku jawab ya…saya merokok..pak imam bertanya bagaimana bakal isteri awak merokok juga ke ?..jawab kawan ku, tidak..dia tak merokok…kalau begitu aak suruh dia mula hisap rokok., sebab jika tidak nanti kamu akan dihukum sebab tidak berlaku adil terhadap isteri awak…awak bakal jadi ketua dalam keluarga awak nanti,perbuatan awak akan dituruti nanti….nah hari ini ….anak kembar kawan saya itu baru berusia 8 tahun dah mula menghisap rokok…..
      Amat benar saranan pak imam tadi…baru sekarang nak berhenti merokok,anak pula dah mula nampak degil,dada pun dah mula sakit-sakit…..apa nak buat mungkin hukuman dan mula tiba…..cakap orang berilmu tak nak dengar….

      Kesah keempat

      Seorang kawanku,peniaga bijak berbicara,banyak wang dan ramai rakan taulan.berhajat untuk berhenti merokok..

      Lantas ku ajukan kepadanya semua persoalan utama tadi…semua nya dijawab…ya…benar…
      Pengalaman ku, semua perokok adalah …ego..apalagi jika ada ramai perokok bersamanya ketika itu…
      Aku mula bercerita kesah ku berhenti merokok, dia menjawab aku belum ada anak lagi…katanya.. o.k…lah…esok-esok macam mana kataku…

      Dia mendakwa rokok Cuma makruh..macam petai atau jering..aku jawab tidak…kataku rokok itu haram..merokok dapat dosa.dia menghujah aku terus memberi penerangan akhirnya dia bersetuju dan terus berazam dan berhenti merokok.walaupun mulanya air hidung meleleh sebab tak dapat rokok….nak tahu apa hujahku… kalau nak tahu teruskan membaca…

      Jika rokok itu makruh.

      1) makruh ditambah kemudharatan( akibat rokok) =haram
      2) makruh+bencana pada pada diri ( penyakit)= haram
      3) makruh+pembaziran (rokok mahal)= haram
      4) pembaziran = perlakuan syaitan= haram
      5) tidak berlaku adil= haram.

      Jika rokok itu halal.

      1) apabila kita menghisap rokok kesihatan kita semakin baik,orang disekeliling kita juga turut beroleh kebaikan dan minta kita terus merokok ,lagi banyak dihisap lagi banyak kebaikan.
      2) Semakin kita mengisap rokok semakin banyak membawa manfaat kepada kita .
      3) Semakin banyak kita merokok semakin senang kita disudut kewangan (ekonomi ).


      Itu saja kataku padanya…bagaimana sekarang ?.apa pandangan awak adakah rokok itu masih makruh atau haram atau makruh yang membawa kearah halal…
      Aku suruh dia berfikir sendiri mencari jawapan….
      Lepas 3 hari dia beri jawapannya…aku dah berhenti merokok…

      Bagi anda yang masih merokok,bacalah tulisan rengkas ini berulang kali. Ego anda dapat dikurangkan atau terus terhindar. Cubalah jika anda berniat untuk berhenti merokok.

      Untuk tulisan rengkas ini tiada di sertakan gambar yang menarik, kalau nak tenguk gambar tersebut, lihatlah dikotak rokok anda itu….’’’.



      *****************************************************

      Tamat!




       Gambar Hiasan..

      *****************************************************************

      Video tambahan pada 31/12/2009..








      Saturday, December 26, 2009

      Nothing Else Matters



      Dari dulu sampai sekarang aku minat kat band nih.. Tapi bezanya minat aku dulu di zaman kebodohan.. aku ingin nak jadi macam diorang.. kalau lah aku mati masa tuh.. nauzubillah..

      Sekarang aku ni masih jadi peminat diorang.. Tapi minat aku agak berbeza.. Aku memandang mereka dengar harapan Allah beri mereka hidayat.. Kesian.. Kalaulah mereka tahu bahawa kejayaan hanya dalam agama.. maka "Nothing Else Matters.."



      Nothing Else Matters

      So close no matter how far
      Couldn't be much more from the heart
      Forever trusting who we are
      And nothing else matters

      Never opened myself this way
      Life is ours, we live it our way
      All these words I don't just say
      And nothing else matters

      Trust I seek and I find in you
      Every day for us something new
      Open mind for a different view
      And nothing else matters

      Never cared for what they do
      Never cared for what they know
      But I know

      So close no matter how far
      Couldn't be much more from the heart
      Forever trusting who we are
      And nothing else matters

      Never cared for what they do
      Never cared for what they know
      But I know

      Never opened myself this way
      Life is ours, we live it our way
      All these words I don't just say
      And nothing else matters

      Trust I seek and I find in you
      Every day for us something new
      Open mind for a different view
      And nothing else matters

      Never cared for what they say
      Never cared for games they play
      Never cared for what they do
      Never cared for what they know
      And I know

      So close no matter how far
      Couldn't be much more from the heart
      Forever trusting who we are
      No nothing else matters




      Monday, December 21, 2009

      3 Hari - Disember 2009

      Menyambut tahun baru hijrah dengan keluar 3 hari..

      18 Disember 2009 - Hari pertama



      Apt Bayu, Damansara Damai.
      Dulu (2001-2003), aku pernah kerja dengan kompeni yang buat apartmen nih..

      Usaha dibuat macam biasa je.. x de yang luar biasa..
      Tapi apa yang best sangat keluar kat sini?


      Tu dia aih..


      19 Disember 2009 - Hari kedua..



      Lorong pejalan kaki di belakang surau..

      Keadaan masih terkawal..


      20 Disember 2009 - Hari ketiga..

      Jeng.. jeng.. jeng.. ni yang suspen nih.. sesuatu telah berlaku..


      Akhirnya terkantoi jugak..




      (sound nya slow pada 1-2 minit awal.. lps tu ok insyaAllah..)


      Thursday, December 17, 2009

      Azam Tahun Baru Hijrah..


      Cuba teropong sikit..


      Azam tahun baru aku adalah...

      sama seperti azam tahun lepas..

      iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu sama seperti tahun sebelumnya... iaitu

      untuk JADIKAN KERJA DAKWAH SEBAGAI MAKSUD HIDUP AKU.. (tak dapek-dapek lae..)

      Semoga Allah terima dan mudahkan..

      jangan lupa baca doa akhir & awal tahun..

      Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431


      Dunia tempat permainan & senda gurau..

      * di samping tu, sama-samalah kita mengira umur kita mengikut kalendar hijrah.. agak-agak berapa lama lagi ye baki nye.. (setan kata; "eleh.. lambat lagi nak mati.. enjoy dulu..").

      * ehh.. lagi satu.. tambahan.. sejak semalam anak aku Muhammad Ammar masuk wad kat hospital Selayang sebab nak bersunat petang nih.. Dia ni special kes, sebab tu kena masuk wad.. 


      Sunday, December 13, 2009

      Ada Orang Tanya..


      assalamualaikum brader azhar.

      bro azhar, pe kabar? aku ni ada la skit2 baca blog hang..subhanallah. allah maha kuasa, allah maha pemberi hidayah.

      alhamdulillah, sejek mata hati tengok & bayangkan kehidupan family bro. anak isteri berniqab...& dari perkongsian, aku dapat bayangkan kehidupan keluarga yang simple...(mungkin jumud bagi kebanyakan org zaman skrg)...

      aku ada jugak terdetik dlm hati...aku angankan suasana family mcm ni...tahniah bro, syukur allah dah kurniakan nikmat yg mungkin bg org lain satu kejumudan.

      aku ada bc sikit sejarah hidop ko...mula2 kawin tgk biasa ja...(isteri tak purdah lagi)...aku tak perasan plak bila bro dianugerah n amik usaha agama ni? masa mula2 amik usaha ni, isteri mcm mana? terus sehati sefikir ke?

      aku cam ni bro,..aku baru nikah...actually (ber-PPSMI pulak) aku baru nak belajar2 n teringin nak amik usaha agama ni...aku lemah bro..iman lemah...cuba belajar2 nak taat agama...sunnah? oowwhh..baru cuba amik skit2...lemah doowh...

      khamis xx dec ni isnayallah aku kenduri...so, nak tanya la skit...apa pendapat bro ttg kenduri zaman skrg ni? aku ada gak bc pasal artikel musim org kahwin tu/.....aku teringin nak buat cara yg sepatutnya (islam is the way)...so antara isu yg nak tanya pendapat bro..

      1. solat zohor & asar berjemaah. biasa la today is the raja kapur day...semayang lambat skit pun ok...'berpada-pada' la...islam pun tak menyusahkan ummat...is it? oowhh...bagi syor skit bro..

      2. isteri yg nak bermekap. alhamdulillah, anak isteri bro dah berpurdah. insyallah akan terus berpurdah walaupun hari kenduri kan? tak payah risau2 pasal tabarruj ni kan? so, memandangkan isteri aku belum berpurdah..aku dah bagi tau, simple2 dah la...takkk...dia nak mekap jugak...dgn alasan org agama pun pakai mekap...oowwhh...apo nak dikato?


      bro, bagi la skit tips camno nak dorong diri n isteri utk fikir agama ni? isteri aku ustazah (moden)...aku mamat jahil...tapi bagi aku, ilmu yg terpenting dan terbagus adalah ilmu yg mendekatkan diri kepada allah dan sunnah...sapa2 yg taat allah & amik cara sunnah...pasti berjaya...(tapi ustaz n ustazah moden tak mcm tu bro...)...so camna cdgn ko utk anjurkan isteri aku nanti terdorong berpurdah..(suatu masa..mudah2an)?

      dlm umah pun sebolehnya nak katakan Tidak pada TV...adakah itu jumud? hahaha....~agama pun tak suruh haramkan tv~~ ooohhh....

      syor bro?


      ps: aku ada moto honda c70..umur dah tua..tapi nak renew roadtax ..takaful dah tak tanggung kan? tua lebih 15 tahun...so kena amik MAA...aku Tak Nak. ada syor lain? ikhlas?


      tq bro..salam...



      Jadi aku jawab..


      W'salam..

      Allah maha kuasa di atas setiap makhluk ciptaannya..

      Maaf lambat reply..

      Dah nikah.. duduk sekali ke?

      Kalau duk sekali;

      1.hari-hari buat taklim rumah.. jangan banyak-banyak.. 5 minit je sehari.
      Syarat; tempat yang sama, waktu yang sama, aurat macam dalam solat..

      2.Cari karkun tempatan yang istiqomah dan berpengalaman dalam usaha
      masturat. Contohnya dah pernah keluar 40 hari masturat. Tapi mesti yang aktif..
      Dan kalau boleh yang muda & ustazah jugak. Atau yang profesional &
      berpelajaran tinggi walaupun sekarang dah jadi surirumah..
      Mesyuarat dengan dia supaya dia boleh bawak ahlianya datang ziarah ahlia tuan..
      BIar diorang berkawan dulu..

      3.Slow-slow bawak ke tempat taklim mingguan. Tapi kena datang bersama ahlia
      karkun tu. JANGAN hantar dia sorang2 ke tempat taklim masturat..

      4.selalu mesyuarat.. jangan gopoh dalam buat usaha masturat..

      5.Hal kenduri kawin;
      Buat permintaan, ubah program sikit..
      Minta pihak perempuan sediakan rumah untuk pengantin lelaki bersiap sebab
      pengantin lelaki nak solat zohor dulu kemudian baru bermekap..
      Pengantin perempuan pun bersiap lepas solat zohor.. dia isteri kau sekarang..
      Kau berkuasa penuh dan bertanggungjawab atasnya..
      Kompang, berarak, semua dibuat lepas zohor (lebih kurang jam 2 petang)..

      6.hal purdah, buang tv dan lain2 akan datang sendiri bila kau berjaya buat
      langkah 1 hingga 4. Banyak doa dan solat hajat.

      wallahua'lam..

      *kereta/motor lebih 15 tahun takaful ikhlas x ambik. Kalau dah x de pilihan,
      ambik je la ngan konvensional. Biar org yg buat undang2 tu jawab besok
      kat akhirat..

      azharjaafar



      ***********************************************************************



      habis sampai situ..

      mungkin korang pun boleh tolong jawab sama..
      mana aci aku sorang je nak kena jawab..

      jawab jangan tak jawab..



      Thursday, December 10, 2009

      Sapa Nak Join..

      Bukan pi jalan-jalan..

      Tambang murah giler Air Asia
      (klik untuk besarkan gambar)



      View Larger Map

      A = Trivandrum
      B = Delhi
      Distance = 2770km

      Laa.. jauh la pulak naik train.. 3 hari 3 malam..
      Direct flight KL Delhi memang ada.. Tapi kena siapkan kurang-kurang RM1500.


      Nak join?
      Mula-mula gi tafakud dulu.. (ni bukan jemaah swasta..)
      Lepas tu contact aku, ok..

      Cadangan berkumpul di MSP pada 17/01/2010 lepas bayan Subuh.

      Manusia hanya mampu merancang.. Tapi Allah sahaja yang menentukan apa yang akan berlaku..

      Membetulkan Solat

      Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...