Tuesday, July 14, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 3



gunawanaziz menulis;

Assalamu 'alaikum,

Semoga Allah terima Ijtimak dan ampunkan segala kekurangan kita.Sekadar pembetulan, SPB Yang Di-Pertuan Agong tidak hadir Ijtimak. Khususi telah dibuat. Alhamdulillah, baginda sudi terima mengadap khususi. Dan iklan infradi telah dibuat. Kereta Istana Negara yang datang semasa Majlis Doa Penutup ialah untuk hantar doktor peribadi baginda, iaitu rakan seusaha kita, Dato' Dr Shukri.

Banyak doa dan korban, insya Allah, Allah akan amkan hidayat hingga ke kamar-kamar istana...Doakan juga dengan doa khusus, agar khawwas yang datang seperti YTB Negeri Sembilan, Mufti N9, PM, TPM, Sen. Mejar-Jen Dato Jamil Khir,MB N9, DSAI, MB Selangor, Dato Hassan Ali, Presiden ABIM dan sebagainya diberikan manfaat sebanyaknya dari kehadiran mereka serta dipilih untuk buat usaha agama ini... Amin”


Gambar2 ijtimak;

http://krenmaut.blogspot.com

http://bonekahati.blogspot.com

http://rahba81.blogspot.com

http://tujuhkakidalam.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 2


AmerMansor menulis;

“Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar kurang dari target elders 500 jemaah.

Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan block sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...”

Abang Ben menulis;

Menurut insider yang hadir di ijtima berkenaan...

Pukul 12.30pm tadi (12/07/09) Yang Di Pertuan Agong datang untuk 15 minit tapi tak naik atas pentas, dia pergi khemah ulamak dan minta nasihat dari ulamak yg ada di situ.

Alhamdulillah mereka datang dengan keinginan sendiri semata2 untuk minta dan dengar nasihat agama dari ulamak yang penuh dadanya dgn ayat alQuran (memang hafiz al-quran semuanya) dan penuh dgn hadis (memang kitab2 hadith kutub tis'ah kawan harian mereka).Ceramah yg penuh dgn ayat al-quran dan hadis2 Nabi saw.

Video oleh abjefri;



Utusan Malaysia melaporkan;

ARKIB : 11/07/2009
Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.

''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.

''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.

Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.

Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.

Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.

Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya.

Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 1

PM rai 200,000 jemaah tabligh

NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin


NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini.

''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.

Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok (12 Julai 2009) turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Sumber; Utusan Malaysia


Thursday, July 09, 2009

Ijtimak Menarik Rahmat Allah




Apabila manusia berkumpul dengan tujuan semata-mata untuk mengingati Allah maka Para Malaikat akan saling memanggil dari langit hingga kebumi dan mendoakan keselamatan.

Semakin ramainya insan berkumpul mengingati Allah seperti menghadiri majlis-majlis ilmu, sembahyang berjemaah, tilawat Quran, taqlim tentang kelebihan amal, majlis muzakarah iman-niat, tashbihat atau keramaian di mana mereka memuji dan mengagungkan Allah;
akan jadi asbab semakin banyaknya rahmat melimpah kebumi yang sedang dipijak dan kesannya manusia akan hidup dalam keadaan yang tenang.

Mengharap rahmat Allah agar kedamaian dan keamanan tersebar diseluruh pelusuk dunia. Manusia dapat keselamatan di dunia dan akhirat.

Ibnu Umar r.a berkata,
"jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kita berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu kita sakit dan ketika kita masih hidup sebagai bekalan ketika kita mati."

Info lanjut ijtimak Malaysia 2009;

klik sini

klik sini

klik sini

Wednesday, July 08, 2009

Wafsi

Anak2.

Aku dah wafsi semalam (07/07/2009).
Selamat pengantin baru untuk diri sendiri dan isteri.
Semoga berbahagia sehingga ke Jannatul Firdaus. Amin..

Ijtimak esok (09/07/2009). Semua lelaki yang dah baligh dijemput.


Jadual program semasa ijtimak;

9 Julai 2009 @ KHAMIS
  • Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum

10 Julai 2009 @ JUMAAT
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
  • Solat Jumaat
  • Selepas Solat Asar :
  1. Ceramah Umum
  2. Program untuk Pelajar Madrasah
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
11 Julai 2009 @ SABTU
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
  1. Program Untuk Ulama
  2. Program untuk Khawas
  3. Program untuk Pelajar
  • Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
  • Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum

12 Julai 2009 @ AHAD
  • Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum
  • 9.30 pg – 12.30 tgh :
  1. Nasihat Untuk Jemaah Yang Keluar Dan Musafahah
  2. Doa Penutup Ijtimak
  • Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

Jangan tak pergi.. rugi. Bukan senang nak kumpul ramai2 dalam majlis mengingati Allah..
Fadilat solat berjemaah dengan ahli jemaah yang berpuluh2 ribu pun dah tak boleh nak dihitung pahalanya. Ditambah dengan amalan2 lain.. dakwah, zikir, tilawah quran, tahajud, doa.. Penuh dengan rahmat.

Kan nak masuk syurga hanya dengan rahmat Allah..
Jadi kena menuju kepada rahmat Allah. Datang le beramai2.

Friday, June 26, 2009

Ijtimak Malaysia 2009


View Larger Map


Tarikh ijtimak pada 9, 10, 11 & 12 Julai 2009.

Tujuan ijtimak bukanlah untuk seronok-seronok kumpul orang ramai-ramai tapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT.

Semua lelaki Islam dijemput hadir.

Jadi dengan adanya ijtimak, amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).

Ulama kata di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.


*dipetik dari posting2 aku yang lepas.

azharjaafar
masih di Pantai Cenang, Langkawi
last sekali kat sini masa honeymoon 14 tahun lepas
nostalgia beb...
aarrghh..

Thursday, June 25, 2009

Tipu Daya Dunia




Sabda Rasulullah SAW :
"Seandainya dunia ini berharga disisi Allah SWT daripada sebelah sayap-sayap nyamuk , niscaya Dia tidak akan memberi minum setitis air pun kepada orang kafir (Hr. at Tirmidzi)"

Betapa kecil dan rendahnya dunia ini, namun manusia memasukkan perkara yang kecil ini kedalam hatinya, sehingga kenderaan, rumah , perniagaan, anak, isteri bahkan seluruh isi dunia ini telah bersarang didalam hatinya.

Masih adakah kebesaran Allah Azza Wajalla dalam hati kita?

Hati merupakan penggerak dari seluruh amalan, jika hati dan pikir telah berpindah dari akhirat ke dunia maka seluruh anggota badan akan berusaha untuk mengejar dunia ini sekalipun harus melanggar seluruh perintah dan larangan Allah SWT.

Banyak manusia yang dilahirkan kemuka bumi ini, tetapi kebanyakan mereka lupa tujuan hidupnya,...Untuk apa ia dihadirkan kemuka bumi ini?

Banyak manusia yang tergiur dengan harta benda dunia....

Orang yang pandai maupun yang bodoh....
Tua dan muda....yang besar ataupun yang kecil telah lupa bahkan sengaja melupakan bahwa "Dia dihadirkan kedunia ini oleh Allah SWT adalah untuk diuji. "

Supaya jelas siapakah orang-orang yang layak menjadi kekasih-kekasih Allah SWT, dan siapakah yang tidak layak menjadi kekasih - Nya ? Allah telah menyediakan Surga untuk kekasihnya dan Neraka juga telah disiapkan bagi orang yang tidak layak dicintai oleh Allah SWT.

Setelah kematian datang ..manusia baru sadar bahwa ternyata harta, pangkat & jabatan yang kita bangga kan selama ini bahkan anak dan isteri tak mampu menolongnya.

Bagi Orang yang berIman paham bahwa Dunia ini Lahwun wala 'ibun (permainan dan senda gurau belaka), sehingga akan selalu berusaha dengan sedaya mungkin untuk mempersiapkan bekal untuk kehidupan sesungguhnya yaitu diakherat kelak yang bekalnya adalah IMAN DAN AMAL SHOLEH.

Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya orang-orang yang ber Iman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayat Allah bertambahlah Iman mereka karenanya dan kepada Rabb lah mereka bertawakal
(Qs. Al Anfal : 2)"

****************************************************************

Aku sekarang masih dalam khuruj. Lepas balik dari Amsterdam selasa lepas, dapat berehat di markas Sri Petaling 2 hari shj. Kami 8 orang terpaksa dipecah2kan kerana menyambut pelbagai takaza untuk ijtimak. Jemaah2 foreign juga tak putus2 tiba di markas.

Pada Khamis 18 Jun lepas, aku, Adam & Dr Fathi di putus utk bersama satu jemaah dari Abu Dhabi seramai 14 org. Jemaah ni pelik & special sikit sebab ada 1 datuk, 4 anaknya, 1 anak sedara, 7 cucu datuk tu (remaja) & 1 orang ulama. Route yang dibagi lagi special dan pelik wa ajaib.. Genting Highland, Langkawi dan Cameron Highland.


Keluar di Genting 3 hari sahaja kemudian terus ke Langkawi. Sekarang di route kedua;
Kampung Kumpulan, Ulu Melaka. Masa kat Genting aku dapat semput asbab banyak dosa.

Tapi aku tahan Jebat..

Hari kedua di Langkawi aku pergi hospital.. sebab takut kena influenza..
selsema babiiiii... Dua malam tidur kat hospital Langkawi. Alhamdulillah lepas test darah, x-ray, ECG, testing 1, 2, 3 testing dan berbagai test lagi, aku dibenarkan keluar wad. Dr. kata aku kena asma..


Doa hidayat untuk umat. Bahang ijtimak panas sangat...

Yang belum keluar tu, bawak2 la keluar.. Yang dah keluar, tolong2 la jenguk tapak
ijtimak tu.. buat la kerja apa yang patut. Jalan2 dengan anak bini hujung2 minggu,
tangguh2 la dulu. Lepas ijtimak boleh bawak anak bini tu..

Ni ijtimak kita.. kita.. kita.. tolong la bro..

Umat menderita..

Siang jumpa manusia, malam doa pada Allah.. hidayat untuk umat!

Jangan lupa doa untuk aku yang dhoif dan keluarga..

azharjaafar
kedai internet, pantai Cenang
Langkawi
(mat saleh bersepah kat sini!)

Sunday, June 14, 2009

Selamat Tinggal Amsterdam


Sungai, tak jauh dari markas.

Markas Amsterdam

3 bulan berlalu...
kalau dihitung2 macam 3 tahun
kalau buat dek macam 3 hari
macam mana lah sahabat2 dulu keluar tak tentu bila nak balik
aku keluar dah siap beli tiket balik
lepas tu bergambar lagi, siap internet lagi..

dah nak balik dah..
2 ahli jemaah dah jalan tadi
insyaAllah aku & 5 orang lagi tengahari esok (15 Jun 09)
dah tak sabar nak buat usaha tempatan
usaha dalam bandar, usaha dalam kampung
dalam rumah, dalam bilik, dalam selimut..
tapi wafsi 07 julai.. aaarghh..

insyaAllah satu jemaah dari Holland akan menyusul pada 16 Jun 09
siapa sedia nusrah tetamu2 Allah?

semoga Allah terima kita sebagai pembantu agama Allah
asbab hidayat umat seluruh alam
dan ampunkan setiap kesalahan dan dosa
amin

Friday, June 05, 2009

Ziarah Swiss (29/04/09 - 03/05/09)




Atas kesungguhan saudara Nazar, kami ke Zurich untuk seminggu. Nazar datang jemput kami di Nijmegen, Holland sejauh 750km dengan susah payahnya..

04/05/09 - Abd Hakim, student Malaysia di Köln, German pulak datang dan bawak kami ke Köln.

p/s: kpd student2 German (malayu & lelaki shj) yang aku ziarah malam tadi.
1. Gambar semalam tu bila korang nak email.
2. Dan sekali lagi aku pesan pada korang.. jangan tengok tv selepas jam 11 malam sebab dah habis siaran.

azharjaafar
Köln, Germany.


update @ 06/06/09

Anak2 melayu di Longerich, Köln.
Semoga Allah pelihara kamu semua.

Saturday, May 16, 2009

Aku & Holland bergambar

Amsterdam


Den Haag waktu malam


Masjid di Leiden. Duluuu gereja...


6 pelajar Malaysia dari Germany & 5 rayat Malaysia dari UK
datang untuk ziarah kami.
(orang Melayu kalau bersembang atas saprah... paham-paham sendiri laa..)

Gambar kanan.. komplek gereja antara terbesar di eropah.
Gambar kiri.. masjid yang dulunya bekas rumah pederi.

Asbab usaha dakwah.. manusia lapan bangsa duduk semeja.


Aku & Hj Yunus.. weeiii.. pergi dakwah ke pergi shopping?


Aku dan Nazar yang datang beratus km dari Zurich, Swiss untuk ziarah jemaah kami.


Ijtimak di Holland. Ratusan yang hadir. 17 jemaah dibentuk untuk keluar
4 bulan dan 40 hari.

Monday, April 06, 2009

Salam Dari Holland


Alhamdulillah jemaah kami telah selamat sampai di Holland pada pagi 19 Mac 2009. Solat subuh dalam flight. Mula-mula ada masalah di imegresen Holland sebab mereka minta surat jemputan dari markas Amsterdam. Kami memang tak bawa surat tu. Ingatkan masuk lenggang kangkung je.. Lepas tu imegresen tu minta no telefon markas. No yang kami bagi tu tak betul pulak.. tak dapat dihubungi.. kantoi.. Suspen bro.. aku ingat nak kena hantar balik dah ni..

Jangan tak jadi, orang kampung dah tahu..

Amir sab suruh tawajuh. Amalan taklim ijtimai dibuat. Dakwah infradi kepada orang2 Indonesia yang transit dari Indon nak bekerja kat Surinam. Dengan izin Allah, satu jemaah dari Kanada yang baru balik dari mesyuarat di Nizamuddin, singgah kat Amsterdam untuk transit. Mereka telah beri no telefon markas dan kami serahkan pada pihak imegresen. Pihak markas telah datang dan berurusan dengan imegresen dan alhamdulillah kami telah diberi visa selama 3 bulan untuk buat usaha di Holland. 3 jam lebih woo baru settle..

Kami telah buat usaha di Den Haag (The Hague), Leiden dan sekarang jemaah kami di Alphen.

Kepada keluarga dirumah... huarghhhh... miss u all. Sadis giler...

Ahli jemaah kami;
Hj Muharam - Shah Alam
Dr Fathi - Ampang
Hj Yunus - Gombak Utara
Adam - Gombak
Abdullah Fatah - Segambut
Azhar - Kepong
Nur Azman - Ipoh
Abdul Razak - Johor Baru

Doa untuk kami, keluarga yang ditinggalkan dan umat seluruh alam.

azharjaafar
Moskee Al-Fath
Sportlaan 2a, Alphen

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...