Saturday, May 12, 2007

40 Hari Kemboja


Alhamdullillah, saya telah keluar 40 hari di Kemboja dari 2 April hingga 11 Mei 2007. Jemaah saya seramai 7 orang. Ada 4 jemaah semuanya dari Malaysia.

Jemaah kami diberi route pertama sekitar Kampong Chnnang. Kemudian kami menghadiri ijtima' di Phom Trea, Kampong Cham dari 20 - 22 April. Ijtima' dikendali oleh jemaah Maulana Shamim dari Nizamuddin dan dibantu oleh jemaah Madras. Kira-kira 50 jemaah telah keluar 4 bulan & 40 hari selapas ijtima'. Route kedua selepas ijtima' adalah di sekitar Takeo.

Allah janji sesiapa mujahadah (susah payah) untuk agama, Allah akan beri hidayat. Yang penting hidayat untuk orang yang buat mujahadah dan keluarga kemudian hidayat untuk manusia seluruh dunia. Kita buat aje macam Nabi & sahabat, nak beri hidayat itu hak Allah.

Semoga diterima Allah. Amin.

Ijtimak di Phom Trea, Kampong Cham; Kemboja







Kemudahan Asas; Kemboja







Kenderaan Kami; Kemboja

Satu van 21 orang (3 atas bumbung!)

Menyusur sungai Mekong

Benda ni namanye Lemok. Ditarik motor 150cc.



Malam Di Kemboja







Rumah2 Kemboja







Tuesday, March 20, 2007

My Family




Ini la family saya. Kami semua ada cita2 nak jadi macam sahabat Nabi.
Dunia ni sebenarnya
tak ade apa2. Tipu daya semata2. Yang pasti hari kematian semakin hampir.
Kita rasa umur
bertambah setiap kali hari bertambah. Hakikatnya UMUR BERKURANG
setiap kali
hari bertambah. Kalau Allah tulis kita hidup 60 tahun aje maknanya baki
umur semakin kurang
setiap hari. Nenek moyang kita dulu pun purata umurnya 60-70 tahun tapi
di mana mereka
sekarang? Dah berapa ratus tahun mereka duduk dalam kubur menunggu
hari kiamat?
Sedarlah wahai Umat Nabi, apa tanggungjawab kita sebenarnya di dunia
ni...

Wednesday, March 07, 2007

Ainul Mardhiah dah 4 bulan ½


Si kecik yang lahir 1 Syawal tu sekarang dah 4 bulan setengah umurnya.
Emm.. dah banyak pandainye. Pandai minta dokong kalau ternampak muka abah.
Memang tepatla nama yang abah bagi, 'Ainul Mardhiah' yang maknanya 'senang mata memandangnya'. Nama tu sebenarnye nama ketua bidadari dalam syurga.
Ainul Mardhiah ni 100% minum susu umi. Itulah kehendak Allah dalam Quran, beri susu ibu selama 2 tahun. Kita je tak yakin dengan firman Allah. Tepuk dada tanya iman...

Friday, March 02, 2007

Re: Gerakan MURTAD kepada Orang Melayu: FAKTA KES TAMAN KLCC

5a. Re: Gerakan MURTAD kepada Orang Melayu: FAKTA KES TAMAN KLCC
Posted by: "azhar mohd" azhar mohd azharkepong
Wed Feb 28, 2007 2:45 pm (PST)

Allahu Akbar,

Jadi apa kita nak buat? Tengok saja ke atau cerita saja. Sebenarnya
semua orang Islam
kena pakat2 ganding bahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah
dari kemungkaran.

Asas Islam adalah iman & tauhid kepada Allah. Kalau iman betul & kuat
semua amalan
akan jadi betul. Segala perintah Allah dapat dibuat dan laranganNya dapat
ditinggalkan.

Oleh itu KITA SENDIRI kena buat usaha tingkatkan iman DAN ajak semua
orang Islam
buat usaha tingkatkan iman DAN sediakan semua orang Islam AJAK ORANG
ISLAM yang
lain buat usaha tingkatkan iman.

Kalau saudara2 semua ada kesempatan, datanglah ke masjid Bdr Baru Sri Petaling,
Kuala Lumpur
(berdekatan dengan Stadium Bkt Jalil) pada setiap Sabtu mlm minggu, dari maghrib
hingga isyak & lihat
sendiri ribu2 anak muda kita yang usaha untuk dekatkan diri kepada Allah.

Mata yang Allah beri pada kita kalau diguna untuk cari kebaikan akan lihat kebaikan
dan begitula sebaliknya.

Wallahu a'lam.


azharjaafar
Perunding Takaful Am
Layari : http://ikhlas114. blogspot. com/


------------ --------- --------- ---
Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.
Back to top Reply to sender Reply to group Reply via web post
Messages in this topic (10)

Thursday, February 15, 2007

Kelebihan Solat Dhuha

Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(Hr Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’
(Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’
Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’
(Hr Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda;
‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’
(Hr riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Monday, February 12, 2007

German & Swiss.

Swiss Oct 05

Train kat Dresden


Depan tembok Berlin
(tinggal beberapa keping aje..)



Gash.. gash..
(syi'arkan sunnah)


Julai - Oktober 2005.
Keluar 4 bulan, ke German (3 bulan) & Swiss (1 bulan) untuk menjalankan usaha dakwah & tabligh. Jemaah kami 8 orang & dibentuk di masjid Sri Petaling.


4 bulan...?
Banyak sangat nak cerita...
Kat sini tak muat!

Mula dari Frankfurt, bergerak keseluruh bandar2 besar seperti Bern, Koln, Dusseldorf, Hannover, Hamburg, Berlin, Dresden, Nurnberg, Munchen & Stutgart. Kemudian masuk ke Switzerland. Akhirnya kembali ke Frankfurt dan pulang ke tanah air.

Satu perkara pasal Umat Islam yang saya lihat; mereka dapat bersatu dalam usaha dakwah cara Nabi SAW. Orang Arab, Turki, Afrika, Eropah, Pakistan, India, Melayu dapat duduk mesyuarat bersama, makan bersama, tidur bersama, buat ziarah bersama, satu fikir, satu kerja...

Wahai saudara Islamku di seluruh dunia, mai la kita gotong royong beri masa dan korbankan harta untuk usaha tegakkan agama Islam di muka bumi. Contohi kehidupan para sahabat nabi dalam usaha & pengorbanan mereka. Bila umat Islam bangun atas kerja ni, baru kita lihat bantuan Allah datang pada kita.

Bila kita bantu agama Allah, maka Allah pasti tolong kita.

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...