Saturday, January 24, 2015

Jemaah Ke Tempat Banjir



1 Januari 2015
Aku dapat mesej yang dihantar melalui grup wassap;

"TAKAZA KHAS JEMAAH BANJIR DRP ISTANA NEGARA. SYURA TELAH BSETUJU UTK MENGHANTAR SEBANYAK MUNGKIN JEMAAH DAKWAH KE TEMPAT² BANJIR BAGI KERJA2 DAKWAH, TAKLIM, IBADAH & KHIDMAT.

IKLAN DI SETIAP MASJID PERLU DIBUAT BG MENDAPATKN NAMA TUNAI UNTUK KELUAR BEBERAPA HARI YG SEDIA.

PENGUMPULAN JEMAAH AKAN DIBUAT DI MASJID SERI PETALING SEMASA JORD BULANAN KL PADA 4 JANUARI 2014 INI.

MINTA TUAN SEBARKAN !

SELAIN BANTUAN MAKANAN FIZIKAL, BANTUAN ROHANI JUGA SANGAT PERLU DI BERIKAN ...."


Aku tanya; Apa maksudnya "istana negara?"

Orang pertama bgtau "Wakil Istana datang waktu mesyuarat Rabu mlm tadi,berbisik dgn syura depan kami O.T Halqah.Tapi syura tidak beritahu apa yg dibincangkan.Takaza hantar jem.ke tempat banjir adalah cadangan dari seorang ahli mesyuarat kpd syura. Mesyuarat petang Asar 30/12/14. Saya ada duduk dlm mesyuarat ptg tu."

Orang kedua pulak kata; "Ia pihak Istana Negara memang datang untuk takaza banjir,pergi dgn jemaah bawa kain baju dan peralatan rumah. Syura sendiri akan pergi dgn jem masjid Sri Petaling telah bentuk 4 jem kecil akan bergerak mulai ptg ni.

~ krik krik.. krik krik.. ~


4 Januari 2015
Aku bawak diri dan harta ke masjid Sri Petaling.. pembentukan jemaah ke kawasan banjir dibuat lepas zohor..

Alhamdulillah 7 atau 8 jemaah 7 hari dan 10 hari dibentuk lepas zohor.. antara perkara yang disebut dalam bayan hidayat adalah kita pergi sana bukan sekadar utk beri makan, beri pakai atau tolong cuci lantai.. tapi yang penting utk ajak diri dan umat buat usaha iman dan amal sehingga dpt pandangan kasih sayang Allah..

Jemaah aku 11 org asalnya diputus ke daerah Manek Urai selama 10 hari.. tapi setelah menghubungi syura Kelantan, jemaah kami diatur untuk buat usaha di Tanah Merah.. semua barang keperluan selama di sana perlu disiapkan sebelum berangkat..

5 Januari 2015
Gerak lepas subuh.. ikut jalan pantai timur.. berhenti beberapa kali untuk solat, makan dan rehat..

tayar terpancit la pulak..
solat maghrib di markas Jerteh dan bermalam di sini..

6 Januari 2015
Lepas sarapan, terus ke Tanah Merah.. karkun tempatan dah tunggu kami dan mesyuarat ehwal tempatan dan jemaah..

kawasan banjir di Tanah Merah..
Masjid Kg Tepi Sungai..
Masjid Kg Padang Siam..
Masjid Kg Sat..

Usaha jemaah kami di sini sama je macam usaha jemaah² yang dihantar keseluruh dunia.. hidupkan dakwah, taklim taklum, ibadah dan khidmat.. cuma pada waktu² infradi, kita turun lah untuk bantu cuci masjid, surau dan rumah orang..

cuci surau..
cuci rumah mangsa banjir..
pasang karpet masjid..
Penerimaan orang kat sini sangat baik.. orang yang kena ujian sangat perlu sokongan dari kita.. kita duduk bersama mereka.. dengar cerita mereka.. tumpang kesedihan mereka.. disamping tu kita selitlah kata² dakwah akan kebesaran Allah dan bagitau penyelesaian semua masalah dunia dan akhirat hanyalah dalam agama..

mendengar cerita..
macam biasa, masak sendiri..
acara tetap..

Tapi yg ni spesis rare sikit..

Sekali tu time ziarah, ada seorang mamat yg hanya pakai kain sarung nampak pusat dan tengah lepak dgn bininya yg tak tutup orat dengan sempurna di anjung rumah.. katanya; "haa.. ni banjir ni sebab demo tak laksana hudud la ni.." Pulak dah.. kita pulak dipersalahkan.. heran.. masih wujud manusia spesis ni.. keh keh..

seorang ahli jemaah masuk hospital sebab jantung dan darah tinggi..
Dan pada kali yang lain, time ziarah jugak.. satu jemaah pegi gash.. satu jemaah lagi duduk takrir.. sorang zikir.. aku pulak jadi istiqbal.. kira2 6.30 petang sorang pakcik masuk masjid.. nampaknya pakcik ni bukan orang tempatan.. dia solat.. solat asar la kot.. tak kan solat sunat.. Selesai solat, masa dia nak keluar masjid, aku pun tegur la pakcik tu.. dia tanya kami dari mana dan datang sini buat apa.. aku pun bgtau le.. tetibe pakcik tu kata buat apa duduk kat masjid petang2 ni.. lagi baik pegi bantu mangsa2 banjir kat luar sana.. kwang kwang kwang..

12 Januari 2015
Hari terakhir di Tanah Merah.. tiada jemaah tunai berjaya dikeluarkan.. orang tempatan masing² masih sebuk dengan membasuh rumah.. sekolah pun dah nak buka..

Lepas isyak jamu orang masjid beriani ayam.. alhamdulillah..

13 Januari 2015
Balik KL.. ikut jalan Kuala Kerai - Gua Musang.. banyak jalan rosak dah dibaiki..

ada penampakan..
yang baju merah tu, amir sap jemaah..

Jemaah masih perlu dihantar berterusan terutama ke tempat² yang dilanda musibah.. masjid² perlu dimakmurkan.. rumah² perlu dihidupkan dengan amalan.. agama ni bukan sekadar ceramah atau bayan, tetapi adalah keimanan dan zahir dengan amalan..

Wallahua'lam..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...