Tuesday, May 27, 2014

Laporan Penuh Ijtimak Malaysia 2014

karkuzari mesyuarat Rabu 28 MAY 2014

Karkuzari ijtima'
1st-KL =54 jemaah.....kehadiran 15ribu
2nd-KL=37 jemaah.....kehadiran 13ribu

karkuzari utk ijtima 2014 seluruh malaysia
393 jemaah dgn kehadiran lbh 80ribu manusia
-1 tahun-1 jemaah
-4B BBNJ-52jemaah
-4B IPB-81 jemaah
-4B Jalan Kaki-2jemaah
-4B Dalam Negeri-4Jemaah
-2B Luar Negeri/Negara Jiran-4 Jemaah
-2B Jalan Kaki-9 jemaah
-2B masturat Negara jauh-9 jemaah
-2B Dalam Negeri-4jemaah
-40h Negara jiran-10jemaah
-40h sbah/sarawak-74 jemaah
-40h jalan kaki-4jemaah
-40h semenanjung-131 jemaah
-40h Masturat-4 jemaah

perbandingan pengeluaran jemaah utk ijtima' seluruh malaysia
-2010-174 jemaah
-2012-278 jemaah
-2014-393 jemaah

Moga Allah pengorbanan tuan2..

Takaza..sabtu ni khidmat utk clean n clear khemah2 kat tapak ijtima'..time sabtu 8.30pg sampai ahad tgh hari
takaza..kluar 15 syaaban..13 jun 2014..pembentukan jemaah setiap rabu mlm n ahad pagi,,

SEMUA AZAM INSYAALLAH..

*******

23-25 Mei 2014.. ijtimak KL 2
rumah bukan sekadar tempat bentang saperah utk makan dan bentang cadar utk tidur.. tapi yg lebih penting bentang amal agama dan bentang kerja agama..
*lepas dengar bayan2 ulama di ijtimak KL 2.0, rasa belum buat apa2 utk agama..

khemah bayan untuk karkun 4 bulan lepas solat Subuh 24 Mei 2014..

aku kat khemah no 7, padang di depan mimbar masjid..

teh panas free pagi dan petang..

karguzari dr wassap 26 Mei 2014..
"Alhamdulillah.jem yg keluar bertambah sekarang menjadi 36 jem semuanya ,iaitu 9jem negara jauh,5jem 4bln IPB,1jem 2b mast,2jem40h mast,1jem 40h Sabah/Serawak,18jem 40h dlm negeri.Jumlah keseluruhan jem yg keluar dari 15 tempat ijtmak seluruh negara 391jem"

karguzari dr wassap 27 Mei 2014..
"Perjumpaan org t/jawab 102 halaqah KL bersama maulana Mubin selepas ijtimak KL2

Tarikh : 26/05/2014 - isnin
Masa : 8.00 - 9.30 pm

Sebelum mula bayan, maulana suruh angkat tangan nak tengok
berapa ramai yg dah keluar 4B
berapa ramai yg tak pernah miss keluar 40H setiap tahun
berapa ramai yg tak pernah miss keluar 3H setiap bulan
berapa ramai yg tak pernah miss buat 2½ jam setiap hari - hanya 25 org sahaja
berapa ramai yg tak pernah miss buat 2 gasht setiap minggu

Allah bagi kerja agama utk bina kehidupan kita
Allah letak t/jawab agama atas bahu-bahu kita
Wujudkan sifat2 yg baik dlm diri kita dan usaha utk wujudkan sifat baik dlm setiap individu umat
Kita semua bertanggungjawab atas agama
Di akhirat nanti, Allah akan tanya pasal t/jawab ini
Apa kamu telah buat utk bantu agama Aku?

Tempat2 yg tak buat usaha - telah dtg amaran yg dahsyat dari Allah
Jgn rasa puas hati ijtimak dah selesai, jemaah dah keluar, ramai org hadir
Apa yg dihasilkan dari ijtimak terlampau sedikit - umpama secubit garam dlm tepung
Kalau buat usaha dgn betul, ijtimak KL sahaja boleh keluarkan 1000 jemaah
Sebab karkun paling ramai di KL

Allah telah bagi pd tuan2 kawasan yg besar utk usaha, ramai manusia yg hati lembut dan penyabar
Mereka ada kemampuan utk korban diri dan harta
Mereka tak halau kita bila diziarahi
Ramai org KL yg sedia utk keluar bila dicuit sahaja
Di sini bukan tempat utk bergembira
Di sini adalah tempat utk menangis

Kita tak dpt menyempurnakan hak kerja
Kita tak dpt buat usaha sebaiknya - kekurangan dari diri kita sendiri
Usaha di KL bukan baru. Sepatutnya dpt keluarkan jemaah yg banyak hingga jadi letih
Kita kena rasai kelemahan kita
Kita tak usaha betul2 dan sungguh2
Kalau ada 12,000 masjid - ada ribuan org islam - setiap masjid keluarkan jemaah sendiri - akan ada 12,000 jemaah

Duduk dan fikir atas perkara ini
Mula dgn fikir - kemudian baru akan dtg amal
Syaitan tipu kita - rasa dah banyak buat kerja
Sangat sedikit jemaah keluar nak dibandingkan dgn bilangan karkun dan keluasan medan usaha

Kenapa? Sebab tak ada usaha makami
Tak bagi 2½ jam
Kita bagi ½ jam atas nama 2½ jam
½ jam habis dgn mesyuarat sahaja
mesyuarat berjam2 - pergi ziarah 2-3 minit sahaja
kalau betul2 buat usaha - fikir setiap individu, setiap rumah, setiap karkun

berapa org islam, berapa lelaki akil baligh, mesti ada list
seorang businessman kena tahu setiap perkara mengenai syarikat dia - baru boleh maju
begitu juga kita yg buat usaha ini - kena tahu setiap perkara
tetapi malangnya list kita ada tapi dlm komputer dan dlm buku - bukan dlm otak
kalau ditanya - kena buka buku
sepatutnya bila ditanya terus boleh jawab - berapa ramai karkun, berapa dah keluar, berapa rumah, berapa lelaki, dll

kerja dunia kita tak buat buta tuli je. Kerja dunia kita buat sungguh2
kerja pejabat - kalau masuk pukul 8am. Pukul 6am kita dah keluar rumah supaya sampai tepat pd masanya
kita buat kerja dunia dgn penuh keperhatinan. Penuh perhatian.
Kenapa tak buat kerja agama dgn penuh keperhatinan dan perhatian?

Fikir karkun adalah roh kerja agama
Bila ada fikir - Allah kembangkan usaha
Usaha ini tidak berasaskan harta, ilmu, kemampuan dan kebolehan
Allah tak ambil usaha berasaskan bayan dan ceramah
Allah ambil khidmat agama atas risau dan fikir yg ada

Fikir adalah roh agama
Kalau tak ada fikir - kerja akan terlepas dari tangan
Hadratji kata - sebelum usaha mati, fikir yg akan mati
Usaha yg kita buat berserabut dan berterabur
Nampak macam ada tapi kosong
Mengapa usaha tempatan tak mantap dan tak berkembang?
Negara tuan2 adalah negara islam - kalau 10,000 jemaah keluar pun masih sedikit

Masalah kerja adalah kita
Kerosakan dlm kerja adalah kerana kita - bukan org luar
Kalau 5,000 org tentang usaha dakwah tabligh ni - usaha tak akan berkurang kerana Allah pelihara usaha ini
Usaha ini sudah melepasi garis bahaya
Org2 tak beriman pun tahu apa usaha ini

Satu dunia dah tahu pasal usaha ini
Kepincangan yg berlaku adalah kerana org dlm usaha ini
Tak ambil endah - tak ada fikir - nampak macam ada tapi kosong
Rumah yg terbakar - dari pelita dlm rumah itu sendiri
Kalau inginkan usaha ini mantap - kena buat usaha dgn fikir dan risau
Kami tak suruh buat dakwah 4j atau 6j masa tuan2 kerja
Kami minta waktu lapang tuan2

Jgn tengok org lain - aku sendiri kena buat
Org lain buat atau tak buat - aku tetap kena buat
Bila buat kerja tengok org lain tak buat - pintu peningkatan akan tertutup
Jgn tengok siapa yg buat, banyak mana buat - kita sendiri kena buat
Org buat sikit - kita anggap dia dah buat banyak
Kita buat banyak - anggap baru sikit saya buat

Kita kena syukur - bila syukur Allah akan majukan kita dan ambil kerja dari kita
Org yg tak ada fikir, lalai, malas - Allah tak ambil kerja dari dia
Bila kami tengok karguzari - kami tak gembira
Setakat 5,000 org je yg keluar - tak perlu panggil kami utk buat ijtimak - tuan2 boleh urus sendiri
Seluruh malaysia kumpul - tak sampai 1,000 jemaah

Allah dah bagi segala kemudahan pd kita. Allah bagi lautan manusia. Hati yg lembut.
Tapi kita tak sedia nak pergi jumpa mereka.
Org yg dah rasa memadai - Allah tutup pintu peningkatan
Org yg mengkritik, itu lemah, ini kurang - Allah tutup pintu peningkatan
Org yg ada keinginan - Allah terus buka pintu kemajuan
Jgn buat usaha dgn sifat memadai dan suka kritik
Buat usaha dgn talab - berkeinginan

Semua yg hadir malam ni buat azam bagi 2½ jam
Utk keperluan dunia - kita boleh lapangkan masa (kenduri, kahwin, sedara dtg, etc)
Mengapa tak boleh luangkan masa utk Allah?

Maksud ijtimak bukan utk kumpul org, bukan utk bayan, bukan utk cerita sejarah usaha
Ribuan ringgit dah habis utk buat khemah dan makanan - ini perkara sampingan sahaja
Maksud ijtimak - seluruh negara jadi medan usaha
Ijtimak adalah satu alasan sahaja supaya agama sampai pd seluruh umat

Jgn jadikan usaha sebagai adat resam
Bila usaha jadi adat - tak ada pengorbanan - Allah akan keluarkan roh dari usaha ini
Nyawa usaha adalah pengorbanan
Korban harta, diri, masa, perasaan
Keluar di jln Allah sahaja bukan dakwah

Asas usaha adalah usaha tempatan
Maulana ibrahim kata - usaha tempatan tak ada langsung di malaysia ni - kosong
Jemaah yg keluar banyak tapi usaha makami tak ada
Demi Allah, bila usaha tempatan kuat - dpt menyempurnakan banyak takazah yg ada
Kalau buat usaha dgn betul - setiap masjid boleh bentuk jemaah sendiri
Bahkan dari satu rumah boleh keluarkan jemaah 4B negara jauh dari satu keluarga

Apa yg berlaku di Malaysia - jemaah runcit, jemaah pungut derma, semua karkun sahaja
Kita kena jadi karkun yg mantap
Bila pergi tertib 2B nizamuddin - boleh buat semua kerja. Jgn hantar karkun yg cillah rongak, 2½ jam tak buat.
Bila buat usaha dgn betul - semua akan berebut2 utk sambut takazah yg dibentangkan
Tapi apa yg berlaku - bila jemaah dtg ke masjid kita - semua karkun hilang

Org malaysia kena jawab depan Allah
Banyak aduan jemaah foreign pasal malaysia
Bila buat usaha dgn betul - semua aduan ini akan hilang
Buat azam utk bagi 2½ jam setiap hari dan keluarkan jemaah 3H sendiri

Kubur bagi usaha dakwah adalah org lama
Apa dah jadi? 27 hari usaha tak boleh keluarkan jemaah 3H sendiri. Buat kerja apa ni?
2 org lama - bawa org baru
org baru akan kuatkan jemaah masjid
ada 1000 org islam di keliling kita - sebulan 1 jemaah 3H aje yg keluar. Kena menangis.

Kita hargailah kerja yg Allah bagi pd kita. Allah boleh ambil balik
Kalau tak menghargai - Allah akan ambil dari kaum lain
Tunaikan hak usaha. Buat dgn hak usaha yg sebenarnya
Bila buat azam - jgn buat azam 2-3 jemaah je. Azamlah 10-15 jemaah
Azam ikut masjid. Jgn buat azam ikut halaqah
Jgn bergurau dgn Allah. jgn bermain2 dgn agama Allah
Bergerak dan menangis depan Allah utk sempurnakan azam kita


Ambil berat taklim dirumah. Perkara yg menyedihkan di rumah org lama pun tak ada taklim
Tabligh kat luar rumah sahaja
Isteri dan anak akan sentap kita masuk dlm neraka
Suami tak pernah bagitau pd isteri
Suami syok sendiri keluar 4B dan 40H
Rumah adalah medan usaha - melalui jln taklim
Jgn jadikan rumah bahan bakar neraka
Usahakan semua jemaah masjid hidupkan taklim di rumah
5 amal semua dah tahu dan dah hafal. Tapi kena buat dgn amali. Masukkan dlm otak kita.


Mantapkan malam markaz
Apa dah jadi? Org lama dtg lepas bayan. Rasa tak perlu dengar bayan. Dtg utk mesyuarat sahaja
Jgn dtg sorang2. dtg dgn jemaah masjid. Dtg dgn hasil usaha selama semingu
Dari malam markaz - keluarkan jemaah tunai
Malam markaz adalah ganti pd ijtimak
Malam markaz - bagi/agih takazah pd masjid
Usaha atas takazah tersebut
Ini semua adalah mansha nizamuddin


Ramai yg keluar tapi bila balik tak buat usaha tempatan
Umpama tangkap ikan kemudian lepas balik
Nak dpt 1 org punyalah susah - tapi kita tak ambil peduli bila dia balik
Banyak negara telah maju dgn usaha tempatan
Kami pun tak tahu apa dah jadi dgn malaysia? Usaha tempatan tak maju2
Setiap 15 hari kita jumpa semula org yg kita dah jumpa

Dakwah org batil (kristian) - mereka sanggup pergi rumah ke rumah
Kita pula buat usaha hak - kita malu
Ramai org islam dah murtad. Ramai org islam dah jual iman mereka
Kalau tak pergi pintu ke pintu - batil akan pergi pintu ke pintu
Bila dakwah hak berjalan - karkun akan hapuskan batil, hancurkan batil
Bahagi-bagikan rumah pd setiap karkun. Setiap karkun 50 rumah

Usahakan keluar jemaah 3H dari 50 rumah tersebut
Usahakan keluar jemaah 40H dari 50 rumah tersebut
Usahakan keluar jemaah 4B dari 50 rumah tersebut

Org malaysia ada istiqdat (ada kemampuan dan kebolehan)
Allah bagi lautan org islam di malaysia. Medan yg luas utk buat usaha
Di negara kami tak ramai org islam
Di maharatsa (tempat maulana mubin), usaha selama 3 bulan boleh keluarkan 4500 jemaah


Kuatkan jemaah masjid.
Buat 5 amal dgn sempurna.
Mantapkan malam markaz.
Mentelaah hayatus sahabah setiap hari
Hayatus sahabah adalah usul usaha ini

Tangga pertama - jemaah masjid
Tangga kedua - buat DTI
Buat usaha dgn sungguh2. Allah akan mudahkan
Semoga Allah pelihara kita
Semoga Allah pelihara usaha agama
Semoga Allah pelihara malaysia


Duduk dlm halaqah masing2 dan buat azam
Buat azam kerana Allah "

*****

26 Mei 2014 @ 6.30ptg.. 
Ammar dah boleh balik rumah..



sape nak datang ziarah boleh le.. pastikan bawak coklat banyak²..
bukan untuk Ammar, tapi untuk abah Ammar..










Insuran & Road Tax Online

Tuesday, May 20, 2014

Ammar Dapat Buah Pinggang Baru

ni gambar tahun 2002..
Ammar berumur 3 tahun bersama abang dan kakaknya..
Nov 2008.. Ammar disahkan mendapat sakit buah pinggang masa berumur 9½ tahun..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/11/aku-sekarang-kat-hospital.html

Dec 2008.. Ammar mula menjalani rawatan cucian darah..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/12/hospital-selayang.html

Masa berlalu.. penuh dengan suka dan duka.. usaha, harapan dan doa kepada yg Esa..

Sehinggalah..

16 Mei 2014
ni le panggilan telefon yg aku & isteri tunggu sejak Dec 2008.. panggilan supaya Ammar Azhar bersiap² ke Hospital Selayang kerana dah ada penderma buah pinggang.. malam tu jugak masuk wad dan esoknya pemindahan dijalankn.. tiada yg berkuasa melainkn Allah..



17 Mei 2014

alhamdulillah Ammar operate terima buah pinggang pukul 12.30 tengahari.



2 bijik buah pinggang sebesar penumbuk yg Allah bagi kat kita kalau nak digantikan tugas2nya oleh teknologi manusia memerlukn mesin sebesar peti ais.. sebenarnya 1 buah pinggang dah cukup.. dan mesin dialisis tu hanya boleh buat 30% kerja 1 buah pinggang.. yg lainnya ditampung dgn ubat2an..
hargailah nikmat kesihatan kurniaan Allah.. ambil tahu dan kerjakn apa kehendak Allah kpd kita sbgai umat Nabi Muhammad s.a.w..

19 Mei 2014
Hari ke 3 selepas kidney transplant..
Alhamdulillah pagi dah boleh jalan slow2 & tengahari ni dah start makan.. darah dan kencing ok.. insyaAllah..


Hospital Selayang sekarang tak benar kanak² bawah 12 tahun untuk naik ke wad..
aku kena jadi babysitter..

kami sekeluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada Ammar.. doa untuk Muhammad Ammar dan kami sekeluarga..

raya 2013.. Ammar 2 dari kiri..









Insuran & Road Tax Online

Tuesday, May 06, 2014

Laporan Ijtimak Malaysia (Semenanjung)

Alhamdulillah - Laporan terkini Ijtimak Semenanjung Malaysia.
Keseluruhannya ada 8 ijtimak di Malaysia Barat, tidak termasuk ijtimak KL 2 pada 23, 24 & 25 Mei ini.

Kehadiran umat islam dlm 7 ijtimak ialah seramai 42,000 org dan jemaah yg berjaya dikeluarkan di Jalan Allah seramai 217 jemaah. Laporan penuh dari ijtimak di Melaka masih belum diperolehi. Jumlah yang hadir serta yang keluar masih sedikit jika dibandingkan bilangan lelaki muslim di Semenanjung Malaysia.

Komposisi kehadiran dan pengeluaran jemaah seperti berikut.
  1. Ijtimak Jitra 17,18,19 Apr. Kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar 19 jemaah
  2. Ijtimak Penang 19,20,21 Apr. Kehadiran 4,000 org dan jemaah yg keluar 32 jemaah
  3. Ijtimak Penanti, 21,22.23 Apr. Kehadiran 4,000 org dan jemaah yg keluar 25 jemaah
  4. Ijtimak KL 1 pada 23,24.25 April. Kehadiran 17,000 org dan jem yg keluar 54 jemaah
  5. Ijtimak Jerantut pada 25,26,27 April. Kehadiran 6,000 org dan jemaah yg keluar 29 jemaah
  6. Ijtimak Kelantan, pada 27,28,29 April. Kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar 28 jemaah
  7. Ijtimak Yong Peng ,Johor pada 30 April, 1 dan 2  Mei. Kehadiran 8,000 org dan jemaah yg keluar 30 jemaah
  8. Ijtimak Alor Gajah,Melaka pada 3.4,5 Mei kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar di ketahui pagi ni .

Doa tuan-tuan semuga kita mati dalam usaha yg mulia ini dan dapat pergi hujung-hujung dunia utk sampaikan agama...insyallah...amin..

Copy paste dari FB bro. Ali Russia..

*******

dan yang kat bawah ni semua xde kena mengena dengan ijtimak..




2 Mei 2014.. besday aku ke sekian-sekian kali nya..














Insuran & Road Tax Online


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...