Saturday, June 15, 2013

Mazhab Tak Cukup Soheh Ke?

Azhar Jaafar
June 11 at 10:37pm via mobile ·
tadi ustat ngajar hadis soheh berkenaan setiap rukun dlm solat..
*aku rasa baik panggil ustat yg mahir mazhab syafie & ajar bab tu kpd org awam..

Safwan Seth
semua dia sentuh ke...walaupun dlm mazhab lain?

Wan Mohamad Zuhdi
dgr word 'soheh' tu tau dah..soheh aje depa,mazhab letak tepi

Hanzlah Ibnu Othman
Caca marba solat kalau tiada mazhab

Azhar Jaafar
dia x kondem mazhab.. tapi ajar cara yg paling soheh dlm solat berpandu hadis soheh..

Ansar Agis
mazhab baru kot

Wan Mohamad Zuhdi 
Belah2 pantai barat boleh ngajar ustaz jenis ni..kalo dtg teganu,kelantan dia ngajar kpd tiang masjid je la

Aal Nashruddin Aal Mujer 
Kena tanya Maulana di Sri Petaling jer, insyaAllah soheh.

Khairy Tajudin
sy pernah duduk dlm majlis ilmu di SARAWAK ... ustaz mengajar rukun2 solat dengan cara SUNNAH yang SOHIH mengikut mazhab SYAFIE

Muhammad Azan
adakah mazhab syafie tidak menggunakan hadis soheh??? knape apabila ust tu ajar hadis soheh dalam menunaikan solat kita x berapa suka?? sekadar bertanya..

Khairy Tajudin
mazhab syafie juga guna hadis soheh ... kalau x caya, mengajilah

Azhar Jaafar
utk org awam, baik x campur adukn mazhab.. tu saja..

Aal Nashruddin Aal Mujer
Sebenarnya semua mazhab menggunakan hadis soheh dalam hujah Para Imam Mazhab. Cuma kita jgn campur adukkan mazhab.

Muhammad Azan 
ooo, setuju jgak tuh, takut org awam pening jer... hehehe, jangan sampai campur aduk mazhab sudah kan..

Erman Abdurrahman
Alhamdulillah.

Mohammad Yunus Dion Sahari 
Kalau seri gombak kami gelar ustaz nang yang siang pau....suka rujuk nasi campur...

Khann Da'ie 
org awam mncampur adukan mazhab tnpa ilmu yg jelas,berada dlm lmbah kesesatan....

Sheikh Syukairy Al-Habib
Benar sheikh Khann Da'ie al madani!

kotak tisu yg hancur walaupun isi ada separuh lagi..
(gambar hiasan)


Azhar Jaafar
June 12 at 1:10pm ·
teringat tak berapa lama dulu, masa nak keluar 4bulan ke india, pakistan & bangladesh.. antara perkara yg dimuzakarahkan di masjid sri petaling sblm ke sana adalah bab masail dlm solat.. rata² di benua india mengamalkn mazhab hanafi.. jadi ada sedikit sebanyak beza dgn kita yg dtg dr nusantara ni yg bermazhab syafie..
yg aku ingat sgt adalah bab baca fatihah dlm solat fardhu.. dlm mazhab hanafi, cukuplah imam shj baca fatihah, makmum xyah.. sedangkn dlm mazhab syafie makmum wajib baca fatihah..

ustaz yg beri muzakarah kata; "walaupun pendapat yg mengatakan makmum x wajib baca fatihah tu soheh, kami di sri petaling xkan benarkan tuan² ke benua india & solat tanpa baca fatihah.. kalau kami benarkan, maka keadaan akan jadi caca marba.. bacalah fatihah dan latihlah dgn bacaan sekali nafas..

*(kena latih baca senapas sbb kdg² imam kat sana lps fatihah akn baca surah pendek.. org sana yg x faham akan kata solat kita batal sbb kita rukuk lps imam berdiri dr rukuk..)
wallahua'lam..

Asbullah Abdullah 
kalau imam terlalu pantas ada kemaafan hingga 2 rukun panjang. bangun dari sujud kedua.

Azhar Jaafar
bagi kita ok.. tapi kat sana kwsn kampung² ramai org x pham.. lps solat dia dtg kat kita & cakap solat kamu batal.. haruuu..

Fuad Akmal
Saya pernah menjadi imam ketika di masjid sana.
saya solat taqliq dengan mazhab Syafie,alhamdulillah mereka memahaminya.

Azim Jammy ·
yup. hari pertama smpi amr sab dah marah sebab jemaah x solat asar. Huhu! kami dah jama' la amr sab.
kadang2 dpt taskil masjid yg mazhab syafie. time tu rindu sgt nak baca qunut bersama imam.

Asbullah Abdullah
diaorg mazhab hanafi....ada yg tak tahu mazhab shafie....tapi org2 lama biasanya tahu dan faham .

Azim Jammy ·
setakat ni belom pernah lg kne marah. dorg lembut dlm menegur. lepas explain ingat kan dah paham. tgk2 esok nye tegur lg. Hahaha! x bleh lupa la.

Amin Ledang
berapa saat kita boleh habiskan surah al fatihah dengan satu nafas?

Asbullah Abdullah
10 saat...

Wan Mohamad Zuhdi 
org2 kampong rata2 xtau ada mazhab laen di dunia ni..takbir intiqolat pun depa terkejut tgk..

Azhar Jaafar
kelakar bg yg baru smpai sana kata AMIN kuat2 lps imam baca fatihah, padahal org lain amin senyap je..

Md Haniff
rindu kat Markas nizamuddin....

Asbullah Abdullah
ha...ha....tapi itulah indahnya 4 mazhab....
tapi aku rasa hebat tgk jemaah srilangka...kulit hitam mcm mazhab hanafi...tau2...shafie.

Wan Mohamad Zuhdi 
sri lanka sama mcm malaysia.makan durian.udang,tepi laut,ada kuih manis2,ada bubur..org jawa pon ada sana

Asbullah Abdullah
mcm mana ada shafie di tengah2 negara hanafi? takjub....mcm mana org dulu2 buat dakwah....

Wan Mohamad Zuhdi
kata molana abu bakar,allah swt takdirkan mazhab wujud di suatu negara sesuai dgn geografi,budaya dan cara idop masyarakat..kawasan tanah pamah,dataran-m.hanafi,kwsn laut,pantai-m.syafie,kwsn gunung ganang-m.maliki,kwsn pdg pasir-m.hambali...W'a

Md Haniff ..
benar org sri lanka juga ramai yg pandai ckp melayu

Nor Isham Ismail
Belajar cara solat shafie dgn maulana abd hadi sewaktu di kurja india. Banyak dapat... masael solat kena belajar.

Mohammad Yunus Dion Sahari 
Orang hanafi marah sebab aku beli udang 15 kilo murah gila.....lepas tu cuci bersih2 letak serbuk kari dan cili+kunyit goreng sampai warna merah......aroma. ..parah limau mkn nasi dgn kicap tamin.....imam bilal dan lain lain hanafi....dah tukar shafie.

Adha Alhafiz
Jom kur 4 bulan

Ali Sabardin
pengalaman indah.

Azhar Jaafar
aku keluar kat kerala, india.. bangsa malabar ni rupanya mazhab syafie.. imam baca fatihah ada bismillah dgn kuat.. subuh ada qunut.. kalau musafir boleh jamak & qasar..

Johari Joe
Yang baca Al fatihah laju tuh boleh ke kita baca Alfatihah ketika imam baca "iyya kanak budu wa iyya kanastain"?....kalo tunggu imam abis al fatihah lps tu imam baca 3 ayat penghujung surah as-saffat..mmg x sempat nk baca fatihah...macamana tuan Azhar Jaafar??

Azhar Jaafar
benarrr

Johari Joe
Kalo syafie..ikutlah syafie...lalo nk ikut hanafi...ikutlah hanafi bermula dari mandi wajib,istinjak,wudhu dan solat...wahhabi dan salafi mungkin takkan ikut mazhab syafie...

Azhar Jaafar
xleh loncat2 tanpa belajar dr akar umbi..

فارس علوي 
rindu Markaz Nizamuddin..solat belakang Maulana Saad..

para rehal yg dah x sabar menunggu ramadhan..
(jangan buat hiasan)
sekadar sembang² aku dengan kengkawan di FB..
wallahua'lam..

Bonus Track; Ceramah Isra' Mi'raj..







Insuran & Road Tax Online

Monday, June 10, 2013

Musim Nikah

Lepas subuh tadi, kawan aku baca taklim kitab Muntakhab Hadith.. hadis no 81 dalam bab Kalimah Toyyibah; Beriman Pada Yang Ghaib..

Sayyidina Abu Zar  رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
"Sesungguhnya aku nampak apa-apa yang kamu tidak nampak dan aku dengar apa-apa yang kamu tidak dengar. Langit berderap-derap dan sepatutnya ia berderap. Di langit sana di setiap kawasan seluas empat jari pasti ada mana-mana malaikat yang meletakkan dahinya bersujud kepada Allah سبحانه وتعالى .

Demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa-apa yang aku ketahui sudah kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis dan kamu tidak akan merasa nikmat bersama isteri kamu di tempat tidur dan pasti kamu akan pergi ke tempat-tempat terpencil berdoa memohon perlindungan kepada Allah سبحانه وتعالى . Alangkah baiknya aku sebatang pokok yang dipotong (dari pangkalnya)." HR Tarmizi.

kawan aku yang baca taklim tu baru menikah 8 Jun lepas..

slow-slow aku cakap kat dia; "elok la tu.."

slow-slow jugak dia jawab kat aku; "terkejut aku.."

Allahu.. bila merenung hadis ni, memang rasa elok kalau aku jadi pokok yang ditebang je.. lepas kena tebang, habih citer..

***

Jumaat lepas balik kampung arwah nenek kat Kg Bt 30, Hulu Selangor.. keluar rumah lepas asar.. tak ikut jalan Rawang sebab takut jem.. jadi ikut jalan Ulu Yam..


bukannya jauh, 40km je dari Kepong.. rumah tinggal dah xde sape.. atuk & nenek dah lama pegi.. mak besar kat sini.. sebulan sekali atau dua kali, mak & abah akan balik untuk bersihkan rumah dan kawasan..

orang bandar.. "ditutuah dek nyamuak"
teknik larian "pemutus bayang"
solat magrib aku azan, anak aku imam.. solat isyak anak aku azan, aku imam.. xde org kampung lain solat dgn kami.. solat subuh esoknya orang kampung azan, org kampung imam.. hmm..

Sabtu 11 pagi.. balik kampung abah pulak kat Kg. Jawa, Kerling, 20km dari Kg Batu 30.. sepupu kawen.. ramai le saudara mara.. masa ni le nak jumpa pun.. ada sepupu yang dulu baru beranak, sekarang ni dah ngandung semula.. ahaks..


selamat pengantin baru.. berhati² di jalan raya..

zohor & asar karkun 1 azan, karkun 2 imam.. maghrib & isyak karkun 2 azan, karkun 1 imam.. ada 3-4 org kampung lain solat sama².. hmm lagi..
*karkun = kengkawan tabligh..

hujan lebat dari asar hingga isyak.. lepas isyak baru balik rumah.. balik ikut highway plus Kerling ke Kepong 65km sahaja..


dah masuk highway tak reti² nak bawak 110km/jam.. rasa laju la pulak sebab selalu bawak maksima pun 80km/jam je.. teringat 10 tahun dulu aku pernah bawak kancil aku hingga cecah 140km/jam.. 15 tahun dulu pulak aku pernah bawak ford eskot bapak aku hingga cecah 160km/jam.. pengajarannya ada 2..
i) dulu xde AES..
ii) dulu aku muda.. sekarang dah _____ (sila isi tempat kosong)

Ahad pagi pegi Putra Jaya la pulak.. kenduri kawen lagi.. kali ni jadi rombongan belah pompuan kepada abang ipar aku yang kenduri di Country Home Rawang pada minggu lepas..

gilang wal gemilang..
Mus'ab buatlah macam rumah sendiri ye..
Mu'az dgn aksi parkuor di luar ball room..
sebelum balik singgah di masjid Tuanku Mizan (masjid Besi).. rehat².. sebelum asar balik Kepong.. penat.. bebudak je yang tak reti penat.. yang penting dapat bejalan a.k.a meloncat.. huhu..





Insuran & Road Tax Online

Thursday, June 06, 2013

Kenduri Kawen, Tiga Hari & Tong Gas

Ni cerita di luar tajuk..
Alhamdulillah rabu lepas (29 mei) aku & kengkawan semasjid pegi tafakud (temuduga) untuk keluar 40 hari pada 15 sya'ban (23 jun) ni.. tafakud di buat lepas bacaan kitab hayatus sahabah di masjid Sri Petaling.. kami 5 orang digabung dengan 4 orang pelajar alim madrasah Sri Petaling.. cadang keluar dalam semenanjung je.. apa pun terpulanglah pada penerimaan Allah.. step 1 kami dah buat.. itu pun Allah yang gerakkan..

Ni cerita di dalam tajuk..
Sabtu 1 jun, kengkawan keluar 3 hari kat Tmn Melewar, Gombak.. tapi pagi tu aku tak dapat join.. anak sulong kepada abang sulong kepada isteri (bukan isteri sulong) kawen.. nikah belah pagi.. kenduri tengahari hingga petang.. kat Country Home, Rawang..

12 khemah..
pengantin baru.. ala.. bukan nak makan sangat tuh..
pengantin lama.. yang sentiasa dibaharui.. ahaks..
dekat nak maghrib baru aku & anak sulong dapat join the 3 days jamat.. huhu..

Ahad 2 jun.. hari ni aku khidmat masak.. menu hari ni 'kari kunyit ayam berkentang'.. amacam.. power tak? dengar nama je dah gerun.. huu.. Allah power! aku kalau khidmat masak memang tak menyediakan kicap untuk orang yang makan.. sebabnya.. hampeh.. kalau korang masak sedap camne pun akan tetap rasa kicap kipas udang.. elok rebus je ayam tu lepas hidang ngan kicap.. marah pulak nanti..

tong gas, dapur, periuk dan para alatan masak sempat
bergambar untuk upload dalam fesbuk diorang mereka..

lepas isyak ada tetamu BESAR datang.. huhu yang sorang tu memang besar.. dua orang manusia yang selama ni berkenalan di alam fana cintamu ciber je, datang menziarahi aku.. alhamdulillah.. walaupun datang kejap, tapi kesan cakura aura memang hebat.. sempat le diorang makan sedulang ngan aku dan kawan yang sama² khidmat.. yang penting dapat merasa menu istimewa tersebut..

terasa 'kecil' diri ini..
yang kanan tu Ustaz Khann Da'ie, pemilik blog Dr Pakar Sakit Iman, pelajar Islamic University of Madinah.. yang kiri tu pulak tuan Khailil Razak tokey Kuunu Mithlana Training & Consultancy.. yang tengah tu tak perlu lah diperkenalkan lagi.. ceh ceh ceh..

dan yang ni pulak..


bukanlah ella & suami datang ziarah aku.. ahaks.. tapi diorang buat umrah dan ziarah madinah pada april lepas sambil ditemani oleh Ustaz Khann Da'ie.. haa.. patut la macam pernah tengok je Ustaz Khann Da'ie ni kan.. huu.. bertambah glamer la awak lepas ni.. dan yang nak buat apa² program motivasi, jangan lupa kontek tuan Khailil Razak tu.. bebudak nakal, terjal, tak semangat nak belajar dan lain², sesuai le dibawak jumpa beliau.. tapi abang² yang tak de semangat lepas kawen, tak payah le jumpa..

Isnin 3 jun.. tong gas (seperti gambar di atas) telah didapati hilang dari kengkawan nya yang lain selepas maghrib.. tak dapat dipastikan kiranya terdapat perselisihan faham di antara mereka.. oleh itu sesiapa yang ada terlihat kelibat beliau di mana², sila buat laporan di pejabat polis berdekatan.. kami yang keluar 3 hari berasa sedih di atas kehilangan beliau.. malam itu kami balik tanpa beliau.. sadis kan?

Mus'ab dengan jubah & vest dari Madinah..

Dan kembali kepada cerita di luar tajuk..
Rabu 5 jun @ 8.30pagi.. bawak anak sulong aku untuk temuduga Isbat selangor di masjid shah alam.. 10.30pagi dah selesai temuduga.. ada ujian bertulis dan ujian hafazan.. semoga berjaya.. keputusannya dibagitau kemudian, insyaAllah..

lepas tu baru gi sarapan..

restoran syed, seksyen 9, shah alam..
tamat le..

*memula nk tulis tajuk entri ni "tafakud 40 hari, kenduri kawen, keluar 3 hari, tong gas dan temuduga isbat".. tapi panjang la sesangat nye..





Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...