Hidup kat dunia ni penuh dengan simpang.. Simpang siur, simpang tiga, simpang menyimpang.. termasuk jugak simpang pulai & nun kek simpang..
dan petang ni kita akan bertembung lagi dengan simpang..
persoalannya.. simpang mana yang kita nak pilih petang nih? (kalau dari KL)..
Simpang kanan ke Masjid Sri Petaling.. ada majlis memperkatakan kebesaran Allah & kepentingan sunah Rasulullah صلى الله عليه وسلم .. Simpang kiri ke Stadium Bukit Jalil.. ada majlis memperkatakan kebesaran makhluk & semangat ke negerian..
simpang kanan; majlis yang disertai oleh para malaikat.. simpang kiri; majlis yang disertai oleh.. hmmm.. hmmm.. apa ye? mungkin ada gak malaikat.. tapi malaikat maut..
semoga amalan di simpang kanan dapat mengimbangi amalan di simpang kiri..
Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 28, 2010
Kisah Aku Bulan Oktober 2010
Arghhh.. lama tak update blog..
Ada member tanya; "kenapa lama x update?" jawapan aku; "Semangat Yang Hilang.." Sebenarnya dalam sebulan ni, aku diuji Allah dengan sedikit masalah kesihatan.. dada selalu berdebar.. nafas x teratur.. kaki & tangan selalu cramp.. Tu yang sampai pegi berbekam tuh..
2 minggu lepas aku pegi check darah.. result keluar pagi tadi.. doktor kata semua ok.. aku x puas hati.. minta doktor buat ECG & x-ray dada.. resultnya ok jugak.. Alhamdulillah la.. Last-last doktor kata; "awak ni takut mati ek?" Aisey.. ye ke? Aku takut mati ke?
Tapi memang aku ada risau tahap gaban bab2 kesihatan ni semenjak anak aku ke 3 masuk hospital 2 tahun lepas.. 52 hari aku temankan dia kat hospital.. berapa bulan lepas tu, anak ke 2 aku pulak kena operate sebab apendik.. sebelum ijtimak kat Nilai, aku masuk wad kat hospitl Langkawi sebab semput.. Hujung tahun 2009, wife aku pulak keguguran anak ke 7.. dan awal tahun ni, aku & wife, dua2 masuk hospital seminggu sebab denggi..
Bila akumuhasarawak muhasabah balik, memang aku banyak buat silap.. buat dakwah main2.., amal x jaga sungguh2.., banyak fikir dunia - nak bukak kedai, nak tukar kereta & bla bla bla.., niat nak tambah bini je yang x de.. heheh.. dan aku ada azam nak keluar 2 bln India bln Okt & Nov, tapi azam tinggal angan-angan.. dan macam-macam ada lagi..
Uhh.. kadang2 bila aku tengok kucing jiran yang datang melepak kat bawah kereta aku.. terpikir jugak.. bagusnya jadi kucing.. makan, tidur, berak.. nampak kucing betina lalu, pegi kejar dan buat apa2 yang patut.. last yang terakhir mati.. lepas mati jadi tanah.. x kena hisab..
"Ya Allah.. jadikanlah cinta pada Mu, sesuatu yang paling aku cintai.. dan takut pada Mu, sesuatu yang menguasai hatiku.. dan keluarkan dari hatiku keperluan duniawi dan masukkan keghairahan untuk bertemu dengan Mu.. ketika ahli dunia sibuk dengan dunia mereka, sejukkan hatiku dengan beribadat kepada Mu.."
Kalau korang bangun malam & bermunajat pada Allah, selitkanlah nama aku yang hina ni di dalam doa2 korang..
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.blogpsot.com
www.zaharuddin.net
28 Oktober 2010
Ada member tanya; "kenapa lama x update?" jawapan aku; "Semangat Yang Hilang.." Sebenarnya dalam sebulan ni, aku diuji Allah dengan sedikit masalah kesihatan.. dada selalu berdebar.. nafas x teratur.. kaki & tangan selalu cramp.. Tu yang sampai pegi berbekam tuh..
2 minggu lepas aku pegi check darah.. result keluar pagi tadi.. doktor kata semua ok.. aku x puas hati.. minta doktor buat ECG & x-ray dada.. resultnya ok jugak.. Alhamdulillah la.. Last-last doktor kata; "awak ni takut mati ek?" Aisey.. ye ke? Aku takut mati ke?
Tapi memang aku ada risau tahap gaban bab2 kesihatan ni semenjak anak aku ke 3 masuk hospital 2 tahun lepas.. 52 hari aku temankan dia kat hospital.. berapa bulan lepas tu, anak ke 2 aku pulak kena operate sebab apendik.. sebelum ijtimak kat Nilai, aku masuk wad kat hospitl Langkawi sebab semput.. Hujung tahun 2009, wife aku pulak keguguran anak ke 7.. dan awal tahun ni, aku & wife, dua2 masuk hospital seminggu sebab denggi..
Bila aku
Uhh.. kadang2 bila aku tengok kucing jiran yang datang melepak kat bawah kereta aku.. terpikir jugak.. bagusnya jadi kucing.. makan, tidur, berak.. nampak kucing betina lalu, pegi kejar dan buat apa2 yang patut.. last yang terakhir mati.. lepas mati jadi tanah.. x kena hisab..
"Ya Allah.. jadikanlah cinta pada Mu, sesuatu yang paling aku cintai.. dan takut pada Mu, sesuatu yang menguasai hatiku.. dan keluarkan dari hatiku keperluan duniawi dan masukkan keghairahan untuk bertemu dengan Mu.. ketika ahli dunia sibuk dengan dunia mereka, sejukkan hatiku dengan beribadat kepada Mu.."
Kalau korang bangun malam & bermunajat pada Allah, selitkanlah nama aku yang hina ni di dalam doa2 korang..
**************************
29 Okt 2010.. aku terjumpa ni kat blog ustaz zaharuddin;
Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. Doanya berwarna merah :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً ) رواه مسلم(
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة } . رواه البخاري(
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibubapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ } . صحيح سنن " ابن ماجه)
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna merah di bawah:
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna merah di bawah:
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ } . رواه مسلم(
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari
(Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض } . صحيح " سنن الترمذي "(
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.blogpsot.com
www.zaharuddin.net
28 Oktober 2010
Friday, October 15, 2010
Doa
Ya Allah..
berilah aku sifat..
- ikhlas
- istikhlas
- istiqomah
- makbuliah
Ya Allah..
janganlah Kau singkirkan aku dari kerja ini..
walaupun sekelip mata ya Allah..
(tolong aminkan & tolong doakan aku sekeluarga dengan doa ni..)
*****************************
InsyaAllah jemaah masturat 3 hari dari Bangi akan datang ke rumah aku pada 16-18 Okt 2010.. di alamat no 22, jln 23, desa jaya, kepong. Sesape nak dtg bawak masturat, dipersilakan.. pgrm dari 10pg - 12.30tgh, asar - maghrib..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Testimoni Penyimpan Emas
Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...
-
Sekolah aku dulu. Kisah 1 Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya, "Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan ...
-
Peta Perancis ~Apa kena mengena dengan entry aku ni, aku pun tak tahu.. Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah Sebanyak 150 jemaah telah dihanta...