Wednesday, March 31, 2010

Siri Bercakap Pasal Jin

AMARAN! Sebelum meneruskan pembacaan entri ini, pastikan anda adalah seorang yang tidak takut kepada makhluk.. hanya takut kepada Allah. Jika anda seorang penakut kepada hantu, momok, jembalang, mambang, jin dan yang seumpamanya.. sila ajak kawan2 lain membaca bersama2 anda.. Jika anda berdegil juga untuk membaca entri ini berseorangan diri, pastikan anda telah berwuduk, menulis sedikit wasiat dan mengucap kalimah tauhid..

~Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

7 jin dari UK

 "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak...

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."


Zaassss....


~heh..heh.. rilek.. jangan suspen tahap gaban takut.. acah je. Petikan kat atas aku ambik dari buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Masa sekolah dulu aku suka baca buku nih.. Patutla BM dapat 7. Lepas tu susah nak masuk mana2 IPT.. heh.. heh.. sekali lagi.. Sebenarnya dah takdir Allah gitu.. asbab tu aku keje cepat, 'kenal dunia' cepat dan ehem.. ehem.. kawen cepat.. tu yang best..

Amacam? Aku agak dah korang ni spesis penakut gak.. Sama macam aku.. (tau x pe).

Berbalik pada tajuk entri.. Ahlia (isteri) aku tanya pasal qarin.. Aku pun membuat sedikit pengeksplainan (jangan marah dengan gaya bahasa aku, maklumlah BM dapat 7..) dari apa yang dengar dari para ustaz.. Tapi nampak macam tak puas hati je.. jadi aku search kat google.. jumpa pulak article nih.. Disebabkan aku rasa korang yang baca blog ni suka cerita pasal jin (mungkin ada darah keturunan jin), jadi aku kongsirayakan kongsikan kat sini..

Otaaak.. otaaak.. otaaak..

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Katakanlah sahaja, 'aku beriman kepada apa-apa yang datang dari Allah dan RasulNya..'

Wallahua'lam..

Wakil Malaysia dalam Zombielympics 2011

*sejak kecik aku memang selalu dihimpit oleh jin.. kadang2 dalam seminggu sampai dua tiga kali.. Tapi sejak aku buat usaha agama ni kurang sikit.. mungkin jin tu pun dah taubat dan dah sama2 keluar buat usaha agama..

Kat rumah aku ni dulu, ada satu sudut tu yang pada perasaan aku ada banyak jin.. tempat tu jarang dipakai oleh kami sekeluarga.. Mula2 aku tak ambik kisah.. tapi lama2 aku rasa jin tu makin banyak. Jadi aku bagi tempoh 3 hari untuk diaorang diajin pindah.. Lepas tiga hari aku baca ayat2 manzil dan renjis di empat penjuru rumah.. Rasanya jin2 tu semua dah pindah lepas tu.. (x tau ke mana, sebab diajin x sms aku, mana diajin pindah..).

Yang nyatanya, jin pun makhluk macam kita.. Yang berkuasa hanya Allah. Tiada yang boleh memberi manfaat, tiada yang boleh memberi mudharat, kecuali Allah..

THE END..
*duluuu.. aku suka pi tengok wayang. Aku paling bengang kat apek yang jaga pintu tu sebab suka bukak pintu sebelum tulisan THE END ni keluar..



Monday, March 29, 2010

Hikayat Tuan Rumah Masturat

Heh heh..
Nak cerita sikit pasal tuan rumah yang terima jemaah masturat aku minggu lepas..

Ketua Kampung

Umur baru 38 tahun. Imam kat masjid.. Lepas tu jadi ketua kampung pulak.. Dalam sembang2 tu tanya la macam mana dia boleh jadi ketua kampung..

Gambar hiasan.. kampung dulu-dulu..

Dia jawab; "Sejak pilihanraya yang lepas, orang dah tak nak ketua kampung lama tu. Tapi masalahnya tak de siapa wakil dari parti yang menang tu yang sanggup jadi ketua kampung. Jadinya secara paksa, diaorang suruh aku jadi ketua kampung.. Memang aku tak nak.. Tapi diorang suruh jugak. Dah tak de orang lain katanya.."

"Akhirnya aku letak beberapa syarat.. aku tak kan terlibat dengan mana2 parti politik.. lepas tu, tiap tahun, aku akan lapang masa 4 bulan atau 40 hari untuk buat kerja tabligh. Jangan siapa halang atau tanya aku.. Diorang terima syarat tu. Aku sorang je calon ketua kampung untuk kampung aku. Menang tanpa bertanding.."

Wah.. wah.. dalam hati aku, ni baru betul2 pemimpin.. kena paksa baru naik.. ada ciri2 sahabat..

Rumah masturat

Ni lah first time dia terima jemaah masturat.. minggu sebelum tu dia & isteri dapat keluar masturat setelah sekian lama tak dapat keluar..

Tapi kan rumah tu ada mistik sikit.. (on muzik saspen citer P Ramlee..)

Manfaat & mudharat, hanya dari Allah..

Anak perempuan tuan rumah yang sulong dah berumur 13 tahun.. Sejak lahir hingga la ke umur 10 tahun dia kena sakit kulit seluruh badan yang kronik.. gatal2 dan luka.. puas dah berubat merata hospital tapi tak jalan.. Allah tak izin.. kesian.. Atas nasihat kawan, dia cuba bawak berubat cara tradisional.. Dua tiga orang ustaz tak sanggup nak mengubat selepas buat 'scan'.. Diorang kata 'kuat sangat..'

Kemudian ada sorang ustaz yang pakar dan dengan izin Allah anak perempuan tuan rumah dah mula sembuh.. Ustaz kata kena santau miang buluh.. ada orang dengki sebab bla.. bla.. bla.. Pehh.. macam2 manusia ni.. dengki mendengki sampai sanggup siksa budak macam tuh..

Cerita tak habis lagi.. rupanya masih ada 2 makhluk halus (bukan semut atau nyamuk..) yang masih menetap kat rumah tu.. Malam pertama, hampir semua masturat tak dapat tidur lena.. Esoknya, semua masturat baca ayat2 manzil.. Alhamdulillah, malam ke dua dah ok.. Bole tido..

Cerita Kencing Manis
Kencing Manis ye.. bukan darah manis..

Tuan rumah tu ada penyakit kencing manis (diabetis) la pulak.. Jadi makanannya kena jaga.. mahal-mahal pulak tu.. beras pun yang spesel..

Kami jemaah lelaki yang enam orang ni, dua orang pun memang dah jadi geng kencing manis secara rasmi.. Aku pun sebelum ni tak pernah ambik tau sangat pasal kencing manis nih.. yang aku tau kencing hancing je.. Jadi, antara perkara yang dibayankan di atas talam (dicerita semasa & selepas makan) adalah topik kencing manis.. (cerita berkisar kebesaran Allah yang memberi rezeki & dalam sunah Nabi saja ada kejayaan..)

Sorang dari ahli jemaah kami yang memang ada penyakit kencing manis, ada bawak alat untuk menguji kandungan gula dalam darah.. Jadi pada pagi hari ketiga, sebelum sarapan, semua ahli jemaah termasuk tuan rumah buat blood test secara percuma..

Dua titisan yang boleh selamatkan manusia dari neraka..
1.titisan airmata kerana takutkan Allah
2.titisan darah di jalan Allah

Tuan rumah & 2 ahli jemaah memang bacaan lebih 10.. (bacaan lebih 7 maknanya kencing manis..).. Aku & 2 ahli jemaah yang lain, bawah 5.. alhamdulillah.. Tapi yang sorang lagi tu bacaannya 8.. hah.. geng kencing manis jugak rupanya.. Terus muka dia berubah.. dah jadik saspen la pulak.. Ye lah.. tak pernah test, tiba2 test, ada kencing manis..

Jadinya, sarapan kami pagi tu dipecah kepada dua talam.. Talam normal dan talam diabetis..



Thursday, March 25, 2010

Budak Umur 2 Tahun..

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
Al Baqarah ayat 233.

************************************************

Sebenarnye aku ada banyak benda nak cerita.. tapi masalahnya malas nak menaip.. Jadi ringkasnya nak cerita, anak aku yang kecik sekali dah habis nyusu badan.. tu je..

Yeahooo...

Muaz.. sedey je.. lahir 13 Mac 2008

Ni pun budak 2 tahun, tapi 35 tahun dulu..



Monday, March 22, 2010

Kisah Cuti Sekolah..

Cuti sekolah seminggu je (13 - 21 Mac 2010).. Dah habis dah. Anak-anak di madrasah pun cuti sama.. Tak planning nak gi mana, jadi pada 14 Mac, bawak diorang balik rumah nenek aku kat Ulu Yam Lama..

Rumah nenek.. Antara pusaka dan saka.. hehe..
Aku memang cuak kalau nak bermalam kat sini.. Sebab ada harimau arwah atuk 
yang masih belum diwariskan.. Korang nak ke?

16 Mac pegi memanjat Genting Highland la pulaks.. Last menet nak cari hotel memang tak de harapan la.. Semua dah penuh.. Hotel yang tak best ada la.. Jauh & terpencil.. Petang balik ahh..

Apa bentuk permainan bercorak berani mati.. aku tak berani..
Sebab aku nak mati di jalan Allah.. (cakap amin la woi..)

19 - 21 Mac.. jeng jeng jeng.. keluar 3 hari masturat..Pertama kali sejak 4 tahun..

Keluar kat Kg Sg Kandis, Kg Jawa, Klang.. Jemaah 6 pasang.. 2 pasang pengalaman 2 bulan, 3 pasang pengalaman 40 hari, 1 pasang pengalaman 15 hari.. Masjid kampung tu pun hidup 5 amal.. Tuan rumahnya imam masjid dan ketua kampung.. Memang mantap la.. Yang datang nusrah pun ramai giler..

Dalam masjid.. Bumbung dan karpet baru dengan mengekalkan dinding lama..


Rumah masturat tinggal.. 
Depan je nampak zuhud.. bahagian belakang dah ditambah bangunan baru..

Cerita sorang ahli jemaah yang baru tangguh dari keluar 4 bulan di USA pada awal Mac..

'Kerajaan Amerika mengkelaskan orang Islam kepada 4 golongan;
  1. Orang yang Islam pada nama sahaja. Tak ada apa-apa amal.. Mereka ini tidak bahaya..
  2. Orang Islam yang berpikiran moden. Mereka ni pun tak bahaya..
  3. Geng jihad.. sikit-sikit jihad.. Nak kenal geng ni, buat diorang marah.. Mereka ni dikira bahaya dan dianggap pengganas kerana boleh menyebabkan suasana huru-hara dan ketakutan pada rakyat..
  4. TJ.. Tabligh Jamaat.. Yang ni korang pun kenal ciri-cirinya.. Tengok muka sendiri kat cermin je.. Mereka ni dikira BAHAYA jugak sebab; dengan pergerakan mereka ni, orang Islam kembali mengamalkan Islam dan orang bukan Islam berduyun-duyun masuk Islam.. Subhanallah.."
 Banyak jemaah-jemaah dari France, Uk, South Africa dsb dihantar balik sesampai sahaja kat imegresen Amerika.. Ada satu jemaah South Africa dapat masuk sebab masa apply visa diorang tulis reason for visit; 'Tabligh'.. Walaupun lepas, rupa-rupanya diorang sentiasa dalam perhatian perisik Amerika..

Setelah buat usaha 3 hari, salah seorang ahi jemaah telah keluar masjid dan pegi minum kopi kat Starbuck.. Tengah syok minum dia diserbu oleh agen Amerika dan disoal dengan berbagai soalan.. Tak cukup lagi, lepas tu semua ahli jemaah kena soal.. Kemudian tu, on the spot semua ahli jemaah tu dihantar balik dengan alasan 'Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

Sebenarnya ada banyak lagi cerita masa keluar 3 hari ni tapi aku malas nak tulis.. Jadi aku pun brek emergency kat sini.. Siap tarik henbrek lagi..







bonus; Bayan Maulana Husein

Tuesday, March 16, 2010

7 Benda Ajaib Di Dunia

7 benda ajaib didunia, sering kita sebut-sebut sebagai hadiah terbaik tamadun lalu kepada manusia pada masa kini. Tapi apa kebendenya ketujuh-tujuh benda ajaib tersebut. Sebahagian daripada kita langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya atau lokasi benda-benda ajaib tersebut. Namun bukti tetap ada pada kesan runtuhannya sebagai peringatan kepada umat yang akan datang.

1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer.

2) Piramid Giza: keajaiban dari bangsa mesir kuno. Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi.

3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz

4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa

5) Angkor Watt di Kemboja

6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.



dan dalam beberapa hari ni, satu penemuan baru benda ajaib telah ditemui,
menjadikan ianya yang ke lapan..

iaitu; Sudin Ajaib! (gambar dirahsiakan).

Habis cerita tuh..

*********************************************

Andaikata, sekali tu kan, kan, kan kan..

Korang singgah kat satu masjid untuk solat jemaah.. Lepas je iqamat dilaungkan, korang termasuk ahli jemaah kat situ pun masuk saf. Tiba-tiba satu pakcik (yang mukanya seiras-iras orang kampung tersebut, walaupun sebenarnya dia bukanlah orang kampung tersebut) yang betul-betul bediri kat sebelah korang terkentut dengan nyaringnya kuatnya.. Korang pun terkujat terkejut! Walaubagaimanapun pakcik tersebut telah keluar dari saf untuk membaharui wuduknya. Kini tinggallah korang dengan satu jenis bau yang diwariskan oleh pakcik tersebut kepada korang..

Selesai solat, korang bergegas pulang ke rumah dengan perasaan hiba.. Sampai di rumah korang pun mengadu domba kepada keluarga korang; "Semua ahli jemaah yang kat masjid aku singgah tadi terkentut dengan kuat masa solat.. Teruk betullah semua orang kampung kat situ.."

Moral of the story;
  1. kalau satu yang buat, tak bolehlah hukum semua..
  2. ada orang nampak sama, tapi sebenarnya tak serupa..
  3. walaupun terkentut dengan kuat tidak manis pada pandangan orang, ianya bukanlah satu dosa..



Sunday, March 14, 2010

Apa Ada Di Sebalik SPM..


Kata seorang pelajar yang sedang menunggu result SPM;
"penantian yg lama di nnti kian tiba. debaran makin memuncak^^^ ibarat menyertai progrm realiti tv- sama ade kecundang atau pun berjaya menandingi lawan yg lain. walaupun spm ni baru saja permulaan hidup kte tp ia lah yg akn menentu kn perjalanan masa depn kte yg masih pnjng. dub dub..dub dub"
... dan keputusannya, dia dapat 9A..

Aduss... kesian la pulak.. sedey pun ada.. campur rasa bersalah sebab tak usaha atas adik nih.. Adik ooi. Walaupun tak salah ambik SPM & memang disuruh belajar rajin-rajin, tapi kita kena jelas perkataan "masa depn kte yg masih pnjng"..

Kriiiiiinggg (bunyi alarm clock).. "masa depn kte yg masih pnjng" bukan setakat hidup 50 - 60 tahun kat dunia ni.. Tapi masa depan di akhirat yang kekal selamanya..Kat akhirat ada 2 tempat aje.. syurga atau neraka. Sehari akhirat bersamaan seribu tahun kat dunia nih.. Kalau senang, senang selamanya.. kalau susah, ohhh..

InsyaAllah, kalau akhirat dijadikan matlamat, kita akan selamat di dunia, apatah lagi di akhirat..

Statement "spm ni baru saja permulaan hidup kte", aku setuju sangat.. tapi bukan SPM; Sijil Pelajaran Malaysia.. tapi SPM; Sijil Pertanyaan Malaikat yang akan diajukan pada awal-awal hari pertama kita dikubur.. Kalau lulus sijil ni, insyaAllah perjalanan seterusnya akan mudah.. Kalau gagal? Nauzubillah..

 Satu taman dari taman-taman syurga atau satu lembah dari lembah-lembah neraka..



Thursday, March 11, 2010

Usaha Agama ke Atas Golongan Pekak (bisu)

Nibukanceritaakutapiakucopy&pastedariblogoranglain.. part2..

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Assalamualaikum..Hebatnya Allah menciptakan manusia pelbagai jenis rupa paras, warna kulit, bangsa dan pelbagai bahasa. alhamdulillah Allah swt telah pilih sy lagi dan lagi keluar jalan Allah 40 hr. tapi antara banyak 40 hr 40 hr tahun lepas bulan 11 agak surprise sebab tak pernah terlintas dalam fikiran boleh keluar 40 hr dgn orang pekak. byk perkara yg sy dpt bila keluar dengan golongn seprti ini. sy tak terfikir langsung.....

sebelum masuk maktab sy belajar di matrikulasi sementara menunggu result maktab. pd mulanya sy ingin mengambil kos pemulihan tp di takdirkan oleh Allah, akak sy tersalah daftarkan sy. jd sy ambil bhgin pendidikan khas. tambahan pula bila keluar dgn mereka sy bljr bhs isyarat. tahun lepas sy keluar di kedah iaitu 20 hr di sg petani dn 20 hr lg di alor star dan jitra. sy keluar dengan 7 org pekak dan 9 org normal termasuk sy. murtajim hanya 2 org sj( amat gombak) n zarul pelajar tinggkatan 2.

semasa keluar byk pengalaman sy dapat. mejoriti org pekak yg kami jumpa di kedah kebanyakan tidak tahu siapa Allah. ada yg mengatakan Allah lelaki, perempuan, ada janggut, ada anak. ada yg mengatakan lg Allah berkahwin dgn Muhammad sbb mereka nampak bila ada kalimah Allah di dinding mesti ada kalimah muhammad. justeru mereka menganggap Allah berkahwin dengan Muhammad seperti mana mereka melihat ada gambar agong mesti ada pasangannya iaitu isterinya.

semasa sy keluar, apabila kami dapat tashkil cash org pekak ke masjid, mereka begitu bersungguh mahu belajar tentang agama. mereka dahagakan agama.. sehinggakan smpai pukul 2 pg mereka masih tak tidur lagi disebabkan mahu belajar tentang agama. bila kami tutup lampu baru mereka mahu berhenti..kalau tak, tak tidur agaknya.

semasa sy keluar. ada sorang pekak dalam kalangan kami yang lebih arif tentang agama. jadi dialah(Badrol) yg byk tashkil orang pekak lain join kitaorg dan dialah yg mengajar org pekak lain. sehinggakan jemaah kami bertanbah dari 16 0rg menjadi lebih kurang 30 org. naik penuh masjid dikerumuni oleh org pekak. first time sy lihat org pekak belajar agama pada ketika itu..apabila diceritakan tentang kisah2 nabi, mereka semua terpegun sebab tak pernah tahu. ada umur 60 lebihpun tak tahu.

apa yg buat sy tersentuh ialah sebelum tidur, mereka akan buka lembaran al quran. mereka tak pandai membaca al quran dan tak faham maknanya. mereka hanya melihat dan menunjuk dengan jari. apabila sampai di simbol sujud sejadah, mereka terus sujud. begitu juga pada paginya, mereka mentelaah surah yaasin. begitu juga pada malam hari, apabila sy terjaga, sy melihat mereka solat tahajud. mereka berdoa sambil menangis. sy boleh dengar tangisan mereka tapi mereka tak perasan suara tangisan mereka yang kuat. ianya amat menyentuh hati. bertapa lemahnya iman sy jika mahu dibandingkan dengan iman mereka. kami biasanya akan membaca taklim dalam pukul 10 sehingga sebelum zohor. kami akan mengadakan taklim salam sesi bhs isyarat.

memang betul kata karkun lama yg buat usaha atas org pekak bahawa golongan pekak boleh memberi kesan kepada beberapa golongan. antaranya ulamak @ imam dan karkun yg sudah sejuk. ada satu masjid yg kami pergi, ada karkuzari bahawa masjid itu tidak ada jemaah dibenarkan masuk tapi karkun tempatan agak sedikit kehairanan bagaimana jemaah pada kali ini dibenarkan masuk. ada juga karkun tempatan mengatakan bahawa tiba2 datang karkun yang sudah sejuk datang nusrah jemaah kami.

Alhamdulillah selepas balik 40 hr adalah sikit basic dalam bhs isyarat. tambahan lagi bila sy ada senior yang sanggup mengajar sy bhs isyarat. senior sy (MEZEE) sekarang kerap juga datang masjid sri petaling untuk menjadi murtajim. Beliaupun pernah luangkan masa keluar 3 hari dgn jemaah pekak pada bulan 2 yang lepas. beliaupun ada mengadakan kelas bahasa isyarat pada setiap pagi ahad sekitar pukul 9 - 11 pg. beliaulah antara byk2 senior yang ada fikir bagaimana orang pekakpun boleh amal agama sepertimana orang normal. dijemput hadir. tak kisah tua muda boleh je datang kelas isyarat. free. tapi kalau cuti seminggu atau cuti panjang kelas tak ada. kami biasa buat kelas di maktab kami iaitu maktab perguruan ilmu khas cheras, kL. semoga Allah balas pengorbanan beliau yang sanggup berkorban luangkan masa untuk agama. salam


copydarisinihttp://sollihinsuccess91murtajim.blogspot.com/


***************************************

postduludulumengenaiusahakepadagolonganpekak(kitapanggilorangbisu, tapimerekalebihselesadipanggilorangpekak);

http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/12/dakwah-orang-bisu.html
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/01/dakwah-orang-bisu-bhg-2.html
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/11/jur-orang-pekak.html







*baru-baru ni ada dengar laporan jemaah pekak yang keluar 40 hari kat Gombak.. Sekali tu masa petang-petang buat ziarah, orang buta jadi rahaba (penunjuk jalan), orang pekak jadi mutakalim (juru cakap)..

..dan aku dengar, orang pekak ni boleh azan dan baca quran kalau diajar dengan satu teknik getaran suara.. hebat Allah..

..dan lagi, ada jur (perhimpunan) untuk golongan pekak (lelaki shj) di masjid Sri Petaling pada 1 Mei 2010, jam 9 pagi hingga tengahari, ada makan.. insyaAllah. Boleh bawak kawan-kawan pekak (samada yang memang dilahirkan pekak, atau yang buat2 pekak).

Nibukanceritaakutapiakucopy&paste dariblogoranglain..

Gambarhiasan
akutaksukanyamukjadiakupasangkelambu

Inilahceritayangakucopy&pastetuh. Silabacadengansopansantun..

*******************************************

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thai-Kemboja

MASIH di Poi Pet City.. di kedai makan Islam pagi itu, kira-kira 20 orang kumpulan dari Jamaah Tablig dari Kampong Cham singgah makan. Mereka mengajak saya ziarah atau tidur di masjid di situ. Saya menziarahi mereka lepas sholat isyak. Akhirnya mereka ajak saya makan bersama-sama sambil berbual-bual kongsi pengalaman.

Makan dengan tangan beberapa orang dalam satu dulang itu adalah biasa. Ada anak-anak muda yang hendak tidur mulai memasang kelambu dalam masjid, mungkin kerana banyak nyamuk. Walaupun begitu masih ada yang berzikir dan wirid. Namun di luar, hujan masih turun renyai-renyai dan mulai membanjiri halaman masjid. Begitu, suatu tarbiah dan latihan pengorbanan dalam menyebarkan Islam, terutama di kawasan kampung-kampung yang dilanda kemiskinan.

Teringat cerita kawan saya semasa beliau belajar di Amerika Syarikat (AS) dan mengikuti gerakan Jamaah Tabligh di sana selepas berlaku peristiwa serangan September 11, 2001, yang di tuduh oleh Presiden Bush waktu itu adalah dari kumpulan Islam. Dalam suasana pengapian dan kepanasan balas dendam itu, gerakan Jamaah Tabligh terus digerakkan menggempur penerangannya di kalangan masyarakat Amerika. Katanya…

“Suatu hari saya membawa tiga orang pemimpin Jamaah Tabligh menemui seorang lelaki Negro gangster yang memeluk Islam. Lelaki itu berada di tengah-tengah kumpulannya yang duduk di suatu meja. Dengan wajah bengis, ganas dan badan yang dipenuhi tato, apabila si tabligh ini menerangkan tujuannya, tiba-tiba seorang dari mereka bukan lelaki Islam itu mengeluarkan pistol membenamkan ke perut si tabligh itu, sambil berkata, “Kamu kata, God bless America!”

“Kamu yang kata Allahu Akbar!” Jawab spontan si tabligh itu dengan tegas dan keras. Tiada takut langsung.

Si Negro itu mengulangi lagi, tetapi dijawab oleh si tabligh itu dengan kata yang sama tetapi lebih tegas dan keras lagi, sehingga beberapa kali. Tetapi rupanya kata-kata Negro itu makin perlahan dan terasa tangannya yang memegang pistol itu mula geletar. Makin longgar dan akhirnya pistol itu terlepas dari tangan lalu jatuh.

Kata si tabligh, “Sebenarnya kami ke sini untuk membawa perdamaian. Menerangkan ke Esaan Allah. Yang disampaikan melalui penyampainya Muhammad, membawa risalah melalui bukunya Al-Quran supaya percaya kepada ketentuan dan hidup sesudah hidup!”

Cetusan kata-kata yang membangkitkan semangat berfikir kepada kumpulan gangster di meja itu, akhirnya menyebabkan mereka memilih Islam.”

Jelas kawan saya pelajar di AS itu lagi yang kini sudah berada di Malaysia dan sekali sekala berceramah di tv Malaysia. Katanya lagi…

“Rupanya baru saya tahu si tabligh itu adalah seorang yang berpengalaman tinggi. Beliau adalah rakyat Amerika yang memeluk Islam, berpengalaman bertabligh kepada 3 kelompok rakyat Amerika…

i.Kepada ‘golongan hippies’ remaja terlanjur suatu ketika dulu,

ii..Kepada golongan kulit hitan yang tersasar sesat, mereka menganggap kaum kulit hitam lebih mulia dari manusia lain di dunia,

iii..Dan kepada sasaran biasa, mendampingi orang-orang seperti Malcom X, Muhammad Ali bekas juara tinju dunia dan lain-lain.

Si tabligh itu juga turut pergi bertabligh hingga ke Pakistan dan pernah turut berperang bersama mujahaidin di Afghanistan. Kini menetap dan berdakwah di AS. Saya pernah bertanya beliau, berapa ramai yang berjaya diIslamkan melalui beliau sepanjang lebih 30 tahun beliau bertabligh? Katanya, “…Yang saya rekod hingga ke angka 2,000 orang, lepas itu dah tak ingat lagi!” Jelas kawan saya itu lagi.

Kawan saya itu ada menyebut nama beliau, tetapi saya masih belum meminta izin dari pimpinan Jamaah Tabligh itu, untuk paparkan di sini. Tetapi yang penting ialah usaha dakwah dari sebuah pertubuhan Islam yang bergerak di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam negara bukan Islam. Tarbiah, didikan dan pengalaman adalah seperti yang dijalani di depan mata saya ini.


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
April 2009.


*******************************************
Habisdahceritayangakucopy&pastetersebut..
Persolannyasiapakahorangtablighitu? Jawapannyaakudankorangsemuayangmengakusebagaiorangislam..

Nivideoanakanakakubertajuktirumacamkakak..







Saturday, March 06, 2010

Qadha Solat

Ni n3 copy & paste.. Untuk ingatkan diri sendiri..

**********************************************************************


Keuzuran yang syar’ie yang membuatkan seseorang itu tidak berdosa ketika meninggalkan solat ialah gila, terlupa atau tertidur, dipaksa, sudah menunaikan solat secara jamak, ketakutan yang bersangatan kerana ancaman keadaan (seperti yang berlaku ketika peperangan khandak lihat dalam Bukhari no. 598).

Adapun selainnya baik lelaki dan perempuan yang berakal, Islam, serta telah baligh maka baginya kewajipan yang ditetapkan supaya mendirikan solat.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Bersabda rasulullah salallahualaihiwasa lam : “ Sesungguhnya antara (pembatas) seorang lelaki itu dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat” (hadith sahih riwayat Muslim no. 987, Abu Daud, Nasaie).

Perintah menunaikan solat ialah satu kewajipan sehingga bagi yang sakit tidak terlepas dari kewajipan menunaikannya selama mempunyai akal apabila Islam memberi kelonggaran supaya harusnya menunaikan solat dengan keadaan duduk, berbaring dan bahkan dengan gerak isyarat mata atau sehingga jika tidak mampu cukup dengan lintasan hati selama ianya masih sedar dan berakal.

“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (At-taghabun :16).

Juga sekiranya tiada air demi bersuci dan berwudhuk maka Islam membolehkan bertayamum mengunakan debu tanah yang berada di sekeliling dunia.

Perbuatan meninggalkan solat ialah dosa besar dan termasuk salah satu di antara dosa yang boleh membawa kufur kepada pelakunya. Sekiranya ada sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya dan membenci perbuatan solat yang merupakan ibadah ini dan menganggap menyusahkan maka ianya tanpa syak kufur dan murtad dari agama Islam dengan ijmak ulama (Al-Majmuk m/s 16 Jilid 3, Hukum Meninggalkan Solat oleh Ibn Qayyim).

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Adapun yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai kerana dunia dan dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan solat dan tidak pula bermaksud mengingkari perintah Allah maka baginya hukum fasiq dan munafiq namun masih tetap dianggap muslim dan dipelihara haknya sebagai muslim tetapi tetap wajar menerima hukuman dan teguran. Demikian mazhab As-Sauri , Abi Hanifah dan golongan Maliki serta Syafie dan Ahmad dari riwayat-riwayat lain yang darinya (lihat Mughni Muhtaj, Al-Majmuk dll).

Sekalipun mereka ini yang berpendapat tidak jatuh kafir bagi orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas dan leka serta lalai namun para ulama ini tidak pula bermaksud mengambil pandang ringan kerana mereka tetap menetapkan perlaku dosa besar meninggalkan solat ini mesti dihukum dengan hukuman bunuh dan ini pendapat Maliki serta Syafie.

Adapun pendapat yang mengatakan mereka ini tidak dibunuh sebaliknya disebat dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat nasuha dan ini pula ialah pendapat dari mazhab Az-Zuhri dan Ibn Musayyib serta Umar Ibn Abd Aziz dan Abu Hanifah dan Ibn Hazm.

Manakala sebahagian yang lain tetap mengkafirkan golongan ini yang meninggalkan solat tanpa uzur sekalipun tidak menolak kewajipan solat dengan menjatuhkan hukum kafir dan murtad dari Islam kerana meninggalkan solat yang merupakan rukun Islam dan mereka ialah mazhab Said ibn Jubair , Auzaie, Ibn Mubarak, Ishaq dan riwayat yang sahih dari Imam Ahmad dan salah satu qaul dari mazhab Syafie serta Ibn hazm dengan riwayat daripada Umar ibn Khatab , Muadz ibn Jabal dan Abd rahman ibn Auf serta Abi Hurairah dan selainnya dari sahabat rasulullah ra (lihat dalam Al-Insof, Majmuk Fatawa, Hukum Meninggalkan solat oleh Ibn Qayyim).

 
Kena selalu rujuk ulama..

Pelbagai khilaf dan hujah serta dalil dalam masalah ini namun saya tidak berhajat memanjangkan bicara dalam masalah khilaf ini sebaliknya terus kepada isi pokok perbincangan iaitu tentang perihal qadha solat bagi yang meninggalkan solat tanpa uzur.

Ketahuilah baik salah satu diantara kedua kedudukan hukum golongan yang meninggalkan solat apakah kafir atau fasiq dan munafiq maka keduanya berdosa besar dan bukanlah ringan dan baik sebaliknya tercela dan dibenci dengan kemurkaan Allah swt.

Pendapat yang membolehkan dan mewajibkan qadha bagi yang meninggalkan solat ialah mazhab jumhur ulama daripada imam mazhab yang empat dan ianya dengan syarat hendaklah perlakunya yang meninggalkan solat tanpa uzur itu selain berqadha solatnya yang telah ditinggalkan maka hendaklah juga bertaubat dengan taubat nasuha atas dosa besarnya itu (lihat dalam Al-Majmuk, Al-Insof dll).

Kalau dah nangis cam ni, tak kan lah Allah x kesian..

Bukanlah bermakna bolehnya qadha solat itu maka diri pembuat dosa boleh terselamat dan terampun dosa sebaliknya hanya usaha ikhtiar selain taubat nasuha bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan.

Adapun pendapat selainnya yang mengatakan tiada qadha bagi solat yang ditinggalkan ialah pendapat Umar ibn Khattab dan ibn Umar serta Sa’ad ibn Abi Waqas dan Ibn Mas’ud ra, Ibn Sirrin , Ibn Hazm, dan juga pendapat daripada Syeikhul Islam ibn Taimiyyah ra serta jumlah besar dari salaf soleh yang lain.

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketentuan ke atas orang yang beriman dengan kewajipan yang ditentukan” (An-Nisa : 103).

Demikian jumlah besar menolak adanya qadha solat dengan dalil bahawa solat ini satu kewajipan yang dibuat hanya pada waktunya bukan diluar waktunya (lihat Al-Muhalla ibn Hazm, Majmuk Fatawa, Nailur Authar dll).

Dalam hal ini satu keputusan dapat diambil bahawa golongan yang menolak adanya qadha solat ialah kerana selain menetapkan solat dilaksanakan pada waktu khas dan jika selainnya tidak lagi dikira maka mereka juga mengkafirkan peninggal solat sehingga tiada guna menunaikan qadha lagi.

Keadaan ini dapat diselesaikan hanya apabila orang yang meninggalkan solat ini bertaubat dan kembali dengan taubat nasuha serta di sini mereka diwajibkan melakukan qadha.

“Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (yang sersungguh-sungguh) moga tuhanmu akan menghapuskan dosa-dosa kamu …” (At-Tahrim : 8).

Maka bagi yang bertaubat dengan taubat nasuha maka hendaklah dia mengulangi segala solat yang telah ditinggalkan dengan melakukan solat pada waktunya dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

Rajin2le solat kat belakang imam, sebelum kena solat kat depan imam.

Ini berdasarkan kepada hadith rasul yang menyebut : “Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab di hari akhirat daripada amal perbuatan ialah solat dan sekiranya baik (solatnya) maka telah berjaya dan selamat dan sekiranya rosak (meninggalkan) solatnya maka gagal dan rugilah dia serta jika berkurang pahala dari solat wajibnya maka akan berkatalah tuhan yang Mulia dan tinggi : Lihatlah apakah hambaku ini ada melakukan solat sunat dan tampunglah apa yang kurang dari yang wajib dan kemudian jadikanlah seluruh amalannya seperti itu” (hadith sahih riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi dan Ibn Majah).

wallahualam

Oleh : Ustaz Emran

**********************************************************************

Dulu aku pernah tulis pasal perkara ni..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/08/pisang-emas-dibawa-belayar.html

Semoga Allah bagi taufik & hidayah pada kita.. Dapat amal & sampaikan..





Update 07/03/2010. Convert amr ke wav & guna windows MP utk sound yg lebih baik..
Download bayan subuh 07hb Mac 2010
Player untuk file amr

Wednesday, March 03, 2010

Facebook la pulak..

Jaga-jaga, ada mata sedang memerhati.. 

Korang ada facebook? x de kejayaan.. Aku dah lama ada facebook nih.. Sejak Oktober 2008.. Mula-mula tak aktif.. tapi lama-lama aku tengok melalui facebook ni dapat kumpul member-member lama.. Jadi? Heh-heh-heh (gelak macam orang jahat cerita melayu, sambil melurut misai).. Ni peluang bisnes..

Nak dakwah? Nak dakwah kena gerak jumpa manusia.. cakap dari hati ke hati.. Tu method yang Nabi ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ guna.. Kalau melalui facebook (atau blog.. semoga Allah ampunkan aku..) boleh buat dakwah, dah tentu benda ni ada sejak zaman Nabi ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ .. (Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan apa yang aku yakin.. Apa yakin korang, korang boleh tulis kat blog korang.. Kat kubur nanti, Allah akan hantar malaikat untuk tanya apa yakin kita terhadap Nabi ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ .. Sindri mau ingat la..)

  
Buku makhluk perosak


Ni chat aku dengan member lama yang dah 15 tahun tak jumpa.. Dia ni macam adik beradik dengan aku sebab duduk berjiran sejak kecik.. Lepas tu dia pindah, aku kawin dan masing-masing sebuk dengan hal sendiri.. Korang boleh baca kalau suka..

Mohd Azam
assalamualaikum bang...hihihihi

Azhar
w'salam.. dik (ceh, geli telinga aku..)

Mohd Azam
hahahahaha
sihat ko jaa?

Azhar
alhamdulillah.. sihat
anak ko 2?

Mohd Azam
aku anak baru 4..ko

Azhar
baru 6..
http://www.facebook.com/photo.php?pid=3066333&l=f8f429bcaf&id=592637290

Mohd Azam
mak aaaiii...meriah nye
dlm asyik kuar pn produktif gk ko

Azhar
tiap kali balik cam pengantin baru..
apa lagi..

Mohd Azam
hahahaha....
ehh apis ikut ko gk ke jaa
aku dh lama x koling2 dia
ehh nmbo ko aku x de la jaa..hehehehe bg kt aku

Azhar
apis sebuk.. buat apa tah.. baik ko koling dia..kang jadi kambing plak..
no aku 0166827679

Mohd Azam
hahaha... aku dgr dia jd reporter lg ek

Azhar
dah tu minat dia..

Mohd Azam
eh jaa..ko skrg ni keje sndri ke?

Azhar
sejak 2004.. sendiri bos.. sendiri kuli.. kalau bos nak marah kuli.. aku marah diri sendiri..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/02/berhenti-kerja.html
ha3.. ketawa la lagi..

Mohd Azam
ko jual insuran ek jaa
ok la tu

Azhar
ins kete moto je.. life x buat..
ferari ko tu nak renew ngan aku bole la..
buat rtax sekali..
siap hantar depan muka..
tapi yg hantar tu balak bukan aweks..
kalau aweks, tiap2 bulan ko renew rtax..

Mohd Azam
jgn kata aku...apek tue pn nk renew gk tiap bulan cm2
ferari aku ni pn dh mati rodtax tu hahahaha...
tgh proses renew gk ni jaa

Azhar
bagi aku copy geran dpn blkg..
email ke ikhlas114@yahoo.com
he3..

Mohd Azam
geran aku masih ada kt finance lagi la
nnti aku amik aku bg la kt ko copy

Azhar
aku nak copy geran je.. ori x pakai..

Mohd Azam
ye la ..aku dpt copy aku bg
yg lma aku x tau ltk mana

Azhar
lain kali simpan dalam poket..

Mohd Azam
aku tgh pk nk salotep kt bdn aku ni sng ckit nk bw mna2 hahaha

Azhar
salotep kat belakang badan..

Mohd Azam
ko skrg ni makin sihat ke menten mcm dulu gk jaa

Azhar
63 kg
angin tiup x goyang la..

Mohd Azam
pehhh berat azman adnan masa mude la hahahaha
angin tiup goyang gk jaa..tp dahan ke daun ke

Azhar
badan goyang x pe.. jangan iman goyang..

Mohd Azam
hahahaha... ko slalu kuar tiap2 bulan ke jaa..

Azhar
insyaAllah.. 3 hari.. ko pernah kuar?
kat UK dulu ke..

Mohd Azam
aku slalu kuar g keje hari2 la...hahaha...aku x buat smpai thp cm ko lg la jaa

Azhar
ye la.. kuar gi keje.. kuar dari perut mak.. kuar joging.. kuar jamban..

eh.. aku macam nak tido la pulak..
insyaallah nanti sembang lagi ek..
jangan lupa geran. (ingatkan jangan lupa solat..). Hampeh..



***********************************************************

Ni pulak chat kesia-sian aku di suatu pagi dengan seorang pelajar Uniten (mengaku saja la..)

Norrid; salam..
abg azhar..ape kabo

Azhar; w'salam..
alhamdulillah

Norrid; ape cite??
wat ape?

Azhar; tunggu cekodok bawang
ngan teh

Norrid; wahhh..
sedap tu..
nak gak...

Azhar; nanti saya post kat fb

Norrid; ok2..
sy tunggu
byk2..
tak mo satu ketol je

Azhar; semangkok
dah hantar.. best x?

Norrid; hehehe.. best2..
best kat mata je la..
kat lidah takde..

cekodok bawang



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...