Monday, March 24, 2008

Muhammad Mu'az

Nama saya Muhammad Mu'az.


Ini kakak saya. Kakak selalu cium saya dan tinggalkan air liur kat pipi.
Kalau abah tak nampak, kadang-kadang
kakak tepuk muka saya.


Hari ni abah dah membotakkan rambut saya.
Saya rasa hensem sangat.


***************************************

Umat Muhammad SAW dihantar dengan satu kerja yang dulu hanya diberi kepada para Nabi iaitu kerja dakwah; mengajak manusia beriman kepada Allah.

Tertibnya macam ni;
1.Buat dakwah maka iman meningkat
2.Bila iman meningkat, amal meningkat.
3.Amal pertama iaitu solat dapat ditegakkan (berjemaah).
4.Bila solat tertegak, fahsyak dan mungkar tercegah.
5.Bila fahsyak mungkar tercegah maka zahir muamalat, muasyarat dan akhlak Islam.
6.Akhir sekali Allah beri pentadbiran dunia kepada orang Islam dan orang kafir
berbondong-bondong masuk Islam.

Satu peraturan Allah yang tak akan berubah (sila baca sirah Nabi).
Kena ikut 1, 2, 3, 4, 5 & 6.

Tapi kita suka 6, 5, 4, 3, 2 & 1.
Atau 6, 2, 1, 4, 5 & 3.
Atau 5, 6, 4, 2, 3, & 1.
Atau...
Atau...
Atau...

Dan bukan 1, 2, 3, 4, 5 & 6.
Kenapa jadi macam tuh?

Semoga Allah beri faham kepada kita semua.

Friday, March 14, 2008

Ahli Baru

Allah Maha Kuasa, Makhluk Tak Boleh Buat Apa Tanpa Izin Allah!

Ni lah ahli baru dalam keluarga aku. Lelaki... Nama belum bagi lagi.
Hmm.. Lahir semalam di Hospital Selayang. Berat 3.5kg. Besar tu!
Rekod dalam keluarga.
Sebenarnya isteri aku dah 'due' seminggu. Jadi, belum sakit pun,
bawak la ke hospital atas nasihat doktor.
Masuk delivery room 12.30tgh, barsalin 2.45ptg. Alhamdulillah, semua ok.
Bertambah satu lagi umat Muhammad SAW. Semoga Allah terima jadi dae'.
Bawak agama ke seluruh dunia. Amin..


Posing ramai2 dengan ahli baru tuh...


Ainul Mardhiah. 16½ bulan. (klik sini)
Ala cian dia dah jadi kakak.
InsyaAllah dia cayang adik.



Dan malam tadi, buat pertama kali, Ainul Mardhiah tidur dengan abahnya.
Padan muka abah.
(Susah jugak ek, bila dia bangun nak nyusu.
Dapat la tahajud. Kalau tak... hampeh!)

Thursday, March 06, 2008

Mungkin Last Entry



Akhirnya setelah beberapa lama memikirkan untuk berhenti menulis blog, maka hari ini 28 Safar 1429 blog ini secara rasminya ditangguhkan penulisannya.

Kepada pengunjung2 blog, terima kasih diucapkan dan jangan lupa kalau nak buat insuran kereta atau motor, klik la logo takaful kat belah kanan. Iklan juga pada kawan2 pasal blog takaful tu. Boleh renew insuran dari depan komputer cara online. Jauhi la dosa besar bila terlibat dengan riba'. Takut le pada Allah.

(Kalau sehari sekali singgah kat blog ni dan klik iklan nuffnang tu, kira ok jugak. Boleh la aku bayar bil internet. He.. he..)

Doakan aku dan keluarga istiqomah dan diterima dalam beri pengorbanan untuk agama Allah dan jangan lupa doa hidayat untuk umat.

Salah dan silap, aku mintak maaf.

azharjaafar



*4300 visitors from 10/11/07 - 08/03/08

Tuesday, March 04, 2008

Lu Pikir la Sendiri

Sekali maulana Ilyas rah. berkata dengan perasaan sedih;

'Berfikirlah kamu. Cahaya ilmu langit untuk kaum itu (kaum Nabi Isa as) telah dimansuhkan oleh cahaya ilmu Nabi Muhammad saw. Bahkan telah dinyatakan batal oleh Allah swt dan dilarang merujuk kepadanya.


Jika pengikut Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw meniru nafsu mereka (cara Nasrani) dengan sangkaan cara itu betul, maka betapa buruk mereka di sisi Allah swt. Dan alangkah layaknya mereka mendapat kemurkaan Allah swt.

Dari segi akal pun cara dan pemikiran itu tetap salah. Ilmu Nabi Muhammad saw itu masih terpelihara iaitu seluruh cara kehidupan Baginda saw, peribadi dan bermasyarakat adalah petunjuk yang sempurna. Maka mengapa mengikuti cara kehidupan kaum Nasrani? Bukankah itu satu perbuatan yang sungguh tidak mensyukuri ilmu Nabi Muhammad saw?'


****************** Cerita maulana habis kat sini *********************




Jadi? Kena kembali ke 100% cara Nabi saw islahkan umat.
Jalan dan maksud kena sama.

"Kalau jalan betul tapi maksud salah, boleh ke bang?"
- Sampai tapi tak diterima. Nauzubillah!

"Kalau maksud memang Islam 100%, Quran & Sunnah, tapi ikut jalan lain. Ok ke?"
- Ye la, macam dari KL nak ke Penang naik train, tapi ambik train ke JB. Sampai ke? Kena ambik train ke Penang jugak le, walaupun train tu slow giler ngalahkan kereta lembu, tapi satu hari mesti sampai punya!

Macam kata Nabil dalam Raja Lawak (sesekali layan jugak YouTube, tv dah rosak, Astro jauh sekali. Semoga Allah ampunkan aku! Masih terlibat dalam perkara sia-sia);

'Lu pikir la sendiri!'


Semoga Allah bagi hidayat kat kita supaya dapat fikir yang betul macam fikir Nabi saw.

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...