Thursday, February 28, 2008

Jaga Lidah


Sejak beberapa hari ni dok pikir betapa senangnya kita mengumpat, mengeji, mencaci dan menfitnah saudara seIslam. Dah tu cara terbuka dan umum pulak tu! Tak tahu la nak jadi apa.

Pagi tadi duduk dalam halkah taklim. Baca kitab Muntakhab Hadis. Tiba2 Allah tunjukkan aku beberapa ayat Quran yang memberi amaran tentang perkara ni. Walaupun ayat2 ni dari bab yang berbeza (Muntakhab Hadis dibahagi kepada 6 bab), tapi mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

Jadi nak kongsi kat sini untuk renungan bersama.

Mafhum firman Allah;

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Surah Al-Israa’, Ayat 53)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nuur, Ayat 15-17)

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat 58)

*Untuk tafsir ayat2 tu kena rujuk ustaz lah ye!



~Semoga Allah bagi taufik pada aku untuk jaga lidah. Amin...

Wednesday, February 27, 2008

Takziah

Syura Malaysia, Sheikh Salim telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi, Rabu @ 19 Safar. InsyaAllah jenazah akan diuruskan pagi ini di Masjid Sri Petaling dan solat jenazah akan diadakan selepas zohor.

~Al Fatihah.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut.

Tuesday, February 26, 2008

Bukan Cinta Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha)..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu)..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhannya..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?


*Di copy dari blog lain.

Tuesday, February 19, 2008

Ada Boring ke Dalam Syurga?

'Syurga tanahnya subur, setiap ucapan Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar; akan menjadi tumbuhan di dalamnya.'



Baru2 ni di ijtimak Tongi ada orang bertanya akan hal penghuni2 syurga kepada Maulana Tariq Jamil.

Soalannya :
Penghuni syurga tak ada amal ibadat, tak ada kerja, tak tidur. Nanti lama-lama tak boring ke duduk dalam syurga?

Jawapan maulana :
Demi Allah, penghuni syurga tak akan rasa boring walau sedikit sebab;

1.Di dunia, kita ada isteri. Berapa lama kita boleh bersembang2 dengan isteri? Lama2 kita akan rasa boring.

Tapi di syurga, bila kita bersembang2 dengan isteri dan setiap kali kita kelipkan mata (macam kat dunia jugak rupanya, mata boleh berkelip2) maka isteri kita akan 70 kali lebih cantik dari sebelumnya. Bila kelip mata lagi, isteri kita jadi 70 kali lebih cantik. Begitu juga isteri bila kelip mata, akan lihat suami 70 kali lebih hensem dari tadi. Jadi mana ada boring? Penghuni syurga boleh bersembang beribu2 tahun lamanya.

2.Di dunia, lelaki paling suka tengok lenggang-lenggok wanita berjalan. Cara berjalan yang paling mahal (agaknya) adalah 'catwalk' peragawati.

Dalam syurga, satu langkah isteri ada 70 lenggok. Itu baru jalan biasa, belum 'catwalk'. Kalau 'catwalk' tak tau la...
(bab isteri, hanya cerita dua perkara ni saja. Banyak lagi perkara lain.. Censored!)

3.Di dunia kalau kita diberi ais kerim ½ kilo, amacam? Suapan pertama sedap sangat. Kesedapan berkurangan pada setiap suapan berikutnya. Agak2 apa rasanya pada suapan terakhir ketika perut dah sebu? Nak muntah...

Di syurga, setiap suapan makanan mempunyai 70 rasa. Suapan kedua kenikmatan bertambah 70 kali ganda. Begitulah suapan seterusnya... Jadi makan beribu2 tahun pun tak akan boring.

4.Di dunia manusia suka dengan hiburan dan muzik. Satu lagu hanya sedap didengar sepanjang 3 hingga 3½ minit. Kalau lebih dah boring. Lagu pun akan ditukar ke lagu baru. Lagu lama kita dah tak nak dengar.

Di syurga, Allah sendiri akan baca Quran kepada manusia. Seluruh daun2 pokok, sungai2 akan berbunyi menjadi seperti satu okestra. Awan2 akan berarak ke atas pendengar2 dan jatuh berguguran di atas mereka. Bila terkena awan2 tu, wajah penghuni syurga akan bertambah cantik dan bila pulang ke rumah, para isteri akan terkejut melihat kehenseman suami.

Jadi demi Allah kata maulana, syurga memang tak akan boring!

Sunday, February 17, 2008

My First Cucu


Aku dah jadi datuk!
Apa?
Dapat Dato'?
Bukan dapat Dato' la, tapi dah jadi datuk.

Namanya Maisarah. Umur 5 bulan.
Inilah cucu pertama aku dari kakak isteri aku yang no 4.
Isshh.. bukan isteri yang no 4 tapi kakak ipar aku tu yang
no 4 dalam adik beradik isteri.
Kena explain betul2, nanti salah paham.

35 tahun dulu, aku la cucu pertama dalam keluarga belah mak aku.
Aku juga orang yang pertama kawin.
Anak aku yang sulong otomatik jadi cucu pertama mak aku
dan cicit pertama nenek aku belah emak.
Boleh paham ke. Tak kisah lah...

Itu semua kurnia dari Allah.
Masih ke aku jadi orang yang tahu bersyukur?
Masa berlalu dan terus berlalu.
Yang lahir akan terus dilahirkan oleh Allah ke dunia.
Yang mati juga, akan terus dimatikan Allah.

Allah yang menghidup dan mematikan.
Allah yang awal, tiada permulaan.
Allah yang akhir, tiada pengakhiran.

Ya Allah ampunilah kami Umat Muhammad SAW.
Ada yang tak peduli agama.
Ada yang mahu agama, tapi ambil jalan selain jalan Nabi SAW.
Ada yang dah nampak jalan, tapi masih tak sungguh2 ikut jalan tu.
Tak kurang juga yang kata ada banyak jalan, boleh ikut mana2 jalan.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai,
dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

(Surah Al-Faatihah, Ayat6 & 7)

Friday, February 15, 2008

Mari Mengundi

Masjid Cheng Ho

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Jikalau manusia mengetahui apa ganjaran azan dan berada di saf pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan berada di saf pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengundi."
(HR Bukhari) *


(tulisan di bawah bukanlah terjemahan hadith)


Hai.. Nampaknya aku sendiri belum dapat amal hadith ni. Selalu datang lambat ke masjid. Bilal dah iqomat, barulah aku terhegeh-hegeh nak masuk saf. Bila la nak berubah!

Teringat satu hadis yang menceritakan tentang 3 kelas orang mukmin

Kelas pertama - bila azan, dia dah sedia ada dalam saf

Kelas kedua - bila azan, dia dalam persiapan untuk solat

Kelas ketiga - bila azan, dia tinggalkan semua kerja dan datang untuk solat


Orang kelas pertama ni di akhirat nanti mukanya bercahaya macam matahari.
Yang kelas kedua pulak mukanya bercahaya macam bulan dan kelas ketiga mukanya bercahaya macam bintang. Nampaknya aku kena upgrade! Tak kan macam tu je...

Ada pulak kawan aku kata tak ada kategori untuk kelas ke empat. Ye ke? Kalau macam tu kena usaha la supaya dapat masuk dalam salah satu dari tiga kelas di atas.

*******************************HABIS*******************************



Dari Abu Musa ra berkata,

"Aku berjumpa Rasulullah saw bersama2 dua orang sepupuku. Seorang di antarannya telah berkata, 'Ya Rasulullah! Lantiklah kami menjadi amir disalah satu tempat dari tempat2 yang Allah swt telah jadikan kamu sebagai penguasanya.'
Baginda saw telah bersabda, 'Demi Allah! Kami tidak memberi tanggungjawab dalam hal2 ini kepada sesiapa yang memintanya atau menginginkannya.' "
(HR Muslim)


Dari Abdul Rahman bin Samurah ra berkata bahawa Nabi saw telah bersabda kepadaku,
"Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Jangan meminta menjadi amir. Jika kamu dilantik menjadi amir kerana permintaan kamu, maka kamu diserahkan kepadanya (yakni tiada bantuan dan petunjuk dari Allah)."
(HR Bukhari)


Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw telah bersabda, "Akan datang suatu waktu di mana kamu akan mula berebut menjadi amir, padahal menjadi amir adalah sebab penyesalan kamu di akhirat."
(HR Bukhari)

Monday, February 11, 2008

Kenapa la... Kenapa la... Kenapa la...


Dikisahkan mengenai satu keluarga miskin dua beranak yang tinggal di pinggir sebuah kampung. Seorang ibu yang sudah tua serta uzur bersama anaknya yang muda remaja. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ini bukan cerita si tanggang!). Si ibu begitu kasih kepada anaknya. Dia membela anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah, itulah sahaja anaknya seorang.

Anak muda itu kerjanya mencari kayu api dihutan dan menjualnya di pekan yang terletak agak jauh dari kampung mereka. Sebagai manusia biasa, anak muda itu ingin hidup mewah dan bahagia seperti orang lain. Seringlah dia berangan-angan ingin menjadi kaya, ada pakaian dan kenderaan mewah, ada mahligai dan taman-taman, dan yang paling best, dia digilai orang ramai perempuan. Tapi apakan daya, dia seorang miskin.

“Oh, kenapalah aku ditakdirkan miskin. Bilalah nasib aku akan berubah?”

Sehinggalah ke suatu pagi, seperti biasa, anak muda itu keluar mencari kayu api. Sedang dia berjalan laju di dalam hutan, dia telah tersepak sesuatu yang keras sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.

“Aduh, celaka punya batu.”

Sumpahnya sambil menggosok-gosok ibu jari kakinya yang luka. Pandangan matanya tertumpu kepada benda keras yang disepaknya tadi. Kelihatan benda itu bersinar-sinar, mengeluarkan cahaya yang menyilaukan mata. Dengan segera dia mendapatkan benda tersebut yang sudah separuh tertanam di dalam tanah. Digali dan dikeluarkan lah benda keras tersebut. Besarnya adalah kira-kira sebesar bola ragbi.

Setelah diamat-amati, tahulah dia bahawa benda keras yang disepaknya tadi adalah sebuah batu permata yang besar. Maka berdebar-debarlah hatinya dan menggigil lah seluruh anggota badannya. Terbayanglah olehnya akan harga permata itu. Dia akan jadi pemuda terkaya dalam negerinya. Berangan-anganlah dia mempunyai pakaian dan kenderaan yang mewah, mahligai dan taman-taman, dan sekali lagi yang paling best. dia digilai oleh ramai perempuan.

“Kali ini betul-betul, bukan cobaan” seperti kata pendekar mustar.

Anak muda itu bergegas pulang ke rumah. Ingin segera memberitahu ibunya. Dipertengahan jalan dia melalui sebuah kolam yang biasa disinggahinya sebelum ini untuk dia melepaskan lelahnya. Terfikirlah olehnya untuk membasuh dahulu akan permata tersebut. Dia pun duduk mencangkung di tepi kolam dan membasuh permata itu dengan bersungguh-sungguh.

Ditakdirkan batu permata itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke dalam kolam. Maka menggelabah giler lah dia. Pucat lesi seluruh badannya. Anak muda itu telah turun ke dalam kolam untuk mencari permata itu. Malangnya setelah sekian lama mencari, tak juga berjumpa. Berapa lama kemudian dia telah berputus asa. Dengan sedih dan hiba dia termenung di tepi kolam sambil berkata,
“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

Hari telah lewat senja maka hebohlah orang-orang kampung akan kehilangan anak muda tersebut. Tersangat sedihlah ibu tua dan menangisi kehilangan anaknya. Berbagai-bagai andaian bermain difikirannya. Gerakan mencari dibuat secara besar-besaran. Sehingga lewat malam mereka masih belum menemui anak muda tersebut. Gerakan mencari terpaksa dihentikan dan disambung keesokkan harinya.

Hari esoknya orang kampung telah menemui anak muda tersebut yang masih duduk termenung di tepi kolam. Bila ditanya apa yang terjadi, maka jawabnya,

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

Maka orang kampung pun membawa anak muda itu pulang ke kampung dengan anggapan dia telah tersampuk. Dia diserahkan kepada ibunya. Ibunya begitu gembira tidak terkata. Namun dia berasa hairan kerana anaknya masih mengulangi perkataan,

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

Dipendekkan cerita seorang bomoh kampung telah dipanggil dan setelah diberi ubat maka anak muda tersebut telah tertidur sehari suntuk.

Esoknya pagi-pagi hari, anak muda tersebut telah terjaga. Keaadaannya kelihatan normal. Seperti biasa dia menyapa dan berbual-bual dengan ibunya dan bersiap-siap hendak keluar mencari kayu api. Dengan perlahan ibu tua bertanya kepada anaknya akan hal yang terjadi semalam. Anaknya terdiam dan mula termenung panjang. Kemudian dia berkata,

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

“Kenapa la aku basuh…”

Apalagi, si ibu tua begtu sedih dan kesal dengan kejadian itu. Menyesalnya dia bertanya akan hal itu bukan kepalang. Kemudian si ibu tua itu pula telah termenung panjang dan berkata,

“Kenapa la aku tanya…”

“Kenapa la aku tanya…”

“Kenapa la aku tanya…”

Diulang-ulangnya lagi perkataan itu,

“Kenapa la aku tanya…”

“Kenapa la aku tanya…”

“Kenapa la aku tanya…”



************ SEKIAN ***********

Pengajaran dari cerita.

Bayangkan penyesalan manusia yang semasa di dunia, namanya dicatit sebagai orang Islam tapi di akhirat namanya tercatit dikalangan orang kafir.

Nau’zubillahi min zalik.

Semoga Allah lindungi kita dari kerugian dan penyesalan tersebut.

Jadi, mahu tak mahu, kena buat usaha untuk pelihara iman dan kuatkan iman.

“Kalau tak usaha mana boleh dapat syeikh!” Kata seorang pada aku mengenai kepentingan mencari dunia.

Dalam hati aku kata, “Ye la, untuk dunia pandai kau usaha. Untuk akhirat tak kan berserah aje!”

Entahlah…

Tuesday, February 05, 2008

Perjalanan Umat


Dikisahkan dalam satu perjalanan pada musim haji tahun 50 an. Sebuah bas yang sarat dengan penumpang merentasi padang pasir, menuju ke bandar Mekah Mukarramah. Keadaan jalan bukan lah macam sekarang. Masa tu mana ada jalan tar. Jalan atas pasir aja. Sesekali bas berhayun kuat, ke kiri dan ke kanan, mengelak timbunan pasir yang tebal.

Cuaca sangat panas. Penumpang-penumpang bas dengan hal masing-masing. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual dan tak kurang yang mengelamun sendiri. Masing-masing bertekad untuk berjaya mendapat haji mabrur tahun ni.

Tiba-tiba bas berhenti mengejut. Enjin berbunyi, tapi bas tak bergerak. Bunyi enjin semakin dideram kuat, tapi bas masih tak bergerak. Semua penumpang terkejut. Yang tadinya tidur pun sekarang dah terjaga. Masing-masing bercakap sesama sendiri,

“Kenapa ni, apa dah jadi?”

“Kenapa bas tak dapat jalan?”

“Aiseyman, tayar bas sangkut kat pasir la. Tak boleh jalan. Nak kena tolak ramai-ramai ni.” Kata drebar bas yang tadinya diam.

“Kena tolak?”

“Ya la, kena tolak. Kalau tak, macam mana kita nak sampai.”

Maka turunlah sebahagian penumpang bas dengan semangat yang berkobar-kobar, menyinsing lengan dan memerah segala kederat yang ada, menolak bas.

“Satu, dua, tiga, tolak…”

Ada segelintir penumpang pulak yang turun tapi tak sama-sama menolak bas. Cuma suara mereka lebih kuat dari yang menolak bas. Dari muka mereka memang nampak mereka bersemangat tapi tangan mereka sikit pun tak sentuh dinding bas.

“Tolak lagi bang, tolak lagi. Tolak kuat sikit. Tu yang belah kiri tu, macam tak makan aje!”

Ada sekumpulan penumpang bas lagi. Mereka tak mahu turun dari bas. Muka poyo. Rilek je, macam tak ada apa-apa berlaku.

“Aku bayar tambang ni, bukan kerjanya nak menolak bas.”

Cerita tamat.

Moral dari cerita di atas.

Itulah keaadaan umat Islam sekarang. Dalam satu perjalanan menuju ke akhirat. Macam-macam amal umat telah buat. Cita-cita tetap nak berjaya. Bila masalah datang pada umat Islam macam sekarang, keadaannya sama macam penumpang-penumpang bas tadi.

Ada yang bersungguh-sungguh, korban diri dan harta untuk menegakkan Islam.

Ada yang jadi ‘pom-pom’ aja.

Tak kurang yang kata, “Aku dah solat, zakat, puasa, haji. Yang lain tu bukan kerja aku”.

Kita???

Sunday, February 03, 2008

Doa Angin Ahmar

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Katakanlah; 'Aku beriman kepada apa yang datang dari Allah dan RasulNya.'

Doanya seperti dibawah;
(copy & paste pada MIcrosoft Words, kemudian besarkan font untuk mudah baca)

*Sesiapa yang tahu kesahihah hadis di atas dan terjemahan doa di bawah, sila beritahu.

ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُُُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ .

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...