Monday, July 11, 2016

Sya'ban, Ramadhan & Syawal 1437



18 Sya'ban 1437..
Aku daftar diri untuk keluar bertabligh 40 hari dalam negeri.. akhirnya jemaah aku 12 orang diputus ke kawasan Batu Pahat.. dari Batu Pahat kami diputus keluar di Sri Medan..

No 2 dari kiri adalah blogger Krenmaut.. 1st time 40 hari..

Santai dengan org tempatan..
Orang kuat khidmat..


29 Ramadhan 1437..
Aku daftar diri di rumah.. huhu.. kejap je dah habis 40 hari..
Sesiapa yg 'menghari-rayakan' dunianya, maka Allah akan mempuasakan akhiratnya.. sesiapa yg mempuasakan dunianya, maka Allah akan 'menghari-rayakan' akhiratnya..

Dua dulang utk 10 orang..
*juadah selepas solat maghrib


30 Ramadhan 1437..
Solat subuh kat masjid aku menjangkau 5 saf.. 
1 saf = 50 orang
Semoga kekal pada syawal sehingga bertemu ramadhan tahun depan..

Petangnya berbuka puasa kat rumah Mak Abah.. hari akhir ramadhan tahun ni..
Mak masak ketupat, kuah kacang, rendang ayam dgn sayur masak lodeh..

Adik beradik aku 4 orang je..

1 Syawal 1437..
Malam raya.. macam biasa ada baraan dari rumah ke rumah..
Takbir raya pd baraan tahun ni dipimpin oleh anak sulung aku.. orang tua2 sini dah uzur dan ramai yg dah pergi..

.


Pepagi lepas solat raya, sessi fotografi cam biasa.. huhu
Lepas tu ziarah beberapa rumah jiran hingga ke petang..
aduss.. kesian kat perut..

Ini la keluarga kami..


2 Syawal 1437..
Malam raya kedua, balik rumah arwah atuk dan nenek (belah mak) kat Kg Batu 30, Ulu Yam, Hulu Selangor..
Siangnya ziarah lagi beberapa rumah.. dan makan lagi..

Kami pun ada kampung.. heheh


3 Syawal 1437..
Balik kampung arwah embah (nenek belah abah) di Kg Jawa, Kerling, Hulu Selangor..
Baru 20% anak cucu cicit berkumpul, parking dah penuh.. terima kasih kpd makcik dan keluarga yg menghuni rumah pusaka.. tiap2 tahun layan rombongan2 kami dgn baik dan lapang dada..

Rumah arwah embah.. semoga Allah merahmati kedua2 almarhum..

Ni baru rombongan kami.. ada lebih 10 rombongan lagi yang sebanyak ni juga..

Ziarah lagi.. makan lagi..

Meja style jawa..

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa… terasa


4 Syawal 1437..
Malam raya keempat, balik Kepong..
On way balik Kepong, pekena tomyam dulu..

Mus'ab ni lauk x sampai lagi, air dah habis separuh..

Siangnya berjalan ke rumah abang ipar di Rawang dan kakak ipar di Bangi..
dan makan dan makan dan makan lagi..


5 Syawal 1437..
Hari ni mula puasa 6.. sahur pun ringan² je..

Berat badan masih 65kg.. sama macam masa baru kawen dulu..

Blood Pressure tak berapa cantik..
tapi ni kira normal utk yg umur 40an macam aku..


Ujian darah hari ni..

Kolestrol : 5.32, [normal <5.20]
Gula : 5.1, [normal 4.4 - 6.1 (puasa)]
Asid Uric : 7.3, [normal <7.0]

Sekian..









Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Friday, May 20, 2016

Amalan Memudahkan Rezeki

Alhamdulillah.. yg ni dah lama aku amalkan..


Saidina Abu Darda r.hu berkata, barangsiapa membaca sebanyak 7 kali pd waktu pagi & petang [doa spt di foto], samada dgn keyakinan yg penuh terhadap kelebihannya atau tanpa keyakinan terhadap kelebihannya, nescaya Allah akn memeliharanya dr segala kebimbangan dunia & akhirat.
(HR Abu Daud)
Muntakhab Hadith m/s 359

Foto credit to Arif Ismail

*******

Disamping tu boleh juga amal ayat ni sekali pagi dan sekali petang..

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
[Surat At-Tawbah 128 & 129]

* Ada kisah seorg sahabat yg diikat serta diseksa org musyrik.. nabi sampaikn melalui org lain utk amalkn ayat2 ni pagi & ptg.. akhirnya sahabat tu dpt lepaskn diri serta dpt harta rampasan bila amalkn dgn istiqamah.

Wallahua'lam.








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Wednesday, April 06, 2016

Dunia ni macam jamban..

Walaupun perlu, tapi x kan nak lama2 kat situ.. ahaks

Perjalanan hidup kita akan melalui 3 masa..
1.sejak nyawa kita diciptakan sehingga dimasukn ke dalam perut ibu..
2.sejak kita dimasukn ke dalam perut ibu sehingga nyawa dipisahkn dari jasad..
3.sejak nyawa kita dipisahkn dari jasad sehingga selama2nya..
*yg no 2 tu terlalu ciput masanya kalau nk dibanding dgn seluruh masa..

uzur dah..

19 Mac 2016..
Ke Ipoh.. anak sedara kawen..

geng bas sekolah..

singgah R&R.. abah belanja la apa lagi..
ni 4 orang geng bebudak besar..

aku terima nikahnya sipolan bt sipolan..
tiada tumbuk menumbuk di sini..

ni 4 orang geng budak kecik..

menziarahi jemaah bro Ali Russia yang keluar di Ipoh..

01 April 2016..
Ijtimak sudah bermula..

Pembayan maghrib malam ni minta padam semua gambar yg diambil sepanjang ijtimak..

Perlu ada rasa takut pada nikmat yang diberi Allah seperti mana kita takut kepada dosa-dosa yang kita telah lakukan.. kerana.. kalau kita tak mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut, maka Allah akan memberikan laknatNya kepada kita dan memberi nikmat tersebut kepada orang lain..

Nikmat yang paling besar yang diberi Allah kepada umat ini adalah nikmat buat kerja kenabian.. orang kafir Quraish di Mekah tidak mensyukuri nikmat Nabi diutus dari kalangan bangsa mereka sehingga Allah telah ambil kerja dari orang Ansar Madinah.. walaupun orang Mekah terdiri dari golongan bangsawan dan hartawan sedangkan orang Madinah adalah dari golongan petani yang miskin..

iblis dan kuncu2nya diberi hayat hingga kiamat utk sesatkan manusia.. sementara Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir dan telah wafat lebih 1400 tahun yg lalu.. sedangkan para nabi diutus untuk menyeru manusia kpd jalan yg benar..

krik krik.. krik krik.. ada macam pelik tak?

sebenarnya Allah nak muliakan kita, umat Nabi Muhammad s.a.w.. kita bukan nabi tapi diberi tugas menyambung kerja para nabi..

wallahua'lam

*ijtimak sedang berlangsung di seluruh Malaysia.. jom dengar apa kata ulama mengenai tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.. mula2 dengar dulu, baru boleh buat kerja.. kalau dengar pun x sedia, xtau apa nak kata..


Sedutan bayan ijtimak..










Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Sunday, March 13, 2016

Ijtimak Malaysia 2016 - Apa Persediaan Kita?

Jur/jord - perhimpunan utk karkun (rakan tabligh) atas jemputan syura..
Ijtimak - perhimpunan utk semua muslimin atas jemputan karkun..

*semua karkun perlu gerak dari rumah ke rumah di mohalla.. pasang2kan karkun utk jemput semua saudara muslimin.. gerak dgn fikir risau macam mana semua muslimin dapat hadir.. jumpa atau x jumpa orang, tu no 2.. kita gerak saja dan Allah yg akan hadirkan orang..

**sedih bila karkun sendiri masih x rasa bahang ijtimak.. huhu

***para masturat perlu bantu dgn amal di rumah, sedekah dan doa








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Friday, January 29, 2016

Tabligh itu ISIS? huuu.. takot nyeee...

Suatu Kisah..
26 Jan 2016



Ni cerita yg SOHIH...

Satu jemaah jln kaki daripada markas Labuan yg bergerak dikawasan Tambunan, Sabah. Telah diserang oleh penduduk kg dgn membaling batu. Dan mengatakan bhawa mereka adalah tentera militan IS. Selepas kejadian itu. PDRM telah dtg dan memeriksak dan menyoal siasat jemaah tersebut. Namun apa yg dikatakan itu adalah tdk benar. Dan pihak polis menyokong dan melindungi jemaah ini daripada serangan dan ketidak puasa hati org kampung..

Apa kesudahan kisah jemaah jalan kaki ini ?

Alhamdulillah ... Menurut cerita drpd sahabat bahawa orang kampung telah melihat jemaah ini lebih drpd 50 orang berjubah putih ... Padahal jemaah mereka hanya ada 10 orang ... Orang kampung telah membaling batu terhadap jemaah ini dan telah melaporkan kpd pihak polis bahawa jemaah ini adalah tentera militan ISIS !

Polis telah datang ke tempat kejadian dan membawa jemaah ke balai polis ... Setelah polis menyoal siasat jemaah tersebut, polis mendapati bahawa tuduhan yg d laporakan oleh orang kampung adalah PALSU dan TIDAK BENAR ...

Akhirnya polis telah membuat keputusan utk menyokong jemaah ini dan akan menjaga jemaah drpd SERANGAN orang kampung ! (Ekstremnya sampai baling batu)

Masyallah ... Jemaah dapat sunah spt kisah Rasulullah SAW d baling batu ketika menyampaikan Islam di Taif !

Bhai ... Korang baca sendiri laporan ni kan ? D mana usaha haq berjalan, d situ ada nusratullah ... Sahabat² yg ada sekitar daerah Tambunan bolehlah ziarah² jemaah ni insyallah ...
(dari FB  Farith Zul)


Akhirnya..
27 Jan 2016


Kena hack rupanya.. hmm.. semoga Allah beri hidayat

xxxxxxxxxxx

Selama ni jemaah tabligh keluar memang bawak senjata.. ni yg jadi sebab banyak kerajaan dlm dunia ni x berani halang pergerakan jemaah..

Ada 2 jenis senjata
1. Set taklim - kitab fadhail amal, muntakhab hadith & fadhilat sedekah
2. Set taam - dapur, periuk, senduk, teko dan talam

Kerana 2 senjata ni, ramai musuh menjadi kawan, ramai gangster menangis di waktu malam, ramai jiwa menjadi tenang dan mulia.

Wallahua'lam..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Ijtimak Tongi 2016


Perkara penting...
Usaha atas asbab dan mengharapkan hasil dr Allah tdk ada beza dgn org musyrik yg menjadikan perantaraan benda sambil mengatakan Allah yg bagi hasil.
Usaha atas amal dan harap hasil dr Allah adalah lebih banyak hasil, lama dan byk faedah. Tetapi Maulana kata TINGGALKAN ASBAB ADALAH KEJAHILAN... KEJAHILAN.. KEJAHILAN
Kata Nabi s.a.w: Seorang suami yg berusaha mencari rezeki yg halal utk diberikan pada anak dan isteri akan bangkit di akhirat dlm keadaan mukanya bercahaya2.
Maulana ulang... Meninggalkan pekerjaan dan anak isteri bukan mujahadah. Bila tdk ada mujahadah.. Maka tdk ada hidayat.
Ada pekerjaan, perniagaan dan dlm masa yg sama bg masa yg byk utk usaha agama adalah MUJAHADAH. Dan mujahadah ini menghasilkan hidayat.
Ambil terus dr khazanah Allah melalui perantaraan amal. 
Nabi pesan pada sahabat.. Solat 2 rakaat sebelum pergi berniaga.
Yang salah kata Maulana Saad, usaha atas asbab sehingga yakin dgn asbab dan meninggalkan amal, lalu tinggalkan dakwah.
Usaha dgn amal dan harap pada Allah. Nabi pesan pada sahabat.. Solat 2 rakaat dan pergi berniaga. Bukan tinggalkan perniagaan. Tapi dgn amal solat 2 rakaat td Allah akan tunaikan janjinya. Mentarghib org utk tinggalkan asbab utk dpt kan bantuan Allah.. Adalah.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.
Meninggalkan asbab bukan cara Nabi2 dan bukan cara sahabat2. Dlm Islam tdk ada rahbaniah iaitu cara hidup rahib.
Ada isteri.. Ada anak.. Ada kerja... Tapi bg byk masa utk agama.. Itu mujahadah.. Dan akan hasil HIDAYAT.
Maulana Saad kata siapa lagi yg lebih kuat iman dia drpd Abu Bakar r.a. Pd hari pertama dia jd khalifah, dia telah pergi ke pasar. Org tanya dia kamu khalifah kenapa kamu berniaga..
Kata Abu Bakar r.a.. Sape akan uruskan keperluan anak isteri aku. Adakah iman Abu Bakar lemah kerana jawapannya ini? Tidak.. Maka umar r.a telah dpt kan dr baitulmal utk keperluan Abu Bakar r.a.
Jadi meninggalkan asbab bukan jalan nabi2 dan bukan jalan sahabat2. Mereka usaha atas asbab TETAPI ASBAB MEREKA TDK MENGHALANG MEREKA DARI MAJU DLM USAHA AGAMA. Ni point utama....
Org yg ingat Allah bukan org yg berzikir pagi petang shj... 
Tapi org yg ada peluang buat dosa, tapi dia tinggalkan dosa tersebut kerana takutkan Allah.. Maka dia lah org yg ingat Allah.
Utk dpt nusrah terus drpd Allah.. Adalah melalui dgn perantaraan amal. Mereka tawasul dgn amal2 mereka.
Maulana cerita pasal 3 org yg terperangkap dlm gua. Akhlaq, muamalat dan muasyarat.
Syarat pertama utk dpt kan pertolongan Allah ialah kosong kan hati kita drpd keyakinan kepada ghairullah termasuk malaikat. Maulana bg kisah Nabi Ibrahim a.s dgn malaikat Jibril.
Musibah2, keburukan dan kerosakan umat ini tdk akan terangkat dgn amal2 solat, zakat puasa dan haji..
Melainkan apabila umat ini betulkan akhlaq, muamalat dan muasyarat. Maka kata Maulana itulah org yg ingat Allah... Bukan shj org yg zikir pagi ptg.
Kisah salah seorang dr 3 org dlm gua tu, dia tak jd buat maksiat dgn saudara perempuan dia kerana takut pada Allah, wlupun dia berpeluang utk buat maksiat.
Usaha sempurnakan solat. Tapi bersihkan harta kita drpd RIBA dan lain2. Bersihkan diri kita, Bukan dgn air shj. Air hanya dpt bersihkan yg zahir shj. Betulkan taharah kita. Tapi bersihkan harta drpd yg haram termasuk dlm taharah.
Kerosakan yg berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan amalan2 org Islam. Bersih kan guna air itu taharah zahir shj. Bila pendapatan kita bersih, maka muamalat kita dan muasyarat kita akan bersih.
Apabila org Islam pergi jauh drpd Allah sampai satu tahap, maka Allah akan sentap dia dgn musibah.
Allah dtg musibah2 dlm perniagaan org Islam, dalam kerajaan org Islam, adalah kerana mereka telah langgar perintah Allah dlm kerja buat mereka.
Kita tengok, buat kira2 perniagaan kita pagi petang, tapi kita tak tengok akhlaq, muamalat dan muasyarat kita pagi petang.
Wallahu a'lam..









Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Sunday, January 10, 2016

Sepanjang Cuti Sekolah Akhir Tahun 2015

Aktiviti cuti sekolah.. layan aje lah

25 November 2015
Pegi mandi manda kat Bukit Lagong, Selayang.. pagi sampai tengahari



27 November 2015
Jemaah 40 hari dari Ipoh masuk Kepong..
kalau ada jemaah tabligh datang tempat kita, kita kena nusrah jemaah.. bukannya nyusah jemaah.. ok? ahaks

29 November 2015
Ke laut la pulak peginya.. ke Pantai Blue Lagoon, Port Dickson.. balik hari je.. gerak dari rumah awal² pagi.. balik petang




04 Disember 2015
Shopping barang² bebudak sekolah.. ni baru round 1.. beli pakaian dulu.. beli awal² sebab kalau lambat susah nak cari saiz

Hambek, hambek.. jgn x hambek.. penuhkn bakul..
ni baru kasut.. kita mula dr kaki dulu.. ahaks
2 bakul ni dah 4 ratus lebih.. ambik napas dulu..
insyaAllah 2nd round nanti buku tulis, beg dan alat tulis pulak ye

06 Disember 2016
Ikram riadah cara sunnah pd waktu infradi jemaah 40 hari Ipoh yg bertandang ke Kepong..

Steady bang.. habis 40 hari nak memanah kat rumah pulak..

09 Disember 2015
Makanan jasad pd mlm ni.. istighfar

Hidangan dari langit..


12 Disember 2015
Selangor 2 Kedah 0

Makhluk ni dah lama duk dalam almari

13 Disember 2015
Major service 170k km.. hmmm



17 Disember 2015
Aku solat magrib di satu masjid.. lps magrib ada ceramah agama.. menarik pengisiannya.. ustaz cerita pasal azan.. kelebihan2 org yg melaungkn azan.. antaranya di akhirat nanti para muazin akn panjang lehernya.. kalau tahu kelebihan azan, org akn berebut2 utk azan.. kmdn galakn utk azan walau pengembala kambing di kaki bukit.. suami yg solat berjemaah bersama anak isteri di rumah juga baik laungankn azan dgn lantang.. setiap lelaki perlu belajar laung azan.. dan banyak lagi kelebihan2 yg lain.. ceramah berakhir pd jam 8.30mlm.. oleh kerana waktu masuknya isyak dah terlepas, pak bilal pun terus iqamah tanpa azan.. ustaz tadi pulak terus mengimami solat isyak berjemaah.. menarik kan? Sekian..

19 - 21 Disember 2015
Keluar 3 hari.. bawak anak no 1, 3 & 4.. hari ke 3, aku khidmat taam

kalau la aku.. jadi suami.. 
masak memasak.. serah pada ku.. lalala..


22 Disember 2015
Isteri aku wassap bende ni dan tanya betul ke? ntah le.. tapi aku memang xde hobi² spt yg dinyatakn.. jadi sila risau.. keh keh



25 Disember 2015
Bermandi dan bermanda dgn jemaah Ipoh di FRIM Kepong



26 Disember 2015
Bermandi dan bermanda dengan anak² dan bini.. bini² belum lagi ye



28 Disember 2015
Sessi memanah sebelum taklim.. ikram lagi jemaah 40 hari Ipoh di Kepong



30 Disember 2015
Jemaah 40hari Ipoh nak balik dah.. insyaAllah petang karguzari dan esoknya wafsi di Sri Petaling



01 Januari 2016
Left 5 grup wassap kesayangan tanpa alasan yg kukuh.. sadis.. huhu..



02 Januari 2016
Ke Fraser Hill, Pahang la pulak.. pagi menaik, petang menurun






dan akhirnya..

04 Januari 2016
Kesibukan bebudak sekolah bermula..
1.madrasah alimah Sri Petaling thn ke 7; 6.30pg isteri hantar, 2.30ptg aku ambik
2.sekolah menengah Tmn Ehsan, Kepong tktn 5; pergi/balik sendiri
3.madrasah hafiz Tmn Ehsan, Kepong thn ke 2; 8pg aku hantar, 6ptg aku ambik
4.madrasah hafizah Selayang Baru thn ke 3; 7pg aku hantar, 5ptg aku ambik
5.sekolah rendah Tmn Ehsan darjah 2; 7pg aku hantar, 1tgh isteri ambik

Rabbi yassir walaa tu 'assir.. rabbi tammim bil khair..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...