Monday, October 27, 2014

Beberapa Kes Sentuhan

Kira² seminggu lepas sebuk pasal kes sentuh hanjing.. pada aku xde pekdah nya sentuh dan peluk hanjing.. pelik² perjuangan umat hari ni.. taik korang sendiri kalau hambik, cium² dan lumur kat muka.. amacam? bedosa x? kalau x bedosa pun, tetap lah bengong.. sedangkan taik sendiri tu najis pertengahan.. apatah lagi peluk hanjing.. kategori najis berat..


Tapi kan.. satu perkara..
1. gambar awek peluk hanjing..
huu.. ramai yg baran dan ambik peduli.. tahniah aku ucapkan pada korang..
2. tapi bila gambar awek peluk pakwe..
macam biasa je ek.. xde rasa apa².. takziah pada diri sendiri.. hampeh..

Dari peluk hanjing, lebih baik peluk bini.. ada gak perkembangan selama 9 bulan pada bini.. huhu


Ni pulak program terbaru selepas sentuh hanjing.. aku terima dari wassap.. harap berwassapder berwaspada..



Selepas peristiwa umat sentuh hanjing reda, aku terasa nak sentuh asal usul belah abah aku.. jadi melalui wassap keluarga belah abah, aku pun mula buat siasatan.. hasilnya;

Nama aku Mohd Azhar bin Mohd Jaafar bin Mohd Dardiri bin Tirto Dikromo bin Nawawi Joyo..
atuk dan moyang dari Purworejo, Jawa Tengah..  http://goo.gl/maps/YPiLt
khabarnya ramai juga sedara mara di Magelang, Jawa Tengah..

Nama embah wedok (nenek) aku Mardhiah bt Idris.. maknya nama Ponem.. asal dari Kg Delek/Meru di Klang.. anak ke 6 dari 8 adik beradik.. semua dah arwah..
1.Safwan
2.Sayuti (Bagong)
3.Noh (Nun)
4.Yunus
5.Juariah
6.Mardhiah
7.Yusuf
8.Romli
Kalau ada kena mengena dgn keluarga korang, sila bagitau.. macam jejak kasih la pulak.. huhu..


Tetibe..


Terkeluar cerita pasal band 60an yg popular di Ulu Selangor.. pakcik aku main lead.. abah main bass, mak penyanyi jemputan.. khabarnya arwah embah lanang (atuk) pulak popular sebagai ketua kompang di Kerling, Ulu Selangor.. kwang kwang kwang..


Dan mamat ni pulak, pantang disentuh.. nak memanah je keje.. baik memanah outdoor, mau pun indoor..

memanah outdoor..





























*maaf, foto dan video memanah indoor tidak disiarkan.. harap termenung maaf..

Sekian..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Thursday, October 16, 2014

Cameron Highland 2014

ni cerita sebelum raya haji..

Khamis - Sabtu @ 2-4 Oktober 2014, gi jenjalan ke Cameron Highland dgn family aku, mak abah dan adik-beradik.. pegi 9.30 pagi gerak dari rumah.. naik ikut Simpang Pulai sebab naik ikut Tapah jalannya agak curam dan sempit..




Menginap di Rumah Peranginan Mpsj, Puncak Arabella. Semalam 50 hengget je.. jadi menyewa 2 malam baru 100 hengget.. bahagi 3 pulak.. baru 33 hengget 33 sen.. huhu.. masjid pun dekat..




sepanjang 3 hari, tiap-tiap petang hujan.. sejuk le.. sehingga menjilat jari.. huhu.. aktiviti jenjalan kena buat sebelah pagi.. untuk budak² boring sket le Cameron ni.. bunga ngan strawberi je banyak kat sini.. main kejar² turun naik tangga dalam apartment je la yang best..



















gambar kenang²an sebelum balik..


Sabtu petang balik ikut Tapah.. hujan lebat.. slow² drive ikut belakang bas.. orang belakang xkeh nak marah.. bukan aku yang slow tapi bas yang slow.. kah kah..

Ahad @ 5 Oktober 2014, raya haji.. tahun ni aku tak nolong.. maleh lak rasa.. penat bejalan pun ada.. bawak budak² nengok² je..

nak begambar pun cuak.. takut lembu tu bangun balik..

anak sulong masih kat PLKN.. dah 2 bulan..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Tuesday, September 30, 2014

International Horseback Archery Competition 2014


Pada 25/09/2014 hingga 27/09/2014 yang lepas ada pertandingan memanah berkuda kat KL ni.. pertandingan antarabangsa.. kira 1st time kat Malaysia.. aku yang sedang giat training memanah kengkononnya, pegi la menjenguk camne lak memanah berkuda ni.. macam best je.. macam syok je.. macam anjal je..


25/09/2014 @ 10 pagi.. aku dah tercanak tercegat kat sana.. pegi ngan geng memanah aku.. huhu.. memang hebat..

ni namanya bergambar menempel..

yg ni pulak bukan hantu cina..

ni bro. Bendahara Alam Warisan










26/09/2014  - aku tak pegi.. hua hua.. xde geng.. jadi aku memanah di rumah sahaja.. supaya tak silap sangka, ni video nya;




Yg ni pulak ambik dari video pesbuk.. Lajos Kassai memang lejen..



dan yang ni Cozmei Mihai.



27/09/2014 @ 3 petang.. aku pegi lagi.. tapi kali ni bawak keluarga tercinta.. hmm.. x dapat la nak ngorat aweks kat situ.. ahaks..
gambar berlatar belakangkan Lukas Novotny

gambar oleh bro. Jai Aziz

gambar oleh bro. Azhar Jaafar



keputusan

dan aku tak mahu mengalah.. ni pulak aktiviti aku & friends pada keesokan harinya..
layan je la lagu rock tu ye.. huhu..



sekian..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...