Wednesday, February 24, 2010

Suka Jadi Kaya?

Gambar hiasan. Mamat tak berbaju tu bukan aku. Aku slim lagi..

Korang pernah dengar atau baca rangkap-rangkap nih;
  1. JANGAN SALAHKAN sesiapa JIKA KITA ASYIK TAKDA $$$$$..JikA dah ada $$$$ BERILAH PELUANG pada yg nak rebut $$$$$...JIKA SEMUA NAK $$$$$...Inbox Fon No n lokasi
  2. xpaham... knp org kata $$$$ bukan segala-galanya... tp masalahnyer skrg... SEMUANYA MEMERLUKAN $$$$..camne tuh? Nk wat $$$$? Inbox me... tp kt nk yg serius jer tau!
  3. beri peluang tuk diri kita tuk berubah... kt xblh merubah dunia... tp kita blh ubah diri kita tuk lebih baik dr smlm & esok akan lbh baik dr hari nie... KITA YG TENTUKAN NASIB KITA!!!! Lets do it $$$$$..

Astaghfirullah.. kesian dia..

Ehem-ehem.. korang semua suka kaya? Bukan kaya yang selet kat roti tuh.. Maksud aku kaya, banyak duit.. iaitu berduit.. Atau dengan perkataan lain, banyak uang.. iaitu beruang..


لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ 

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(As-Syura ayat 12)

Diriwayatkan dari Hazrat Uthman r.a., katanya "Aku bertanya Baginda s.a.w. mengenai;
مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
 iaitu 'perbendaharaan langit dan bumi'. Baginda s.a.w. menjawab

(klik untuk besarkan)
(fadhilat zikir ms 220).

Macamana nak amal dengan zikir ni, aku pun tak tahu.. Tu korang kena tanya ustaz.. Tapi kalau rasa-rasa zikir 300 pagi & petang pun tak boleh habis, sendiri mau ingat la.. Dan 2 hadis yang kat bawah ni serta hadis-hadis yang seumpamanya, tak boleh kita pandang ringan..


Rasulullah SAW bersabda; "Aku berdiri dekat pintu syurga, aku melihat orang-orang miskin berduyun-duyun memasukinya sedangkan orang-orang kaya masih lagi terperangkap (dalam hisab). Dan semasa aku berdiri dekat pintu neraka, aku melihat perempuan beramai-ramai memasukinya."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda; "Manusia takut dua perkara yang sebenarnya kebaikan baginya.

  1. dia takut mati sedangkan kematian menyelamatkannya dari segala jenis fitnah.
  2. kekurangan harta sedangkan lagi kurang harta lagi kurang hisabnya."
At Targhib.
(fadhilat sedekah, jilid 3, ms 529)

Hati-hati dengan punca duit kita..

Ha.. amacam.. Nak jadi kaya jugak? Kaya miskin dah ketentuan Allah.. Masing-masing ada kelebihan yang Allah janjikan..

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
(An Nur ayat 56)

Dan untuk mempastikan korang termasuk golongan kaya atau tak, cubalah penuhkan kalkulator zakat kat bawah ni. Kalkulator ni dibuat oleh Lembaga Zakat Selangor. Boleh lah sekadar rujukan..

Kalkulator Orang Kaya; http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

Dah cuba? Kalau kaya, bawak-bawak lah bayar zakat.. Kalau tak kaya, korang cuba kalkulator ni..

Kalkulator Orang Miskin; http://web.e-zakat.com.my/baru/agihan/kalkulator.asp

Manala tau dari golongan fakir miskin pulak.. Nabi s.a.w pun pernah doa untuk hidup dikalangan orang miskin dan dibangkitkan di akhirat bersama-sama orang miskin.. Wallahua'lam..



Monday, February 22, 2010

Khutbah Jumaat

Ingat mengingat sesama muslim.. Terutama diri sendiri.
Khutbah yang ringkas, padat & tepat..



Kena taubat, istighfar, menyesal, takut dan menangis depan Allah..

 
Matawang dajjal / yahudi?



Sunday, February 21, 2010

Set Taam Orang Lama

Cerita ni cam best je.. aku cilok tanpa izin dari kotak komen http://ziarah76.blogspot.com/2010/02/syahid-di-jalan-allah.html dan http://ziarah76.blogspot.com/2010/02/cerita-set-toam-pengomen.html

Ala.. friend-friend, what to count.. (ala.. kawan-kawan, apa nak kira..).

*********************************************

Gambar Hiasan - Kemboja 2007


musa said...

Morhallah saya dulu awal tahun 80an kita pakat-pakat beli sesiapa mampu beli satu atau 2 jenis alat taam. maklumlah masatu nak beli sendiri duit ada kurang, satu ketika kita beri pinjam set taam tersebut pada jemaah 40H yang datang tempat kita yg tidak bawa set taam (tak ikut tertib punya jemaah) dah habis 40H mereka tangguh, sekali dgn set taam hilang (Tak boleh harap punya jemaah).

Kita beli semula beri pinjam lagi dan hilang lagi, sudah 2 kali. Kalini saya sendiri beli set taam sendiri dan simpan di rumah untuk 3H dan 40H, memanglah benda makhluk dia tidak kekal, cuma sempat guna sekali keluar 40H dan beberapa kali keluar 3H, beri pinjam lagi (Tak payah habaqlah jemaah mana tapi morhalah yg kuatlah) datang.

Selesai keluar mereka hantar semula melalui rakan tempatan, bila ahliah buat pemeriksaan 10 jenis barang hilang termasuk cerek besar, tudung periuk, 10 biji cawan, pisau, 3 biji talam besar ada lagi 7 jenis barang, tak tahulah serik nak bagi pinjam. Alhamdulillah ahliah istiqomah masturat jadi dia cuma Alhamdulillah sahaja,katanya semua taqdir Allah benda baharu akan binasa. Cubaaaaaaan.
February 15, 2010 6:34 PM 

Sebelum guna kayu api besar, kena bakar yang kecik dulu.. lepas tu kena kipas..


Assalamualaikum ni nak sambung kes set taam. Dulu masa saya mula keluar zaman student sekolah menengah tahun 70an, periuk, belanga semua hitam sebab pakai dapur kayu,awal tahun 80an bila kita keluar 4b/40h dalam negeri, bukan macam sekarang keluar ikut morhalah @ halkah @markas, tapi kita campur semua markas dalam malaysia ni walaupun ada juga yg keluar dengan markas sendiri tapi tak banyak.masalah yang timbul pertama kena beli set taam sendiri. kalau tak beli terpaksalah pinjam dengan markas yg kita keluar.

Masak zaman tu semua pakai kayu. jika dibandar kayu kena beli dikedai. masa tu ada jual kayu pokok getah yg ditebang, sekarang pokok getah orang dah buat perabut dah tak jadi bahan bakaran lagi, kalau dikampong kayu kena carilah. Jadi tugas org taam kena masak dan cari kayu api. sebab tulah kalau keluar 40h periuk sudah hilang warna asal, semua hitam pekat melekat jadi sumber hidayat bila orang tengok. tapi bila berjalan/pindah masjid semua set taam kita bungkus rapi orang tak nampak periuk belanga dan seorang tukang pikul diputus oleh amersab untuk bawa.

Tempat dimasjid/surau yg kita tinggal sebelum pindah kita bersih lebih baik macam sebelum kita datang. Berlainan di Thailand n Indonesia saya keluar di Thailand tahun 82,Medan 83, Jakarta 86, masa tu semua kita kena masak sendiri, jadi set taam pakat beli mana yg mampu, sana tak pakai kayu tapi di Indonesia kita pakai kompor guna minyak tanah guna sumbu jadi periuk taklah berapa hitam. Tapi Thailand guna kayu juga.

Tapi zaman telah semakin maju di Malaysia kita keluar guna kereta sendiri, set taam simpan dalam kereta.masak guna gas jadi periuk taklah hitam lagi. Thailand dan Indonesia sekarang jika keluar tak payah masak lagi mereka ikram makan,Tailand saya keluar pula tahun 2002 40h jemaah lelaki dan tahun 2008 40h masturat masyaallah mereka ikram hingga kita rasa tak boleh nak buat macam mereka ikram kita jika mereka datang morhalah kita. tapi set taam kena bawa juga sebab itu adalah senjata selepas set Taalim.

Walau apapun bila kita bincang dan kita ingat kembali nostalgia lama berkaitan dengan set taam kita senyum sendiri kerana banyak perkara yang mencuit hati dan menguji iman kita. Sebab tulah set taam dan set taalim menjadi senjata semasa kita keluar.

 

 
Nak merasa masak cam ni, kena keluar kat Kemboja.

*****************************************

Tuan Hj Musa ni aku sempat jumpa sat saja (kata orang Kedah..) kat Kuala Kedah tahun lepas.. Beliau nusrah jemaah kami (Emirates + 3 org KL), buat urusan tiket feri ke Langkawi bulan Jun 2009. Kereta jemaah pun parking 2 minggu kat rumah Hj Musa.

 
Set taam zaman sekarang.

Ni cerita orang lama dalam usaha agama.. Yang penting Allah terima kita dalam usaha ni.. Allah ambil nyawa kita dalam keadaan kita sedang sibuk buat kerja agama.. Sama-sama doa juga untuk kawan-kawan kita yang 'direhatkan' Allah dari usaha ni, supaya Allah bangkitkan mereka semula.. Amin..



Wednesday, February 17, 2010

Henpon

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga & sahabat baginda..

Aku baru balik dari keluar 3 hari kat Sek 7, Kota Damansara pada 14, 15 & 16 Feb. Keluar musim cuti Raya Cina ni kira spesel sikit.. Ni kira acara tahunan la kat Kepong.. Keluar bersama warga Bangla yang bekerja di kilang2 sekitar Kepong.. Diorang dapat cuti panjang biasanya setahun sekali je la..

  LG - Lembu Giler?

Pagi Ahad tu ada lebih 50 umat Nabi berbangsa bangla dan 10 lelaki melayu terakhir dapat dikumpulkan kat masjid aku.. Minum pagi ditaja oleh masjid (pengerusi masjid aku ni sporting..). Mesyuarat dibuat dan 4 jemaah dibentuk. 2-3 melayu bawak 13-14 bangla.. Transport?? 2 kali trip la nampaknya..

Sampai kat sana, jemaah kami diterima dengan baik oleh pengerusi surau.. Pintu dapur dibuka dan boleh guna apa benda yang ada kat situ.. Inilah layanan untuk jemaah2 yang terkemudian nih.. Dengar cerita orang dulu2, ada tempat2 yang diorang pegi, dapur yang jemaah bawak pun kena campak keluar pagar masjid.. hu2.. Tapi yang aku heran, pada zaman orang dah boleh terima jemaah2 yang datang macam ni, masih ada masjid/surau yang halau jemaah..

Malam pertama aku diputus bayan.. Walaupun bayan aku tak berapi tapi kelihatan asap berkepul2 keluar dari mulut pakcik2 yang duduk dengar bayan dari serambi surau.. Mungkin dengar bayan sambil memberi makan kepada jin..


atau LG - Lelaki Gay?

Malam ke 2 dan ke 3 tak de bayan.. Lepas Maghrib surau buat tahlil arwah untuk ahli qariah yang baru meninggal.. Lepas Isyak ada jamuan..

Dalam 3 hari tu tak de banyak usaha dibuat.. Rata2 geng bangla tu pengalaman 3 hari.. Itu pun keluar setahun sekali.. Ditambah pulak jemaah tu di'amir sab' kan oleh aku.. Jadi bertambah lepak la jadi nya.. Dan lagi.. Disebabkan ini peluang setahun sekali, jadi aku putus geng bangla tu kena masak untuk 3 hari.. Hari ke 2 siap order beriyani lagi.. Tapi memang terangkat la beriyani tu.. Teringat2 sampai sekarang.. Allah bagi nikmat..

Jadi.. Apa hubungan tajuk entri ni & gambar henpon dengan cerita aku keluar 3 hari ni?

Cam biasa.. jeng, jeng, jeng..

Inilah pertama kali sejak beberapa tahun, aku keluar 3 hari tak bawak henpon..

Jadi kurang sikit kerosakan yang berlaku pada aku dan umat..

Kesian..  Sekian..



Tuesday, February 09, 2010

Chimpeng

Gambar hiasan semata-mata..


Ni cerita tahun 2007.. Bukan cerita pasal aku tapi pasal orang lain..

“Encik ah..tanya sikit ah. Itu Chimpeng mana ah ?

“Apa ? “

“Chimpeng, Chimpeng….saya sulah tanya itu guard ah. Dia cakap sini ada satu Chimpeng”

“Sorrylah Apek. Saya tak tau woh. Apa tempat itu Chimpeng?”

“Aiyah, itu Chimpeng balu punya. Saya mau pigi angkat wang lah”

“Tarak tau lah apek. Itu kedai ka apa ? Along ka ?”

“ Chimpeng bukan kedai lah ? lu itu pun tatau ah…Chimpeng ah…macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng..itu balu punya peng “

Adoi…apa punya apek. Buat aku pening jer..Actually dia cari CIMB Bank..Ceh..


*******************************************************

Habis cerita tuh..

Sebenarnya aku nak bagitau.. Aku baru bukak akaun CIMB Bank..

Aku malas nak manage banyak2 akaun bank.. Tapi atas permintaan ramai.. Aku bukak jugak.. Dah lama aku tangguh2 untuk bukak akaun nih..Untuk tujuan bisnes takaful la brader.. Ada pelanggan lebih selesa transfer duit pakai bank ni.. Selama ni aku pakai Maybank je..



Jadi walaupun korang tak buat insuran kete/motor ngan agensi aku TAPI ada banyak duit lebih dan tak tahu mana nak letak, korang boleh letak kat sini.. he2..

CIMB 14390000991208
Mohd Azhar Mohd Jaafar



Friday, February 05, 2010

Berhenti Kerja

Ada sesiapa nak berenti keje? Maksud aku keje dunia lah.. Keje kerajaan.. swasta.. Mesti ada sebab nak berenti keje.. Sebab tension keje banyak, x dapat gaji, boring.. Ada jugak sebab nak duduk rumah jaga anak (macam wife aku.. he2).. Ada jugak kengkawan yang nak berenti keje sebab tak dapat cuti nak keluar.. keluar apa? pampaham je lah..

Bab tak dapat cuti nak keluar ni memang tension giler.. Yelah.. kita dah semangat 46 nak keluar tapi tak dapat keluar.. lepas tu orang datang usuli, targhib dan tashkil maut.. lagi la boring.. bengkek je.. Nak datang opis pun malas.. arggghhh...

Selalu jugak orang tanya aku.. kalau berenti keje sebab nak keluar, camne? Aku tanya balik.. lepas keluar ko nak buat apa? Dia kata nak carik keje lain la, nak beniaga la.. Fuhhh.. payah jugak nak jawab tuh.. Last2 aku suruh diorang pegi mesyuarat dengan orang tanggungjawab Sri Petaling.. walaupun jawapan kepada mesyuarat tu aku dah tau.. ha3.. sebab aku pun pernah pegi mesyuarat dengan diorang..

Diorang tanya aku, kalau dah berenti esok kau nak keje apa? Aku kata aku nak bawak teksi.. Diorang kata, ok.. tapi kau bawak dulu teksi 6 bulan, maknanya siang keje opis malam bawak teksi.. lepas tu baru kau datang balik sini untuk mesyuarat.. Lepas tu diorang cakap, sekarang ni kau ada masa nak datang sini mesyuarat.. besok kau dah bawak teksi, jangan kan nak keluar.. nak datang mesyuarat pun kau tak ada masa.. Adusss.. pedihnya jawapan tuh..

Ada sekali tu aku nak keluar dan ditafakut (ditemuduga) oleh syura.. Masa tu cuti aku ok.. ada sorang mamat pun sama2 duduk tafakut nak keluar IPB.. syura tanya dia cuti macam mana? Dia kata dia dah berenti.. sebelum ni dia keje kat Maybank. Lepas tu syura kata kenapa tak mesyuarat dulu nak berenti keje.. habis tu siapa nak buat dakwah kat staff Maybank tu kalau awak berenti keje? Ha.. jawab, jangan tak jawab..


Macam mana pun, pengalaman aku.. 3 kali berenti keje.. he3..

Pertama kali masa keje kat Kwong Yik Finance.. aku berenti keje tahun 1998 sebab dapat VSS satu tahun gaji.. Masa tu aku baru belajar2 keluar 3 hari.. wah.. ni lah peluang aku nak keluar dari cengkaman bank.. dah 7 tahun aku keje kat situ.. dapat setahun gaji keje goyang kaki.. Tapi masa tu aku masih tak ada kekuatan nak keluar 40 hari.. wife pun belum faham usaha.. Jadi.. Cuti-cuti Malaysia ajelah.. OKB makan angin..

Kali kedua masa keje kat Alam Flora SB tahun 2000.. Tahun 1999 aku dapat cuti untuk keluar 40 hari.. Tiba-tiba tahun 2000 tak dapat cuti.. masa tu bulan 11, aku dah bentuk jemaah sempurna dari Kepong 8 orang nak keluar kat Kuching.. Tiba2 tak dapat cuti.. bos aku pompuan pulak tuh.. tambah angin la aku.. dekat 10 kali aku taruk borang cuti kat meja dia.. Apa lagi gaduh la.. Tapi tak de la sampai tarik2 rambut.. Hentak2 meja je..

Ahh.. sampai masa dekat nak keluar, aku bungkus barang2 aku dan chow.. goodbye.. Patut kena bayar gaji sebulan sebab berenti tanpa notis.. Tapi masa tu ada bonus sebulan gaji.. so.. keep the change..

Aku keluar 40 hari dengan happy nye.. Orang tanggungjawab Kepong carik aku kat markas.. tapi aku nyorok.. Balik dari 40 hari, cam biasa buat muka toye.. macam tak besalah.. Lepas tu sebuk la pulak carik keje.. Ade keje tak nak keje, tak de keje carik keje.. Tu je la keje..


Tahun 2001 aku keje ngan MK Land, kompeni buat rumah.. tahun yang aku tak dapat keluar 40 hari atas nasihat orang lama.. Aku apply cuti tapi tak dapat.. Bos no satu tak bagi.. (sebenarnya Allah yang tak izin..). Bos kecik kesian kat aku.. dia kata kau diam2 lah cuti 10 hari.. dapatlah aku keluar 10 hari akhir Ramadhan.. Masa tu aku rasa berharganya 10 hari tuh.. Tangkap nangis beb..

Tahun 2002 aku dapat cuti keluar 40 hari.. Allah bagi..


Kali ketiga.. tahun 2003 sejarah berulang.. aku tak dapat cuti lagi.. masa tu nak keluar 4 bulan pulak.. Aku tak mesyuarat ngan syura, sebab aku dah tau jawapannya.. Aku mesyuarat ngan wife aje.. heh.. Keputusannya.. berenti keje.. Tapi dengan cara baik.. bagi notis sebulan sebelum berenti..

Bulan 10, 2003 aku pegi India.. Yang tak best tu, setiap kali Maulana Saad bayan, dia akan sebut bab muamalat.. Lepas tu bab 'Jangan Berenti Keje Kalau Nak Keluar..' Bila dia bayan je, dia ulang benda tuh.. Bila dia bayan je, dia ulang benda tuh.. Ehh.. maulana ni asyik kenen aku jer.. Aku pun rasa bersalah yang teramat sangat.. tapi nak buat camne.. benda dah jadi..

Balik dari IPB, aku dah tak nak keje ngan orang.. Aku belajar2 jadi ejen takaful.. Mula2 takaful keluarga (life insurance).. senang je.. sebab dah biasa ngan keje2 jumpa orang dan tashkil.. lagi pulak dengan kopiah & janggut.. memang Allah mudahkanlah dapat bisnes..

Tapi lama2 aku rasa pikir aku dah mula lari.. tiap kali pegi khususi orang, ada sikit niat nak ajak ambik takaful.. Anak 3.. bini tak keje.. wah, sesuai jadi prospect nih! Ambik no telepon.. nanti repeat.. bukan ajak buat usaha dakwah, tapi nak ajak ambik life insurance.. Aku tak boleh kontrol.. (bukan makna korang tak boleh jadi ejen life insurance.. ni aku cerita pasal aku..). Jadi slow2 aku tinggalkan keje ni..

Tahun 2006 aku mula buat Takaful Am (kenderaan bermotor).. sampai sekarang..

Januari 2010.. Allah nak ajar aku.. bukan cuti (walaupun wife dah luluskan.. sebab dia yang nak kena buat keje takaful aku..), bukan duit, bukan passport, bukan visa yang nak keluarkan kita di jalan Allah.. walaupun dah duduk bayan hidayat.. tapi semata2 dengan pilihan Allah kita dapat buat keje agama.. Dan keje sebenar umat ni (yang telah dilupakan), adalah sebagai penyambung keje Nabi SAW dan para Sahabat R.hum.. menyampaikan agama keseluruh alam..

Semoga Allah terima dan pilih kita dan keturunan untuk buat keje agama.. (keje ni tak boleh berenti, nanti agama mati..)

Kesimpulannya;
  1. Kalau nak berenti keje sebab nak keluar, mesyuarat dulu dengan orang tanggungjawab di markas masing2..
  2. Kalau nak buat insuran kereta atau motor.. buatlah dengan aku.. (arghh.. pikir lari lagi..). 
Wohaa (kata Hamka Kereta Mayat yang dah berpesbuk pulak sekarang nih..)



Sunday, January 31, 2010

N3 Tak Ada Tajuk..

Pagi tadi; Ahad 31 Jan 2010

Ziarah anak aku Amir di madrasah kat Dengkil. Macam biasa gi berkelah kat Paya Indah Wet Land..

Mardhiah & Muaz aje yang berminat nak bergambar..

 

  

  

  

 



Lepas Isyak.. bulan mengambang..

Ada bunyi serigala.. auuu.. auuu.. auuuuuuuuu..

Aku tiba-tiba bertukar..

Jeng jeng jeng..








Thursday, January 28, 2010

Visa India


Inilah visa India aku. Tarikh start semalam (27 Jan 2010)

 
Close up..

Allah kuasa, makhluk x kuasa..

Atas nasihat orang lama kat tempat aku; aku menangguhkan dulu rancangan nak ke India..

Katanya;
  1. Kau tu tak 100% sihat lagi. Penyakit masih ada dalam badan.
  2. Nak safar naik train makan 2-3 hari.. berdua je pulak tuh..
  3. Sekarang ni musim sejuk di Delhi (9'C - 15'C).
Walaupun ikut kepala aku yang 'agak' josh ni, aku nak redah je.. Tapi kadang2 kena jugak ikut nasihat orang lama yang banyak korban dan istiqomah dalam usaha agama.. Aku kira orang yang banyak korban ni Allah beri lebih kefahaman dalam agama..

Jadi tadi aku mesyuarat panjang dengan kawan yang sama2 nak ke India tuh.. Akhirnya keputusan dibuat dengan berat hati.. kami tangguh. InsyaAllah ada rezeki 15 Sya'ban ni cuba lagi..

Semoga Allah terima dan kembalikan umat ni pada kerja dan maksud sebenar kita dihantar oleh Allah. Hidayat untuk umat seluruh alam.. Amin..



Tuesday, January 26, 2010

Kisah 40 Hari India

Babai abah..


16 Jan 2010 (Sabtu)
Ohh indah nya hari ni yang dicipta Allah. Aku dalam persiapan terakhir nak khuruj 40 hari.. Gembiranya hati, Allah aje yang tahu. Jam 6ptg- 2 orang kawan datang dan bawak aku ke masjid Sri Petaling..


Dihantar ke Sri Petaling..

17 Jan 2010 (Ahad)
Aku dibangunkan Allah pada Subuh tu dengan satu perasaan yang pelik.. Pelik sebab aku rasa badan aku sangat2 tak sihat.. badan berat.. kepala sakit berdenyut2.. apahal pulak nih.. Aku gagahkan solat Subuh berjemaah dan sambung tidur..

Jam 9 pagi - aku dapati badan aku demam giler.. badan je demam tapi otak tak giler.. sambung lagi tidur sampai tengahari.. solat zohor.. sambung tidur.. solat Asar..

Lepas Asar tak tidur.. Lepas maghrib tidur.. lepas isyak tidur.. malam tu betul2 tak best.. kenapa aku demam sangat2 nih.. aduss. ni kes banyak dosa la nih..

18 Jan 2010 (Isnin)
9.30 pagi - belasah panadol 2 bijik dan duduk dalam bayan hidayat. Macam nak tumbang je rasa. 12tgh dengar nasihat syura Malaysia dan bersalaman untuk keluar di jalan Allah.. Aku yang berdua aje nak ke India, terus ajak member aku tu ke klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong..

Cek darah.. doktor kata denggi.. Platlet darah aku 123 (normal mesti lebih 150).. Dr suruh aku minum air banyak2.. esok datang lagi cek darah.. Aku pun balik rumah mak..

"Mak.. orang demam arr.."

"Alahai anak omak.."

Aku call wife aku.. dia kata demam jugak. ahh.. lagi tak best.. fikiran aku serabut sikit..

19 Jan 2010 (Selasa)
Aku ajak wife sama2 ke klinik.. platlet darah aku dah jadi 95 la pulak.. tapi tak boleh masuk wad sebab belum bawah 50.. wife pun confirm denggi jugak.. Allah je yang tau hati aku masa tuh..

20 Jan 2010 (Rabu)
Test darah lagi.. kali ni platlet aku 42.. kena masuk wad.. Ambulance hantar.. Hospital Selayang.. mula la terbayang2 kubur..

Denggi ni tak ada ubat khas.. kena masuk air je lah tak putus2..


 Kem tahanan..

21 Jan 2010 (Khamis)
Aku masih di wad.. hidup lagi.. Wife masih bertahan..

22 Jan 2010 (Jumaat)
Wife aku pulak masuk wad.. Anak2 terpaksalah mak jaga..

"Alahai cucu nenek.."

23 Jan 2010 (Sabtu)
Aku dan wife.. di wad..

24 Jan 2010 (Ahad)
Aku boleh balik..

25 Jan 2010 (Isnin)
Wife aku pulak balik.. Syukur pada Allah.. masih memanjangkan usia kami.. mudah2an dapat digunakan sebaik2nya untuk agama Allah...

Fight aku ke India dijadualkan 27 Jan 2010. Kawan aku pergi submit permohonan visa hari ni.. (25 Jan). Cadangnya kutip visa 26 Jan dan terbang 27 Jan. Itu perancangan aku dan kawan..

Tapi perancangan Allah.. yang hanya pasti berlaku.. Kedutaan India tutup pada 26 Jan sebab India ada cuti kat negara dia.. mana la aku tahu India cuti.. Jadi hanya boleh kutip visa pada 27 Jan belah petang sedangkan flight aku pagi.. tiket air asia tak boleh pinda tarikh pulak tuh..

26 Jan 2010 (Selasa)
Akhirnya aku masih di sini.. mengadap PC.. mengupdate blog..

Bangawali Masjid.. tetap di hati..



Sunday, January 17, 2010

Takaful Kenderaan Bermotor


1. Dokumen yang berikut;

* Kad Pendaftaran Kenderaan (muka depan dan belakang)
* Polisi Insuran terdahulu (muka depan sahaja)
* Nyatakan jumlah perlindungan (sum insured) yang dicadangkan

email ke ikhlas114@yahoo.com atau faks ke 0362721220


2. Saya akan maklumkan harga yang perlu anda bayar.

3. Buat pembayaran ke dalam akaun MBB 162553011111 .

4. Cover Note baru anda akan dikeluarkan serta-merta, insyaAllah.

5. Road Tax Disk* akan dihantar ke alamat anda (pilihan).


*Kenderaan persendirian sahaja termasuk kenderaan persendirian milik syarikat (kecuali motorsikal). Penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia. InsyaAllah siap dalam 1 hari. Cas perkhidmatan RM 2 sahaja.



PERHATIAN TAMBAHAN

~Anda tidak akan kehilangan NCD% terdahulu jika anda bertukar ke Takaful Ikhlas.

~Jika anda membeli kenderaan baru dan ingin menggunakan Takaful Ikhlas sebagai penginsuran kereta anda, hubungi saya melalui telefon atau email.

~Sila pastikan kenderaan anda tidak di senarai hitam oleh PDRM atau JPJ.

~Pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd tidak lagi menerima perlindungan terhadap kenderaan melebihi 15 tahun dan perlindungan Pihak Ketiga (3rd Party).


Maklumat Agensi

Nama Ejen :        Mohd Azhar Mohd Jaafar
No K/P :             730502145635
Kod Wakil :         GG09825 (Takaful Am)
Alamat Agensi :   22, Jalan 23, Desa Jaya, Kepong, KL

No H/P :            016-682 7679
No Tel/Faks :     03-6272 1220
Waktu Operasi : 9pagi - 1ptg. 2.30ptg - 4.00ptg.
No Akaun :         MBB 162553011111
Email :              ikhlas114@yahoo.com


AQAD DAN KEBENARAN

Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua pernyataan di atas dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan benar sepanjang pengetahuan dan kepercayaan Saya/Kami. Saya/Kami bersetuju bahawa segala pernyataan dan akuan yang terkandung dalam borang permohonan ini akan menjadi asas kepada perjanjian takaful di antara Saya/Kami dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") dan ianya disifatkan sebagai termaktub dalam perjanjian ini.

Saya/Kami bersetuju bahawa sumbangan Takaful Saya/Kami akan diuruskan oleh pihak Syarikat berdasarkan kepada prinsip Wakalah sebagaimana yang ditakrif oleh pihak Syarikat serta menepati Syariah. Saya/Kami bersetuju membenarkan pihak Syarikat mengambil 25% daripada sumbangan tersebut sebagai Yuran Wakalah. Lanjutan daripada itu, Saya/Kami juga bersetuju bahawa baki daripada sumbangan takaful Saya/Kami akan disalurkan ke dalam Dana Risiko dan Dana Khas berdasarkan Tabarru'(derma) untuk membantu Peserta lain yang ditimpa musibah dan selebihnya akan dilaburkan oleh pihak Syarikat. Sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut, jika ada, akan dimasukkan semula ke dalam Dana Risiko. Saya/Kami juga memahami bahawa lebihan bersih dari Dana Risiko, jika ada, akan diagihkan kesemuanya kepada Peserta atas kaedah Hibah.

Thursday, January 14, 2010

Usaha Masturat (Wanita)

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)



***********************************************************

Usaha masturat adalah usaha yang sangat penting dan halus. Sangat penting sehingga semua orang kena buat usaha ini tetapi sangat halus sehingga semua perlu berhati-hati dalam melakukannya. Jika usaha dibuat dengan tertib yang betul, maka usaha yang sedikit akan dapat manfaat yang banyak. Tetapi jika usaha dibuat dengan tidak mengikut tertib maka walaupun usaha yang banyak dilakukan, tidak akan mendapat sebarang faedah.

Untuk itu setiap rumah perlu dihidupkan dengan amalan taklim (bacaan hadith dari kitab fadhail amal) dan muzakarah 6 perkara sehingga amalan seperti yang berikut dapat hidup di dalam rumah 24 jam;
  1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
  2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
  3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
  4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi penolong agama (seperti ayat Quran di atas).
  5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman
  • Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. 
  • Wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu.
  • Hari ini, sifat tidak malu telah tersebar dan kita jangan rasa selesa dengan keadaan ini. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk megimbangi perkara ini.


Oleh itu adalah sangat penting untuk kita membuat usaha masturat bermula dari rumah kita dahulu. Kemudian kita perlu usaha menghidupkan amal ini di rumah jiran-jiran di kawasan kita. Untuk itu, majlis taklim mingguan diwujudkan. Lelaki perlu sediakan jiran-jiran lelaki untuk bawa masturat mereka, wanita perlu sediakan jiran-jiran wanita mereka, untuk hadir ke majlis taklim mingguan ini. Di samping itu perlu beri galakan kepada jiran-jiran untuk menghidupkan majlis taklim di rumah mereka.

Usaha seterusnya adalah untuk hidupkan amalan ini di setiap rumah orang Islam di seluruh dunia. Untuk itu kita perlu bawa isteri untuk keluar bersama jemaah masturat selama 2 bulan, 40 hari, 10/15 hari dan 3 hari mengikut mesyuarat dan tertib-tertib yang diberi ulama. Jemaah masturat perlu dikeluarkan dan dihantar keseluruh dunia; jauh atau dekat.
    Sangat penting untuk kita buat usaha ini dengan niat untuk islah diri sendiri. Dengan niat seperti ini, Allah akan islahkan dirinya dan jadikan dia asbab orang lain untuk islahkan diri mereka. Kita perlu azam buat usaha ini dengan bersungguh-sungguh dan sedia untuk tambah pengorbanan. InsyaAllah!





    Testimoni Penyimpan Emas

    Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...