Friday, March 08, 2013

Berita Dari Tawau

Kopipes fesbuk Ustaz Ishak di Semporna, Sabah..

***

Buat rakan-rakan seusaha khasnya di Sabah. Semalam (6 Mac 2013) saya ke markaz Tawau. Syura-syura Tawau telah menyampaikan keputusan syura Malaysia bahawa tempat-tempat yang berlakunya gawat (Lahad Datu, Semporna, Kunak, sepanjang jalan Apas Tawau, dan Balung), usaha makami yang dibenarkan cumalah mesyuarat harian dan ta'lim masjid sahaja, manakala dua jam setengah adalah ikram orang tempatan di DALAM masjid sahaja.

Minta rakan-rakan seusaha di kawasan-kawasan ini tanguhhkan dulu sebarang amal di luar masjid seperti gasyt pertama, gasyt kedua, keluar tiga hari, malah mesyuarat halkah pun diminta tangguhkan dahulu sehingga diberitahu kelak. Begitu juga semua jemaah 40hari/4bulan/jemaah masturat yang sedang keluar mahupun telah dibentuk di kawasan Tawau dalam masa terdekat ini telah diputuskan supaya tangguh dahulu.

Aktiviti sebelah malam yang melibatkan perjalanan tidak digalakkan waima hendak ke markaz sekalipun. Mesyuarat markaz Tawau rabu malam juga ditukar kepada ahad pagi bermula minggu hadapan. Ta'lim mingguan masturat boleh berjalan seperti biasa jika keadaan mengizinkan. Selain tu rakan-rakan seusaha diminta supaya menDOAkan keselamatan untuk ummat.

Sekian harap maklum.

abg2 askar kita di Kg. Tanduo..
(sumber foto; RGK)

Komen aku;
tuan2 mulia.. selagi kita dibenar buat usaha dgn bebas, buatlah dgn bersungguh2.. sblm dtg masa kita x blh lg buat mcm tu.. semoga Allah bangkitkn usaha agama di Tawau.. jadi asbab hidayat seluruh alam..











Insuran & Road Tax Online













UPDATE @ 12 Mac 2013;


Salam.untuk kawasan markaz tawau.Malam tadi syura memberikan pengumuman penting pasal usaha agama masa sekarang ini.keputusan sblm ini berjalan juga tapi bagi kawasan yang tidak darurat (tuan2 sendiri tahu).. boleh teruskan buat usaha 5 amal seperti biasa..ghast jgn buat slps maghrib dan ke atas.2 jam stgh stop slps isyak dan jumpa org yg kenal kita dan kita kenal dia..3 hari keluar d tempat y x bmslh..dengan perca senarai panjang dipegang amir jemaah..pastikan dokumen pengenalan diri dibawa bila2 masa wpun buat 5 amal..rakan seusaha yang tiada dokumen tangguhkan dulu niat utk buat amal masjid d luar dan keluar di jalan allah..mesyuarat halqah buat di siang hari..apapun rujuk orang tanggugjawab di kawasan tuan2 utk info terperinci...

Thursday, March 07, 2013

Abah balik..

Mus'ab..

Mus'ab & Mu'az..

Mardhiah & Mu'az..










Insuran & Road Tax Online


40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 4

"bila Nabi saw wafat, maka telah wujudnya nabi palsu, org murtad, org xnak bayar zakat dan musuh nak serang madinah..

xde dr kalangan umat ni yg lebih faham agama melainkan Abu Bakar r.hu.. beliau telah mengeluarkn semua lelaki dr madinah ke jln Allah sehingga selama tiga hari tiga mlm tiada azan di masjid nabawi..

natijahnya, Allah telah selesaikn semua masalah mereka.. penyelesaian masalah umat ni adalah dgn keluar di jln Allah.."

***

8 mlm - sampai di markas Tawau.. jemaah kami diputuskan duduk di markas sehingga 27 Feb.. aduss..

malam sabguzari..

24 Feb.. pegi bandar..

menyelam mutiara..
memanjat bukit..

roadblock..

25 Feb..
hujan lebat sepanjang hari..

26 Feb.. jeng jeng jeng..



pegi Semporna.. naik bas 8 pagi dan sampai selepas 2jam.. huhu.. sebelum tu dah kontek Ustaz Ishak, rakan tabligh dan blogger yang dah 2 tahun bertugas kat Semporna.. alhamdulillah dia sedia ditashkil keluar.. bukan keluar 4 bulan atau 40 hari, tapi keluar rumah untuk jadi pemandu pelancong kat Semporna..





aku & ustaz Ishak
terima kasih banyak le Ustaz Ishak.. sanggup ambik cuti untuk layan kerenah kami.. ahaks..

27 Feb.. balik KL..

28 Feb.. karguzari..

1 Mac.. wafsi & pengantin baru.. horey..

12 org yg xjadi syahid..

sekian..












Insuran & Road Tax Online




Tuesday, March 05, 2013

40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 3

sambungan dari entri lepas.. (sila baca bhg 1 & 2 dulu.. boleh dibaca sambil berdiri, bersila atau berbaring.. mau pun mengiring.. dilarang menonggeng..)

***

status facebook biniku semasa aku keluar..

hendak gugur.. gugurlah nangka,
jangan ditimpa si dahan pauh..
hendak tidur.. tidurlah mata..
jangan dikenang org yg jauh.. ;(

maka secara macho nya aku nak membeli pantun tersebut..

jika tertimpa di dahan pauh,
akan binasa si buah nangka,
jangan nestapa ketika berjauh,
kepada yang esa berbaik sangka..

cewah dan ahak juga..

Tanjung Labian..
"Tolong la encik.. pindah dari sini.. sekarang tak aman.." kata seorang kampung kepada amir jemaah kami.. amir sab buat tak paham jek..

Datang orang kampung kedua.. "pindah la encik.. kami bukan tak suka jemaah.. kalau dah aman, bila-bila boleh datang.." amir sab sengeh..

"Kepulaun Filipina 15minit je dari sini.. kami bimbangkan keselamatan jemaah semenanjung.." kata orang kampung ketiga yang menziarahi jemaah kami.. amir sab relaks lagi.. ahli jemaah lagi la relaks..

"Ini arahan dari pihak berkuasa.. minta kerjasama supaya tuan-tuan semua pindah dari sini.. kami tidak dapat menjamin keselamatan tuan-tuan.." kata inspektor komando polis yang datang bersama ketua kampung.. amir sab aku panggil semua ahli jemaah.. mesyuarat.. putus pindah saja bah.. ahaks..

tugu peringatan tabligh..
*jangan tiru aksi merbahaya ini..
tak sompek mandi laut kat sini..

Maka pindah la kitaworang.. berangkut lagi.. pergi ke route berikutnya, Kg Desa Kencana.. 3 hari kat sana..

20 Feb.. melalui mesyuarat karkun tempatan, route terkhir kami di Felda Sahabat adalah ke Kg Anjung Teduh.. malam sebelum pindah ke sini, aku ada syor secara infradi kat amir sab supaya jemaah ditangguh terus ke Tawau.. xyah pegi route yang last tuh.. sebab kalau jadi perang, maka kemungkinan susah untuk keluar dari Felda Sahabat.. amir sab aku kata kalau nak mati, kat mana pun boleh mati.. jadi aku hanya mampu menjelirkan lidah dibelakang amir sab..

Kg Desa Kencana..
sebatang jalan di Kg Anjung Teduh..

23 Feb.. balik Tawau.. alhamdulillah.. xde masalah.. karkun tempatan nusrah kami dengan tiga bijik bas kereta.. Allah mudahkan perjalanan kami walaupun roadblok polis di mana-mana.. kereta kena tahan dan tunjuk ic, biasa aje..

berilah peluang kepada diriku.. meneruskan pelayaran ini..
dan mencari secebis erti.. untuk aku berdiri..

singgah di Kunak membeli bendera..
oppss.. silap.. membeli makanan ringan..

arghhh.. tetibe malas nak sambung tulis.. insyaAllah kalau rajin, esok aku sambung lagi.. 











Insuran & Road Tax Online

Monday, March 04, 2013

40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 2

sambungan dari entri lepas..

***

"Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam.. memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani kegelapan malam.." - madah pujangga, dipetik dari buku Permata Yang Hilang..

uikss.. apa pulak kena-mengenanya madah pujangga ni dengan entri yang korang tengah baca ni.. ahak.. steady la sket bro.. dah masuk 20 hari keluar, memang la ingat kat bini.. kalau x caya, cuba tanya kengkawan yang bawak henpon masa keluar.. lepas tu asyik sms, wassap atau call bini.. kalau buat camtu, sampai bila pun bini x dapat belajar bergantung pada Allah..

8 - 13 Feb.. buat usaha di dua masjid.. Kg Kembara Sakti dan Kg Hamparan Badai.. nama dua-dua kampung ni macam nama komik lawan pedang pun ada.. dah la pedang lama dah tak bersarung.. adoi.. 

masjid Kembara Sakti
warm-up - futsal 6 sebelah dgn bebudak kg..
kesudahannya seri 11 sama..
aku dapat skor 2 bijik dan dapat sakit melepuh tapak kaki..

Lepas buat usaha di tiga masjid dalam Felda Sahabat ni, nampak sangat la orang yang buat usaha ni kena selalu libatkan diri dengan markas.. kengkawan kat sini yang istiqomah dalam usaha adalah yang selalu datang malam markas, walaupun sebulan sekali.. yang dah berbulan-bulan tak datang, mula-mula buat usaha nampak macam josh.. tapi lama-lama jadi jaws dan lepas tu bertukar menjadi pause.. kalau x diubati, terus jadi monopos..

Perjalanan dari Felda Sahabat ke markas Tawau ambik masa 4½ - 5 jam.. jadi kita yang tinggal dekat dengan markas tapi malas nak pegi malam markas, memang la zalim sesangat pada diri sendiri dan tak syukur nikmat.. kena datang malam markas dengan bawak alas yang tebal, bukan tak datang dengan beri alasan yang tebal..

masjid Hamparan Badai
sifat manusia macam tanah.. kalu x diusaha jadi hutan dan xde harga..
bila dah diusaha, jadi harga berjuta2..
bila dah berharga, ramai la yg nak merebutnya.. ahak..

14 Feb.. sesuatu telah berlaku.. dekat je dengan sini.. manusia merancang, Allah juga merancang.. perancangan Allah lah yang akan terjadi..

Jemaah pindah ke Kg Fajar Harapan.. yang peliknya orang kampung sebuk bawak anak bini keluar dari kampung, jemaah kami pulak sebuk-sebuk masuk kampung.. Kg Tanduo yang tengah glamer sekarang ni, sebelah je dengan Kg Fajar Harapan..

klik utk baca..
hargailah abang2 kita ni..
mereka sanggup mengorbankan nyawa untuk negara..
Tiga hari kat sana.. alhamdulillah xde apa yang tak ingini berlaku.. kami buat usaha macam biasa.. karkun tempatan, abg Padilah selalu bersama jemaah pagi, petang dan hingga lewat malam.. semoga Allah terima dan jadikan asbab hidayat..

Kg Fajar Harapan..
sempat lagi.. kejadian berlaku dirumah imam muda di kuarters masjid..
Selangor 2, Kelantan 0..
(ahli jemaah 8 org dr Selangor, 4 dr Johor..)

17 feb.. route yg paling suspender.. Kg Tanjung Labian Laut.. ni bukan kampung felda tapi perkampungan orang Filipina.. tepi laut, 15 minit ke pulau-pulau Filipina kalau naik bot laju.. setelah bermesyuarat dengan karkun tempatan, kami masuk juga ke kampung ni sebab dah diberi route ni dari awal..

♫ Andai kata kami gugur semua.. 
xyah la tabur bunga diatas pusara.. 
sedekahkan lah saja fatihah dan doa..
akhirat berjaya.. ♫

masjid Kg Labian Laut..
kursus menimba air dari perigi..

bersambung lagi bha.. sabar bha.. kalau rajin aku update lagi bha..
insyaAllah..












Insuran & Road Tax Online

Sunday, March 03, 2013

40 hari 2013 - Lahad Datu & Felda Sahabat bhg 1

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. dengan izinNya, aku telah memulakan tahun 2013 ni dengan keluar di jalan Allah.. nisab aku tahun ni keluar dalam negeri.. urusan tafakud dan pembentukan jemaah selesai seminggu sebelum tarikh keluar.. jemaah kami seramai 12 orang, terdiri dari orang tua, orang muda dan pelajar2 hafiz termasuk anak sulong aku.. route yang diberi adalah ke Tawau..

Bayan hidayat 21 Jan..
flight 22 Jan..
terbang ke Tawau hampir 3 jam..
markas Tabligh di Tawau..


Melalui mesyuarat Rabu markas Tawau pd 23 Jan, jemaah kami diputus ke Lahad Datu dan Felda Sahabat..
24 Jan.. menggempur Lahad Datu.. boleh bha kalau kau.. insyaAllah..

bas ke Lahad Datu.. 
><150 km



Jemaah kami buat usaha di 4 masjid di bandar Lahad Datu.. buat usaha biasa2 je.. takde jemaah tunai.. nasi kuning tunai ada la..
masjid Kg Tabanak..
Surau Kg Wawasan 1
acara menggoreng pisang berkumpulan..
Kg Durian

5 Feb.. gerak ke Felda Sahabat.. siapa la yang bagi nama felda ni.. mudah2an penduduknya akan hidup macam sahabat Nabi..

><150km

buah hutan yg dibeli kat tepi jalan..
Allah bagi sedap..


Masjid pertama adalah di Felda Sahabat 16.. kami buat usaha tiga hari kat situ sementara menunggu route seterusnya..
masjid Wilayah, Sahabat 16
sempat lagi bermandi dan bermanda..


Melalui mesyuarat dengan orang tanggungjawab Felda Sahabat, kami diputus untuk keluar di 5 masjid lagi..

hasil mesyuarat..
laut membiru bukan pemisah..
hasrat hatiku bukan rahsia..

bersambung insyaAllah..














Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...