Wednesday, March 23, 2011

Kitab Haid - Pemberitahuan Pembetulan

Email ni dah lama dihantar kat aku tapi masa tu aku sedang keluar di Bangladesh. Baru hari ni terperasan..

************************

Assalamualaikum, 
Saya Abdullah Muhammad al-Marbuqi talib al-ilm diMiftahul Ulum Sri Petaling, berikut ialah iklan pembetulan di dalam kitab haid Ustaz Mansoor al-Hafiz, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memaklumkan pemberitahuan ini di dalam laman sesawang dan blog pihak tuan. Jasa baik tuan saya dahulukan ribuan terima kasih. Bersama ini saya sertakan lampiran muka surat tambahan bagi kitab tersebut. 

Pemberitahuan Pembetulan
Pada Kitab Haid “Tuhfat al-A’izza” oleh
al-Fadhil al-Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz

Perubahan, penambahan serta pembetulan rajah dimuka surat 23, 24 dan 25 daripada kitab “Tuhfat al-A’izza” Edisi Awal. Oleh kerana masalah haid adalah rumit dan bercelaru serta jarang-jarang dibahaskan, maka saya hamba yang daif penyusun kitab ini membuat perubahan, penambahan dan pembetulan rajah supaya memudahkan pelajar-pelajar yang baru hendak mempelajarinya. 

Dengan ini saya harap pembaca-pembaca dan pelajar-pelajar dapat membetulkan pada muka surat 23, 24, 25 dan 26 dengan penuh kasih sayang. Ini terjadi dengan sebab kelalaian, kecuaian serta bergopoh-gapah dalam menyiapkan kitab ini. Semoga kita dapat kongsi sama-sama daripada ilmu yang rumit dan yang boleh hilang ini. 

Bersama ini dilampirkan perubahan dan penambahan - atau hubungi saya pada nombor 019-693 0480 – dan dapatkan edisi baru dengan soalan-soalan tambahan. Jumlah muka surat daripada 223 menjadi 239 dengan soalan-soalan yang menarik.

طالب العلم وخادمه


وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم
والحمد لله رب العالمين



****************

Sekadar menunaikan amanah. Semoga diterima Allah.



Sunday, March 20, 2011

Cuti-Cuti Malaysia 2011

16/03/2011 @ 11pm
Langkawi Airport

16/03/2011 @ 11.40pm
Rumah 'tumpangan'..

17/03/2011 @ 10am
Pantai Pasir Hitam

17/03/2011 @ 11am
Kereta 'pinjaman'.. ceh ceh..

17/03/2011 @ 1.30pm
Masjid kat Kuah

17/03/2011 @ 6pm
Pantai Pasir Tengkorak

18/03/2011 @ 10am
Pantai Kok

18/03/2011 @ 11am
Cable Car

18/03/2011 @ 12pm
Jambatan gantung

18/03/2011 @ 12.30pm
Jambatan gantung - pemandangan dari cable car

19/03/2011 @ 8.00am
Feri ke Kuala Perlis

19/03/2011 @ 11.00am
Bas ekspres ke KL
Gambar lagi kat sini; http://www.facebook.com/album.php?aid=281788&id=592637290

Pakej percutian Langkawi? Heheh..
Layari; http://pakej-percutian-langkawi.blogspot.com/
Cakap ngan Pn Nadia.. sepupu aku..



Monday, March 14, 2011

Bangladesh? Saborr je la..

11.35mlm; kedengaran satu bunyi kat luar masjid.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. Hahhh.. bunyi apa lak tu? Pehh..


(petikan dari entri lepas.. sebelum membaca entri ni, pastikan korang dah baca entri sebelum ni..)


***************

Kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook..

Kelihatan di luar masjid ada kelibat satu lembaga yang memegang satu batang besi dengan kedua belah tangannya.. Batang besi tu dihayunnya ke atas dan ke bawah..

Ceburrrr... "huuhuuhuu.. huuhuuhuu.. huuhuuhuu.."

Ceburrrr... "huuhuuhuu.. huuhuuhuu.. huuhuuhuu.."

Ceburrrr... "Ya Allah.. sejuknya.. ampunkan akuuu.."

Tak lama kemudian, lembaga tersebut telah bergegas masuk ke dalam masjid.. menunaikan 2 rakaat solat dan berdoa beberapa ketika betul2 kat sebelah kelambu aku.. Selesai dari tu, lembaga tersebut telah menyelinap masuk ke dalam kelambu aku dan ghaib dari pandangan luar.. Sehingga kini misteri siapakah lembaga tersebut masih belum dapat dijawab..

tempat jatuh lagi dikenang..
inikan pulak tempat bermain bermandi..
26 Jan - 8 Feb 2011
Route untuk jemaah kami telah diberikan oleh jemaah tashkil Panchagarh. Buat usaha di 6 buah masjid.. Bila pindah dari satu masjid ke satu masjid kena jalan kaki kalau dekat dan naik van kalau jauh.. (van = basikal yg menarik pelantar & boleh bawak 4-5 orang..) Selain dari jemaah kami, ada 1 lagi jemaah dari Mesir & 6 jemaah 40 hari tempatan yang sedang bergerak di Panchagarh.. 


bendang..

9 - 14 Feb 2011
Pindah ke kawasan Bhajanpur.. ke arah utara lebih kurang 30km lagi.. naik bas.. kawasan ni betul2 dah kat sempadan India.. buat usaha di tiga buah masjid aje.. rasa berat gak nak menghabiskan 25 hari tashkil ni.. x tau la kenapa.. patut la kat Bangladesh ni maksima 25 hari je utk setiap tashkil..


15 Feb 2011
10pg; naik bas balik ke Panchagarh. Hari ni  Allah bagi cuaca mendung & hujan rintik2.. first time merasa hujan sepanjang kat Bangladesh nih..

11pg; sampai ke Panchagarh.. diberi route di satu masjid untuk transit untuk 2 hari shj.. Dapat berita syura paling tua di Panchagarh meninggal dunia pagi tadi.. Syura ni dah tiga kali datang ziarah jemaah kami.. solat jenazah dibuat selepas solat Zohor di lapangan bersebelahan dengan tanah perkuburan.. Orang datang dari setiap pelusuk bandar.. Aku kira2 adalah 20 saf.. Satu saf lebih kurang 50 orang.. Subhanallah..

16 Feb 2011
Lepas zohor hujan punyalah lebat.. siap dengan ribut & hujan batu.. batunya adalah sebesar ibu jari..

hujan emas batu di negeri orang
hujan batu emas di negeri sendiri

9mlm; naik bas balik ke Dhaka.. Kali ni naik bas ekspress.. tak de la nak naik train lagi.. dah serik.. Barang2 letak kat bawah bas.. kami relak2 naik bas.. 9.10mlm bas jalan.. kat Bangla bas laju giler.. malam2 banyak lori.. jadi, potong-memotong menjadi amalan yang mulia..

17 - 20 Feb 2011
Kembali di Kakrail.. Semua 300 jemaah Arab & 100 jemaah negara2 lain yang keluar dari ijtimak Tongi dah mula balik ke Kakrail. Tampat foreign jadi sesak.. Lepas tu susah la pulak nak cari orang tempatan untuk bawak jemaah2 foreign ni keluar tashkil seterusnya..

21 - 27 Feb 2011
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak bentuk jemaah.. 3 Malaysia, 5 Indonesia & 3 Bangladesh.. keluar tashkil 3km je dari markas Kakrail.. buat usaha di 3 buah masjid.. 3 Bangla yang ikut kami ni x paham english la pulak.. sabor je la.. bila dah x paham english, aku bayan melayu je la.. lagi senang..

rumah lama..

28 Feb - 2 Mac 2011
Balik ke Kakrail.. duduk program markas & shopping sekali-sekala.. heheh.. Baitulmukaram le.. bukan apa.. temankan kawan je.. (alasan..).. ada jugak orang2 Malaysia & Indonesia yang mintak tolong buatkan boarding pass kat cyber cafe..

3 Mac 2011
Selamat tinggal Bangladesh..

I beleive I can fly..

4 Mac 2011
Karguzari di Sri Petaling..

5 Mac 2011
Wafsi.. dan kembali ke entri ni http://azharjaafar313.blogspot.com/2011/03/malaysia-tanah-air-ku.html

Kesimpulannya.. keluar kat Bangladesh ni memang menguji kesabaran.. metal mental & fizikal sekali.. camne pun banyak belajar sifat ikram dari orang2 Bangladeh..

Sesape yg x pernah atau dah lama x keluar kat sini, bolehla berbuat demikian sekarang.. jangan berlengah lagi.. (iklan dari penaja rancangan..)






Thursday, March 10, 2011

Bangladesh? Cer Citer Cer Citer..

Kengkawan; "Citer la pasal ko kat Bangladesh 2 bulan tuh.."

Aku; "Alaa.. malas ahh.."

Kengkawan; "Citer la sket.."

Aku; "Enjit-enjit semut.. sapa sakit naik atas.."

***************

04 Jan 2011
3.15ptg; aku meninggalkan dunia rumah dengan muka kontrol hensem.. Ahlia aku yang hantar ke masjd Sri Petaling..

05 Jan 2011
10pg; bayan hidayat, musafahah dengan syura Malaysia & ambik perca.. Aku berdua je ngan PakCu Bentong yang nak ke Bangladesh.. Orang lain nak keluar ke tempat lain..

06 Jan 2011
11pg; kami dihantar oleh encik Syuk ke LCCT dengan KIA Karnival..  macam la kami ni 5-6 orang.. tima kacih la banyak2 wahai encik Syuk.. Semoga Allah beri tuan kenderaan yang lebih baik di jannah..

encik Syuk
1.45ptg; kalau zaman Nabi Musa jalan dalam laut, zaman sahabat jalan atas laut.. Tapi umat akhir zaman Allah beri kelebihan terbang atas awan.. Ni semua kuasa Allah..

siap ada makan lagi..

4.10ptg waktu Bangla (6.10ptg waktu Malaysia); sampai Dhaka. Terus disambut oleh istiqbal tempatan dan dibawa ke masjid istiqbal. Dijamu dengan nasi putih dengan ikan patin goreng & sayur terung. Lepas Maghrib dihantar ke markas di Kakrail dengan satu bas bersama jemaah dari Mesir.

7 & 8 Jan 2011
ikut program markas. Yang best tu dapat minum teh panas & makan roti kepala lutut sebelum solat Subuh & Asar.

9 - 19 Jan 2011
Keluar tashkil pertama. 10km je dari markas. Jemaah kami 4 org Malaysia, 6 org Indonesia (Aceh Selatan) & 4 org Bangladesh. Suhu malam turun hingga 14'C & siang 18'C. Masa ni baru best kalau nyanyi lagu seruan lefhanded.. "gigil.. menggigil aku.. ku dengar suara kebesaran.." Menggigil sebab nak ambik wuduk waktu subuh..

'van' yang diparking di tepi masjid..
roadtax dah renew ke?
Buat usaha di 4 buah masjid sahaja. Alhamdulillah jemaah satu hati berkat dari usaha cara Nabi, walaupun berlainan negeri & bangsa..

20 - 23 Jan 2011
Ke ijtimak Tongi.. x yah citer la.. nak tau bayan apa, boleh beli buku ijtimak Tongi 2011 kat masjid Sri Petaling. Gambar2 pun dah banyak kat internet.. Yang penting aku dapat tengok umat ni dapat disatukan hati, fikir & kerjanya HANYA dengan perantaraan kerja yang pernah dibuat oleh Nabi SAW. Kat akhirat nanti, setiap orang akan dibangkitkan bersama orang yang dia ikut..

barang2 aku
Aku jugak sempat solat jenazah untuk Hj Abu Bakar Mansor. Jenazah dibawa ke medan ijtimak & disolatkan selepas solat Zohor oleh 1 atau 2 juta orang pada hari penutup ijtimak.. Jenazah dikebumikan diperkuburan dalam kawasan ijtimak..

khemah foreign
24 Jan 2011
Keluar tashkil kedua. Maksimum tashkil kat Bangladesh ni 25 hari je sekali tashkil. Bila aku tanya kenapa? Diorang jawab "awak tak boleh tahan keluar lama2 di Bangladesh. Bila sudah habis 25 hari, balik Kakrail.. rehat2, dengar bayan, minum teh.. baru tashkil keluar lagi..". Iye ke x boleh tahan?

Lepas zohor, tinggalkan medan ijtimak. Jemaah kami 6 orang Malaysia & 3 orang Bangladesh.. Route diputus ke Panchagarh di utara Bangladesh.. kira2 500km dari Dhaka.. Mesyuarat putus naik train. Dalam otak aku ingat train macam kat India.. ok la.. Train yang dalam jadual patut datang jam 4ptg, akhirnya datang jam 10 malam.. Kena berebut pulak tu.. dah la aku dengan beg besar gedabak, bedding & kelambu senapang..

A = Dhaka, B = Panchagarh

Setelah puas tolak menolak & segala tenaga dalaman & cakura aku gunakan, dapat jugak aku masuk & berdiri dalam gerabak.. seat  ntah kemana.. Rahaba Bangladesh yang 3 orang tu bersusah payah menghalau makhluk2 yang duduk kat seat kami dan setelah beberapa orang dipijak tengkuk kerana disangka berpenyakit sawan, dapatlah kami menikmati kegianan kebahagiaan duduk di seat bernombor sama dengan nombor yang tertera di tiket train kami..

25 Jan 2011
10 pg; sampai.. tapi bukan ke Panchagarh.. sampai ke Dinajpur aje.. laa.. kena naik bas pulak..

yealo incik.. chow kit ada pigi ka? 
12.30tgh; naik bas. Pecut tahap gaban.. ntah apa yang dikejar, tak tau la.. Tengah aku mamai2 tengok aweks  pemandangan di luar tingkap bas, tiba2 ada satu bunyi letupan yang kuat.. POM.. (Cuba bunyikan ramai2.. POM.. ahh.. tak cukup kuat.. kuat lagi.. POM.. kuat lagi.. POM.. haa.. cam tu la..). Rupanya tayar bas meletup.. aku ingatkan kena serang hendap tadi.. Kenalah berenti kejap tukar tayar..

3.30ptg; sampai di markas Panchagarh.. sejuk la pulak bila masuk waktu Asar..

markas Panchagarh
7.30mlm; Isyak.. kesejukan bertambah. Adalah 14'C.. masjid pun bukannya ada karpet.. tingkap & pintu pun jenis tak leh tutup sempurna.. Simen pulak alas ngan kain sejadah je..

Lepas makan.. semua cepat2 tidur.. letih.. lepak.. capek.. paeng.. semua ada..

11.35mlm; kedengaran satu bunyi kat luar masjid.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. Hahhh.. bunyi apa lak tu? Pehh..

InsyaAllah bersambung pada entri yang akan datang.. tata titi tutu..



Sunday, March 06, 2011

Malaysia Tanah Air Ku


Alhamdulillah.. dengan izin Allah SWT aku selamat menjejakkan kaki ke tanah air tercinta pada 03 Mac 2011 jam 10.30 mlm. Nyamannya udara kat Malaysia nih.. x de debu.. Suasana pun tenang.. x de lagi bunyi hon yang memekakkan telinga..

Dan semalam hantu Kak Limah aku balik rumah lepas zohor.. dan.. dan lagi .. dan disusuli dengan beberapa dan lagi..

Sedih..

~ Meninggalkan  Bangladesh yang orang2nya sangat memuliakan tetamu walaupun kadang2 aku rasa rimas dengan ke'over'an diorang melayan tetamu..

~ Segala ganjaran bagi setiap amalan semasa khuruj telah kembali ke ganjaran yang biasa..

Kampung Bangla

Bandar Dhaka

Gembira..

~ Dapat kembali ke tanah air dan jumpa keluarga selepas 2 bulan di Bangladesh..

~ Ahlia aku mengendong sedang mengandung 2 bulan dan sekarang tengah mabuk darat..

Allah kuasa.. Makhluk x de kuasa.. Oleh tu jangan gila kuasa..

Yea yea abah balik..
abah buat umi ek?



Wednesday, February 23, 2011

Aku Masih di Bangladesh

Bendera Bangladesh
(bukan bendera parti politik cap matahari)


Alhamdulillah, hari ni genap 50 hari aku di Bangladesh. InsyaAllah balik KL 3 Mac. Setakat ni semua perkara dimudahkan Allah. Tak de sakit-sakit atau demam-demam. Sekarang ada sikit pening je.. InsyaAllah balik rumah sok hilang la pening tu.. hah..

Cam biasa, temankan kawan confirm tiket flight kat cyber cafe.

Salam untuk ahlia & family. Miss u all.



Tuesday, January 04, 2011

Tapi aku hanya mampu 2 bulan sahaja, insyaAllah..





InsyaAllah lepas zohor ni ke masjid Sri Petaling untuk daftar diri khuruj 2 bulan. Doa untuk kami sekeluarga..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/12/tongi-ijtima-2011.html

azharjaafar313.blogspot.com

about an hour ago ·  ·  · Share

    • Fuad Akmal tahniah....
      azamnye kemana???

      about an hour ago · 

    • Azhar Jaafar tuuu.. kat atas tu..
      about an hour ago · 

    • Fuad Akmal ‎2 bule bangla...
      nanti boleh nek ritka....
      shopping di baitumukaram...haha
      syor je..???haha

      58 minutes ago ·  ·  1 person

    • Azhar Jaafar wei.. ingat ni cuti-cuti bangla ke??
      57 minutes ago · 

    • Fuad Akmal haha3..
      ikram anak2...
      last bfore balik malysia la...
      haha

      56 minutes ago · 

    • Azhar Jaafar ok gak tu.. ikram ngan baitulmukaram dekat2 je namanye.. jgn karam udah le..
      55 minutes ago · 

    • Razman Razali aku nak renew insuran ujung bulan ni cemana?
      54 minutes ago · 

    • Azhar Jaafar secretary aku uruskan, insyaAllah.. buat je cam prosedur dlm blog takaful aku.. (secretary aku tu bini aku ler..)
      50 minutes ago · 

    • Razman Razali wokeh..amma..
      49 minutes ago · 

    • Fuad Akmal haha...
      nanti sampai sana kakrail...kim slm sama shadad bhai..
      maaf ritu,kami org malysia bikin mogok di sana...time raya, xkua tashkil,buat open masjid di markaz...haha

      48 minutes ago · 

    • Azhar Jaafar insyaAllah..
      47 minutes ago · 

    • Fuad Akmal teringat lagi...???
      sampai maulana pun marah pd kami...
      adom yaiiii.......

      46 minutes ago · 

    • Abu Saad pas ni azhar dah bole terjemah bangla!!jgn ko pijak tengkuk org bangla udah lee
      43 minutes ago · 

    • Azhar Jaafar org malaysia.. biasala.. lembut tapi kdg2 lorat & byk songeh.. lebeh2 kalu.. kasi pijak la itu tengkuk..
      42 minutes ago · 

    • Fuad Akmal syor pijak je...haha..
      lepas bila nk tangguh ,minta maaf balek??? haha

      41 minutes ago · 

    • Abu Saad ha hah..terbaekkkkkkkk..nanti esok kita jumpa kat markaz,insyaAllah...nak sohbet n khidmat org nak gi ijtimak.ko nak aku hantar gi airport x?aku cuti lg sampai ujung minggu ni...
      39 minutes ago · 

    • Azhar Jaafar fuad; biasa la tu..
      Abu Saad; ok gak tu.. insyaAllah esok kita jumpa pd mlm msyrt Rabu..

      35 minutes ago · 

    • Abu Saad ok..x sabar nak khidmat..kalu x de pape..insyaAllah aku akan hantar
      34 minutes ago · 



*updated @ 1.20pm



Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...