Thursday, November 25, 2010

No Dakwah, Iman Problem..

Usaha dakwah begitu penting untuk bentuk yakin manusia kepada Allah. Perlu bawa cara agama dalam dakwah. Tanpa dakwah, keyakinan kepada makhluk tidak akan keluar dari hati manusia. Tanpa dakwah, amal agama hanyalah kerana;
  1. halad; masalah dalam hidup. Contohnya seorang yang kerugian dalam bisnes. jadi untuk selesai masalah, dia mula amal agama. Bila masalah selesai (perniagaan kembali maju), amalan agama pun ditinggalkan...
  2. adat; orang bersunat dia bersunat, orang nikah dia nikah, orang solat jenazah dia solat jenazah...
  3. mahol; suasana. ramai2 ke masjid untuk solat raya, ramai2 baca quran bulan Ramadhan, gotong royong sembelih lembu..
  4. siasah; (yang ni kena pikir sendiri..)
Wallahua'lam.

*aku sendiri bila malas buat dakwah, terasa macam terlibat dalam 4 perkara kat atas.

***********************

InsyaAllah, aku & isteri akan keluar 10 hari masturat ke Limbang. Bayan hidayat 26 November, lepas Asar. Flight ke Limbang pada 27 November, 8 pagi.

Bunyi macam simple kan? Alaa.. 10 hari je.. Sebenarnya banyak benda nak dipikirkan.. anak2 nak letak mana.. bisnes kena stop kejap.. bajet pun bole tahan.. ditambah pulak, bini aku dah start 'cuti' sehari dua nih..

Tapi kan.. sebenarnya mudah bagi Allah.. Aku je rasa berat.. Tolong doa untuk kami ek..

Bandar Limbang

Peta Limbang

MAS Wings dari Miri ke Limbang
Lim Bang.
Tiada kena mengena dgn entri ni..




Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan 17 Nov 2010

yeah.. kasi telanjang sama dia..

tolong pegang kaki, jangan bagi lari..

baraikan dia bang..

kepala atas meja..

lapah slow-slow..

bukan ketua kampung..

15 'ekor' semuanya..

orang kuat..

yang duduk belah kiri tu bapak aku..

mohalla aku.. masjid Al Faizin

tashkil, jangan tak tashkil..



Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha 1431

Dari aku & keluarga.. Semoga bertambah korban diri & harta untuk agama tercinta..


Doakan aku & isteri yang akan keluar masturat selama 10 hari ke Limbang pada 26 November ini.. InsyaAllah..





Tuesday, November 16, 2010

Gi Jenjalan

14 & 15 November 2010.. Bukit Tinggi, Pahang.






Sold out?























16 November 2010..



Friday, November 12, 2010

Korang dah pegi IPB?

Huhh.. antara pengalaman indah dalam hidup aku ialah bila khuruj.. Tak kira lah 4 bulan ke.. 2 bulan, 40 hari, 10 hari.. mau pun 3 hari.. Tapi yang paling best ialah bila keluar 4 bulan ke India, Pakistan & Bangladesh.. Banyak belajar.. Tak dapat nak cerita detail.. kalau cerita pun masih tak sama dengan pengalaman yang dilalui.. (maaf, entri skima sket..)

Selak2 kat You Tube, jumpa plak ngan video bandar2 yang aku pernah ditashkil.. Suasana orangnya.. binatang (termasuk babi yang bersepah kat India).. bangunannya.. jalanraya & kenderaan.. sebuk & kalut.. tapi masjid2 masih tenang dengan amal ibadat..

Nostalgia beb.. 'Nothing words can say.." bak kata wong Cowo..


Open the videos in full screen & enjoy the ride..

Jaunpur, Uttar Pradesh, India



Chakwāl, Pakistan



Rangpur Bangladesh



Sekarang ni nak masuk India & Pakistan agak susah nak dapat visa.. tak tahu lah tahun2 yang akan datang.. yang belum pegi tu.. cepat2 la pegi.. sebelum 'ia' dikembalikan ke tanah Hijaz.. Wallahua'lam..



Tuesday, November 09, 2010

Cerita Taik

Andaikata.. bila balik dari satu perjalanan.. sesampai nya korang kat depan pintu rumah korang.. tersergam indah seketul taik kucing yang masih fresh gaya lakunya.. aroma nya sungguh padat sehingga menghalang hidung korang dari aroma2 dari jenama yang lain..

Jangan tenung!

Apa korang nak buat??

Memekak? "Hoi kucing!! Nak berak pegi jamban la.. Tak sekolah punya kucing!"

Atau.. ambik taik kucing tersebut dan agih2kan di depan pintu rumah jiran2 yang lain dengan semangat kejiranan supaya masing2 dapat berkongsi pengalaman menghirup udara segar yang datang terus dari ladang..

Atau.. pegi carik cangkul dan korek tanah dengan ke dalaman yang sesuai.. Sayugia mengangkat taik kucing tersebut dengan penuh hemah & berdedikasi.. terus menanamnya ke dalam lobang yang korang gali.. kambus baik2 & blah.. jangan pandang belakang!

Atau.. jadi pak pandir..

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Habis cerita pak pandir..

Zaman ni umat banyak buat keburukan yang diumpamakan macam taik tu lah.. dan pilih lah cara mana yang korang rasa sesuai.. apa nak buat dengan taik tuh.. lu pikir la sendiri ramai2..

*Maaf, jika korang membaca entri ni sambil membuat muka ala2 nak muntah..



Monday, November 08, 2010

Mencari seorang mursyid

N3 copy & paste..

*****

Sepanjang menyertai Jemaah Tabligh, saya bagaikan tersedar bahawa Islam adalah suatu agama yang istimewa. Sepanjang usia saya sejak kecil sehingga remaja, saya tidak faham kenapa saya Islam, saya tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah, saya tidak kenal siapa sahabat-sahabat rasulullah dan saya tidak pernah ambil kisah pun. Kehidupan saya sebelum mengenali Jemaah Tabligh, hanyalah sebagai budak kecil yang menganuti Islam sebagai agama sejak lahir. Ya, lahir sahaja ke dunia, saya Islam kerana baka. Maka, membesarlah saya sebagai seorang Islam tanpa usaha memahaminya - luar dan dalam!

Jemaah Tabligh mempunyai kekuatan dari aspek amalan sunnah. Misalnya solat berjemaah, ini adalah amalan sunnah terunggul yang diwariskan oleh rasulullah. Jika seorang karkun sedang melakukan kerja, misalnya bertukang dan dia kedengaran azan berkumandang, maka si karkun berkenaan akan segera meninggalkan pekerjaannya dan menyahut seruan azan. Dia akan segera membersih dan menyucikan diri dan mengenakan pakaian dan minyak atar istimewanya, lalu bersegera mendatangi solat berjemaah di masjid atau surau berdekatan rumahnya. Syahdu sungguh apabila saya meneliti akhlak karkun-karkun tabligh dalam bab menjaga solat berjemaah ini.

Sebab itulah, antara mauduk utama dakwah jemaah ini ialah, mengajak manusia kembali memakmurkan rumah Allah. Mereka tidak berbicara isu lain, misalnya kecelaruan politik negara dan dunia dalam usaha dakwah mereka. Mereka tidak membicarakan soal kejatuhan nilai ringgit atau saham di papan utama. Mereka tidak berminat pun untuk menceritakan isu kenaikan harga ayam, gula dan bawang. Atau mengisahkan mat rempit dan minah rempit berlumba malam. Itu sesuatu yang asing dan canggung dalam bicara dakwah mereka. Benar, sesekali apabila berkesempatan mengikuti bicara mereka dari dulu hingga kini, nadanya masih sama, mereka istiqamah dalam urusan fikir atas iman dan amal mereka.

Semasa terlibat dalam gerakan Islam di kampus, dalam proses ta’aruf sesama ikhwah atau anak usrah, kami dapat mengesani satu perkara yang hampir sama berlaku kepada pengikut jemaah kampus, bahawa jemaah yang mula-mula berjaya menarik kami untuk mendekati Islam sebagai ‘ad-deen’ atau ‘nizamul hayah’ ialah Jemaah Tabligh. Selepas dari itu, maka baharulah ada yang akan meneruskan tatih perjuangannya sama ada menerusi Abim, Jim dan Pas. Asalnya, ialah Tabligh…menarikkan?!

Dalam Tabligh, organisasi mereka agak ringkas. Mereka mempunyai amir yang bertanggung jawab terhadap jemaah. Namun kita jangan terkejut, orang-orang yang menyertai jemaah ini bukanlah calangan manusia. Ramai para teknorat yang jatuh hati dengan jemaah ini, misalnya para profesor, doktor, pensyarah dan sebagainya. Ini kerana, jika di kampus pun yang ramai menyertai jemaah ini ialah pelajar dari aliran perubatan, sains hayat, geologi, pengurusan perniaagaan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Pelik juga saya, agak sedikit pelajar daripada bidang agama yang mendekati Tabligh. Dan jika kita mahu menyertai Jemaah Tabligh, ia adalah penyertaan secara terbuka. Tiada borang keahlian, tiada yuran tahunan dan tiada undang-undang bertulis yang mengawal pergerakan kita.

Dicilok dari; http://www.hamizul.com/?p=681

*****

Cucu ke 4 aku yang lahir minggu lepas..
Mu'az & Mardhiah..



Wednesday, November 03, 2010

Kalsium Oh Kalsium; makhluk je..

Di suatu pagi.. aku baru je warm up PC.. tiba2.. ada pop up Yahoo Messenger..

Kawan lama (29/10/2010 7:49:26 AM): salam 

azharjaafar (29/10/2010 7:50:28 AM): w'salam..

Kawan lama (29/10/2010 7:50:36 AM): kau sakit apa?

azharjaafar (29/10/2010 7:51:08 AM): x de sakit.. insyaAllah..

Kawan lama (29/10/2010 7:51:17 AM): bistu gi klinik bagai smlm.. cite aa

azharjaafar (29/10/2010 7:52:25 AM): ntah. kaki selalu semut2.. kdg2 gatal.. test darah, ECG, x-ray.. semua ok je..

Kawan lama (29/10/2010 7:52:47 AM): ada kram skali ke?

azharjaafar (29/10/2010 7:52:59 AM): ha'ah.. campur semput..

Kawan lama (29/10/2010 7:53:04 AM): kalsium.. aku pun camtu.. yup.. kita dah tua

azharjaafar (29/10/2010 7:53:35 AM): alamak.. tua??

Kawan lama (29/10/2010 7:53:41 AM): aku lagi teruk.. bukan kaki je crampt.. satu badan.. bersin pun perut leh cram.. pusing pun pinggang leh kram

azharjaafar (29/10/2010 7:54:13 AM): lagi tua..

Kawan lama (29/10/2010 7:54:23 AM): hahahaha..aku belasah kalcium je.. alhamdulillah 

azharjaafar (29/10/2010 7:54:51 AM): apa jenama?

Kawan lama (29/10/2010 7:55:03 AM): aku amek *tuuuut... murah..  kira punya kira klu minum susu lagi mahal dari klu kau makan tablet.. pastu yg bess nye.. dah makan kalsium.. aku siap naik tinggi 1 inci

azharjaafar (29/10/2010 7:57:48 AM): seb baik x tinggi 1 kaki..

Kawan lama (29/10/2010 7:56:03 AM): hahaha.. yg gatal2 tu x blh tolong la.. mmg biasa bila kita naik dewasa..hormon tukar.. peluh pun leh wat gatal.. blasah calamine lotion je aku.. jadik aa zombie kg pisang jap

azharjaafar (29/10/2010 7:57:25 AM): otaaak.. otaaak.. 

Kawan lama (29/10/2010 7:57:56 AM): hahaha.. kau try la.. x rugi pun mkn kalsium tu.. tulang kuat.. memula ni kau intake lebh sikit.. tengok dlm sebulan ada kurang x cramp ngan kebas tu.. klu ada baru kau slow down sikit

azharjaafar (29/10/2010 7:58:21 AM): lain2 kuat?

Kawan lama (29/10/2010 7:59:46 AM): yg lain2 kuat tu.. ada kot gak.. boleh pumping tak de la letup sendi sini sana.. hahaha.. ok lah.. kau try..inshaallah.. leh baik

azharjaafar (29/10/2010 8:01:18 AM): ok insyaAllah.. makasey..

Kawan lama (29/10/2010 8:01:28 AM): no hal

Habis..

**********

Lepas dari tu aku buat kajian sikit pasal benda kalsium nih..
dari banyak2 artikel dalam web, aku pilih 2 utk kongsi ngan korang..
  1. http://jknkelantan.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=41
  2. http://anizyn.blogspot.com/2008/06/kalsium-magnesium-penting-untuk-tubuh.html
Haa.. tiada yang bergerak di daratan mau pun di lautan melainkan dengan ilmu Allah..

Aku memang hari2 minum susu.. bukan susu ibu tapi susu lembu (susu tepung).. tapi satu cawan aje.. Kalau ikut artikel kat atas kena minum dua cawan susu beserta makanan berkalsium macam roti, keju dan lain2..

Jadi aku mesyuarat dengan isteri.. aku cari tablet kalsium tu kat farmasi, x de pulak jenama *tuuuut tu.. yang ada jenama *preeeet.. *preeet pun *preeet lah.. satu tablet sehari, sama macam dua cawan susu.. bila aku kira2 balik makan tablet kalsium lagi murah dari susu tepung.. 2 cawan susu tepung = rm1.50 sehari.. 1 tablet kalsium = rm1.15 sehari..

Tu kalau aku sorang makan.. tak kan aku sorang je nak power? Isteri aku pun nak jugak..

Sebenarnya Allah yang power.. makhluk x de power..


Alhamdulillah, lepas 5-6 hari aku makan tablet kalsium tu beserta makanan yang aku biasa makan, masalah cramp tangan & kaki, semput & pedih2 kat ulu hati dah hampir hilang..


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku.
(As Syu'ara 80)



Saturday, October 30, 2010

Antara Dua Simpang

Hidup kat dunia ni penuh dengan simpang.. Simpang siur, simpang tiga, simpang menyimpang.. termasuk jugak simpang pulai & nun kek simpang..


dan petang ni kita akan bertembung lagi dengan simpang..

persoalannya.. simpang mana yang kita nak pilih petang nih? (kalau dari KL)..

Simpang kanan ke Masjid Sri Petaling.. ada majlis memperkatakan kebesaran Allah & kepentingan sunah Rasulullah صلى الله عليه وسلم .. Simpang kiri ke Stadium Bukit Jalil.. ada majlis memperkatakan kebesaran makhluk & semangat ke negerian..

simpang kanan; majlis yang disertai oleh para malaikat.. simpang kiri; majlis yang disertai oleh.. hmmm.. hmmm.. apa ye? mungkin ada gak malaikat.. tapi malaikat maut..

semoga amalan di simpang kanan dapat mengimbangi amalan di simpang kiri.. 



Thursday, October 28, 2010

Kisah Aku Bulan Oktober 2010

Arghhh.. lama tak update blog..

Ada member tanya; "kenapa lama x update?" jawapan aku; "Semangat Yang Hilang.." Sebenarnya dalam sebulan ni, aku diuji Allah dengan sedikit masalah kesihatan.. dada selalu berdebar.. nafas x teratur.. kaki & tangan selalu cramp.. Tu yang sampai pegi berbekam tuh..

2 minggu lepas aku pegi check darah.. result keluar pagi tadi.. doktor kata semua ok.. aku x puas hati.. minta doktor buat ECG & x-ray dada.. resultnya ok jugak.. Alhamdulillah la.. Last-last doktor kata; "awak ni takut mati ek?" Aisey.. ye ke? Aku takut mati ke?


Tapi memang aku ada risau tahap gaban bab2 kesihatan ni semenjak anak aku ke 3 masuk hospital 2 tahun lepas.. 52 hari aku temankan dia kat hospital.. berapa bulan lepas tu, anak ke 2 aku pulak kena operate sebab apendik..  sebelum ijtimak kat Nilai, aku masuk wad kat hospitl Langkawi sebab semput.. Hujung tahun 2009, wife aku pulak keguguran anak ke 7.. dan awal tahun ni, aku & wife, dua2 masuk hospital seminggu sebab denggi..

Bila aku muhasarawak muhasabah balik, memang aku banyak buat silap.. buat dakwah main2.., amal x jaga sungguh2.., banyak fikir dunia - nak bukak kedai, nak tukar kereta & bla bla bla.., niat nak tambah bini je yang x de.. heheh.. dan aku ada azam nak keluar 2 bln India bln Okt & Nov, tapi azam tinggal angan-angan.. dan macam-macam ada lagi..

Uhh.. kadang2 bila aku tengok kucing jiran yang datang melepak kat bawah kereta aku.. terpikir jugak.. bagusnya jadi kucing.. makan, tidur, berak.. nampak kucing betina lalu, pegi kejar dan buat apa2 yang patut.. last yang terakhir mati.. lepas mati jadi tanah.. x kena hisab..



"Ya Allah.. jadikanlah cinta pada Mu, sesuatu yang paling aku cintai.. dan takut pada Mu, sesuatu yang menguasai hatiku.. dan keluarkan dari hatiku keperluan duniawi dan masukkan keghairahan untuk bertemu dengan Mu.. ketika ahli dunia sibuk dengan dunia mereka, sejukkan hatiku dengan beribadat kepada Mu.."

Kalau korang bangun malam & bermunajat pada Allah, selitkanlah nama aku yang hina ni di dalam doa2 korang..








**************************
29 Okt 2010.. aku terjumpa ni kat blog ustaz zaharuddin;

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. Doanya berwarna merah :


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً  ) رواه مسلم(  

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

 كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة } . رواه البخاري(

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibubapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

 أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ } . صحيح سنن " ابن ماجه)

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna merah di bawah:  
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ } . رواه مسلم
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari
(Riwayat Muslim)

  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض } . صحيح " سنن الترمذي "
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)



Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.blogpsot.com
www.zaharuddin.net
28 Oktober 2010

Friday, October 15, 2010

Doa


Ya Allah..

berilah aku sifat..
  1. ikhlas
  2. istikhlas
  3. istiqomah
  4. makbuliah
dalam kerja dakwah ini ya Allah..

Ya Allah..

janganlah Kau singkirkan aku dari kerja ini..

walaupun sekelip mata ya Allah..

(tolong aminkan & tolong doakan aku sekeluarga dengan doa ni..)

*****************************

InsyaAllah jemaah masturat 3 hari dari Bangi akan datang ke rumah aku pada 16-18 Okt 2010.. di alamat no 22, jln 23, desa jaya, kepong. Sesape nak dtg bawak masturat, dipersilakan.. pgrm dari 10pg - 12.30tgh, asar - maghrib..


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...