Monday, February 12, 2018

Cameron Highland 2018

Sejak lebih sebulan lepas, kami, mak abah dan adik beradik plan nak naik ke Cameron Highland.. 1st time pegi sana tahun 2008 (cameron highland 2008) dan last sekali pegi sana tahun 2014 (cameron highland 2014). Alang² naik biar 2 malam. Disebabkan sorang adik aku keje kat MPSJ, dapat la sewa apartment kat Puncak Arabella. Dan yang penting satu malam 50 hengget saje.. huhu

Keluarga Ucu (adik mak) dan anak beranak pun pegi sekali.. sewa rumah sebelah..

Kami semua pegi asing².. ada yang naik pagi dan ada yang tengahari.. dan yang bestnya kami naik petang.. jeng jeng jeng..

Jumaat 09/02/2018
6.30 petang baru gerak dari Kepong, KL.. maklumlah nak tunggu anak² balik madrasah.. 2 minggu sebelum pegi, aku dah tanya kengkawan kat fesbuk, kalau malam nak ikut jalan mana.. ramai yang syor naik ikut Simpang Pulai je.. 8.45 malam singgah solat di R&R Simpang Pulai untuk solat magrib dan isyak..


9.15 malam sambung perjalanan dan sampai Tanah Rata jam 11.15 malam.. jalan memang cantik dan ok, alhamdulillah.. mak dan adik beradik semua dah melepak kat apartment..


Sabtu 10/02/2018
Esoknya pagi² gi ke ladang teh Boh.. dan kami ni memang peminum tegar teh BOH.. ahaks..





Sarapan kedua.. kat rumah tadi dah sarapan..



Ni bukan pekerja ladang..



Main taman..


Singgah solat di masjid Tanah Rata..



Malam tu kami tak pegi mana²..  dalam 9.30 malam Ucu datang dan mintak tolong tengok sorang cucunya yang nangis tak berenti² dari tadi.. aku pun pegi la.. memang beria² nangis anak buah aku tu.. mata mandang ke atas je.. pujuk apa pun x mau.. aku mintak air mineral sebotol dan mula baca manzil.. tak habis lagi manzil, budak tu pun senyap.. alhamdulillah.. air tu aku renjis kat 4 penjuru rumah dan minta Ucu sapu sikit kat muka budak tu.. nak bagi minum pun boleh..
Ucu yang lejen..


Ahad 11/02/2018
Jam 2 pagi anak aku pulak nangis.. kami suami isteri baca Fatihah dan ayat Kursi berulang² kali.. kami tidur di tingkas atas.. bila anak aku dah tak nangis, anak buah kat bawah pulak nangis.. ahh. lantak la.. hahaha..

Esok tu adik aku cerita, lepas anak aku senyap, dia nampak sorang budak muka berbedak yang muka seakan² anak pompuan dia turun dari tangga.. bila dia tengok sebelah, anak dia ada je tido kat situ.. semalam tu anak² pompuan kami ada main bedak²kan muka.. mungkin ada yang minat nak tiru kot.. sila seram yang teramat.. hua hua..





























(abaikan gambar di atas)

Pagi lepas sarapan, kemas² semua barang dan masukkan dalam kereta.. dan macam biasa, bergambar ramai² last punya sebelum gerak..



10 pagi kami beramai² menyerbu ke ladang Mardi.. sini tempatnya luas dan masuk pun murah.. RM4 dewasa dan RM2  untuk kanak².. banyak bunga..






Taman permainan kanak² dan taman arnab pun ada..







Mak abah inspirasi kami.. chewahh..



1 tengahari gerak balik KL..1.30 singgah solat dan makan di masjid Ringlet..



2.30 petang.. slow² turun ikut Tapah.. alhamdulillah 5.30 petang sampai rumah..

Orang asli bawak sumpit..

dan sekali lagi anak sulung aku tak ikut ke Cameron Highland..
kali ni dia tengah keluar 4 bulan IPB dan sekarang di Bangladesh..


Sekian.

*nota: Anggaran perbelanjaan; minyak dan toll RM150, makan dan lain² RM150.



Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1⃣. WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679

2⃣. Kami akan beri harga

3⃣. Jika setuju dengan harga, anda bayar online

4⃣. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah


 Bantuan jalanraya 24jam.
 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)


 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.


AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)
Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Tuesday, February 06, 2018

Ammar Dialisis Semula

Nov 2008.. Ammar disahkan mendapat sakit buah pinggang kronik masa berumur 9½ tahun.. terpaksa menjalani rawatan cucian darah (dialisis)..

Mei 2014.. Ammar dapat penderma buah pinggang.. x perlu cuci darah lagi..

Feb 2018.. Ammar kembali menjalani rawatan cucian darah kerana fungsi buah pinggang yang diterima telah mula merosot..

Hargailah hidayat dan afiat kurniaan Allah kepada kita.

Doa untuk kami dan ummat.

Mak & Abah datang ziarah di Hospital Selayang

Hari ni dah boleh balik

2008.. Ammar (kiri) bersama 2 rakan baiknya di hospital.. bagaimanapun kedua² mereka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.. alfatihah..



Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1⃣. WhatsApp geran kereta anda ke no www.wasap.my/+60166827679

2⃣. Kami akan beri harga

3⃣. Jika setuju dengan harga, anda bayar online

4⃣. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah


 Bantuan jalanraya 24jam.
 Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
 Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)


 Bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006. InsyaAllah.


AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...