Friday, June 27, 2014

Cuti Keluarga di Residence Inn, Cherating

*****

Al kisah.. disebabkan pada cuti sekolah yang lepas aku tak sempat bawa bebudak makan angin, maka pada sabtu ahad minggu baru ni aku pun bawak la diorang gi bejalan.. memula tak tahu nak pegi mana.. lepas tu teringat nak pegi belah pantai timur la pulak.. jadi aku pun bukak web Agoda yang selalu menggoda aku..

resit Agoda.. sebenarnya pakai Kad Debit..

Cari punya cari punya cari, maka bekenan nak menyewa di Resident Inn, Cherating.. bilik deluxe RM200 termasuk tax.. aku call dulu resort tu tanya harga.. diorang kata bilik tu harganya dekat RM300.. hmm.. setelah mesyuarat dengan bini, aku beli online la.. ntah camne diorang deal harga.. lantak diorang la..

merentas Titiwangsa..

21 Jun 2014
7.30 pagi dah gerak dari rumah..perjalanan lebih kurang 280km.. jadi aku dah pesan kat anak-anak yang kecik jangan tanya bila nak sampai.. bebudak ni memang pesen kalau naik kete asyik tanya bila nak sampai.. aku kata nanti kalau dah nampak laut, maknanya dan nak sampai la tu insyaAllah..

R&R lu punya suka Temerloh..

11.30 pagi.. alhamdulillah sampai ke destinasi.. kos perjalanan; minyak RM50, toll RM30.. ok la tu.. masa nak check-in, hanya tunjuk ic dan tunjuk resit Agoda yang ada dalam tablet.. sebenarnya waktu check-in pukul 2 petang.. tapi ni jenis resort yang tak berkira sangat.. bilik kosong jadi dah boleh masuk awal..

lobby..
bilik luas.. karpet penuh.. dua katil queen..
Bilik memang hampir tip top.. ada ekon yang sejuk, tv, peti ais mini, eletrik ketel, strekar baju.. dalam bilik mandi siap ada hair dryer.. yang ni bebudak buat main kat rambut sendiri sebab tak pernah jumpa.. kalau korang datang dan nak masak yang ringkas-ringkas, kena bawak rice cooker sendiri..

Makan tengahari dalam bilik je.. dah bawak siap-siap dari rumah.. jimat sket.. 1.15 tgh aku dan anak-anak lelaki yang besar solat zohor asar di masjid Cherating.. kira-kira 3 km dari resort.. lepas solat kami menyerang swimming pool yang belum ramai orang..

gaya kuak kaki..

konker 1 kolam..

ada 3 kolam..


Lepas puas mandi, masuk bilik, pasang ekon kuat-kuat.. tidur..

6 petang.. jalan-jalan cari makan.. singgah kat Warung Awang Ikan Bakar (WAIB).. 1 km je dari resort.. oder dulu sebab tak nak tunggu lama masa nak makan nanti..

restoran makanan laut..


Lepas tu gerak ke Kemaman.. ni la tempat 1st time aku keluar 40 hari.. nostalgia.. huhu.. sementara tunggu maghrib, lepak kat Pantai Teluk Mak Nik.. sini tak boleh mandi sebab ombak kuat dan pantai cerun..

Allah jadikan pokok²..

Allah jadikan laut..

yang ni pun Allah yang jadikan..


Solat jamak Maghrib & Isyak di masjid Chendor.. 8 mlm.. menyerang WAIB.. kalau korang datang 8.30 mlm, orang dah mula ramai.. masakannya Allah bagi sedap.. harga pun ok..

aku lapar..
ayomak.. gesek.. go..
ikan, udang, sotong dan ketam..


9.30 mlm balik lepak kat bilik.. kena kopi, biskut, roti.. lepak-lepak.. borak-borak.. tidur..

22 Jun 2014
Subuh - lelaki yang besar² di masjid.. yang lain di bilik saje..

7.30 pagi.. aku, bini dan 3 anak² kecik gi sarapan kat lobby.. sarapan yang menarik dan kualiti.. banyak pilihan..

selfie la pulak..


9.30 pagi.. ke pantai Cherating.. jalan kaki 5 minit.. tak le jauh.. walaupun ombak lebih kuat dari bantai barat tapi pantai nya landai.. sesuai untuk aktiviti keluarga..

sebelum ke laut..
setibanya di laut..
laut adalah satu tanda kebesaran Allah..
11 pagi.. badan dah melekit² dengan air garam.. apa lagi.. serang swimming pool la pulak.. tapi pagi ni ramai orang pulak.. aku tak kesah sangat sebab semua muslim.. jadi aurat agak terjaga walaupun ada akak² tudung yang mandi pakai t-shirt lengan pendek..

12.20 tghari.. check-out dari bilik.. tak puas pulak rasanya tinggal sini semalam saje.. kalau dapat dua malam rasanya lagi seronok dan beronok-ronok.. singgah jap kat Turtle Sanctuary.. lawat bilik pameran.. tak de pulak penyu bertelor..

penyu menangis siapa yang tahu..

Solat jamak zohor dan asar di masjid Geliga, Kemaman.. masa keluar 40 hari dulu, pernah solat Jumaat kat sini.. lepas solat jupe kawang ambe name Awang (Azman Sulong).. die belanje kopok.. bawok balik ke Kepong.. time kasih le..

keropok Intan ke apa ntah nama.. x sempat ambik gambar.. jadi cilok dari sini..

3 petang.. ke Kuantan la pulak.. ada kawan yang sama² keje kat Kwong Yik Finance berbelas tahun dulu nak jumpa.. huhu.. sekarang dah jadi penghulu kawasan Lepor.. tok penghulu Jamaan le.. belanja makan kat benteng, Sg Kuantan..

papan nama yang rosak dilanda banjir..
papan nama dah di repair"..

6.30 petang.. gerak dari Kuantan ke KL..
8.45 mlm.. singgah jamak isyak dan maghrib di R&R Genting Sempah..
10 mlm.. sampai rumah.. alhamdulillah.. penat tapi gembira le.. heheh..

TAMAT







Insuran & Road Tax Online

Friday, June 13, 2014

Takaful Ikhlas Belanja Aku Ke Bukit Gambang Resort

Kira² sebulan lepas aku dapat jemputan dari Takaful Ikhlas Berhad untuk hadir dalam satu program ‘General Agency Incentive Kick-Off 2014/15’ selama 2 hari 1 malam di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Pakcik pun heran.. biasanya program Takaful Ikhlas buat kat opis di Bangsar South je. Aku pun dengan rela hati terima la jemputan tu.. otak masih blur. Program tu dibuat pada 7 & 8 Jun 2014.

kick -off??


Maka pagi² buta 7 Jun tu, aku dihantar bini ke pejabat Takaful Ikhlas di Ikhlas Point, Bangsar South. 7 pagi aku dah tercanak tercegat kat situ. Mungkin aku orang yang ke 3 atau 4 yang datang. Daftar diri dan ada sarapan. Tak lama tu agen² lain dari Lembah Kelang dah mula ramai. Dalam sembang² dengan seorang brader agen, aku dapat tahu ni bukan program kursus tapi hadiah dari syarikat kepada agen² yang buat kutipan 200k - 500k setahun. Brader tu dah biasa pergi pada tahun² yang lepas. Oooo.. barulah pakcik faham..




Dalam 8.30 pagi.. "bas datang ku naik" (sebut banyak kali laju²..)



Tengahari.. sampai.. pendaftaran.. makan.. solat jamak qasar zohor asar.. checkin bilik..
1 rumah ada 2 bilik.. 1 bilik 2 orang.. kawan sebilik aku Hj Abd Hamid karkun Dungun.. huhu.. dan lagi satu aku baru tahu yang anugerah percutian ni untuk agen² Takaful Ikhlas dari seluruh Malaysia.. aku agak adalah dalam 50 orang semuanya..





Petang.. ke wadepak waterpark.. ada telematch.. lepas tu layan diri je lah.. boring pulak.. selalu pegi tempat² camni layan anak².. jadi aku balik lepak kat bilik..





Malam lepas jamak maghrib isyak, ada dinner dan cabutan bertuah.. ni kompeni Takaful Ikhlas.. mestilah Islamik beb.. jadi takde karaoke dan joget lambak.. dan lagi satu, salah sorang bos kat Takaful Ikhlas bagitau ini tahun sudah banyak untung la.. tahun depan mau bawak pegi Langkawi la.. insyaAllah.. aku harap dapat bawak family sekali la.. la la la..





Subuh 8 Jun.. solat berjemaah dan tazkirah.. mula² dapat tau ustaz yang patut datang, tak dapat datang.. jadi Takaful Ikhlas mintak aku jadi imam dan beri tazkirah.. aku tak sedia.. keh keh.. akhirnya sorang staff Takaful Ikhlas yang ambik kerja tu..




Lepas tazkirah, riadah sikit² tapi sarapan banyak²..





Sebelum tengahari ada talk sikit dan aktiviti bebas..





Thursday, June 05, 2014

Kisah Seminggu.. Layan Aje lah

Rabu @ 28 Mei 2014..
Masa balik dari mesyuarat Kuala Lumpur, beli kitab Fadilat Sedekah terbitan Maktabah Ilmiah Sri Petaling.. Kitab ini karangan Sheikhul Hadith Maulana Zakariyya rahmatullah alaih.. diterjemah oleh Maulana Razif..

cun tak cadar?

Dlm kitab fadilat sedekah setebal 780ms ni ada 7 bab;
Bab 1-fadilat menginfak harta di jln Allah
Bab 2-celaan bakhil
Bab 3-silaturrahim
Bab 4-penekanan utk membayar ZAKAT dan fadilatnya
Bab 5-amaran tidak menunaikan ZAKAT
Bab 6-galakn terhadap zuhud, qanaah dan tidak meminta2 kpd makhluk
Bab 7-kisah org2 zuhud & dermawan

Sape nak beli secara pos boleh call Ahlia Mamu (Hj Mansor) Sri Petaling 013-4180839.. boleh juga guna sms atau wassap sj.. kalau tak silap harganya RM38 sebuah dan harga pos RM10..


Khamis @ 29 Mei 2014..
malam Jumaat.. "Tiada Rahsia Antara Kita.." ahaks..
{krik krik.. krik krik..}


Jumaat @ 30 Mei 2014..
Anak dara bgtau utk thn 6 alimah kena beli kitab harga 1k.. dlm hati rasa eh mahal jugak ek 1k.. tetibe bila pikir balik kalau beli henpon 1k xde pulak rasa mahal.. henpon biasa2 je tu kalau 1k.. adoiii..

ngadap kitab..


Sabtu @ 31 Mei 2014..
Pegi kenduri kawen anak jiran setaman.. tapi buat kat dewan.. ada karoke la pulak kat situ.. ingat nak "Senja Nan Merah" dgn bini.. tapi x jadi lah.. kang diorg upload dlm youtube pulak.. ahaks..


Ahad @ 01 Jun 2014..
quit grup RS (Rakan Seusaha) kat fesbuk demi menjaga keharmonian sesama karkun..

Peace Sells... but Who's Buying?

Isnin @ 02 Jun 2014..
Ustaz Khann Da'ie dan isteri datang menziarah kami sekeluarga.. kedatangan membawa beribu rahmat dari Allah SWT..

pemuda & petua..





Selasa @ 03 Jun 2014..

seminggu dua ni sebuk kes babi.. kesian si babi.. "manusia punya coklat, babi dapat nama.." yg herannya, makan babi rasa geli.. makan riba x geli pulak.. ahh..

apa ada pada nama..

kwang kwang kwang..








Insuran & Road Tax Online

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...