Saturday, October 29, 2011

S.O.S.

29/10/2011 - 11:02 am
dpt sms dari member aku Razman, seorg encik di tivitiga..

salam tuan blogger yg fofuler..
(kembang jap aku.. relax relax.. jgn riak.. kontrol hensem),
harap dpt di iklan di fb@blog anta.. rumah dR. Sam (saya anak malaysia) telah dilanda musibah kebakaran 3 hari lps sehingga tinggal sehelai sepinggang.. kepada yg ingin membantu meringankan beban beliau blh la membuat sumbangan ke akaun beliau.. Salim bin Ibrahim, 164100007338 maybank.. jazakallah..

~ berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
jadi utk meringankn bahu memikul, ringan²kn tangan melayari online banking korang..

info dari blog lain..  kopitiam-bang-nan



let's get together and feel all right








Sunday, October 23, 2011

Malam Sabguzari

N3 utk yg paham dan buat² paham shj.. bagi yg x paham, pempaham aje lah.. 

Pesan masyaikh di Nizamuddin baru ni..
  • perlu datang ke malam sabguzari dengan ahli jemaah masjid masing-masing secara sempurna.. 
  • datang dengan fikir untuk bawa jemaah tunai 4 bulan / 40 hari..
  • balik pula dengan fikir untuk bawa jemaah tunai 4 bulan / 40 hari minggu depan.. 
  • orang-orang lama kena hubungkan diri dengan malam sabguzari untuk dapatkan makanan rohani.. 
  • tak perlu tashkil orang-orang tempatan ke malam sabguzari. Hubungkan mereka dengan amalan masjid di tempat kita.. (supaya mereka tak rasa amalan malam sabguzari lebih tinggi dari amalan masjid Nabawi di tempatan.. err.. dan tambahan aku sikit.. supaya tak jadi alasan untuk kita tak beriktikaf sebab nak ikram orang tempatan..)
bawak alas tebal bukan alasan tebal..

~ dari pengalaman aku yang ciput.. aku dapati kengkawan yang tak ambik berat untuk hadir pada malam sabguzari, akhirnya akan lemah dalam usaha dan slow² menjadi slow motion.. apalah sangat tidur kat rumah tu.. seminggu ada 7 malam.. 6 malam ngan bini.. semalam je kat masjid tempat sabguzari.. 

Ya Allah.. jadikan lah hatiku ini mencintai keempat-empat penjuru masjid tempat sabguzari ku..

Bayan malam sabguzari baru ni..
~versi pendek;


~ versi panjang;


*nota tambahan; walaupun korang dengar bayan ni 1000 kali, masih tak akan dapat kefahaman dan ganjaran pahala yang sama dengan orang yang duduk dan dengar secara live.. wallahua'lam..



Muhammad Mus'ab, sebulan dah..






Thursday, October 20, 2011

Lembu Korban

Aku tulis;
Aku heran dgn iklan² yg dibuat oleh sesetangah ustaz yg dtg mengajar pasal buat korban lembu di kemboja.. satu bhg antara rm230-250.. ni lembu jenis besar ke hape aku x tau la.. sedangkan Dr Rosmadi Nawi iklan kat fb dia;

"Qurban di Kemboja;
Hari Raya Aidil Adha sudah semakin hampir.Bagi sahabat2 FB yg ingin membuat Qurban bagi meringankan penderitaan masyarakat Islam di sana, saya ada menguruskan penghantaran wang Qurban ke Cambodia.Belanja Qurban bagi satu bahagian lembu lebih kurang RM190 sebahagian.Sesiapa yg berminat bolehlah menghubungi saya; 0199317655.Jazakumullahu khairan kathira ..."


~ aku tengah cuba sangka baik tahap gaban ni..

~ kalau untung minima rm30 x 7 bhg = rm210..
~ rm210 x 100 lembu = rm21,000. hmmm..
~ rasanya utk fakir/miskin/madrasah di sana..

sebodoh-bodoh lembu pun sentiasa berzikir..

Dr Rosmadi komen;
Azhar shab; Janganlah dibuat perbandingan harga Qurban yg saya tetapkan dgn yang lain, nanti saya kena marah sebab letak harga rendah(macam buang harga sewaktu jualan murah je.Saya dah ada income lain utk keperluan hidup saya.Syarikat & Ustaz2 terpaksa letak harga tinggi sikit sebab kena cover tambang flight, hotel, gaji staf, crew2 yg bertugas, sijil penyertaan & sedikit profit dari usaha menguruskan.Harga yg saya tetapkan berdasar harga lembu semasa di Kemboja.Kalau tahun lepas & 2 tahun lepas(saya pergi sendiri & beli sendiri lembu dari farm) harga seekor lembu yg cukup besar & gemuk hanya 350USD(so RM180 se bhgn)) Tahun ni harga lembu naik(recession kot) 400USD utk yg sederhana besar, yg besar 450USD jadi saya bahagi 7 bahagian dapatlah lbh krg RM190 se bahagian.Lagi pun isteri saya orang Kemboja, takkan nak ambik untung dari kaum kerabat buah hati kita pulak.. Hehe

Dalam dunia ni mana ada yang percuma, mereka ambil untung sedikit sebanyak diatas penat lelah utk keperluan mereka, di bolehkan.Macam travel agency utk kerja umrah & haji lah.Saya pergi ke Kemboja sambil menziarahi sanak sedara kt sana, tinggal pun kat rumah sedara so tak payahlah nak caj sewa hotel.Bagus juga ada syarikat yg menguruskan kurban tu, ianya memudahkan ramai orang utk menghantar kurban di sana

Aku lagik;
sangka baik dtg semula..

Member sekolah rendah aku mencelah;
Alhamdulillah, semakin ramai/banyak orang/syarikat yg menguruska qurban di kemboja. Semoga niat&pekerjaan mereka diberkati..

Dr Rosmadi jawab pulak;
Sebarang pekerjaan yg ikhlas niatnya & tidak mengambil keuntungan yg berlebihan(terutama yg melibatkan amalan agama spt qurban/umrah/haji), insyaallah diberkati.Janganlah untuk jadi kaya-raya pulak.

Aku tanya lagi last kopek punya;
Korban di kemboja tu terima lagi ke? bila tarikh akhir?

Dr Rosmadi jawab dengan macho;
Terima lagi Syeikh. Tarikh akhir, seminggu sebelum raya..












Tuesday, October 18, 2011

Madrasah oh madrasah.. (komen pilihan)

beberapa komen dari entri aku yang lepas yang aku rasa baik untuk dikongsi gelap kan bersama..

semoga menjadi teman di kubur..
*****
Blogger UK Mali said...

Memang bukan senang nak tadbir madrasah. Sebab saya pengalaman jugak masa mula mula madrasah Lorong Alif Jitra lahir, masa tu seri petaling pun belum ada. Memang letih. Especially macam keadaan ekonomi sekarang. Yuran budak boleh tampung duit makan saja. On top of tu, gaji guru memang cari sponsors. Kalau org tak biasa tahu hal madrasah memang la tak tahu. Tapi very important, madrasah di tadbir secara system syura. Pentadbiran tak campur aduk dgn pelajaran. Maksudnya ustaz ustazah tak masuk campur hal yuran dan sebagainya. Mudir tak mengajar, tetapi mengajaga hal ehwal seluruh madrasah. So everybody ada specific role, bukan pakai kaut saja semua. Also macam di IPB semua madrasah di tanggung oleh business2.

Cumanya masaalah yg ketara juga sekarang ni , semua student habis hafiz alim nak bukak madrasah. Ya la, nak kerja pun gaji madrasah tak mampu nak bagi banyak, tu jadi kes cabut lari ke sana sini. Memang gaji ustaz ustazah kena jaga jugak lah. So ustaz ustazah boleh concentrate pd pengajaran. kalau tak nanti depa sibuk buat business sampingan nak tampung sara hidup pulak. Atau bukak madrasah. Sedangkan nak bukak madrasah , bukan sahaja perlu ilmu madrasah tu sahaja, tetapi juga perlu ilmu pentadbiran, pendidikan , psikologi. Kalau tak madrasah lahir macam cendawan tumbuh, hafiz, hafizah alim alimah berlambak di pasaran, tapi kualiti tak ada. Sebab bukan ilmu tu sahaja yg penting, tetapi tarbiyah, akhlak, muamalat dan muasyarat. Ni syllabus paling susah.

14 October, 2011 15:51


Blogger Ismi Ijmi said...

saya pernah dengar rakaman ceramah ustaz mutalib maarof tentang ni.
katanya orang lebih suka sedeqah ke masjid2, sampai imam taktau nak buat apa dgn duit,.

tu yang dok pi beli tv, lcd, dsbgnya.kenduri makan tak henti2 kepada org yang dah ada byk makanan kat rumah.

ustaz kata kita kena ubah sikit cara infaq harta dari sedeqah kat masjid kepada sedeqah ke pondok2,madrasah2, dan seangkatan.

imam2 sekarang (dok kg) pun dapat gaji rm8rat, tu blom masjid2 pekan yang melimpah2 tabung masjid, ada lah kot percent kat imam2 masjid.

pondok2 dan madrasah kat kelantan ni kadang2 menyedihkan jugak. rasanya tak sama dgn yang ada di selangor. sampai ada orang kelantan hantar anak2 ke madarasah tahfiz kat selangor yang lebih sempurna keadaan.

masjid2 pulak makin lama makin besar, makin besar, makin cantik, ada tempat masak dsbgnya.. orang yg dtg jemaah2 (khuruj) jugak je yang dapat manfaat.org tempatan guna brg2 masjid bila ada keraian ja.

so skrg kita kena ubah metod infak, bg kepada yg lebih perlu. idea2 nak besarkan masjid tu sebab masjid tak muat bila raya ja. sebenarnya sunnah bila raya buat kat tanah lapang, macam kat India.

Saya pernah belajar tentang sebaik2 perbelanjaan kuta bahagikan kepada 3. Satu bahagian untuk sedeqah, satu pertiga untuk keperluan, dan satu pertiga simpanan untuk orang meminta2, ini selepas tolak hutang2 yang ada.

Kalaupun tak mampu, amik la satu madrasah angkat, sumbang RM300 ke sebulan, moga2 kalaupun kita takda anak yang tahfiz, Allah tetapkan tempat kita di syurga kerana infak kita tadi.

Moga-moga Allah juga bagi saya taufiq buat macam tu.

15 October, 2011 10:49

*****

Hadis;
  1. Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya.
  2. Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.
  3. Barangsiapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka.
(dipetik dari kitab fadhilat Quran karangan maulana Zakaria..)

~ kalau diri sendiri nak hafal quran lagi baik.. tapi macam aku ni Yaasin pun tak hafal² lagi.. baca asyik silap je.. mungkin dah banyak sangat mengafal lagu rock kapak.. jadi kalau diri sendiri dah tak dapat, jom le kita jadikan anak² kita sebagai penanggung² al quran.. atau jadikan seorang dari keluarga terdekat sebagai hafiz al quran.. sekonyong² sekurang² nya kita taja seseorang sampai dia betul² jadi hafiz al quran..

ini anak org lain.. tapi aku respek..

p&c* - kalau mampu byr ansuran rumah & kete dunia rm1-2ribu/bln hga ada yg jadi asbab Allah & Rasul istihar perang (sbb amal riba), xkan la x mampu byr ansuran rumah & kete syurga rm1-2ratus/bln yg akn jadi asbab Allah & Rasul istihar redho..

*p&c = pesan & cantas..

ini kete org lain.. aku bertambah suspek respek..






Friday, October 14, 2011

Madrasah oh madrasah.. (n3 jangan yatimkan agama)

pepagi Jumaat ni.. balik dari masjid selepas dhuha.. ahlia (isteri) aku cadangkan supaya anak lelaki aku yang dua orang ni (umur 12 & 9 tahun) dihantar ke madrasah tahfiz masa cuti sekolah nanti.. tapi madrasah yang jenis balik hari le.. hantar pagi dan ambik balik petang..

ni bukan madrasah..
minggu lepas aku keluar 3 hari kat sini..

jadi aku pun mengesearch a.k.a. mencari kat dalam internet.. pada aku madrasah ni penting kita tengok sape² yang jadi tenaga pengajarnya.. sebab fikrah mereka akan beri kesan pada anak² murid.. menghantar anak ke madrasah bukanlah sekadar melepaskan kentut batuk ditangga.. ada orang anggap perkara ni remeh.. terpulanglah..

cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. (bermaksud pencarian yang lama dan teliti..) maka aku terjumpa satu blog sebuah madrasah di gombak.. ok jugak.. aku selak entri² yang dibuat oleh pihak madrasah.. tiba² aku terbaca satu entri luahan perasaan hati dari ustaz yang mengendalikan madrasah.. kita lupakan hal anak aku nak masuk madrasah tu.. dan aku nak kongsi entri tu kat sini..

*****

Assalamu'alaikum, semoga berada di dalam maghfirah dan rahmat ALLAH azza wa jalla. Di harap dapat mewar-warkan perkara berikut untuk menyedarkan umat Islam di negara kita.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang bukan sahaja menjejaskan orang berniaga dan bekerja tetapi juga maahad-maahad tahfiz. Banyak maahad tahfiz yang terpaksa menaikkan yuran. Sebenarnya tindakan ini bukan satu penyelesaian sebab kesannya menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa berhenti dari pengajian al-Quran mereka dan memasuki sekolah-sekolah biasa.

Madrasah Abul Qasim (MAQ - bukan nama sebenar) juga tidak ketinggalan dari berhadapan dengan kesan dari gelombang ekonomi yang di hadapi sekarang namun kami bertegas untuk tidak menaikkan yuran. Walaupun didalam keadaan yuran kami yang merupakan di antara yang terendah di negeri Selangor (Rm160), hampir 40% pelajar-pelajar kami tidak dapat membayar yuran dengan konsisten atau tidak membayar yuran langsung. Kesan dari kekurangan dana yang paling ketara ialah- mengekalkan guru khususnya para guru yang berkualiti.

Ramai dari kalangan masyarakat yang tidak menyedari betapa sukar mentadbirkan sebuah maahad tahfiz di Malaysia, berbeza dengan di negara-negara lain. Jumlah maahad tahfiz yang tutup setiap bulan sama banyaknya dengan yang baru di buka. Masyarakat hanya melihat secara luaran dan mencemuh perkara-perkara yang sengaja dibesar-besarkan yang dikatakan banyak berlaku di maahad-maahad tahfiz seperti pelajar di dera, guru banyak berhenti, pelajar terlibat dengan masalah sosial dsb tetapi tidak ramai yang tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan wang dan tenaga kepakaran untuk memperbaiki keadaan.

Saya sendiri secara peribadi telah banyak berhadapan dengan pelbagai ujian semenjak mengasaskan MAQ hampir 8 tahun lalu. Yang paling terbaru, semalam saya menerima sms layang secara bertalu-talu dari seseorang yang tidak dikenali yang melemparkan tohmahan kepada madrasah dan diri saya secara peribadi (mengatakan saya takbur, sakit jiwa dan tidak ada kelayakan untuk mentadbir dsb). Terdapat pelbagai sebab mengapa dia menghantar sms ini tetapi itu bukan isu yang ingin saya ketengahkan, isunya ialah orang kita lebih gemar mengkritik malahan mereka yang sebenarnya ada "masalah jiwa" sampai ke tahap kondem usaha-usaha yang baik (walaupun terdapat banyak kelemahan di dalam perlaksanaannya) dari membantu secara positif. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas maahad tahfiz.

Pengerusi PIBG-MAQ baru-baru in berseloroh, MAQ sebuah sekolah yang banyak keberkatan, para graduan yang lama menganggur -datang merayu untuk kerja mengajar dan tidak sampai setahun berkhidmat dengan MAQ, nilai diri bertambah dengan pengalaman yang diperolehi lalu di tawarkan kerja di tempat lain yang menjanjikan insentif dan masa depan yang lebih baik (lalu cabut lari!). Sudahlah kita kehilangan guru, ada pula orang yang berhati busuk memberi komen terdapat masalah pentadbiran atau pentadbirnya tidak layak untuk menguruskan maahad tahfiz dsb.

Para peniaga juga tidak kurang yang datang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan mulut manis mengatakan hendak membantu maahad tahfiz tetapi akhirnya kami dapati mengenakan bayaran yang lebih tinggi dari pasaran atau memberi produk yang tidak berkualiti.

Alhamdulillah setakat ini saya masih belum sampai ke tahap putus asa malahan semua halangan-halangan ini menjadikan saya lebih bersemangat dan tabah untuk meneruskan perjuangan. Maka dengan itu, saya ingin mengajak, semua sahabat dan umat Islam di Malaysia supaya tampil kehadapan dan berikan bantuan anda kepada para pendokong yang memperjuangkan al-Quran. Bantuan ini hendaklah secara berterusan dan tidak sekadar menunggu rezeki lebih untuk datang dari khazanah ALLAH.

Sepatutnya kita mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk diri dan keluarga kita dan bangun untuk membantu agama yang telah ALLAH amanahkan di atas bahu kita, kerana inilah contoh tauladan yang para sahabat radiALLAHu ajma'in telah tunjukkan kepada kita. Kalau tidak mampu untuk memberi bantuan samada bantuan fizikal atau spiritual, maka adalah lebih baik jangan jadi seperti golongan munafiq yang kita tahu cerita mereka dari seerah Rasulullah. Semoga ALLAH subhabahu wa ta'ala memberi taufiq kepada kita semua.

Abdullah (bukan nama sebenar)
Pengetua Madrasah

*****


amacam? tanyala diri sendiri.. harta yang Allah bagi kat kita.. banyak mana yang kita gunakan untuk agama.. dan banyak mana pulak yang digunakan lebih dari keperluan asas.. sedangkan air sejuk yang sahabat r.a dapat pun akan disoal.. apa ke lagi kita..

tak payah cerita pasal orang lain.. aku sendiri kalau ke supermarket untuk beli barang dapur.. penuh satu troli.. bila balik dan check.. hanya separuh je yang betul² untuk keperluan.. yang separuh lagi hanyalah aksesori² nafsu.. nya.. pun.. adoii..

orang pun nak dibelinya..

teringat kata² almarhum seorang lama dalam tabligh.. "kita hari kalau tafakud (temuduga) untuk keluar di jalan Allah, akan tulis kat borang belanja rm300.. padahal dalam bank ada lagi puluh-puluh ribu.. yang baiknya berapa baki dalam bank, kena tulis kat borang tafakud.. kemudian barulah diputuskan berapa belanja yang perlu dibawa.."

orang kita memang suka simpan duit untuk masa depan.. tapi tak cukup depan.. sebenarnya kena simpan duit untuk masa depaaaaaaann..

ahhh.. aku masih jauh lagi.. baru cakap².. dan tulis².. semoga aku orang pertama yang akan ingat..

tapi.. akhirat dah makin dekat..






Wednesday, October 12, 2011

Dakwah Kepada Heraclius

~ Hadrat Hisham bin Aas Umawi رضي الله عنه menceritakan; Saya dan seorang lelaki telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar رضي الله عنه untuk mengajak Heraclius, raja empayar romawi kepada Islam. Kami telah memulakan perjalanan kami dan setibanya kami di Ghowta, satu daerah di Damascus, kami telah berjumpa dengan Jabalah bin Ayham Ghassaani (pemerintah kawasan tersebut).

Dia duduk di atas takhtanya dan menghantar utusannya kepada kami untuk berkata-kata dengan kami. Walaubagaimanapun, kami telah berkata, “Demi Allah, kami sekali-kali tidak akan bercakap dengan utusan ini, sebab kami dihantar ke sini untuk bercakap secara terus dengan pemerintah, Jika dibenarkan, kami akan bercakap dengannya, tetapi bukan bercakap dengan utusan.

Apabila utusan tersebut melaporkan hal tersebut kepadanya, dia telah memberi kebenaran dan menyuruh kami supaya bercakap. Saya telah menceritakan dan mengajaknya kepada Islam. Apabila saya bertanya kepadanya tentang baju hitam yang dipakainya, dia menjawab, “Apabila aku memakai pakaian ini, aku telah bersumpah untuk tidak menanggalkannya sehinggalah aku menghalau kamu dan orang-orang kamu dari Sham.

Saya telah membalas kata-katanya dengan menjawab, “Di tempat ini, aku bersumpah dengan nama Allah, kami pasti akan mengambil alih Sham daripada kamu. Kami juga akan mengambil alih empayar ini, Insha Allah. Nabi Kami, Muhammad صلى الله عليه وسلم memberitahu kami tentang perkara ini.

Daripada kata-kata saya ini, dia (Jabalah bin Ayham Ghassaani) berkata, “Kamu bukanlah orang yang dimaksudkan tersebut kerana mereka yang dimaksudkan adalah orang-orang yang berpuasa di siang hari dan bersolat di malam hari.

Kemudian dia bertanya, “Bagaimana kamu dan orang-orang kamu berpuasa?” Apabila kami memberi jawapan, wajahnya terus pucat dan dia menyuruh kami untuk meninggalkannya. Selepas itu, dia telah menghantar utusannya untuk membawa kami berjumpa raja Heraclius.


Apabila kami sampai di tempat yang ditetapkan, utusan yang menemani kami berkata, “Binatang tunggangan kamu (keldai yang kurus) tidak dibenarkan untuk memasuki tempat ini. Jika kamu mahu, kami akan memberikan kamu kuda kacukan ataupun bangal untuk ditunggangi.

Demi Allah!” kami membalas, “Kami tidak akan memasuki bandar ini kecuali degan binatang kami ini (keldai yang kurus).

Mendengarkan kata-kata kami tersebut, utusan tersebut pun memberitahu keengganan kami kepada rajanya. Dan kami telah dibenarkan untuk masuk ke bandar tersebut bersama haiwan tunggangan kami. Dengan pedang yang bergantungan di leher kami, kami memasuki bandar tersebut dan sampai ke istana raja romawi. Dia (raja romawi) melihat kami dari atas istananya sedang kami duduk di atas keldai kami di bawah dan melaungkan kalimah “Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar.

Allah lebih megetahui bahawa istana itu bergegar sepertimana ranting pokok yang bergoyang apabila ditiup angin. Dia (raja romawi) memberitahu utusannya supaya melarang kami daripada melaungkan sebarang kata-kata. Jadi kami pun dibenarkan untuk memasuki istana tersebut. Apabila kami memasuki istananya, kami melihat dia duduk di atas hamparan yang empuk bersama dengan ketua tenteranya. Semua yang ada di dalam tersebut merah belaka, juga segala yang terdapat di sekelilingnya hatta baju yang dipakainya juga berwarna merah.

Ketika kami berjalan masuk, dia ketawa dan berkata, “Apakah yang menyebabkan kamu berani menyapaku dengan perkataan yang kamu gunakan sesama kamu?

Bersama-samanya ada seorang lelaki yang fasih berbahasa arab sebagai penterjemahnya. Kami menjawab, “Adalah dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa kami gunakan sesama kami, juga dibenarkan bagi kami untuk menyapa kamu dengan perkataan yang biasa digunakan sesama kamu.

Dan apakah perkataan yang kamu gunakan ketika menyapa orang-orang kamu?” dia (Heraculis) bertanya.

Assalamualaikum.” jawab kami.

Dia bertanya, “Bagaimana kamu menyapa pemimpin kamu?

Dengan perkataan yang sama,” kami menjawab.

Dan apa jawapannya?” dia ingin tahu.

Perkataan yang sama juga,” balas kami.

Heraclius bertanya lagi, “Apakah perkataan kamu yang paling mulia?

Kami menjawab dengan berkata, “Laa Ilaaha Illallah, Allahuakbar.

Istana tersebut bergegar dengan dahsyatnya setelah kami melaungkan perkataan tersebut sehingga raja tersebut mengangkat kepalanya melihat sekeliling.

Dia bertanya lagi, “Perkataan yang kamu ucapkan tadi membuatkan istana ini bergegar. Adakah setiap kali kamu mengucapkannya, bangunan-bangunan di tempat kamu juga bergegar sepertiman yang berlaku tadi?

Tidak,” kami menjawab. “Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku kecuali ketika bersama kamu.

Dia kemudiannya berkata, “Walaupun separuh daripada kerajaanku ini musnah, aku berharap agar setiap kali kamu mengucapkan perkataan tersebut, ia akan menyebabkan bangunan di sekeliling kamu runtuh dan menimpa kamu sendiri.

Mengapa begitu?” kami bertanya.

Kerana..” dia menerangkan, “..ini adalah lebih baik daripada menzahirkan tanda-tanda kenabian, dan perkara tersebut hanya akan diketahui oleh umum sebagai konspirasi.” Kemudian dia bertanya kepada kami banyak soalan dan kami menjawabnya dengan teliti sekali. Dia juga bertanya kepada kami bagaimana kami menunaikan solah dan berpuasa. Selepas menerangkan kepadanya, dia telah membawa kami ke suatu tempat....

Kami tinggal di sana selama 3 hari dan bertemu dengannya pada satu malam. Ketibaan kami, dia menunjukkan kepada kami satu peti besi besar yang diperbuat daripada emas yang mengandungi banyak bahagian yang kecil, setiap bahagian itu mempunyai pintunya yang sendiri.

Dia mengalihkan cebisan sutera hitam dan membukanya dan di dalammya terkandung gambar yang berwarna merah. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang mata dan pinggang yang besar. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang mempunyai leher yang panjang sepertinya. Dia tidak berjanggut, dua ikat rambut, dan merupakan salah satu daripada orang-orang yang sangat indah dilihat yang telah Allah SWT telah ciptakan.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Adam عليه سلم

Kami juga menyedari bahawa dia mempunya rambut yang sangat banyak berbanding dengan orang biasa.

Heraclius kemudiannya membuka bahagian yang lain daripada peti dan mengalihkan cebisan sutera hitam daripadanya yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan seorang yang berambut kerinting, mata yang kemerahan, dahi yang luas dan janggut yang tebal.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Nuh عليه سلم

Bahagian lain dibuka dan cebisan sutera hitam dialihkan daripadanya yang mengandungi gambar seorang lelaki yang mempunya wajah yang sangat bercahaya. Dia mempunya mata yang cantik, dahinya jelas dan menarik perhatian, pipi yang panjang dan janggutnya putih. Wajah lelaki itu tersenyum.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Ibrahim عليه سلم

Kemudian dibuka lagi bahagian yang lain yang mengandungi gambar yang berwarna putih. Demi Allah, itu adalah gambar Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami mengetahuinya,” balas kami.

Ini adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم..”

Air mata kami mula bercucuran, Heraculis berdiri sebentar dan kemudian duduk.

Kamu bersumpah dengan nama ALLAH yang ini adalah dia (Rasulullah صلى الله عليه وسلم)?

Itu adalah beliau tanpa ragu-ragu.

Itu adalah seperti kamu melihatnya yang sebenar.

Heraclius berkata, “Gambar ini dari bahagian yang terakhir pada peti ini, saya membukanya awal untuk melihat reaksi kamu apabila melihatnya.

Heraclius membuka bahagian lain lagi dan mengalihkan cebisan sutera hitam . Gambar tersebut menunjukkan lelaki yang wajahnya sangat perang dan gelap. Rambutnya kerinting, matanya dalam dan tajam. Dahinya berkerut, giginya diketap dan mulutnya ditutup dengan rapat. Wajahnya menunjukkan dia sangat marah.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Musa عليه سلم

Selepas dari gambar tersebut ialah gambar yang menyerupai hazrat Musa عليه سلم cuma rambutnya berminyak, dahinya luas dan matanya sedikit juling.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Harun bin Imran عليه سلم

Pada bahagian peti yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang berkulit perang dengan rambut yang lurus. Ketinggian badannya pada takat yang biasa. Wajahnya menunjukkan dia sedang marah.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Lut عليه سلم

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih , kami melihat pada gambar itu lelaki yang sangat kacak dengan muka yang kemerahan. Hidungnya mancung, pipi yang nipis dan wajahnya sempurna.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Ishaq عليه سلم

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih , gambar tersebut lebih kurang seperti Ishaq cuma dia mempunyai tahi lalat pada mulutnya.

'“Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Yaakob عليه سلم

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera hitam, ia mengandugi gambar seseorang yang mempunya kulit yang cantik, mempunyai hidung yang mancung, muka yang kacak dan badannya sempurna. Wajahnya bercahaya, sifat rendah diri dapat dilihat dari raut wajahnya yang sedikit kemerahan.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Ismail عليه سلم, datuk kepada nabi kamu.

Membuka lagi bahagian yang lain, Heraclius mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar seseorang yang menyerupai Hadrat Adam عليه سلم dan wajahnya seperti matahari itu sendiri.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu,” balas kami.

Ini adalah hazrat Yusuf عليه سلم

Heraclius membuka bahagian lain dan mengalihkan cebisan sutera putih yang mengandungi gambar lelaki yang wajahnya kemerahan. Dia mempunya betis yang kecil, matanya juga kecil, ototnya besar dan ketinggian yang biasa. Dia menggantungkan pedang disekeliling lehernya.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu.” balas kami.

Ini adalah hazrat Daud عليه سلم

Pada bahagian yang lain, dibuka dan dialihkan cebisan sutera putih. Ia mengandungi gambar lelaki yang mempunyai pinggang yang besar dan kaki yang panjang. Dia sedang menunggang kuda.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu.” balas kami.

Ini adalah hazrat Sulaiman bin Daud عليه سلم

Dibuka lagi bahagian yang lain dan dialihkan cebisan sutera hitam yang mengandungi gambar yang berwarna putih yang menunjukkan lelaki yang muda, janggut yang hitam pekat, rambut tebal, matanya tajam dam mukanya kacak.

Kamu tahu siapa dia?” Heraclius bertanya lagi.

Kami tidak tahu.” balas kami.

Ini adalah hazrat Isa bin Maryam عليه سلم

Kami telah bertanya kepada Heraclius, “Dari mana kamu mendapat gambar-gambar itu? Kami membenarkan gambar tersebut kerana ia mengandungi gambar yang serupa seperti nabi kami.

Heraclius menerangkan, “Gambar-gambar tersebut telah diberikan kepada Adam عليه سلم apabila beliau meminta kepada tuhannya supaya menunjukkan kepadanya para nabi dari keturunannya. Gambar ini kemudiannya disimpan di tempat di mana matahari terbenam. Kemudian Zulkarnain telah mengambilnya dan memberikannya kepada Danial عليه سلم

Dengar baik-baik! Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku lebih sanggup mengorbankan kerajaanku dan menjadi hamba kepada ketua yang terhina di kalangan kamu dan mati seperti itu (daripada aku memeluk Islam dan dimalukan di depan semua rakyatku).” Heraclius kemudiannya memberikan kepada kami hadiah yang mahal dan mengucapkan selamat tinggal kepada kami.

Kami pulang dan melaporkan kepada Hadrat Abu Bakr tentang segala apa yang kami lihat dan segala sesuatu tentang apa yang diperkatakan oleh Heraclius.

Mendengar laporan tersebut, air mata Hadrat Abu Bakar berlinangan dan berkata,
Orang yang kasihan, jika ALLAH mahukan kebaikan untuknya, maka dia pasti memeluk Islam. Rasulullah  صلى الله عليه وسلم memberitahu kami bahawa mereka (orang-orang kristian seperti Heraclius) dan juga orang-orang yahudi, mempunyai keterangan tentang Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama mereka.


~ Hadrat Jubair bin Mut'im رضي الله عنه berkata, (Ketika aku di bawa oleh beberapa paderi ke gereja) mereka (menunjukkan ke arah suatu gambar dan) bertanya, “Adakah kamu lihat dia?

Ketika saya melihat, saya mendapati gambar itu seperti gambar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Saya juga mendapati gambar Abu Bakar رضي الله عنه yang mana telah mengikuti jejak langkah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Adakah kamu nampak ciri-cirinya?” mereka bertanya.

Saya sudah pasti” jawab saya.

Sambil menunjukkan ke arah gambar Rasulullah, mereka bertanya, “Adakah ini dia (Rasulullah صلى الله عليه وسلم)?

Saya menjawab, “Demi Allah! Itulah dia. Saya pasti itulah dia.

Mereka bertanya lagi, “Dan adakah kamu mengenali seseorang yang mengikuti jejak langkahnya?

Ketika saya membenarkannya soalan itu, mereka berkata, “Kami pasti bahawa dia adalah ketua kamu pada masa ini dan khalifah selepasnya.

Dalam riwayat yang lain, dikatakan bahawa Hadrat Jubair رضي الله عنه bertanya, “Dan siapakah orang yang mengikutinya itu?

Paderi-paderi itu menjawab, “Sepatutnya, akan ada nabi selepas nabi, kecuali nabi ini (Rasulullaah  صلى الله عليه وسلم). Tidak akan ada nabi lagi selepasnya, jadi di sini ialah khalifah.

Apabila Hadrat Jubair melihat dengan lebih dekat lagi (pada gambar tersebut), dia mendapati bahawa orang tersebut ialah Hadrat Abu Bakr رضي الله عنه.

(Dipetik daripada Hayatus sahabah jilid 3 susunan Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi)






Friday, October 07, 2011

Golongan Ghuraba'

Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita.

Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah.

???
Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?. Rasulullah s.a.w menjawab orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa". (Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba' (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba' ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak.

Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud; "Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu. Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah?. Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku".

Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh Baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan.

Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: "Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman".

(petikan khutbah Jumaat Selangor 30 Sept 2011)



maju bukanlah terus ke depan,
tapi maju sebenar adalah kembali ke belakang..



 


Monday, October 03, 2011

Mus’ab bin Umair (مصعب بن عمير)

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

dari tingkap itu..
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya daku tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Apa lagi, lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah.

Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu daku melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.

dan dari tingkap ini..
Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:
Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Mus'ab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah).
Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?
Maka jawab sahabat:
Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.
Lalu Nabi saw bersabda:
Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.
(Hadis riwayat Turmizi)

Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian Aqabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian Aqabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.
    Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul."
      Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

      Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.

      Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
      "Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu (daun azka)."

      Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

      Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

      *******

      no 3 - 6 bersama no 7..
      dan no 7 itu diberi nama Muhammad Mus'ab..
      selamat dibotakkan pada 27/09/2011..
      semoga menjadi seperti sahabat..




      Testimoni Penyimpan Emas

      Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...