Friday, June 25, 2010

Qunut Nazilah


Aku nak cerita satu tragedi yang berlaku kelmarin (23/06/2010) yang bermula kira-kira jam 10:25 pagi waktu Malaysia dan berakhir kira-kira jam 10.50 pagi, juga pada waktu Malaysia..

Pada waktu itu aku sedang sibuk mengira insuran kereta untuk seorang pelanggan di depan komputer peribadi (PC) aku..

Tiba-tiba.. (on musik saspen cerita P Ramlee..)..

tiba-tiba yang kedua..

Di depan muka aku telah muncul..

bukan budak ni yang muncul.. gambar sekadar hiasan..

Satu pop up di screen PC.. pop up Yahoo Mesengger..

Encik salah sorang dari korang (bukan nama sebenar seperti dalam kad pengenalan Malaysia) ingin bertanyakan satu soalan kepada aku..Ikuti kisah seterusnya..

salah sorang dari korang: salam...

azharjaafar: w'salam..

salah sorang dari korang: cuba ko cerita kat aku...

salah sorang dari korang: betul ke Qunut nazilah tu

azharjaafar: qunut panjang ke qunut pendek..

salah sorang dari korang: ...

azharjaafar: x tau le..

salah sorang dari korang: qunut tu betul

salah sorang dari korang: ...cuma yg ada anjing2

azharjaafar: yg anjing2 tu dengar kat mana?

salah sorang dari korang: kan ada yg selalu org baca doa

salah sorang dari korang: ihzimhum

salah sorang dari korang: kilabik

salah sorang dari korang: apa benda tu

azharjaafar: hancurkan mereka.. kot..

salah sorang dari korang: hancurkan pakatan mereka

azharjaafar: jiwa perjuangan la tu..

salah sorang dari korang: aku nak tanya

salah sorang dari korang: sunnah ke?

salah sorang dari korang: sejarah nabi baca masa jemaah qura' tu

salah sorang dari korang: tapi takkan sekasar tu...

salah sorang dari korang: sebab serba salah nak amin....

azharjaafar: kena tanya ustat..

salah sorang dari korang: awak kan ustaz

azharjaafar: aku bukan ustat..

salah sorang dari korang: maulana??

azharjaafar: alim besar..

salah sorang dari korang: mintak penerangan tuan alim

azharjaafar: tapi aku alim kucing je..

salah sorang dari korang: haha kucing lg alim dari hang

azharjaafar: aku pun belajar dari kucing..

salah sorang dari korang: hehehe
*perbincangan tamat..

Lepas tu aku search kat internet.. dan jumpa;


Qunut Nazilah
Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuhdan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:


Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

sumber; JAKIM - Doa Qunut Nazilah

Aikk.. tak de pulak sebut pasal anjing-anjing.. aku search lagi dan jumpa blog nih http://qunut-nazilah.blogspot.com/
.. barula ada sebut pasal itu anjing..


Tapikan.. sebenarnya..
kita tak dapat bantuan Allah..
sebab kita (termasuk aku), tak buat kerja yang jadi sebab dapat bantuan Allah..

kita tak mulia dan jadi hina..
sebab kita (termasuk aku lagi sekali), tak buat kerja yang jadi sebab dapat mulia dan tak hina..

Bantuan dari langit..

..dan orang Yahudi tak takut kalau kita lebih ramai dari dia walaupun dengan jumlah yang berlipat kali ganda.. "Tak heran den nye.." kata seorang Yahudi dalam loghat nogori.. Tapi diorang ni takut bila orang Islam solat Subuh sama ramai macam solat Jumaat..

..dan lagi pagi ni aku gembira sket bila solat Subuh di masjid aku genap 2 saf.. Anggaran aku 1 saf bersamaan 50 lelaki beriman.. kena tambah usaha lagi..

..dan lagi dan lagi, yang solat di rumah tu sila pakai telekung..

Wallahua'lam..



Sunday, June 20, 2010

Realiti Dan Fantasi

{~goreng~}
Kita sering dibatasi
Realiti dan fantasi
Saat cinta bersemi
Bersama berilusi

Di situlah kita
Mengenal ertinya budi
Kasih sayang insani
Dan peribadi.. {~goreng lagi..~}

Realiti atau Fantasi?

Wooo.. amende nie? Rock kapak la pulak..
Tak de lah.. Saja nak kongsi cerita.. Sorang pengkomen telah membuat pengkomenan di dalam entry aku yang lepas.. rasanya bagus jugak untuk dikongsi pengkomenan oleh pengkomen tersebut..

Tapi aku tak nak ambik semua isi pengkomenan pengkomen tersebut.. cuma sikit aje yang aku 'kerat & tampal' (cut & paste..)

*****

'Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan fantasi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah fantasi, dan fantasi sentiasa dikalahkan oleh realiti!'

*****

"Waaaarrggggg..." suara budak darjah 2 menangis..

"Keh keh keh.." suara budak darjah 5 ketawa..

"Woi.. apa ni bising-bising? Dah la main bola dalam rumah, lepas tu nak nangis-nangis pulak.." suara bapak kepada budak-budak darjah 2 & 5 tersebut dengan sedikit nada marah..

"Abang main bola dia tipu.. tak gol tapi dia kata gol.. waaaarrggggg..." kata budak darjah 2 lagi sambil menyambung tangisannya..

"eleh.. gol lah.. Keh keh keh.. Keh keh keh.." ketawa budak darjah 5 dengan lebih panjang..

"Taaakk.. abang tipu.. mana ada gol.. waaaarrggggg..." kata budak darjah 2 lagi..

"Dah dah senyap.. nah ambik kunci motor abah ni.. start motor tu, lepas tu korang set dia punya meter, pergi ke masa ½ jam yang lepas.. betulkan balik keadaan.. panggil abah tengok, gol ke tak gol.." kata bapak bebudak tu dengan muka serius..

~ahh.. Realitinya aku masih tergolong dalam manusia yang Fantasi..

Fantasi Terakhir?

Pada detik yang ngeri
Yang tak pernah termimpi
Ku dibaluti sepi
Kenangan membara lagi
Meracuni hati yang keterlanjuran

Baru kini ku akui
Kau masih milik ku lagi
Dan terus bersemadi
Hingga akhir nanti
[kumpulan pangkah bulan pangkah dacing pangkah api]

rock kapak dengan rambut tebuan & seluar sarung nangka



Monday, June 14, 2010

Baru Balik Dari Jor..

Alhamdulillah, baru balik dari jor.. jumpa ramai kengkawan..

Pergi & balik naik motor EX5 bernombor plat WEF8804 yang baru tukar sport rim.. heh.. heh..

Mu'az

Aku dah berada di tapak jor sejak malam Jumaat 11.30 malam.. Malam pertama & keempat, orang KL boleh bermalam di masjid Bandar Baru Sri Petaling.. tapi malam kedua & ketiga, orang KL diputus untuk bermalam di beberapa masjid, surau & sekolah di sekitar Bandar Baru Sri Petaling.. Jadi aku & the gang dari Kepong, bermalam di satu masjid dekat dengan Desa Water Park..

Pukul 1 tengahari tadi aku mempress minyak motor aku balik ke Kepong..

1.15 ptg singgah kat Masjid Firdaus, Segambut untuk solat Zohor..

1.45 ptg sambung kerja-kerja mempress minyak motor..

1.55 ptg Allah sampaikan aku ke rumah.. Alhamdulillah..

Aiiikk?? Tu je ke cerita jor? Aiseyy.. cerita kat sini tak best la.. korang kena pergi sendiri.. duduk dengan adab, dengar dengan tumpuan.. mujahadah sepanjang jor.. baru Allah beri faham..

Tapi secara kesimpulannya apa yang aku faham.. kita kalau nak selamat kena jadi golongan sahabat muhajir & ansar.. dan dalam Islam, tak ada golongan ke tiga.. dan disebut juga dalam bayan mengenai bahaya 8 perkara (tengok post aku sebelum ni kat http://azharjaafar313.blogspot.com/2010/06/surah-at-taubah-24-27.html).
 
pemandangan yang x best dipandang.. tapi dah berbelas2 ribu yang datang.. nak buek cam no..
atas jamban pun ada khemah

Semoga Allah terima diri & harta aku & keluarga untuk agama Allah Subhanahu wata'ala.. dan semoga Allah kembalikan umat Islam kepada maksud & tujuan sebenar meraka dihantar ke dunia.. dan semoga Allah ampunkan kita semua yang dah lama tinggalkan kerja ni.. amin...

kapcai aku dihiasi model yang kena paksa dan berlatar belakangkan kain yang dah kering tapi belum diangkat..


Thursday, June 10, 2010

Jemputan ke Ijtimak Zon Tengah

Adalah dijemput semua lelaki beriman ke perhimpunan orang2 beriman di masjid Bdr Baru Sri Petaling bermula dari Asar 11 Jun hingga Zohor 13 Jun 2010..

Berhimpun dan mendengar kata2 nasihat dari para ulama akan menjernihkan hati, menguatkan sanubari, mendapat ketenangan hakiki, pembersih dosa, disamping banyak lagi manfaat2 kerohanian yang lain.. InsyaAllah.

Jangan lepaskan peluang..

 

Wednesday, June 09, 2010

Surah At Taubah 24-27

Masjid - cermin kepada amal umat Islam..

Bahaya 8 perkara..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika

  1. bapa-bapa kamu, 
  2. dan anak-anak kamu, 
  3. dan saudara-saudara kamu, 
  4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, 
  5. dan kaum keluarga kamu, 
  6. dan harta benda yang kamu usahakan, 
  7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
  8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, 
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada

  1. Allah 
  2. dan RasulNya 
  3. dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, 
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(At Taubah; ayat 24)


Jangan yakin majoriti..

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At Taubah; ayat 25)


Kena usaha iman gak..

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At Taubah; ayat 26)


Yang sudah tu sudah le..

Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(At Taubah; ayat 27)

Ni ke cara yang dianjur oleh Nabi kepada kita? (ni bukan orang kat sini tapi orang kat tempat lain..)
lebih kurang sama je macam cara puak2 nih..

Ni je caranya..
  1. Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", 
  2. dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), 
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
 (At Taubah; ayat 100)

Wallahua'lam..



Monday, June 07, 2010

Pesan Hadratji

 Satu taman dari taman-taman syurga
atau satu lembah dari lembah-lembah neraka.


Tuan-tuan yang mulia,

Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".

Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.

Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda. Zikir yang kita buat dirumah kita sendiri, tilawah quran yang kita buat dirumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika dibuat dijalan Allah SWT adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.

Hari ini dari segi amalan kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu kita keluarlah dijalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini lebih bernilai disisi Allah. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu "Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain". Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar dijalan Allah SWT ini adalah dengan niat untuk islah diri kita bukannya untuk islah diri orang lain.

Semoga Allah SWT jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang keluar ke jalan Allah SWT untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah SWT jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan di dalam agamaNya.

*********************************

*dicilok tanpa izin dari encik penggali kubur.. 



 Aku harap satu hari nanti, barang-barang ni saja
yang balik ke rumah tanpa tuannya..


Wednesday, June 02, 2010

Sedikit Cerita Jalan Kaki

Alhamdulillah selepas beberapa tahun aku berazam untuk keluar jalan kaki, akhirnya Allah izin jugak..

Pada malam mesyuarat Rabu masjid Sri Petaling 31 Mac 2010, aku dengan semangat waja dan berbekalkan hidung yang kembang separuh kerana suspen (maksudnya, tak kembang 100%), pergi tafakud (temuduga) untuk keluar 2 bulan jalan kaki. Walaupun bini aku tashkil aku keluar 4 bulan jalan kaki.. tapi tetap ku tahan Jebat.. mengenangkan cinta pada dunia masih menebal dalam hati, jadi aku minta kurang dari bini aku untuk keluar 2 bulan saje.. ohh lemahnya aku..

Aku lulus tafakud dan telah diminta berkumpul lepas Asar 1 April 2010. Bayan hidayat diberi pada pagi 3 April dan jemaah aku seramai 12 orang telah pergi ke tashkil pertama di Hulu Selangor.


View Larger Map
Tashkil 1.. Mula dari Kg Keliang, Kalumpang dan berakhir di Tmn Bkt Bujang, Rasa.
Buat usaha di 6 masjid/surau. Satu surau 2 hari.. Jumlah jarak lebih kurang 20km.

Masjid Kalumpang

15/04/2010 - balik Sri Petaling untuk beri laporan.


View Larger Map
Tashkil 2.. start dari Desa Permai jln Karak Mentakab dan last sekali kat Felda Mengkuang, Triang. 21 masjid/surau.. dan jumlah jarak lebih kurang 60km..

Masjid Daerah Bera


Takde banyok mende koi nok karkuzari (cakap stail oran Pahen yan suke maken iken Paten).. Tak kan  itu pun awok tok pahem.. apeke bende la awok oran nie..

 Mengkhususi Ikan Paten untuk dibuat gulai tempoyak.

Aku nak seberang sungai Pahang ni dengan berjalan kaki..
tapi tak jadi sebab takut riak..

Secara keseluruhannya jemaah kami satu hati, buat kerja dengan taat amir dan gembira.. Sama2 pegi dan sama2 balik.. Jalan kaki paling jauh 13km dan paling dekat 1km..

Makan best sebab Allah bagi sedap. Amir sab suka masak sebab dia amir taam ijtimak Nilai tahun lepas dan insyaAllah amir taam jur kawasan tengah tahun ni.. Banyak belajar dari amir sab dan ahli jemaah yang lain. Rasa2nya ni lah jemaah terbaik pernah aku ikut. Sedih bila tangguh..

 Termenung memandang langit.. teringat pencipta langit..
teringat jugak kat rumah.. dan orang rumah..

Kelengkapan tidur dae akhir zaman..
kalau sahabat Nabi nampak, mesti aku kena smash punya..

 Hujan lebat yang Allah turunkan..
mudah2an bersama hidayat dan rahmat..

Nusrah Allah memang banyak tapi tak nak karkuzari kat sini. Biar jadi kenangan seumur hidup aku aje.. Untuk tak menghampakan korang, aku hadiahkan bayan masturat jemaah aku.. lepas dengar bayan, jangan tidur.. terus gaaash...



30/05/2010 - balik KL.. karkuzari.

Persiapan untuk ijtimak kawasan tengah.. 
atas bumbung pun naik khemah.

31/05/2010 - wafsi & dot.. dot.. dot..

p/s; Jemput la ke perhimpunan orang Islam di masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 11, 12 & 13 Jun 2010. InsyaAllah jumpa di sana..


Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...