Thursday, September 17, 2015

Dah 4 Bulan Lebih Tak Update Blog.. huhu

Pegi mana bro? lama x nampak..
heheh.. gi jenjalan la.. tengok negeri orang..


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. lebih baik di negeri sendiri.."
"Apesal lak lebih baik di negeri sendiri.. kan hujan batu?"
"Tu lah.. korang tak tau.. batu bukan sebarang batu.. tapi batu berlian, batu akik, batu zabarjad, batu zamrud.. kalau tak, tak kan lah ramai yang minat negeri kita.. huhu"


Aktiviti setelah balik..

22/08/2015..
memanah di dalam rumah dan di luar rumah..
(maaf.. hanya video memanah di luar rumah shj dapat disiarkan.. harap kecewa..)



23/08/2015..
balik kampung kat Ulu Yam, Hulu Selangor






31/08/2015..
berenang2 ke tepian sempena Hari Kemerdekaan




08/09/2015..
20 tahun dah pun berlalu.. hangatnya masih cam dulu.. jgn jeles haa.. ahaks 



12/09/2015..
Alhamdulillah kancil 850 kesayangan kami sekeluarga baru keluar workshop.. enjin 850 yg pernah di oberhol 3thn dulu x dpt dikekalkan.. skrg dah dpt enjin baru 660 dari jepun.. tapi pickup masih mantap mcm 850..



13/09/2015..
Walking time.. 
Taman Metropolitan Kepong (Taman Layang2)







dan ni bonus track.. ahaks..
~credit to my pren, bro.Ali Russia..









Insuran & Road Tax Online (klik logo)


Wednesday, April 29, 2015

3 Usaha Untuk Masturat (Wanita)


3 kerja masturat;

1. Ambil berat taklim rumah.
-Zihin agama akan terbentuk bila isteri dengar quran & hadis.
-Agama masuk ke dlm rumah melalui taklim.
-Rumah yg ada bacaan quran & hadis akan bercahaya pd pandangan penduduk langit.
-Gilirkn kitab fadail amal & muntakhab hadis.
-Adakan muzakarah 6 sifat sahabat. Dari karkuzari Malaysia, 1/2 shj rumah yg ada taklim buat muzakarah 6 sifat.
-Suami juga perlu duduk dlm taklim & mulakn muzakarah 6 sifat.
-Wujudkan suasana tashkil. Jgn tunggu tashkil waktu bayan shj.
-Hidupkn mesyuarat di rumah. Putuskan siapa baca taklim utk esok.
-Hidupkn halkah quran.

2. Seminggu sekali wanita perlu hadir taklim mingguan.
-Suasana taklim mingguan akan pengaruhi wanita buat taklim di rumah.
-Wanita2 yg x pernah keluar juga perlu hidupkn taklim.
-Jgn uzurkan wanita dari taklim mingguan.
-Pergi taklim mingguan dgn fikir.
-Tashkil wanita2 hidupkan taklim di rumah, wanita sediakn suami2 keluar di jln Allah & wanita sediakn sesama sendiri utk keluar jmh masturat.
-Kertas2 tashkil perlu diberi pd lelaki utk di mesyuaratkn.
-Tiada makan minum semasa taklim mingguan.
-Wanita terus dibawa pulang selepas habis taklim mingguan.
-Banyakn tempat taklim masturat. Fikir & usahakan.

3. Bawa masturat keluar 3hari di jalan Allah.
-Lelaki keluar jmh lelaki dgn mohalla masing2 2bln berturut2. Bulan ke 3, jemaah yg sama keluar masturat.
-Dlm setahun masturat keluar 3hari 3 atau 4 kali.
-Sebagaimana lelaki keluar negara jauh, wanita juga perlu ke negara jauh.
-Malaysia boleh pergi ke banyak negara.
-Di Vanezuella wanita2 di pasar telah kepung jmh lelaki yg datang dan minta jemaah masturat utk belajar agama.
-Di Perancis wanita2 kata x ada siapa nak ajar mereka agama. Mereka telah dtg ke Raiwind minta jemaah.

Semua sedia? InsyaAllah.. tetapkan tarikh bila nak keluar masturat 2bulan, 40hari, 10 atau 15hari, 3hari.






Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Tuesday, April 28, 2015

Cuti-Cuti Keluarga - Port Dickson

Ni cerita sebulan lepas.. masih segar dalam ingatan..

Isteri belum habis pantang dah gi bejalan.. huhu.. habih camno..

28 & 29 Mac 2015

abam driver
co pilot
rakyat jealata
aktiviti utama
uminya rilek aje la ye..
Ilyas pun nak mandi?
sewa apartment
makan malam
geng budak besar
sebelum balik, singgah dulu

ni cerita lain..
1 April 2015 - GST bermula..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Monday, March 23, 2015

Muhammad Ilyas

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mencipta, mentadbir dan memelihara setiap makhluk ciptaanNya.. aku dapat anak lagi.. yang no 8.. hmm.. Allah kuasa, makhluk xde kuasa..

Kisahnya berlaku begini..

10/03/2015,
kira² jam 1 pagi..

rilek brader.. jangan saspender.. ni bukan citer hantu..

diulang.. kira² jam 1 pagi, isteri kejutkan aku.. bagitau dah rasa sakit².. aku pun bangun dengan segala kelajuan yang ada dan bersiap apa yang patut..

jam 2 pagi, kami dah sampai ke Wad Bersalin, Hospital Selayang.. aku baca Yaasin 2-3 round.. 2.50 pagi, isteri dah selamat bersalin dengan sekali "push" je.. huhh.. lega aku.. alhamdulillah.. saspen woo duduk sebelah bini nak beranak ni..

azan dan iqamat dilaungkan..
baby boy, 3.08kg..

5.00 pagi..
nak masuk wad..

11/03/2015,
12 tengahari..
diziarahi mak & abah..

8.30 malam..
dah balik rumah..
err.. sila abaikan tilam yang x bercadar..

17/03/2015,
genap sudah 7 hari.. Muhammad Ilyas nama diberi..
semoga membesar sebagai dae.. puri alam, puri zindegi..
dah kena botak..
acara selpie beramai²..
anak dah keluar.. lepas ni bapak lak kena keluar..
4 bulan ye..

20/03/2015,
buat kenduri sket..
hidangan batingkek-tingkek..

dan cerita lain, sebelum kejadian..
08/03/2015,
mengecai bersama kengkawan..







Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Saturday, March 07, 2015

Kita Dihantar Sebagai Umat Nabi S.A.W.

Siapa sedia pergi hujung2 dunia kerana agama....
Laporan jemaah malaysia 4 bulan BBNJ (belanja besar negara jauh)
2013 - 30 jamaah
2014 - 150 jemaah
Tahun ini 2015 - malaysia telah ambil tanggung jawab untuk menghantar 400 jemaah ke 83 negara di keseluruh dunia...

Daripada pemerhatian, menunjukkan peningkatan secara mendadak jumlah jemaah yang dihantar untuk ke negara jauh... menunjukkan semangkin ramai ummat ni sedar akan kepentingan usaha ini, mulai faham akan dakwah adalah tanggung jawab setiap ummat Islam dan sedia berkorban untuk agama...

Ini belom lagi mengambil kira jemaah 4 bulan IPB, negara jiran, dalam negeri, jalan kaki, matsurat..2 bulan BBNJ, IPB, negara jiran, jalan kaki,40 hari BBNJ, IPB, negara jiran dalam negeri, jalan kaki, matsurat...10 hari, 3 hari ..daftari...Belom masuk lagi jemaah dari seluruh dunia, yang kini, tiada 1 negara pon yang terkecuali daripada usaha ini....Dapat bayangkan x?... mereka semua ini sedang bergerak di atas muka bumi ini, semata2 atas maksud agama..

Kalau dilihat dari segi ekonomi, rumah, harta benda, perkerjaan, kelapangan rakyat malaysia, di kampung, desa, pekan, felda, bandar mahupon kota, sepatutnya angkanya jauh lagi besar berbanding 400 jemaah.. malah berpuluh ganda, mungkin beratus ganda...yang perlu kita lakukan adalah menukar salah faham.. Agama ini akan dibangkitkan lagi sebelum datangnya hari kiamat, angka tersebut akan bertambah, hari demi hari, tahun demi tahun..

Adalah tersangat rugi kita tidak melibatkan diri...masih memberi alasan : saya sibuk, xd masa, saya kena kerja, kena cari makan anak isteri, kena bayar rumah kereta, 3 hari saya amat berharga...saya lebih rela korbankan 3 hari saya untuk pergi bercuti, memancing, melepak, naik gunung, masuk hutan, p laut... keinginan, kemahuan, keselesaan, kemewahan, keduniaan saya lebih penting dari usaha atas iman dalam diri saya sendiri, lebih penting dari agama y kerananya sahabat2 RA dahulu buat pengorbanan, nabi2 Allah AS dan nabi SAW disusah susah kan...

Adakah jawapan ini kita nak berikan diakhirat kelak?..Hidup ni antara 2 sahaja, untuk dunia atau untuk akhirat...Jika kita tidak habiskan masa untuk akhirat, kita akan habiskan untuk dunia...Begitu juga, pengorbanan, susah payah, kesedihan, kegembiraan, jika tidak kerana akhirat, kita hanya akan disibuk2kan kerana dunia..

Memang lah, dunia kita akan jadi lebih baik, isteri lagi cantik, rumah lagi besar, kereta lebih mewah,mak ayah gembira, dapat travel jauh2, tapi adakah ada bahagian untuk kita diakhirat kelak?..Kita cuba imbas kembali, selama ini saya banyak bersusah payah untuk apa?.. bagaimana akhirat saya.. bagaimana iman saya.. amal saya... pengorbanan saya... agama saya???

Jika kita tidak membuat pilihan, keputusan dan perancang..lihat lah nanti, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, dimana kita? Di kala sahabat2 kita sudah maju dari segi membuat pengorbanan untuk agama, timbul keghairahan, cinta pada agama, dimana kita? Adakah masih di takuk yang lama.. salah faham terhadap agama, ditipu oleh dunia, terus mengejar harta benda..atau pon sudah berada di alam kubur bersama penyesalan yang tiada guna...takut2 Allah tidak pilih kita hingga akhir hayat... dan pada saat itu pon, kita masih memberi alasan, saya kena hantar cucu saya pergi sekolah... saya dah nak mati dah, xmampu nak keluar jihad..duit saya dah habis digunakan untuk bina mahligai dunia... moga Allah jauhkan kita dari semua ini..

Moga Allah pilih kita menjadi salah seorang dari mereka yang bertebaran di muka bumi ini semata2 kerana agama..

*kopipes dari fb Fahmie Kamni yg joss pepagi ni..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Monday, February 16, 2015

Kisah 3 Minggu

24 Januari 2015..
keluar 3 hari masturat.. rumah flat tingkat 4.. ahlia tengah sarat 7 bulan.. mengah jugak la naik tangga.. tapi sekali naik je.. habis 3 hari baru turun.. kami la orang lelaki yang kena naik turun tiap² hari.. terasa umur dah banyak.. huhu

untuk jadi tuan rumah masturat ni tak susah.. tuan rumah tak pernah keluar pun boleh terima jemaah.. rumah flat pun jangan segan silu terima jemaah.. biar rumah sempit tapi hati ada luas la.. ahaks..

jemaah kami 6 pasang dgn 7 masturat (seorang tu bawak isteri & mak).. tuan rumah pulak campur seorang masturat tempatan yg nusrah penuh.. jadi total 9 masturat full time 3 hari.. alhamdulillah program dpt dibuat dgn baik..

*pepagi sblm keluar, bateri kete kong.. mudah2 iman tuan kete x kong.. 

27 Januari 2015..
Utusan dari Hj Abd Wahab sahab damatbarkatahu, dari icu hospital.

Sebaik sahaja beliau boleh bersuara, maka pertama-tama beliau sampaikan salam pada majmak,
(mungkin ramai yang menunggu di luar bilik icu)..
dan kemudian dikatakannyalah pada semua bahawa;

  1. Tidak patut sama sekali kita letakkan harapan kepada selain dari Allah swt..
  2. Dan kita sebenarnya, belum pun pernah berniat untuk hidayat, untuk seluruh alam, maka beristighfarlah kita atas perkara ini..
  3. Dan kita mesti berdoa supaya Allah swt ambil kerja dari kita, bertepatan dengan keinginan Allah sahaja..
  4. Dan berterusanlah ucapkan, Laa haula wala quwwata illa billah..

31 Januari 2015..
Bawak bebudak gi mandi kat Taman Rimba Bukit Lagong..

4 je yg ngikut..
kecerian terserlah pd wajah bapak budak..

01 Februari 2015..
hari Wilayah Persekutuan sejak 1974.. walaupun aku lahir kat KL tapi aku tetap anak Selangor sebab lahir tahun 1973..

gi memanah setelah hampir 3 bulan rehat.. bawak family je..

ala² sniper..
macam sahabat..
bersama crew..
tukang sorak..


3 Februari 2015..
bersamaan 13 Rabiulakhir 1436.. genap 20 tahun aku menikah dengan bini..

kurnian Allah..
err.. yg no 8 dalam perut..


5 Februari 2015..
pegi masjid Sri Petaling.. lepas isyak tafakud unuk BBNJ bulan April ni insyaAllah.. doa..

ada kipas resakse baru pasang.. pusingan ikut lawan jam..

7 Februari 2015..
memanah dengan kengkawan.. horeyyy..

riadah sunnah..
aksi tok guru..
memanah biawak..


8 Februari 2015..
gi mandi kolam.. horeyyy lagi..

dah masuk kolam, susah nak ajak balik..
yang berbadan dua pun mandi sama..


12 Februari 2015..
perginya seorang ulama.. innalillahi wainnailahi raji'un..

Saiyyidina Abu Darda r.hu berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; "Kematian seorang alim adalah kekosongan yang tidak mungkin dapat diganti, satu kekurangan yang tidak mungkin dapat disempurnakan. (Kematian) seorang alim ialah bintang yang hilang cahayanya. Kematian seluruh ahli kabilah adalah lebih ringan daripada kematian seorang alim." (Baihaqi) - Kitab Muntakhab Ahadith, bab Ilmu dan Zikir, ms 245



14 Februari 2015..
memanah lagi..




yang bawah ni rare sikit...



ANDA DILARANG MENIRU AKSI INI TANPA PENGAWASAN DARI PROFESIONAL..

ahaks..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...