Tuesday, June 18, 2019

Cerita dari Tennesse, USA


Pada tahun 1985, Hadraji Maulana Innamul Hassan telah amanahkan kepada Pakistan untuk hantar 10 jemaah setahun jalan kaki pada setiap tahun ke USA. Jadi mereka mula hantar jemaah setahun jalan kaki hingga 1995. Mereka berjalan kaki dari timur ke barat, dari utara ke selatan, bandar ke bandar, tak kira musim sejuk atau panas. Khemah-khemah didirikan pada setiap tempat mereka berhenti untuk mereka menetap dan buat amal selama beberapa hari. Kemudian mereka jalan lagi. Kesannya ribuan orang dapat hidayat.

Karkun tempatan di Maryland menceritakan pada satu mlm pada tahun 1991, beliau terima panggilan dari balai polis di bandar berhampiran Memphis, Tennesse. Pihak polis bertanyakan adakah beliau kenal jemaah Pakistan yang sedang bergerak di sana. Karkun tu kata ya dia kenal. Polis maklumkan bahawa jemaah ni sedang terperangkap dalam salji di satu kawasan berbukit. Jadi nak buat apa dengan mereka ni? Karkun tempatan tu kata berilah mereka tempat perlindungan sehingga salji reda.

Jadi pihak polis telah tempatkan mereka di balai polis. Jemaah boleh pilih nak menetap di mana-mana bilik dan jemaah telah memilih utk menetap di dewan utama balai polis. Jemaah telah menetap di sana selama seminggu dan 3 pegawai polis telah memeluk Islam.

Bila ditanya kenapa kamu masuk Islam? Mereka kata selama seminggu mereka telah memerhati pergerakan dan amal jemaah melalui CCTV. Pada waktu malam mereka lihat jemaah bangun untuk solat dan menangis dalam doa-doa mereka. Jadi polis ni tanya apa yang kamu doakan? Jemaah kata kami doa untuk kamu supaya kamu dapat hidayat dan selamat di kehidupan akhirat. Polis tanya kenapa kamu doa utk kami? Jemaah kata sebab kita bersaudara kerana datang dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam a.s. Allahu akbar.

WallahuĂ lam.



¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD :
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)


Layari; http://takaful-am.blogspot.com

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...