Monday, February 16, 2015

Kisah 3 Minggu

24 Januari 2015..
keluar 3 hari masturat.. rumah flat tingkat 4.. ahlia tengah sarat 7 bulan.. mengah jugak la naik tangga.. tapi sekali naik je.. habis 3 hari baru turun.. kami la orang lelaki yang kena naik turun tiap² hari.. terasa umur dah banyak.. huhu

untuk jadi tuan rumah masturat ni tak susah.. tuan rumah tak pernah keluar pun boleh terima jemaah.. rumah flat pun jangan segan silu terima jemaah.. biar rumah sempit tapi hati ada luas la.. ahaks..

jemaah kami 6 pasang dgn 7 masturat (seorang tu bawak isteri & mak).. tuan rumah pulak campur seorang masturat tempatan yg nusrah penuh.. jadi total 9 masturat full time 3 hari.. alhamdulillah program dpt dibuat dgn baik..

*pepagi sblm keluar, bateri kete kong.. mudah2 iman tuan kete x kong.. 

27 Januari 2015..
Utusan dari Hj Abd Wahab sahab damatbarkatahu, dari icu hospital.

Sebaik sahaja beliau boleh bersuara, maka pertama-tama beliau sampaikan salam pada majmak,
(mungkin ramai yang menunggu di luar bilik icu)..
dan kemudian dikatakannyalah pada semua bahawa;

  1. Tidak patut sama sekali kita letakkan harapan kepada selain dari Allah swt..
  2. Dan kita sebenarnya, belum pun pernah berniat untuk hidayat, untuk seluruh alam, maka beristighfarlah kita atas perkara ini..
  3. Dan kita mesti berdoa supaya Allah swt ambil kerja dari kita, bertepatan dengan keinginan Allah sahaja..
  4. Dan berterusanlah ucapkan, Laa haula wala quwwata illa billah..

31 Januari 2015..
Bawak bebudak gi mandi kat Taman Rimba Bukit Lagong..

4 je yg ngikut..
kecerian terserlah pd wajah bapak budak..

01 Februari 2015..
hari Wilayah Persekutuan sejak 1974.. walaupun aku lahir kat KL tapi aku tetap anak Selangor sebab lahir tahun 1973..

gi memanah setelah hampir 3 bulan rehat.. bawak family je..

ala² sniper..
macam sahabat..
bersama crew..
tukang sorak..


3 Februari 2015..
bersamaan 13 Rabiulakhir 1436.. genap 20 tahun aku menikah dengan bini..

kurnian Allah..
err.. yg no 8 dalam perut..


5 Februari 2015..
pegi masjid Sri Petaling.. lepas isyak tafakud unuk BBNJ bulan April ni insyaAllah.. doa..

ada kipas resakse baru pasang.. pusingan ikut lawan jam..

7 Februari 2015..
memanah dengan kengkawan.. horeyyy..

riadah sunnah..
aksi tok guru..
memanah biawak..


8 Februari 2015..
gi mandi kolam.. horeyyy lagi..

dah masuk kolam, susah nak ajak balik..
yang berbadan dua pun mandi sama..


12 Februari 2015..
perginya seorang ulama.. innalillahi wainnailahi raji'un..

Saiyyidina Abu Darda r.hu berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; "Kematian seorang alim adalah kekosongan yang tidak mungkin dapat diganti, satu kekurangan yang tidak mungkin dapat disempurnakan. (Kematian) seorang alim ialah bintang yang hilang cahayanya. Kematian seluruh ahli kabilah adalah lebih ringan daripada kematian seorang alim." (Baihaqi) - Kitab Muntakhab Ahadith, bab Ilmu dan Zikir, ms 245



14 Februari 2015..
memanah lagi..




yang bawah ni rare sikit...



ANDA DILARANG MENIRU AKSI INI TANPA PENGAWASAN DARI PROFESIONAL..

ahaks..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...