Thursday, January 11, 2018

Usaha Masturat, Terbanglah Dengan Dua Sayap

Bila Maulana Daud rah. balik dari madrasah yg di asas di Delhi, beliau telah beritahu kepada Maulana Ilyas rah. wanita2 di madrasah telah tanya; "Orang lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulana Ilyas yang pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk keluar ke jalan Allah, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan mendadak."

Oleh itu tuan2 yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11 baru datang (segelintir saja, bukan semua).

Sekiranya usaha wanita ini kita lupakan dan kita tinggalkan, maka umat ini akan berada dalam kerugian yang sangat besar kerana Allah perintahkan agama ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki. Oleh itu perintah dakwah ini adalah perintah Allah yang sama sahaja untuk wanita dan lelaki.

Dulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, Allah telah lantik orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama ini hanya dikalangan lelaki sahaja. Tetapi untuk umat ini; lelaki, wanita dan kanak2 bertanggungjawab untuk kerja nubuwwah (kenabian) ini.

Maulana Umar Palampuri rah. bagitau;   "Biar seluruh dunia tak suka kita buat usaha dakwah tetapi isteri kita suka, maka mudah untuk kita buat dakwah. Sebaliknya jika seluruh dunia suka kita buat dakwah sehingga kita menjadi orang yang di atas pentas tetapi isteri kita tak suka, maka susah untuk kita buat dakwah."

Jadi untuk itu kita kena fikir atas usaha wanita kerana umat ini bahkan Nabi2 yang terdahulu, jika wanita membantu dalam usaha dakwah maka kesan baik akan tersebar begitu cepat sekali.
Oleh itu takaza untuk setiap halkah mengeluarkan jemaah masturat mereka sendiri dan menghidupkan taklim mingguan masturat. Taklim mingguan masturat ini sangat penting kerana nisbahnya adalah sama seperti malam markas untuk lelaki. Jika wanita tidak dihubungkan dengan taklim mingguan masturat, maka fikir agama akan terluput dari diri wanita.

Wanita punya fikir; kerana wanita ini ada 9 keinginan dan 1 sahaja akal, jika digunakan untuk dunia maka dunia akan bertambah. Tengoklah barang2 yang ada di dalam rumah kita, kebanyakannya adalah hasil dari keinginan wanita. Orang lelaki kalau rumah macam kubur pun mereka tak kisah sebab lelaki keluar 4 bulan setiap tahun.

Baru2 ni beberapa ulama kita pergi ziarah satu ulama di Mewat untuk tashkil keluar setahun sedangkan isteri ulama tersebut sedang sarat mengandung. Ringkasnya bila ditashkil maka dia kata; "Isteri saya sedang sarat mengandung dan dah nak melahirkan anak." Maka kedengaran suara isteri dari balik tabir; "Sekarang ni apa masalahnya? Bukan abang yang nak melahirkan anak ni. Saya yang akan melahirkan. Abang keluarlah setahun."

Jadi perkara inilah yang kita nak usahakan. Setiap halkah perlu sediakan jemaah 10 hari masturat. (Syarat untuk hidupkan taklim di halkah, adalah perlu ada sekurang2nya 3 orang yang berpengalaman masturat 10 hari dalam satu mohalla.)

Apa maksud kita buat rumah taklim mingguan masturat? Maksudnya adalah supaya kita dapat hidupkan amalan masjid nabawi di setiap rumah orang Islam. Hadraji Innamul Hassan rah. bagitau; "Rumah2 orang Islam diibaratkan ada lubang2. Dari lubang2 itu segala fitnah, kemaksiatan dan keburukan akhir zaman akan masuk. Hanya dengan amalan taklim harian di rumah2 lubang itu akan dapat ditutup."

Kita juga perlu sediakan rumah kita untuk terima jemaah2 masturat. Jika jemaah datang selama 3 hari di rumah kita, maka rumah kita akan menjadi taman2 syurga selama 3 hari tersebut.
Jadi takaza juga sekarang untuk terima jemaah2 masturat ke rumah kita kerana ramai yang sedia keluar tapi tak sedia untuk terima jemaah ke rumah. Jangan fikir rumah kecil atau besar tetapi fikir nak terima atau tak jemaah ke rumah kita. Syura putuskan setiap halkah sediakan 2 rumah setiap bulan hingga hujung tahun untuk terima jemaah masturat. InsyaAllah.

Targhib oleh Pakcu Bentong pd mesyuarat Rabu 10/01/2018.
Dicatat oleh Azhar Jaafar. Segala kesilapan dalam catatan, saya minta maaf.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

InsyaAllah bisnes takaful dan roadtax kami beroperasi sejak 2006.

Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda. 
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Kami akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah

#Bantuan jalanraya 24jam.
#Towing percuma untuk 100km (kos maksima RM300).
#Cas pos untuk roadtax hanya RM2 sahaja (untuk premium RM350 ke atas)

AGENSI AZHAR JAAFAR (MP0001917-U)
AGEN KOD : 
GG09825 (TAKAFUL IKHLAS BHD)
GCA03673 (SYKT TAKAFUL MALAYSIA BHD)


Layari; http://takaful-am.blogspot.com

1 comment:

  1. nak belajar usaha masturat dengan tuan azhar.-ayaz

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...