Sunday, July 18, 2010

Perbankan Islam Mahal & Zalim?



Katakanlah; aku beriman dengan apa yang datang dari Allah & Rasulnya.. Sekadar untuk peringatan bersama. Semoga dapat diamal & disampaikan..

Wallahua'lam..

Gambar Hiasan







Firman Allah dalam surah Al Baqarah, maksudnya:
  • 275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  • 276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
  • 277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  • 278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  • 279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
  • 280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
  • 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

11 comments:

  1. Asalam, eh macam biasa tengok aje gambar hiasan dengan iklan Credit-Suisse tu. Itu tempat ghast saya tu, Restaurant China yang dibawah dah bertukar kepada restaurant Turki dengan kebabnya tapi dua-dua sama, tak halal. Insyallah suatu hari nanti, semuanya termasuk Bank Credit-suisse dan Insurance Winterthur dalam gambar tu jadi halal.

    ReplyDelete
  2. خير الأنوار a.k.a kayrolldin;
    aku setuju dengan apa yang datang dari Allah & Rasulnya..

    zarch;
    sepertinya pernah ku lihat, tapi di mana ya? haha.. berapa kali tuan bawak saya lalu depan bangunan ni tak tahu la.. insyaAllah, asbab susah payah tuan, Allah akan ubah keaadaan di tempat tuan & seluruh alam..

    ReplyDelete
  3. bila iman kuat semua perintah Allah jadi mudah, lazat, kemanisan, senang, sanggup, sedia.
    bila iman lemah perintah Allah jadi malas, terbeban, berat, tak sesuai ikut zaman, mahal, zalim, macam2 alasan.

    semoga Allah pelihara kita.

    ReplyDelete
  4. beri la kabar gumbira beri la harapan pada umat ini...beri la galakan...beri la dorongan...ajak la pada maaruf...
    (ayat haram riba turun ujung kewafatan nabi saw dikala iman telah masuki hati huhuhu)

    ReplyDelete
  5. ziarah76;
    di akhir video ni ustaz kata kena check iman.. hmm.. pusing kot mana pun, kena buat usaha atas iman gak..

    gash jangan tak gash..

    akuhuduh;
    Baek tuan..

    Sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. At-Taghabun [9]

    amacam?

    ReplyDelete
  6. gua paling xfaham bab ni..... hati gua tertanya2, knp bunga mereka pon tinggi juga, malah lebih tinggi lg..? mereka tak kate pon nak bantu org islam, cume mereka keta pergilah kepada sistem islam atau konon2 islam tu je..
    gua mmg xfaham.. ustaz ni pon smpi banned gua kt fb dia xleh bg komen dan soalan, dia suka org sokong dia je.......
    tp yang gua faham(fatwa ht gua)...... beli tunai je, insyaAllah selamat dunia akhirat.. semoga Allah ampunkan gua kerana berhutang...

    ReplyDelete
  7. ibnu dinar;
    dia ulama.. mereka ni akan jawab kat akhirat.. kita orang awam ni ikut aje.. (jangan sampai kita suka kalau ulama buat fatwa ikut selera kita..)

    dan yang paling baik.. jangan berhutang.. dulu aku dah tulis pasal hutang.. http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/07/harimau-mati-meninggalkan-belang.html

    ReplyDelete
  8. betul ckp kau...
    aku mmg xsuka hutang, dan aku mmg kurang berhutang... harap2 Allah bebaskan aku dari belenggu hutang2 ni...

    ReplyDelete
  9. dlm quran ade 2 kes aje allah istihar perang :
    1. perang dgn sape yg perang dgn kekasihnya
    2. perang dgn org terlibat riba
    huhuhuhuhu......
    وَٱمۡتَـٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ
    "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa"
    *imam abu hanifah baca ayat ni sambil nangis lepas isyak bawak ke subuh*

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum semua pejuang agama Allah swt.

    link d bawah ni menceritakan bagaimana ada satu golongan yg telah berjaya memerangi wahyu Allah SWT yg terakhir. moga usaha kita yg sedikit ni, Allah SWT terima dan kekalkan kita dlm Hidayah-Nya hingga kita d bangunkan kembali utk berjumpa denganNYA...Amin

    http://www.dinar-emas.com/vatican.html#fji1278807121614

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...