Tuesday, July 08, 2008

Harimau Mati Meninggalkan Belang…



Manusia Mati Meninggalkan Hutang…

Semalam aku duduk dalam kuliah Maghrib kat masjid. Ustaz tu cerita bab pengurusan jenazah. Dia kata sunat kafankan jenazah dengan 3 helai kain kafan. Kain pertama besarnya cukup untuk balut jenazah, kain kedua besar sikit dan kain ketiga besar lagi.

Hak bagi jenazah yang kita kena sempurnakan hanyalah kain kafan yang pertama. Jika nak pakaikan jenazah dengan kain kafan kedua dan ketiga kena tanya dulu, kalau-kalau si mati ada hutang dengan sapa-sapa. Kalau ada, maka lebih afdal bayar hutang dulu. Melainkankan diizin oleh pemiutang baru boleh balut dengan kain kafan kedua dan seterusnya.

Hai.. sampai macam tu sekali daifnya kita bila dah mati. Harta yang kita timbun, duit yang berlambak dalam bank… Tapi bila mati, hak kita sehelai kain kafan aje! Yang lain semua jadi hak waris. Itu pun setelah ditolak semua hutang.

Lepas tu ustaz tu kata kita boleh berhutang dengan syarat tak terlibat dengan riba’. Kemudian Allah perintah dalam Quran untuk kita tulis atau buat catatan hal-hal hutang piutang. Walaupun duit yang kita nak bagi pinjam tu tak banyak dan kita niat sedekah aje kalau member tu tak bayar, itu pun lebih baik kalau kita tulis. Maka dapat pahala amal perintah Allah. Kemudian kalau kita nak halalkan, itu cerita lain.

Ustaz cerita pulak kisah Nabi tak nak solatkan jenazah seorang yang berhutang. Nabi suruh sahaba-sahabat yang lain aje solatkan jenazah tu. Sehingga seorang sahabat bernama Abu Qatadah rasa kesian kat jenazah tu dan kata pada Nabi yang dia sanggup untuk jelaskan semua hutang si mati. Barulah Nabi sedia solatkan jenazah tu.

Selepas dari hari tu, setiap kali Nabi terjumpa dengan Abu Qatadah, Nabi akan tanya, dah bayar ke belum hutang tu? Abu Qatadah kata belum sebab dia belum ada duit. Kemudian bila jumpa, tanya lagi, jumpa, tanya lagi. Sehingga Abu Qatadah akan menyorok sebab takut terserempak dengan Nabi dan akan ditanya lagi.

Satu hari bila Abu Qatadah dah dapat bayar semua hutang-hutang tu dan bagitau pada Nabi, maka Nabi kata baru sekarang si mati tu berasa aman dalam kubur.

Kesimpulannya; berhati-hati bila berhutang. Setakat yang aku tahu, sahabat-sahabat dulu berhutang sebab nak diguna di jalan Allah iaitu untuk menegakkan agama Allah. Berbeza dengan kita hari ni. Macam-macam ada… Tapi untuk tahu lebih lanjut mengenai keharusan berhutang, kenalah rujuk ustaz yang arif bab hutang piutang.


Wallahu a’lam.

2 comments:

  1. betul...sahabat...kadang2..hutang kita kliling pinggang...

    ReplyDelete
  2. My Mind,
    Huh.. sampai tak yah pakai tali pinggang..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...