Wednesday, February 27, 2008

Takziah

Syura Malaysia, Sheikh Salim telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi, Rabu @ 19 Safar. InsyaAllah jenazah akan diuruskan pagi ini di Masjid Sri Petaling dan solat jenazah akan diadakan selepas zohor.

~Al Fatihah.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut.

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum..

    Inna Lillahi wa inna ilaiHi Roji'un..

    sy dapat msg arwah meninggal pg td dr sorang rakan seusaha..
    sebagai manusia yg masih hidup.. sampai lani sy masih terasa sedih kehilangan permata berharga ini..

    Innarrizqa layatlubul 'abda kama yatlubuhu ajaluhu..
    Sesungguhnya rezeki (yg Allah tetapkan) akan mengejar seseorang hamba itu sebagaimana ajal maut yang sentiasa mengejarnya..

    lambaian kematian yg dicemburui..
    teringat lafaz mulia sebelum kesyahidan beberapa sahabat ra dlm peristiwa birr mauna yg mahsyur itu..
    "Faztu, wa Robbil ka'bah!"
    -demi Tuhan ka'bah, aku telah berjaya!

    teringat juga ungkapan emas hazrat abu bakar ra:
    "Ihris 'alal mauti.. tuhab lakal hayah.."
    -dekatilah mati, nescaya ia akan memberikan kamu kehidupan..

    sejuk mata tengok wajah syaikh salim..
    memandang wajahnya yg jernih mengingatkan kita pd 'sesuatu' yg amat penting..
    dengan janggut lebat keputihan yang meliuk2 tatkala beliau sampaikan pesanan..
    terpampang ketegasan dalam ucapannya di sebalik kelembutan wajahnya..
    bila dengar dia bercakap terasa macam beliau ni seorang ayah yang sangat perihatin..
    waktu khuruj fi Sabillillah bersamanya..
    saya tengok kebanyakan masa lapangnya diisi dengan Zikrullah..
    rasa satu nikmat Allah beri apabila tengok wajah dan amalannya walaupun dari jauh..

    telah banyak jasanya dlm mengembangkan agama pada umat ni terutama pada kita di Malaysia..

    wahai Allah, terimalah amir sap kami ni..rahmatilah beliau..terimalah pengorbanan beliau sebagai asbab hidayat buat umat..
    wahai Allah, tempatkanlah beliau bersama dengan kekasih2Mu dan bangkitkanlah beliau diakhirat nanti bersama golongan yang Dikau muliakan.. :cry:

    ReplyDelete
  2. Amin. Semoga Allah terima kita semua untuk usaha agama macamana Allah terima para sahabat r.hum.

    Alhamdulillah saya sempat hadir untuk ziarah dan solat jenazah zohor tadi. Ribuan orang telah hadir. Yang pergi dah pergi. Kita yang tinggal perlu teruskan usaha.

    Hilangnya seorang yang pakar targhib kerja masturat.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah S.W.T terima segala usahanya, pengorbanannya, fikirnya dalam usha agama ini, semoga diampunkan dosanya.
    Almarhum bukan shj besar jasanya dalam perkembangan dakwah dan tabligh di Malaysia, malahan di rantau nusantara. Benar, beliau bagaikan seorang bapa yang sentiasa mendidik anak-anaknya. Kehilangan beliau sangat dirasai terutama untuk rakan2 seusaha dari Batu Pahat.
    Semoga Allah meletakkannya bersama2 dengan kekasih2nya. Amin..

    ReplyDelete
  4. semoga allah redha atas rohnya,sebagaimana almarhum dan keluarganya redha atas agama allah. tiada tempat paling dicintainya melainkan tempat yg ada suasana fikir atas iman dan amal.tiada yg lebih penting baginya melainkan menjalankan usha atas agama.beliau menghabiskan hampir seluruh masa,wang,dan hidupnya[semenjak dia kukenali]siang dan malam, hanya utk agamau ya allah,sedikit sekali disisakan utk perkara2 yg lain.ya allah engkau terimalah pengorbananya utk asbab hidayat seluruh alam...seluruh alam...seluruh alam ya allah.tempatkanlahnya di kalangan orang2 yg kau kasihi.dikau peliharalah keturunanya supaya sentiasa berkecimpung dlm kerja nabi ini sebagaimana hati almarhum sentiasa terpaut dengan rumahmu[masjid]dan kerja agamamu.satukanlah mereka di syurga mu kerana acapkali mereka berpisah2 didunia demi agamamu...amin. masing tergiang2 bayan'fikir alami'yg pernah diberinya dulu.setiap kali aku hadiahkan yasin utknya seolah2 aku nampak dia sedang duduk dlm kuburnya mendengar bacaan aku.ya allah permudahkanlah urusanya disana..amin.

    ReplyDelete
  5. Selalu ingat pesan beliau;
    'Buat kerja (dakwah) mati-matian, buat sampai mati.'

    Semoga Allah rehatkan beliau di dalam kubur menunggu hari kebangkitan selepas berpenat lelah masa kat dunia ni dalam membantu agama Allah.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...