Thursday, February 28, 2008

Jaga Lidah


Sejak beberapa hari ni dok pikir betapa senangnya kita mengumpat, mengeji, mencaci dan menfitnah saudara seIslam. Dah tu cara terbuka dan umum pulak tu! Tak tahu la nak jadi apa.

Pagi tadi duduk dalam halkah taklim. Baca kitab Muntakhab Hadis. Tiba2 Allah tunjukkan aku beberapa ayat Quran yang memberi amaran tentang perkara ni. Walaupun ayat2 ni dari bab yang berbeza (Muntakhab Hadis dibahagi kepada 6 bab), tapi mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.

Jadi nak kongsi kat sini untuk renungan bersama.

Mafhum firman Allah;

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Surah Al-Israa’, Ayat 53)

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nuur, Ayat 15-17)

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat 58)

*Untuk tafsir ayat2 tu kena rujuk ustaz lah ye!



~Semoga Allah bagi taufik pada aku untuk jaga lidah. Amin...

8 comments:

  1. Ya Allah..berikanlah kepadaku kefahaman dalam agama

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah saya dah link ke blog saudara. At least saudara ada kasi ilmu sikit (sneak preview), insyaAllah saya akan dengar sendiri dari ustaz..

    Jazakallahukhaer.

    p/s: tangguh keluar 40 hari itu, asbab mahu berjihad pilihanraya, kah?
    Saya akan aktif di markaz taman Ehsan, InsyaAllah. Tolong apa apa patot.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.

    Setakat ni hanya mampu buat ziarah rumah ke rumah. Mengingatkan diri sendiri akan kebesaran Allah, hukum2Nya dan sunah NabiNya. Mudah2an orang lain juga akan dapat manfaat.

    ReplyDelete
  4. ana copy paste bab jaga lidah ni ke blog saya...
    peringatan kepada diri.
    syukran jaakallah

    ReplyDelete
  5. sybrena;
    Copy semua pun tak apa. Tapi royalty hulur-hulur la sikit. (Gurau je!). Blog nama apa? Apa pun, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. semalam baru je amir saf tekan ttg kepentingan menjaga lidah dlm usaha ni..wah jazakallahukhoiran tuan

    ReplyDelete
  7. si pengemis;
    Ada orang di akhirat bawa amalan kebaikan yang banyak seperti gunung. Tapi sebab tak jaga lidah, amalan kena bagi kat orang lain yang diumpat. Lebih malang lagi bila habis semua amalan kena pikul pulak dosa orang lain.

    Semoga Allah selamatkan kita dari musibah ni.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...