Monday, September 08, 2008

Ulang Tahun Nikah

Kalau ikut tarikh masehi, hari ni ulang tahun aku nikah dengan isteri aku. Kalau ikut kalendar hijrah dah lepas pada 12 Rabiulakhir 1416. Aku nikah pada 08 September 1995 bersamaan dengan hari Jumaat, lepas solat Asar kat masjid Al Faizin, Taman Desa Jaya. Aku ngan isteri dari taman yang sama. Kira kawin dengan orang sekampung la ni.

Ni kad jemputan. Jemputlah datang. Tapi kena naik 'time-machine' la. 'Back to Future' ke, 'Voyager' ke.. dan yang seumpamanya. Kalau naik kereta-kereta biasa ni tak sampai nye..

Biasa la.. Yang kiri tu jemputan ke rumah pompuan, 10 September 1995. Yang kanan tu rumah lelaki, 17 September 1995.

Majlis penyerahan tugas. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Antara soalan yang ditanya oleh Pak Imam; 'Kau dah besunat?'

Lepas nikah ada jamuan sikit kat rumah pompuan. Lepas makan semua orang balik termasuk aku. Tu yang aku tak puas hati. Kan aku dah nikah tadi?

Ha.. ni kenduri kat rumah pompuan. Bila kenduri-kendara ni yang sibuk budak-budak dan makcik-makcik. Pakcik-pakcik lepak kat tepi sambil sembang-sembang dan hisap rokok. (gambar isteri aku tu aku purdahkan untuk keselamatan.) Kenduri hari Ahad. Hari Isnin aku bawa isteri aku lari ke Langkawi. Naik bas tu.. dari Puduraya. Jumaat baru balik. Masa tu surat nikah pun tak siap lagi.

Ni kenduri kat rumah aku. Nampak letih sikit. (gambar isteri aku purdahkan sekali lagi.)

***************************************************************

13 tahun kemudian... jeng, jeng, jeng... (kalau boleh masukkan sound latar belakang suspen cerita P Ramlee) ...



Ni lah anak-anak kami. Anugerah Allah yang tak boleh dijual beli.

Muhammad Muaz dah 6 bulan. Doakan kami semua diterima Allah sebagai dae agamaNya. Amin.

Sunday, September 07, 2008

Uji Minda

Kelmarin anak aku yang sulong, bila balik dari sekolah telah mengajukan satu permainan uji minda kepada adik-beradiknya. Aku pun tak terlepas dari menyelesaikan masalah uji minda tu. Alhamdulillah dalam 2 minit, benda tu dapat aku buat. Sapa-sapa nak try, boleh la...

Ni soalannya;

Pada gambarajah berikut, lukiskan garisan dari kotak A ke A, B ke B dan C ke C, TANPA menyilangkan garisan2 tersebut di antara satu sama lain. Garisan luar dari kotak merah yang besar juga tak dibenarkan.


Kalau boleh buat, tak le korang tu terel sangat sebab ni soalan untuk budak sekolah rendah. Tapi kalau tak dapat jawapan... maknanya... (tak pe la, aku tak nak tulis kat sini!)

Jangan la tensyen sampai buka puasa kalau tak dapat jawapan. Aku tak tanggungjawab.

Selamat menerai.

Saturday, September 06, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

Friday, September 05, 2008

Hal Solat Terawih Lagi.

Satu perkara yang aku selalu fikirkan bila tiba bulan Ramadhan adalah hal masjid-masjid atau surau-surau yang hanya melakukan solat terawih 8 rakaat. Samada sebab ada ceramah agama atau memang sepanjang bulan Ramadhan solat 8 rakaat. Memang la solat terawih tu sunat hukumnya. Tapi tak kan lah yang dah sunat tu nak disunat-sunatkan lagi.



Baru-baru ni (Rabu malam Khamis), aku ke masjid Sri Petaling untuk program mesyuarat mingguan Kuala Lumpur. Mesyuarat start pukul 5.45 petang tapi aku sampai 6.30 petang. Jalan jam gilak! Hujan lebat pulak tu... Alhamdulillah sempat jugak duduk mesyuarat sampai 7 petang. Antara perkara yang ditarghib adalah kepentingan usaha untuk bawa ulama ke masjid Sri Petaling. Seorang dari ustaz di madrasah Sri Petaling beri laporan, beberapa bulan yang lepas beliau bertemu seorang lelaki yang baru balik dari keluar 40 hari.

Lelaki itu menceritakan pengalaman hidupnya yang ditimpa ujian demi ujian oleh Allah SWT. Bisnesnya telah jatuh dan isterinya minta diceraikan. Sehingga lelaki itu hampir-hampir hendak murtad (nauzubillah!). Ketika dia di pejabat agama kerana menguruskan hal penceraian, seorang ustaz (yang bukan karkun) yang datang kerana urusan yang lain telah berbual-bual dengan lelaki itu. Lelaki itu dengan hati terbuka telah menceritakan masalahnya kepada ustaz tersebut. Ustaz tersebut telah menasihati lelaki itu supaya datang ke masjid Sri Petaling dan ikuti program agama di sana.

Lelaki itu kemudiannya telah datang ke masjid Sri Petaling dan akhirnya telah melapangkan masa untuk keluar 3 hari dan 40 hari dan terselamat dari menjadi murtad. Dari cerita ni nak bagitau pentingnya usaha kepada para ulama supaya sekurang-kurangnya mereka suka dan senang hati terhadap usaha tabligh yang berjalan sekarang. Sedikit saja cakap dari mereka, orang akan terima dan mudah ikut.

Berbalik kepada hal terawih. Sebelum solat terawih dibuat pada malam tu (di masjid Sri Petaling), ustaz xyz (nama dirahsiakan), telah bangun dan beri sedikit nasihat berkenaan solat terawih. Katanya;

1. Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa. Kita diwajibkan berpuasa pada siangnya dan disunatkan berterawih pada malamnya.

2. Pada solat terawih terdapat dua sunnah yang berasingan. Satu, solat itu sendiri dan kedua, mendengar bacaan quran sehingga khatam di dalam solat terawih.

3. Para sahabat berterawih 20 rakaat walaupun pada mulanya ada di antara mereka yang berterawih 8 atau 10 atau 12 rakaat tetapi solat mereka begitu panjang. Mereka membaca kira-kira 100 ayat quran dalam satu rakaat sehingga ada di antara para sahabat yang berterawih di dalam keadaan memegang tongkat supaya menahan diri mereka dari jatuh.

4. Akhirnya mereka sepakat untuk solat terawih sebanyak 20 rakaat dan itulah juga pendapat sepakat 4 mazhab yang muktabar. Amalan tersebut berterusan sehingga ke hari ini di masjidil Haram dan masjid Nabawi dan di seluruh dunia.

5. Orang yang berterawih 8 rakaat sudah tentu tidak akan dapat mendengar Quran sehingga khatam di dalam solat pada sebulan Ramadhan.

6. Amalan solat terawih 20 rakaat hendaklan kita usaha untuk hidupkan di setiap masjid dan surau di tempat kita.

* Pada pandangan aku;
i) memang baik dibuat ceramah agama berselang dengan solat terawih tapi kena pastikan solat terawih dibuat 20 rakaat.
ii) pastikan imam yang bawa solat terawih khatamkan 30 juzuk al Quran dalam solat terawih selama sebulan Ramadhan. Bukannya baca ½ juzuk dalam solat terawih dan habiskan ½ juzuk lagi dalam masa tadarus lepas solat terawih.
iii) tahlil arwah dibuat pada masa lain iaitu bukan selepas Isyak sebelum terawih. Atau kalau nak buat jugak, buatlah lepas solat terawih.
iv) selawat panjang berlagu-lagu tanpa faham sepatah haram apa yang diselawatkan pun kena ditinggalkan. Dah jadi macam nyanyian pulak. Selawatlah dengan sederhana kerana kita memang dituntut membanyakkan selawat pada bulan Ramadhan.
v) Datanglah ke masjid Sri Petaling dan tengok macamana solat terawih dibuat.

Wallahua'lam.

Wednesday, September 03, 2008

Nostalgia Solat Terawih

Yang berikut ni siaran ulangan posting tahun lepas. Terawih di Sri Petaling.

*Ya la.. cerita Mr Bean yang ulang ribu kali pun kita boleh tengok dan gelak bagai nak rak setiap kali diulang siaran.


Siaran Ulangan 1. (lambat sikit - imeem)


http://www.imeem.com/people/2M5Lyf9/playlist/P6i_Zs8L/terawih-sri-petaling-music-playlist/

Siaran Ulangan 2.
Jemput saudara semua ke perhimpunan mingguan umat Islam KL/Selangor di masjid Sri Petaling (berdekatan Stadium Bukit Jalil) pada setiap Sabtu malam minggu.

Program bermula dari Asar (Sabtu) hingga 8.00 pagi (Ahad). Penerangan2 tentang usaha agama dibuat oleh Ulama Masjid Sri Petaling dan dari ahli jemaah yang datang dari luar negara.

Kepada para alim ulama, ustaz & imam; ada program khas (jamuan & ramah mesra) untuk tuan selepas isyak, dibilik hujung sebelah kanan masjid.

Bila ingat-ingat balik, macam-macam kenangan dalam solat terawih ni.

1973 - Tahun aku lahir. Mana pergi solat terawih.
1974 hingga 1980 - Pun tak pergi sebab kecik lagi.
1980 hingga 1985 - Terawih di surau lama Desa Jaya. Sekarang surau tu dah tak ada sebab dah terbakar dalam tahun 90an.
1986 hingga 1990 - Masjid al Faizin, Desa Jaya baru di bina. Terawih kat sini. 1990 tahun aku ambik SPM.
1991 hingga 1994 - Zaman kegelapan. Dah lupa masjid. Kadang-kadang je pergi terawih. Tapi puasa tetap puasa!
1995 - Tahun bernikah. Alhamdullillah dah kembali berterawih. Tapi sebulan Ramadhan aje la muka kat masjid. Lepas tu kembali solat kat rumah.
1996 hingga 1998 - Masih macam tahun 1995.
1999 - Terawih di Kemaman masa keluar 40 hari.
2000 - Terawih di Kota Semarahan, Kuching, pun masa keluar 40 hari.

2001 - Kembali terawih di taman sendiri. (Tak dapat cuti 40 hari.)
2002 - Terawih dengan raya sekali kat Miri. Keluar 40 hari jugak.
2003 - Terawih kat India. Musim sejuk. Jadi berbungkus dengan selimut.
2004 - Kat Kuala Lipis.
2005 - Kat Zurich.
2006 hingga 2007 - Kat tempat sendiri semula. Keluar 40 hari sebelum Ramadhan.
2008 - Dah tiga malam aku terawih kat surau taman sebelah. Pakai 2 orang imam hafiz dari Myanmar. Satu malam satu juz Quran. Pukul 9 mlm start, pukul 10 mlm habis. Tak ada selawat panjang-panjang, tak ada tahlil dan sebut nama setiap arwah dan tak ada ceramah hingga terpaksa solat terawih 8 rakaat.

Sunday, August 31, 2008

Tips Kejutkan Orang Bersahur

Kalau nak kejutkan org bangun tidur untuk sahur.. cam ni caranya..

1. baca doa bangun tidur kat telinga dia...
2. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


Tapi kalau still tak effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 dan kata; "orang kampung datang, orang kampung datang"
6. jerit; "dah sampai.. turun.. turun..."
7. kata; "ta'am.. ta'am.."


Tapi kalau still tak effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe


Tapi kalau still tak effect gak... ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana Allah lebih menyayanginya
2. repot kat polis untuk dapatkan surat mati

Friday, August 29, 2008

Selamat Berpuasa






Mudah-mudahan jadi orang yang bertakwa. Amalan yang dibuat
dalam Ramadhan dapat diteruskan di dalam 11 bulan berikutnya.

Thursday, August 28, 2008

Doa Para Malaikat

InsyaAllah berikut adalah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra.,hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah sayangilah dia.'"
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang-orang yang berada di saf depan di dalam solat berjamaah.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan."
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf."
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kamu semua 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang masa lalu."
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah dia.'
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang dia dapatkan.'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang-orang yang berinfak.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil.'"
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa ) kepada orang-orang yang sedang makan sahur." Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa sunat.
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang bila-bila sahaja hingga petang dan di waktu malam bila-bila sahaja hingga subuh."
(Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

~ Semoga kita dapat amal dan sampaikan. ~

Sunday, August 24, 2008

Sedekah

Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmidzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.


Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api"

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air"


Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"


Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"


Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Pentingnya Ikhlas
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.


Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam khutbahnya ketika baginda sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran Sedekah
RasulAllah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

  • Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
  • Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
  • RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala Dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

  • "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
  • "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
  • "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.


Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah Yang Pahalanya Terus Mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Sampaikan
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Friday, August 22, 2008

dah nak masuk tabligh dah..

Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru. Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih. Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan - kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”

Baca seterusnya... KLIK SINI.

Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...