Saturday, August 16, 2008

Keluar 3 Hari

InsyaAllah keluar 3 hari (72 jam)
16-18 Ogos 2008.


Gambar Hiasan
Satu motor naik tiga orang kat Kemboja.
(aku yang kat belakang sekali, rasa nak tercicir aje)

Thursday, August 14, 2008

Kebenaran Di Akhir Zaman


Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah
sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.


Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.
Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir,
terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar,
cakapnya tidak ada harga,
tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran,
macam hendak mencari gagak putih atau merah.

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.

Tuesday, August 12, 2008

Bas Mini


Lepas lahir sampai umur 5 tahun aku tinggal kat Greenwood, Gombak. Aku ingat lagi masa aku 4 - 5 tahun, mak bawak aku sekali sekala pergi KL naik bas mini no 14. Masa tu bas warna merah. Favourite aku duduk kat single sit belah depan sekali.


Lepas tu pindah ke Kepong. Bermulalah kenangan aku bersama bas mini no 31. Mula-mula bas warna hijau, lepas tu warna pink. Tanya bini aku dia tahu la... Rahsia beb.

Masa sekolah rendah memang aku tak naik bas mini hari-hari sebab ada bas sekolah. Tapi seingat aku ada 2 kali aku balik naik bas mini sebab dah ketinggalan bas sekolah. Masa tu sekolah rendah kat jalan Ipoh.


Masa sekolah menangah kat VI, pergi naik kereta dengan abah, balik naik bas panjang. Sekali sekala naik bas mini.

Tahun 1991. Aku start kerja kat Kwong Yik Finance kat Ampang Park. Masa tu la bermula era pergi balik kerja naik bas mini. Dua kali bas. Dari Kepong turun kat Lebuh Ampang. Dari Lebuh Ampang ke Ampang Park.

Kalau ada konsert kat KL ke, tengok bola kat Stadium Merdeka ke, jalan-jalan kat pasar Tengku Abd Rahman ke, Central Market ke, Pertama ke, pergi snooker ke... mesti naik bas mini. Best sebab kecoh. Dating ngan bini pun dalam bas mini. Bini aku tinggal setaman dengan aku. Dia kerja kat area Central Market. Abang ipar aku driver bas mini 31. Tu yang tak leh cerita.


Sekarang, semua tu tinggal kenangan. Masa dah berlalu. Anak-anak dah berderet. Alhamdulillah masih diberi peluang hidup dan tahu maksud dihantar kat atas bumi ni. Kalau tak, masa berlalu, berlalu, berlalu dan hampeh.. Sia-sia belaka.

Hidup mesti diteruskan. Maksud mesti dicapai. Masa makin pendek...



Akaun Fi Sabilillah

Siapa nak infak di jalan Allah, boleh masukkan RM dalam akaun berikut;

Bank Islam 120 100 100 12345

Kalau dapat secara bulanan tetap lagi baik. InsyaAllah RM anda akan diguna 100% untuk agama.

*Nak info pasal akaun ni, email aku; azharkepong@yahoo.com
Sebelum menyumbang, pastikan pendapatan anda bersih dari rasuah, judi, riba dan
yang seumpamanya.

Contoh Hudud Pada Zaman Nabi SAW


Suatu ketika di zaman Nabi SAW, ada seorang lelaki bernama Mais Al Aslami. Beliau telah datang berjumpa Nabi SAW dan mengaku telah melakukan zina. Mendengarkan pengakuan beliau, Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu silap. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang semula dan membuat pengakuan yang sama. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu sentuh-sentuh kulit sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang lagi dan masih tetap dengan pengakuannya. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu tidur dalam satu selimut sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais tetap datang dan mengaku telah malakukan zina. Nabi SAW telah mengutus seorang sahabat untuk memanggil Abu Bakar ra. Bila Abu Bakar ra datang, Nabi SAW meminta Mais menghenbuskan nafas dari mulutnya supaya dapat dihidu oleh Abu Bakar ra. Setelah Mais berbuat begitu, Nabi SAW telah bertanya kepada Abu Bakar ra; "Adakah Mais mabuk arak?" Abu Bakar ra kata; "Tidak kerana tiada bau arak yang keluar dari mulut Mais."

Nabi SAW telah menyuruh Mais memanggil ketua kampungnya untuk mengadap Nabi SAW. Bila ketua kampung di bawa kepada Nabi SAW, baginda bertanya; "Adakah kamu kenal lelaki ini?" Ketua kampung menjawab; "Ya aku kenal dia semenjak kecil. Aku tahu keluarga dan tempat tinggalnya. Memang dia orang kampungku ya Rasulullah." Nabi bertanya lagi; "Semenjak kamu mengenalinya, pernahkah dia sakit gila atau hilang ingatan?" Ketua kampung manjawab; "Tidak pernah ya Rasulullah."

Lalu Nabi SAW memanggil Abu Bakar ra dan Umar ra untuk menjalankan hukuman terhadap pebuatan zina yang dilakukan oleh Mais. Oleh keran Mais telah berkahwin, maka hukumannya ialah direjam dengan batu sehingga mati. Maka dengan kerelaannya sendiri untuk mendapat hukuman, Mais telah diikat dan ditanam 3/4 badan dan dilontar dengan batu oleh orang ramai yang lalu di situ.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kesakitan, Mais telah berjaya meloloskan dirinya dan cabut lari. Umar ra dan Khalid al Walid ra telah mengejar dan berjaya menangkap Mais semula. Beliau diikat dan ditanam dan dilontar dengan batu sehingga syahid. (semoga mangampunkan dosa beliau dan mati sebagai seorang sahabat).

Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi SAW, maka baginda telah memanggil Umar ra dan Khalid al Walid ra untuk memberi keterangan. Nabi SAW tanya; "Kenapa dikejar dan ditangkap semula? Mungkin dosanya telah diampun oleh Allah SWT. Biarkan dia lari."

~ atau seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW ~

***********************

Kisah ni aku tulis secara nota melalui kuliah Maghrib di masjid aku. Kisah yang lebih tepat kita boleh cari dari kitab-kitab hadis. Pengajaran dari kisah ni, sebenarnya kita jangan mudah nak menuduh-nuduh orang. Dan bukan senang nak menjatuhkan hukuman. Lagi satu kita kena sentiasa bertaubat dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang kita dah buat.

Wallahua'lam.

Wednesday, August 06, 2008

Dari Hal Selipar

Keterangan gambar;
Dari kanan atas - selipar Anas, Ammar, Amir & A'isyah
Dari kanan bawah - selipar Mardhiah, Big Boss & bini Big Boss
(Mu'az belum ada selipar)

Inilah koleksi selipar dalam keluarga aku. Ni baru selipar, belum kasut sekolah dan kasut-kasut lain lagi. Dan tak termasuk selipar dan kasut yang tak boleh dipakai. Budak-budak ni kalau sorang beli selipar, yang lain pun nak beli selipar.

Selipar biru yang besar tu aje aku tak beli. Aku pinjam masjid punya. Maklumlah kat masjid aku ni banyak selipar tinggal. Diorang yang datang ni guna kaki manusia, tapi bila balik suka pinjam kaki ayam agaknya. Selipar aku orang dah kebas. Jadi aku tunggu sampai semua orang dah balik, baru aku cari selipar untuk dipinjam. Itupun aku ambik selipar ni kat depan rumah mandi mayat masjid. Mungkin mayat yang mandi kat sini, bila balik lupa pakai selipar.

Menengok selipar-selipar ni mengingatkan aku makin dekat nak ke kubur. Anak-anak dah membesar. Aku dah semakin tua (walaupun jiwa masih muda). Rambut pun dah mula tumbuh uban. Badan pun cepat penat. Perut je maintain macam dulu. Seluar jean 15 tahun dulu boleh pakai lagi beb. Jangan marah.

Sepanjang hidup aku dah berapa kali beli selipar, tak tahu lah. Buatnya setahun 2-3 pasang. Dari banyak-banyak selipar tu, tak tahu berapa banyak diguna untuk langkah pada jalan agama dan berapa banyak diguna untuk langkah pada jalan dunia. Hakikatnya setiap langkah menuju ke kubur.

Berapa ramai orang kat dunia ni yang ada macam-macam planning.
Planning lepas habis belajar.
Planning bila dah kawin.
Planning bila dah ada anak.
Planning di hari tua (tu la yang selalu disebut oleh ejen-ejen insuran macam aku!)
Rupa-rupanya malaikat maut dah planning nak cabut nyawa dia esok!

Macamana ye rasanya bila nyawa sedang ditarik keluar dari badan?
Kalau macam kaki ditarik keluar dari selipar, ok sangat la...
Tapi kalau macam tarik satu selipar supaya putus dua?

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amin...

Sunday, August 03, 2008

Gi Taman


Tergolek la plaks..

Main lagi...


Pipi tembam.


Allah jadikan langit.


3 perempuan dalam family aku.


Yang bongsu (buat masa nie...)

Wednesday, July 30, 2008

Kau Karkun Sekarang


Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah ia
Kaudaki ia
Kauredah ia
Kautakik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?


Tulisan ntahsapasapantah
dari ntahmanamanantah
sebab akudahtakingatdah

Sunday, July 27, 2008

Bayan Elders

Bayan & Doa Penutup Jur Karkun 4 Bulan di Masjid Sri Petaling pada 8 Jun 2008.

Download Lengkap Kat Sini

Semoga kita dapat amal dan sampaikan.

Thursday, July 24, 2008

♥♥♥ Love Massage ♥♥♥

Gambar ni aku ambik kat pintu dalam jamban di sebuah masjid dalam Kuala Lumpur.

Aku rasa tujuan orang yang menulis 'love massage' ni memang baik tapi tak kena cara. Orang yang membaca message ni pun sama. Bukan nak tolong padam. Siap ambik gambar lagi!
(aku la tu...)

Aku pernah dengar ada ustaz kata kalau baca tulisan-tulisan dalam jamban akan jadi sebab lemah pemikiran. Jadi, kalau korang lepas baca entry ni dan dah mula lupa nama sendiri, aku tak bertanggungjawab. Baik cepat-cepat pi ambik wuduk, solat dua rakaat dan kemudian baca quran supaya ingatan pulih balik.

Masalahnya kalau dah lama tak baca quran sampai lupa macamana nak baca. Dah dua kali lupa.



Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...