Tuesday, May 20, 2014

Ammar Dapat Buah Pinggang Baru

ni gambar tahun 2002..
Ammar berumur 3 tahun bersama abang dan kakaknya..
Nov 2008.. Ammar disahkan mendapat sakit buah pinggang masa berumur 9½ tahun..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/11/aku-sekarang-kat-hospital.html

Dec 2008.. Ammar mula menjalani rawatan cucian darah..
http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/12/hospital-selayang.html

Masa berlalu.. penuh dengan suka dan duka.. usaha, harapan dan doa kepada yg Esa..

Sehinggalah..

16 Mei 2014
ni le panggilan telefon yg aku & isteri tunggu sejak Dec 2008.. panggilan supaya Ammar Azhar bersiap² ke Hospital Selayang kerana dah ada penderma buah pinggang.. malam tu jugak masuk wad dan esoknya pemindahan dijalankn.. tiada yg berkuasa melainkn Allah..



17 Mei 2014

alhamdulillah Ammar operate terima buah pinggang pukul 12.30 tengahari.



2 bijik buah pinggang sebesar penumbuk yg Allah bagi kat kita kalau nak digantikan tugas2nya oleh teknologi manusia memerlukn mesin sebesar peti ais.. sebenarnya 1 buah pinggang dah cukup.. dan mesin dialisis tu hanya boleh buat 30% kerja 1 buah pinggang.. yg lainnya ditampung dgn ubat2an..
hargailah nikmat kesihatan kurniaan Allah.. ambil tahu dan kerjakn apa kehendak Allah kpd kita sbgai umat Nabi Muhammad s.a.w..

19 Mei 2014
Hari ke 3 selepas kidney transplant..
Alhamdulillah pagi dah boleh jalan slow2 & tengahari ni dah start makan.. darah dan kencing ok.. insyaAllah..


Hospital Selayang sekarang tak benar kanak² bawah 12 tahun untuk naik ke wad..
aku kena jadi babysitter..

kami sekeluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada Ammar.. doa untuk Muhammad Ammar dan kami sekeluarga..

raya 2013.. Ammar 2 dari kiri..









Insuran & Road Tax Online

Tuesday, May 06, 2014

Laporan Ijtimak Malaysia (Semenanjung)

Alhamdulillah - Laporan terkini Ijtimak Semenanjung Malaysia.
Keseluruhannya ada 8 ijtimak di Malaysia Barat, tidak termasuk ijtimak KL 2 pada 23, 24 & 25 Mei ini.

Kehadiran umat islam dlm 7 ijtimak ialah seramai 42,000 org dan jemaah yg berjaya dikeluarkan di Jalan Allah seramai 217 jemaah. Laporan penuh dari ijtimak di Melaka masih belum diperolehi. Jumlah yang hadir serta yang keluar masih sedikit jika dibandingkan bilangan lelaki muslim di Semenanjung Malaysia.

Komposisi kehadiran dan pengeluaran jemaah seperti berikut.
  1. Ijtimak Jitra 17,18,19 Apr. Kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar 19 jemaah
  2. Ijtimak Penang 19,20,21 Apr. Kehadiran 4,000 org dan jemaah yg keluar 32 jemaah
  3. Ijtimak Penanti, 21,22.23 Apr. Kehadiran 4,000 org dan jemaah yg keluar 25 jemaah
  4. Ijtimak KL 1 pada 23,24.25 April. Kehadiran 17,000 org dan jem yg keluar 54 jemaah
  5. Ijtimak Jerantut pada 25,26,27 April. Kehadiran 6,000 org dan jemaah yg keluar 29 jemaah
  6. Ijtimak Kelantan, pada 27,28,29 April. Kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar 28 jemaah
  7. Ijtimak Yong Peng ,Johor pada 30 April, 1 dan 2  Mei. Kehadiran 8,000 org dan jemaah yg keluar 30 jemaah
  8. Ijtimak Alor Gajah,Melaka pada 3.4,5 Mei kehadiran 3,000 org dan jemaah yg keluar di ketahui pagi ni .

Doa tuan-tuan semuga kita mati dalam usaha yg mulia ini dan dapat pergi hujung-hujung dunia utk sampaikan agama...insyallah...amin..

Copy paste dari FB bro. Ali Russia..

*******

dan yang kat bawah ni semua xde kena mengena dengan ijtimak..




2 Mei 2014.. besday aku ke sekian-sekian kali nya..














Insuran & Road Tax Online


Tuesday, April 29, 2014

Ijtimak Malaysia 2014

Tempat² berserta tarikh Ijtimak Malaysia 2014
(Perhimpunan Seluruh Ummat Islam Lelaki atas Maksud Agama.)

17,18, 19 April 2014.
Markaz : Perlis, Jitra, Sungai Petani.di Madrasah Tahfiz Pinang Jaya, Bukit Pinang, Jitra, Kedah.

19, 20, 21 April 2014.
Markaz : Penang.di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang.

21, 22, 23 April 2014.
Markaz : Penanti, Selama, Ipoh, Taiping.di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

24, 25, 26 April 2014.
Markaz : Kelantan.di Mdrsh Hafiz Kg Api-Api,Bunut Susu,Pasir Mas.

26, 27, 28 April 2014.
Markaz : Kuala Lumpur.di Masjid Jami’ Sri Petaling, Kuala Lumpur.

28, 29, 30 April 2014.
Markaz : Jerantut, Kuantan.di Madrasah Sg. Badak, Jerantut, Pahang.

30 April & 1, 2 Mei 2014 .
Markaz : Kuala Terengganu, Besut.di Madrasah Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

2, 3, 4 Mei 2014.
Markaz : Johor Bahru, Batu Pahat.di Masjid Jami' Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

4, 5, 6 Mei 2014.
Markaz : Melaka & Seremban.di Masjid Ar-Rasyidin, Masjid Daerah Alor Gajah, Melaka.

07hb-09 Mei 2014.
Madrasah Kg. Tanjung Batu Darat, Tawau

10hb-12 Mei 2014.
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkol, Beaufort, Sabah

13hb-15Mei 2014.
Sibu - Kuching di Masjid Al Muhajirin, Sentosa, 96000 Sibu

16-17 Mei 2014.
di Al Hidayah, Bintulu..

18-20 Mei 2014.
sandakan, masjid ILP

20-21 Mei 2014.
Jord karkun lama. Sabah sarawak. Di kk..

23hb-25 Mei 2014.
Masjid Jame’ Seri Petaling, Kuala Lumpur (2nd Ijtima), di KL sekali lagi, insyaAllah.

*****

Ijtimak KL dibahagi kepada 2;
  1. 26-28 April 2014
  2. 23-25 Mei 2014




Laporan ijtimak 1 Kuala Lumpur pada 26-28 April 2014 ;

Ini aku copy paste dari kawan lain. Sila maklum kalau ada kesilapan dlm laporan.
"Alhamdulililah dgn fazal karim Ijtimak KL 1 berjalan dgn lancar, atas risau rungsing rakan rakan kehadiran ijtimak melebihi 17,000 khusus nya pada mlm sabtu dan pada bayan hidayat pagi ni jemaah yg berjaya di bentuk 52 jemaah, ia itu 6 jemaah ke negara jauh iaitu Florida USA, Libya@Tunisia, Pueto Rico, South Africa, Australia dan Nigeria. 1 jemaah masturat 2bulan ke Albania, 12 jemaah 4bln ke IPB, 4jemaah ke Sabah/Serawak, 1 jemaah 2b jalan kaki dan 28 jemaah 40hari Semenanjong.

Selepas bayan hidayat Maulana Shamim telah mengadakan perjumpaan dgn org fikir man KL dan beliau menyatakan kegembiraannya dgn Ijtimak KL,dimana ramai bilangan yg hadir dan jemaah yg dikeluarkan jg ramai. KL, kata maulana nadi usaha agama di Malaysia dan disini ramai bijak pandai dan ramai yg aktif dan penggerak usaha agama. Walau bilangan yg hadir dlm ijtimak ramai tapi jika di bandingkan dgn jumlah penduduk islam seramai lebih 3juta org ,nisbah nya masih kecil oleh itu niat supaya ijtimak KL 2 , 50,000 boleh hadir dlm ijtimak.

Beliau menyeru usaha bergerak pintu kepintu perlu digerakkan untuk menjumpai semua org islam dimarhala (kariah) masing masing untuk disedia mengambil kerja nabi kerja mereka. Dari rumah ke masjid dan dari pejabat ke masjid dan balik rumah lewat isyak. Seterus nya beliau menyeru semua karkun KL buat kerja dgn kasih sayang dan satu hati dgn itu akan datang nusrah Allah, ameen."




Ijtimak sedang berlangsung.. bangun lah umat..

*****

Dan ni cerita lain;





***
Dan ni pun cerita lain lagi;

***

18 April 2014, aku selamat pulang ke tanah air;



Korang kalau naik teksi dr KLIA ke MSP kena bayar RM100++.. tapi boleh try naik bas dr KLIA ke komuter Nilai.. turun kat Bdr Tasik Selatan dan tukar naik LRT ke Sri Petaling.. kemudian naik teksi ke Masjid Sri Petaling (MSP).. total x sampai RM10.. ambil masa 1½ - 2 jam..

*bas di platform 11 tkt 1 KLIA.. turun lif di belakang Dunkin Donut dalam KLIA.. MSP ke KLIA kena reverse route2 di atas..

**bila komuter atau LRT lalu atau singgah kat Bdr Tasik Selatan, selalu teringat ayat "Tiada Apa Yang Dapat Kurasakan.. Selain Dari Cintaku Padamu.." huhu..







Insuran & Road Tax Online

Sunday, April 13, 2014

Salam Dari Delhi, India part 3

Perlu ada rasa takut pada nikmat yang diberi Allah seperti mana kita takut kepada dosa-dosa yang kita telah lakukan.. kerana.. kalau kita tak mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut, maka Allah akan memberikan laknatNya kepada kita dan memberi nikmat tersebut kepada orang lain..

*nikmat yang paling besar yang diberi Allah kepada umat ini adalah nikmat buat kerja kenabian.. orang kafir Quraish di Mekah tidak mensyukuri nikmat Nabi diutus dari kalangan bangsa mereka sehingga Allah telah ambil kerja dari orang Ansar Madinah.. walaupun orang Mekah terdiri dari golongan bangsawan dan hartawan sedangkan orang Madinah adalah dari golongan petani yang miskin..

*******

Hari ke 56 di benua India.. sadis.. 2 bulan khidmat di Banglawali masjid kesannya macam keluar 4 bulan.. aku rasa macam tu le.. dan kengkawan khidmat yang lain pun ada yang cakap macam tu..

Balik dari Nepal, aku terus sambung kerja-kerja di bahagian pembuatan visa Bangladesh.. tak boleh nak lari ke bahagian lain dah.. kengkawan Indonesia sangat kurang yang boleh berbahasa Inggeris.. duduk je la kat sini.. taat mesyuarat..

opis aku..

28 Mac, syura Hj Abdullah Chong & Hj Maiden datang untuk ziarah keluarga Maulana Zubair.. Hj Aziz Hasbi pun ada sama.. esoknya Maulana Hamzah pulak datang.. maulana peluk aku punya kuat sampai berderap-derap tulang belakang aku.. mungkin nak transfer aura kesungguhan kerja agama.. dan semoga tak transfer aura lain yang dirisaukan oleh ahlia aku.. ahaks..

dan aku dapat tahu Hj abdul Wahab sab dari Pakistan juga baru sampai di Banglawali Masjid..

Dalam masa khidmat ni, boleh keluar tashkil untuk 10-15 hari.. tu pun bergantung kepada mesyuarat sebab kena tengok sape yang boleh ganti tugas.. aku cadang nak keluar 10 hari pada 4 atau 5 April.. jadi lepas balik dari 10 hari boleh relak-relak kat markas 2-3 hari sebelum tangguh ke Malaysia tercinta pada 17 April..

amalan istiqamah sblm solat subuh.. ngopi dulu dgn roti bakar..
Tapi kita merancang sedangkan Allah lah menentukan.. pada 30 Mac, satu jemaah dari Malaysia telah dibentuk dan amir India pun dah siap.. route ke daerah Mewat.. bila dicari-cari ahli jemaah, rupanya dah keluar tashkil awal lagi.. kesilapan dari jemaah tashkil yang buat senarai nama-nama mereka 2 kali.. jadi diberikan kepada jemaah khidmat melayu untuk memenuhi takaza ni.. pada masa tu jemaah khidmat pun tengah ramai.. jadi 8 orang termasuk aku ditashkil keluar ke Mewat.. huhu.. gembiranya..

31 Mac, kami gerak ke Nagina, daerah Mewat.. lepas subuh aku sempat bermusafahah dengan Hj Abdul Wahab sab.. perjalanan ke Mewat ambik masa 2½ jam, naik van khas dari Mewat.. jemaah memang mantap le insyaAllah.. semua orang dah pengalaman 4 bulan.. kemudian ada 2 orang adik beradik dari Madras yang baru habis belajar engineering, dimasukkan dalam jemaah kami.. cuma ada masalah sket.. amir sab kurang fasih Inggeris.. kengkawan Indonesia apatah lagi.. yang 2 orang Madras tu pulak hanya boleh Tamil dan Inggeris.. bahasa Urdu diorang tak fasih.. huhu.. tapi kerja tetap jalan..

masjid Mewat..
dalam masjid..
Sifat orang Mewat adalah terlalu memuliakan tetamu.. aku rasa ni la sebab yang besar, Allah jadikan mereka orang-orang yang awal dalam usaha dakwah akhir zaman.. setiap mereka ingin bersalaman dengan kita.. mereka ingin menjamu kita.. mereka sentiasa ingin berkhidmat kepada kita.. permintaan kita untuk dikeluarkan jemaah tunai, mereka tak akan hampakan walaupun mereka dalam kekurangan.. inilah sifat-sifat orang Ansar Madinah yang ada pada mereka.. aku tersekima..

rumah Mewat.
anak-anak Mewat membeli jajan..



Azan Mewat 3



Solat Subuh Mewat

Kami buat usaha di 4 masjid.. 2 di kawasan pekan dan 2 di kawasan kampung.. masa pindah dari pekan ke kampung, jemaah naik lori..

memuat barang dan orang..
enjoy the ride..
TROM = The Real Otai Mewati..

Orang yang khidmat markas, kalau dapat keluar macam ni memang la best sesangat.. dapat gash.. taklim.. makan pun best.. tidur lagi best.. orang Mewat akan hidangkan chai (teh) panas 4-5 kali sehari.. naik kembung la pulak..

orang sini biasa je minum air perigi.. aku dah try seteguk dua..
"lemak berkrim dan disukai ramai.. "
mungkin sebab lokasinya sebelah jamban..
perigi sebelah kolam..
Buffalo Soldier..
sumber daging, susu dan bahan api..
ni bukan biskut raya tapi bahan bakar dari taik kerbau..
adalah sebesar pinggan.. longgokan yang kat depan tu belum diproses..
proses pakai tangan macam buat roti.. lepas tu jemur dulu..
bila dah kering jadi bahan bakar berbagai resipi.. menambah aroma terhadap masakan..

9 April.. akhirnya jemaah tangguh dari Mewat dengan rasa berat hati..

van khas ke Mewat..
hari ni 13 April.. hari-hari akhir di Banglawali Masjid.. sedih dan gembira nak balik.. sementara masih ada peluang ni, korang cepat-cepatlah datang khidmat kat sini.. semoga Allah terima kita semua..

*******



20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 1-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 2-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 3-4

20140331 Bayan Subuh Maulana Saad 4-4






Insuran & Road Tax Online


Sunday, March 23, 2014

Salam Dari Delhi, India part 2



*******

no amanat aku..
Hari ni genap 35 hari aku di Bangle Wale Masjid.. masa bergerak pantas..

Aku datang sini berempat dengan Pak Cu Bentong, Cikgu Roslani Kelang & Prof. Sapuan UPM pada 17 Februari lepas.. kami semua khidmat dua bulan kecuali Prof. Sapuan yang datang khidmat sebulan dan habiskan 10 hari lagi di Bagladesh.. orang-orang Malaysia yang lain masih tak muncul lagi.. orang-orang khidmat dari Indonesia pergi dan balik silih berganti..

Oleh sebab aku bercampur dengan kengkawan dari Indonesia, maka sikit sebanyak aku kena cakap bahasa Indonesia supaya memudahkan perhubungan.. terjemahan-terjemahan bayan juga banyak dibuat di dalam bahasa Indonesia oleh ustaz-ustaz mereka.. cuma ada beberapa bahasa Indonesia yang kurang cocok dengan orang Malaysia..
  1. jangan menganggap spele perkara itu..
    (jangan ambil mudah perkara itu..)
  2. gampang sahaja mereka melakukannya..
    (mudah saja mereka melakukannya..)
  3. mereka saling membutuhkan di antara satu dengan yang lain..
    (mereka saling memerlukan di antara satu dengan yang lain..)
  4. pantat, punggung dan kepala hendaklah rata ketika merokok..
    (punggung, belakang dan kepala hendaklah rata ketika rukuk..)
11 Mac 2014.. aku ke Aligarh Universiti sebab temankan Prof. Sapuan.. dia dijemput untuk beri lecture dan disamping tu dia nak jumpa kawan-kawan lamanya.. train yang dijadual pada 2.10ptg hanya tiba pada 6.50ptg.. perghh.. janggut pun tumbuh janggut.. lepas tu train slow sebab beri laluan pada train lain semasa perjalanan.. akhirnya sampai Aligarh pada 11.30mlm.. kami dijemput dari situ dan di bawa ke bilik tetamu univeriti.. lepas solat & makan, kami pengsan sampai subuh..

Alhamdulillah dapat subuh berjemaah.. lepas tu sambung pengsan hingga dipanggil sarapan pada 9.30pagi.. kemudian kami ke universiti dan leture diberi lebih kurang 45 minit.. aku lepak je dengar.. ada la 30 orang student yang hadir..
persiapan terakhir sebelum kelas bermula..
Masa balik tak sanggup naik train.. sewa kereta sebab perjalanan 140km je.. tapi perjalanan tak berapa elok.. kul 1tgh gerak, kul 6ptg baru sampai.. tu pun tayar meletup dua kali.. kali pertama boleh la tukar tayar spare.. kali kedua masa dah masuk Delhi.. kami tinggalkan je drebar tu dan naik auto (motor roda tiga) dan balik ke Nizamuddin..

memula tayar belakang..
lepas tu tayar depan lak..

please "Blow Horny.."

Visa India bagi rakyat Malaysia sekarang ni diberi 6 bulan multiple entri tapi boleh duk 30 hari saja setiap kali masuk.. jadi sebelum cukup 30 hari kami kena keluar dari India dan kemudian masuk semula.. negara yang dicadang oleh markas adalah Nepal.. jadi kami bertiga ke Nepal dan Prof. Sapuan habiskan masa di Bangladesh.. visa Nepal dibuat di Delhi dan harga lebih kurang RM80..

16 Mac 2014.. perjalanan ke Nepal.. 5.15ptg.. keretapi bergerak seperti dijadualkan.. aku demam disepanjang perjalanan.. tidur aje la.. lagi pun kami ambik klas sleeper AC.. lebih kurang RM120 pergi balik.. perjalanan ambik masa 24 jam dari Delhi ke Raxaul untuk 960km.. lembab kan? sebab berenti banyak kali..

Sampai di Raxaul kami bertiga naik tangga hingga ke pejabat imigrasen India.. lepas tu sambung naik tangga yang sama hingga ke imigresen Nepal.. lepas tu naik tangga lagi hingga ke markas di Birgunj.. total jarak dari stesen ke markas dalam 5km saje dan harga sewa tangga lebih kurang RM11.. alhamdulillah takde masalah di imigresen.. semua setel dalam sejam..

tangga a.k.a. kete kuda.. ahaks..
Malam tu kami di markas saja.. sebenarnya dalam perjalan dari stesen tadi, jemaah kami telah dihendap oleh sepasukan tentera.. sampai saja di markas, tentera-tentera dalam bilangan yang besar itu telah menyerang kami sehingga kami telah menumpahkan darah di jalan Allah.. akhir orang tempatan mencadangkan kami membeli kelambu.. kelambu nya sama design dengan Kelambu Tabligh yang ada kat Malaysia.. huhu..

RM25 sahaja..
agak lebar dan sesuai untuk Malam Pengantin Baru..
Esoknya kami dikeluarkan ke satu masjid berhampiran.. malam tu datang lagi 5 orang Malaysia dan malam berikutnya lagi 3 orang.. kami 3 hari sahaja di situ dan makan minum kami ditaja sepenuhnya oleh orang tempatan.. orang tempatan di sini seperti orang India dan berbahasa Urdu..

21 Mac 2014.. kami semua 11 orang Malaysia balik India..

11 penumpang + barang..
2 duk sebelah drebar.. 8 duk dalam.. 1 lagi berdiri kat belakang..
ada brani?
imigresen Nepal..
pintu gerbang Nepal-India..
imigresen India..
Sesuatu telah berlaku dalam perjalanan balik.. hanya aku saja yang ada no sleeper di coach AC.. tu pun kongsi dengan sorang India.. dua lagi kawan aku langsung xde no sleeper.. kengkawan yang 8 orang lagi di coach lain senasib dengan aku.. perjalanan awal ok je.. sampai la ke waktu zohor, bila tain berenti kat bandar Gorukhpur, keadaan berubah.. ramai sangat orang naik.. jadi member aku yang dua orang tu dah xde tempat.. bila tanya kenapa jadi camni sebab kami dah beli tiket.. rupanya ada raya kat India minggu lepas dan sekarang diorang sume nak balik Delhi..

sleeper 55.. ada dua nama.. giler ahh..
Jadi sebagai penyelesaian maasalah kami (sila pilih satu jawapan yang korang rasa sesuai..);

  1. kami telah menghumban penumpang India yang kongsi sleeper tu ke luar train.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
  2. kami telah memukul penumpang India tu hingga lebam dan menyorokannya di bawah sleeper.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
  3. pegawai train telah menukar penumpang India tersebut ke sleeper yang lain.. dan kami bertiga duduk di sleeper tu dengan boringnya..
dan kami tidur duduk sepanjang malam.. baru betul tidur-tidur ayam.. kepakaran tidur di dalam taklim dan bayan, kami gunakan sepenuhnya.. 22 Mac 2014, 10.40pagi.. kami tiba di Delhi..

23 Mac 2014.. masih penat.. tapi sempat update blog.. ahaks..

*******







Insuran & Road Tax Online


Saturday, March 08, 2014

Salam Dari Delhi, India

Bole chudiya bole kangna, haye main ho gayee teree sajna
~kelihatan heroin dari arah belakang..
Tere bin jiya naiyo lag da, main te margaiya
~slow-slow heroin memalingkan muka kebelakang..
Le ja le ja soniye le ja le ja, dil le ja le ja ho.......
~eh.. heroin tu bini aku la.. bila lak dia belakon industan? adoiii..


Azan maghrib berkumandang.. ohh.. ngelamun aku rupanya.. ahaks..

Aku sekarang di Bangle Wale Masjid, Nizamuddin, New Delhi.. alhamdulillah dah 20 hari khidmat kat sini.. ada 40 hari lagi insyaAllah.. khidmat di sini bermakna menjadi wakil elders dalam melayan dan membantu keperluan tetamu yang datang dari seluruh dunia.. melalui khidmat di sini, kita baru betul-betul dapat bersohbet dengan elders.. berkongsi fikir risau bimbang mereka..

Secara umumnya kami yang berbahasa melayu buat khidmat untuk orang berbahasa melayu sahaja.. dari 20 petugas khidmat melayu, 16 adalah dari indonesia dan kami berempat sahaja dari malaysia.. tugas yang diberi adalah istiqbal, jemaah tashkil, iklan, jorna, taklim dan terjemah bayan bagi yang boleh berbahasa urdu.. tugas buat visa bangladesh bagi semua negara juga diberi kepada kami kerana pihak embassy bangladesh di sini lebih senang dengan orang melayu yang lemah lembut, katanya..



dan sekarang aku diletakkan di bahagian urusan visa tu le.. boleh kata dalam sehari, dua kali kena gi embassy.. pagi hantar dan petang ambik yang dua hari lepas punya.. gi embassy naik auto yang roda tiga tu.. yang best nya sabtu ahad embassy cuti..

Makan.. hmm.. menu tetap kat sini; sarapan roti dengan kima beserta teh panas.. tengahari dan malam nasi dengan kuah daging.. sebelum datang sini, aku dah diberi targhib bahawa apa yang dihidangkan di sini adalah yang terbaik untuk kita.. aku tengok kengkawan khidmat dari indonesia kerap gak masak.. dalam hati aku kata buat pe la masak.. kan dah disediakan makanan kat bawah..

tapi lepas 10 hari.. aku mula teringat nasi goreng di rumah.. termasuk pembuat nasi goreng itu.. huhu..

Mandi kat tempat orang kidmat ni ada air panas.. jadi tak ada masalah la.. masa sampai hari tu sejuk gak.. tapi sekarang dah mula nak panas.. aku biasa mandi tak pakai kain basahan.. sebab.. aku lebih suka pakai seluar basahan.. rilek.. rilek.. lepas kan napas slow-slow..

tempat tidur orang khidmat melayu..

Sabtu lepas aku ada pos surat kat bini.. tak tau le dah sampai ke belum.. gi pos opis naik beca.. rasa nak pos diri sendiri sekali.. tapi apa kan daya..

Beberapa hari lepas aku demam.. selsema yang dah berlangsung selama beberapa hari dah mula menghijau.. hijau dan pekat serta melekat.. malam tu, malam kedua aku demam.. masa tengah tido, aku dengar sesuatu mencakar-cakar bahagian kaki beding aku.. aku tengok kelibat sekor kucing.. "shuh shuh.." kata aku.. kucing tu pun tokojut dan melompat pergi dengan lagak seperti seekor rusa yang dikejar rimau..

tetibe aku teringat nak ambik tau apa aktiviti sebenar beliau.. bila aku suluh ke kaki beding, baru lah aku paham.. rupanya beliau nak bagitau: "bang, aku dah berak kat sini.. maaf tak dapek nak kambuih.." jadi.. aktiviti tambahan aku pada malam tu adalah membasuh kaki beding..

kuang hajaq, kuang hajaq..

Sebuk kat sini.. jemaah keluar dan masuk 24 jam.. banyak gak kenkawan yang aku aku jumpa.. yang mengaku pembaca blog ni pun ada.. heheh.. dan aku dapat sembang-sembang dengan bro.Iwan Dangdut yang sedang keluar 4 bulan sekarang.. dia dah habis masa di Bangladesh dan baru seminggu masuk India..

Aku suka dia mak.. aku sayang dia mak..
Kasih dan rinduku ini.. tentunya untuk si dia..
~teringat lak masa aku minta mak tolong masuk meminang.. huhu lagi..

Cam biasa, sebelum aku keluar, aku akan zarah mak dan abah dulu.. kasih kedua mereka pada aku tak akan berubah insyaAllah.. dan sebelum aku pergi, mak angkat tangan untuk doa keselamatan untuk aku.. dan abah sama-sama aminkan.. semoga mereka berdua sentiasa dalam hidayat dan afiat dari Allah..

Cukuplah.. insyaAllah ada kelapangan aku tulis lagi.. doa untuk aku, keluarga dan umat..






Insuran & Road Tax Online

Kisah Kami Suami Isteri

Saje nak sembang pasal aku & isteri.. Kami nikah pada tahun 1995.. masa tu umur aku 22 dan isteri 21.. kami jiran setaman je...