Friday, October 26, 2012

Raya Korban 2012

Alhamdulillah.. umat Islam hari ni suka bab korban Nabi Ibrahim a.s. sembelih anak.. tandanya, banyak lembu dikorbankan setiap tahun.. tapi korban² sebelum tu yang mana baginda telah tinggalkan anak bini untuk buat dakwah, umat belum brape paham dan belum brape suka.. malah ada umat yang menentang dan mengeji..

Agama kita adalah millah Nabi Ibrahim.. semoga Allah bagi kita paham..


raya haji tahun ni Jumaat 26/10/2012..
~ apakah esok masih ada? kata en lembu..
Keberkatan yang wujud di Mekah bukan kerana Mekah tu adalah Mekah, bahkan keberkatan, keamanan, penjagaan dan juga keselamatan yang wujud adalah hasil daripada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s utk agama. Apabila pengorbanan yang sama dibuat oleh baginda Rasulullah SAW di Madinah, maka Madinah juga diberkati, dapat keamanan, keselamatan dan penjagaan sebagaimana yang wujud di Mekah Mukarramah..

Sekiranya hari ini pengorbanan yqng sama dibuat di mana² sahaja, maka segala keamanan, keberkatan, keselamatan dan penjagaan yang wujud di kedua² tempat ini akan juga wujud di tempat tersebut. Oleh itu kita harus usahakan kepada setiap muslim agar mereka ada kesediaan untuk buat pengorbanan utk agama..


korban lembu kat tempat aku dibuat pada Sabtu 27/10/2012..
~ mula 7.30 pagi.. 12tgh daging dah habis dibagi²kn..

Amalan haji adalah amalan pengorbanan. Dalam amal haji semuanya berbentuk ta'abbudi. Melakonkan kembali pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim a.s sekeluarga. Ummat ini dilatih untuk berkorban sebagaimana pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarga. Dalam keluarga Nabi Ibrahim a.s adanya org dewasa, anak kecil dan wanita. Ketiga2 golongan ini telah berkorban untuk agama maka Allah SWT buat keputusan hidayat untuk manusia seluruh alam..

Ini adalah satu pengajaran yg amat besar untuk ummat ini. Setiap ummat ini yang mengucap kalimah tayyibah hendaklah datang kepada latihan pengorbanan Ibrahimi dan pergi ke seluruh alam untuk sebarkan agama. Untuk ini semua kita hendaklah bangun dan bangkit berkorban..

Wallahua'lam..


bayan pada malam sabguzari Kuala Lumpur



Sunday, October 14, 2012

Cerita dari South Africa

Ustaz Hazim yang sekarang menyambung pengajian di South Africa (dulu ustaz adalah salah seorang tenaga pengajar di madrasah Sri Petaling) menulis di whatsApp;

Minta rakan2 bagi cadangan @ sampaikan nasihat masyaikh macamana cara nak tinggkat usaha d mohalla supaya setiap orang dapat lebih istiqamah, tingkatkan pengorbanan dan buat usaha dgn lebih fikir dan rasa tanggungjawab.

Sblum tu ana nak bagi sdikit karguzari tntang mohalla ana. Kat SA ni ana duk kat Actonville, Benoni dkat dgn Johannesburg. Kat sini ada tiga masjid. Sblum ni ana buat usha d masjid jamek Actonville. Masjid ni alhamdulillah gasht pertama +-50orang. Gasht kedua 3jemaah berlainan. Jemaah tiga hari 5-6 jemaah sebulan. Dapat keluar jemaah sempurna dari masjid 4bulan 40hari dalam dan luar negeri. Beberapa jemaah setiap tahun 4bulan jalan kaki pun jemaah sendiri dari mohalla. Yg bagi masa hari-hari pun ramai.




Cuma sekarang ana pindah rumah jadi mohalla pun kena pindah. Buat masa skarang ana buat usaha di masjid Bilal. Masjid ni paling lemah antara 3masjid kat sini. Gasht pertama cuma +-10orang. Gasht kedua 7-8orang. Jemaah tiga hari cuma1-2jemaah. Tahun ni baru dapat keluar 2 jemaah 40hari sempurna dari masjid. 1dlm negeri 1negara jiran. Yg bagi masa hari2 pun tak ramai cuma2-3 orang sahaja. Jadi bila ana pindah sini diorang semua gembira dan harap ana dapat bantu bangumkan usaha kat masjid ni. Sibuk nak suruh ana bagi targhib dan fikir kpd karkun2.

Ana ni biasa duk markaz (sri petaling). Bagi bayan boleh la skit2 tapi yg buat kerja sebenarnya tuan2 yg dok mohalla. Nak minta pengalaman dan nasihat dari tuan semua..

kurang 20% dari kitab di tempat ustaz belajar

******

hmm.. nak nasihat camne ustaz.. karkuzari ustaz pun dah cukup membangkit semangat kami buat usaha di Malaysia ni.. doa le untuk kami..

Friday, October 05, 2012

Takaza On Call


aku bila lagi..??? orang rumah dah tashkil aku..
susah bro.. kalau jemaah tashkil ni tinggal serumah..
ahak..

~ meeting di Takaful Ikhlas ~
aku masih sebuk dgn dunia..



Monday, October 01, 2012

Wali & Tabligh..

Beberapa orang wali Allah sebelum kedatangan Maulana Ilyas diberikan firasat atau kashaf mengenai usaha tabligh.

Antaranya, ada seorang wali Allah di Syria yang hidup hampir 200 tahun lepas. Dia menuliskan surat wasiat yang terkandung di dalamnya, "Suatu masa nanti di India, akan lahir dua orang yang bernama Ilyas dan Yusuf, mereka akan menghidupkan amalan fardhu dan sunah di seluruh dunia."

Satu jemaah telah dihantar ke Syria dan penduduk Syria menunjukkan kepada para jemaah surat wasiat itu lalu mereka terharu dan menangis.

*dr sumber yg x diketahui kesahihan.. percaya boleh, x percaya pun xpe..

******

 
~komentar kengkawan di FB;


Kalau percaya, maka boleh berdasarkan kepada kemungkinan, mengikut satu kaedah yang saya boleh sebutkan sebagai " at-tashdiiq bi maa yata'allaqu bi qudratillaah " [ التَّصْدِيقُ بِمَا يَتَعَلَّقُ بِقُدْرَةِ اللهِ ] iaitu "Membenarkan apa yang berkaitan dengan qudrat / kuasa Allah". Jadi, kita tidak menafikan kemungkinan ini boleh terjadi dengan alasan, ia tidak menyalahi qudrat dan kemampuan Allah untuk melakukannya, walaupun tidak ada jalan yang pasti untuk me "rajih" ( memperkukuhkan ) kan kedudukan khabar ini dengan jalan "yaqiin".

Tuan Ahmad Dailami, bagusnya kaedah yg tuan sebut. Byk perkara boleh dijawab melaluinya. Boleh bagitau sumber?
Sumbernya, ada beberapa buah kitab karangan ulama-ulama Islam yang membicarakan tentang hal ini secara terpecah-pecah. Asalnya ia berada di bawah topik "Karamah Para Auliyaa Allah".

Imam 'Abdullah al-Yafi'e menulis di dalam kitabnya yang bertajuk " Raudhur Rayaahin Fii Hikaayat as-Shaalihin " ( Taman Selasih di Dalam Kisah-kisah Para Solehin ) bahawa satu golongan manusia telah ingkar kepada kebolehan untuk terjadinya peristiwa-peristiwa yang luar biasa yang disebutkan dalam bahasa 'Arab sebagai " mukhriqaatul 'adaaat " ( menyalahi adat kebiasaan ). Yakni karamah para auliya Allah yang biasa menyalahi peraturan alam seperti kebolehan berjalan di atas air, ghaib dari satu tempat dan muncul di satu tempat lain, tangan diletakkan di dalam api namun tidak terbakar dan sebagainya. Imam al-Yafi'e telah menjawab hujjah golongan yang ingkar ini dengan terperinci di dalam muqaddimah kitab tersebut.

Beliau berkata, kedudukan orang yang ingkar kepada karamah para wali Allah adalah sama dengan kedudukan orang yang ingkar kepada mukjizat para Nabi dan Rasul, iaitu mereka ingkar pada qudratullah / kuasa Allah yang boleh memberikan kelebihan kepada para wali dengan karamah seperti mana dia berkuasa memberikan kelebihan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul.

Cuma beliau menegaskan, perbezaan di antara karamah dan mukjizat, selain daripada karamah itu diberikan kepada para wali Allah yang bukan maksum, bukan Nabi dan bukan juga Rasul sedangkan mukjizat diberikan kepada para Nabi dan Rasul yang maksum, antara lainnya ialah mukjizat datang disertai dengan " ad-da'waa an-nubuwaah " ( dakwaan kenabian ), sedangkan karamah tidak begitu. Maknanya, tidak sahih untuk seseorang wali Allah mengatakan: "Aku diberi sekian-sekian peristiwa ajaib / luar biasa / karamah, maka berimanlah kepada aku sebagai Nabi atau Rasul kamu". Bahkan siapa yang berkata begini, dia bukanlah wali Allah, akidahnya rosak dan dia secara automatik terkeluar dari Islam.
Kitab " Raudhur Riyaahin " yang saya sebutkan di atas dikarang oleh al-Imam al-'Allamah 'Abdullah al-Yafi' al-Yamani, adalah antara kitab-kitab yang menghimpunkan kisah-kisah kehidupan para solehin dan wali-wali Allah. Ini adalah kitab yang menjadi rujukan utama al-'Allamah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah. dalam menulis kitab taklim Fadhail Amal yang biasa digunakan oleh Jemaah Tabligh itu. Maulana Zakariyya banyak memetik kisah para wali Allah dan orang-orang soleh dari generasi Tabi'in bertujuan sebagai targhib / galakan untuk menimbulkan semangat dalam beramal dan beliau banyak sekali memetiknya daripada kitab ini.

Kalau sesiapa ada nuskhah taklim Fadhail Amal yang kulitnya berwarna biru itu, pada bahagian belakang sekali ada tersenarai rujukan-rujukan yang Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya gunakan dalam menulis Fadhail Amal, sebanyak dekat 80 buah kitab semuanya, dan ada tersenarai kitab " Raudhur Rayaahin " salah satu daripadanya.

Alangkah baiknya kalau kitab Raudhur Riyaahin ini ada dalam bahasa melayu kita, dan ada yang mengajarnya. Banyak permasalahan tentang karomah dan kasyaf dapat dirungkai permasalahannya dan banyak isu semasa dapat dijawab.
Ya, di antara sikap manusia dalam memahami kisah-kisah para wali dan karamah-karamah ini, ada yang bersikap terlalu berketat sangat sampai membantah segala-galanya dan tidak mahu percaya langsung. Ini membawa mereka kepada masalah akidah yang kritikal, yakni mengingkari qudrah / kekuasaan Allah. Tapi ada juga yang bersikap terlampau berlapang dada sangat sehingga mereka berbaik sangka dan menerima sahaja apa pun yang mereka dengari tanpa mengambil berat untuk meneliti kesahihan sumbernya, yakni dari mana datangnya kisah-kisah tersebut. Kedua-dua ini adalah sikap yang tidak baik.

Sebagai permisalan contoh, dalam ilmu hadis, kalaulah ulama-ulama hadis semata-mata mengambil sikap berlepas tangan, tidak mempersoalkan dari mana datangnya sesebuah hadis, dan tidak mengambil berat untuk mengkaji sama ada hadis itu sahih atau tidak, nescaya akan muncullah sebilangan besar kedustaan dan pemalsuan dibuat di atas nama Rasul yang mulia. Ini akan menyebabkan agama kita hancur, rosak dan runtuh kerana hadis adalah wahyu Allah yang menjadi tulang belakang kepada terbentuknya setiap nilai ajaran Islam. Sekiranya hadis tidak dipelihara dengan baik, agama kita tidak akan tertegak.

Begitu juga kisah para wali Allah. Namun, Imam al-Yafi'e menegaskan, kisah para wali Allah itu bukan hujjah untuk menegakkan hukum akidah dan syariat Islam, maka ia "dilonggarkan". Tidak seperti keadaan hadis-hadis yang memerlukan sanad dan kajian yang mengikuti peraturan ilmiyyah yang tegas atau 'strict discipline' ke atas sanad, beliau mengatakan, kisah para wali Allah tidak semestinya wajib disertakan dengan sanad. Cuma kalau ada sanadnya, wajarlah diletakkan juga dan itu lebih baik. Kalau ditinggalkan penyebutan sanadnya ketika kisah-kisah itu diceritakan atau ditulis, maka yang demikian itu adalah di atas tujuan "ikhtishar" ( meringkaskan ). Sebab sanad sahaja boleh menyebabkan satu kisah yang panjangnya setengah muka surat menjadi satu muka surat penuh.
Terbaik ustaz
Ade yang mengatakan zaman khilafah telah bermula dari maulanya ilyas....lihat seperti berikut,ciri2 ni munglin ada persamaan....
1.maulana muhammad ilyas--> saiyidina abu bakar As-siddiq r.a
2.maulana yusuf-->saiyidina umar Al-khattab r.a
3.maulana inamul hasan-->saiyidina uthman ibnu affan r.a
4.imam mahdi --> saiyidina Ali bin abi talib....

Zaman saiyidina abu bakar~~zaman korban...
Zaman saiyidina umar~~>zaman penerimaan agama....(islam menguasai 2/3 dunia)..
Zaman saiyidina uthman~~>zaman perpecahan umat islam
Zaman saiyidina Ali~~>zman peperangan....
Apa yang berlaku pada zaman mereka (para sahabat) telah berlaku pada zaman ini....tunggu zaman spt saiyidina Ali je nih..(imam mahdi).
dari Maulana Ilyas ,Maulana Yusuf ,Maulana Inamul Hassan, Maulana Zakariyya, Maulana Umar sehingga lah Maulana Saad & Maulana Zubair...mereka ini adalah Wali2 Allah...nama2 hadratji pun ada disebut dlm kitab2 lama benua hindustan..wallahu a'lam...
Mereka memang wali Allah yang haq, kalau dilihat dari sudut amalan mereka zahir dan batin, tidak ada keraguan pada kenyataan itu.
Smg Allah bg kita istiqomah dlm usaha agama shingga Allah redha dgn kita
Amin.
maizatul umairah taknak komen ke?

Azhar Jaafar, kisah ini ada dlm buku "1000 kisah Hadraji" ... ada dijual di Sri Petaling...mcm2 kisah karamah & tauladan semua hadraji dlm buku tue...

*****
wallahua'lam..
aku pernah jumpa wali..
iaitu masa nikah dengan isteri..
isteri aku (tengah) dengan anak no 1 (kiri) dan anak no 2 (kanan)
sedang berbincang cecara untuk memenuhkan troli..

 

  

Sunday, September 23, 2012

WhatsApp; Kisah Habib Umar


Sep 23 - ust usamah:
Assalamualaikum buat semua sahabat fikir alami
semoga semua ini mnjadi asbb pertambahan fikir ummat dlm diri
bak kata haji abd wahab
kita jadikan duduk,bangun,tdo,makan,berjalan semua utk mnfaat ummat dunia dan akhirat
kata mlana saad; khdpan org yg buat usaha agama ini bkan khdpan infradi lagi,bahkan khdupan kita adalah kehdpan ijtima'i.kerana kerja ini adalah kerja imam.kita adalah imam kepada ummat.setiap gerak geri kita adalah mnjadi contoh kepada ummat kseluruhannya.
kepada ust lan dan abg hisyam,ana juga akan mnnaikan hj tahun ni insyaAllah dari yaman.nnti bg pada mklmat tmpat tggal di sana kpada ana.harap dpt jmpa di sana.nnti bleh buat usaha sama2 insyaAllah
1:02pm

Sep 23 - Hj Rosmadi:
Jazakallah Ustaz usama diatas perkongsian fikir.
Apa kalguzari Syeikh Habib umar di atas usaha ini?
Di Tarem ada markaz ke?
1:03pm.

Sep 23 - ust usamah:
Baru ni ana bawa jmaah pakistan jmpa habib umar
1:03pm.

Sep 23 - Hj Rosmadi:
Mcmana penerimaan beliau?
1:04pm.

Sep 23 - ust usamah:
MaasyaAllah dia bg respon yg ckup mmbrangsangkan
ana xsangka dia akan smbut mcmtu skali
1:04pm.

Sep 23 - Hj Rosmadi:
akhlaq seorang ulama'
1:04pm.

Sep 23 - ust usamah:
mula2 ana jmpa dgn khadim dia utk jmpakan jmaah dgn hbib
tp diorang kata habib sibuk
1:05pm.

Sep 23 - Hj Rosmadi:
Jemaah Pakistan tu ulama' ke?
1:05pm.

Sep 23 - ust usamah:
ade sorang ulama
akhr skali ana bawa jmaah jmpa dgn habib kat masjid
Alhmdllh nmpak je jmaah dia terus bg respon yg amat baik
terus dia jmput makan tghari dgnnya di rmah bliau
Subhaanallah dia layan jmaah dgn bgtu baik skali
ana pun tmpang tuah skali la
hehehe
Siap dia yg bbuhkan nasi dan lauk utk kami
malu plak rasa dilayan oleh ulama sedemkian rupa
lpas makan dia borak2 dgn jmaah smpai azan asar
Dia bg karkuzari ttg jmaah maulana saiid ahmad khan yg mula2 dtg yaman
1:16pm.


Sep 23 - Hj Rosmadi:
Subhanallah.... Nasi Mendi ko ustaz?
1:36pm.

Sep 23 - ust usamah:
ye dr sab
nasi mandi dgn kambing muda
sedaaaap
heee
Bliau bgtahu masa jmaah maulana saiid ahmad khan dtg ayahnya yg mula2 nusrah jmaah tu
kmdian ayahnya ikut jmaah tu smpai ke india pakistan
di pakistan ayahnha stay 2blan
Kmdn ayahnya pg ke nizamudin di india dn dduk bersama maulana yusuf rahmatullah alaih
slama 4blan
bliau kata ayahnya bersama2 maulana yusuf mnyiapkan hayatussahabah
smpai skrg masih ada tulisan ayahnya yg tersimpan di nizamudin
lbhkrg 4 atau 5thn lpas anak habib umar pergi ziarah nizamudin maulana saad tnjukkan kpada anak habib tulisan datoknya yang buat hayatussahabah bersama mlna yusuf
kmdn stelah ayhnya balik dari nizamuddin ayahnya mulakan usaha dakwah di tarim
masa tu zaman komunis
ayahnya telah ditangkap dan smpai skrg blm djmpai
smasa mnceritakan perkara ni habib mngalirkan airmata
dia bgtu gmbira dgn kdtgan jmaah
ana xsangka yg bliau akan layan jmaah sdmkian rupa.
Siap hadiahkan kitab,tasbih dan lain2 kpada kami smua
dia pesan spaya teruskan usaha
jangan mndur
ujian yg dtg utk tgkatkan darjat
1:37pm.

Sep 23 - Hj Rosmadi:
subhanallah
1:37pm.

Sep 23 - Azhar Jaafar:
Allahu akbar..
1:39pm.

Sep 23 - Azhar Jaafar:
Maaf tanya.. ni ust usamah yg buat tjemahan masa msyt msia di nizamudin thn lps ke?
1:41pm.

Sep 23 - ust usamah:
Yer saya
masa tu sbb trpaksa
Sbnrnya xlayak pun
dh xde org lain
1:42pm.

Sep 23 - Azhar Jaafar:
Alhamdulillah..
byk manfaat utk kami..
hampir semua byn sy rekod.. heheh..
1:43pm.

Sep 23 - ust usamah:
Oh ye ker..
1:43pm.

Sep 23 - Azhar Jaafar: 
dah byk kali dengar..
amal je yg kurang..
1:44pm.

Sep 23 - ust usamah:
ana xde pun rekod bayan2 tu sume
blh tak send kat ana
kat email ana ke
1:44pm,

Sep 23 - Hj Rosmadi:
Ustaz Usama ni anak angkat kesayangan Maulana Shaukat...
1:44pm. 

Sep 23 - Azhar Jaafar:
sy ada muatkn dlm blog..
1:45pm.

Sep 23 - ust usamah:
Ana ni xlbh dri seorang plaja
1:47pm.

Sep 23 - Azhar Jaafar:
azharjaafar313.blogspot.com/2011/09/msyt-nzmdn-bhg-1-awal.html?m=0
1:48pm.

Sep 23 - Hj Rosmadi:
Maulana Shaukat sihat ke Ustaz?
1:48pm,

Sep 23 - Azhar Jaafar:
maaf.. dgn persembahan blog yg agak metal..
1:50pm.

Sep 23 - ust usamah:
Ana bru kol dia smggu lpas
dia sihat Alhmdllh
1:51pm.






 

Thursday, September 20, 2012

Korban Lembu di Kemboja

Iklan dari seorang kawan;

"Bagi meringankan penderitaan saudara seislam kita di Kemboja, saya akan pergi sendiri ke Kemboja pada 25hb Oktober ini bagi menguruskan korban di sana. Jika ada di kalangan sahabat2 FB yg ingin menyertai korban di sana, bolehlah menghubungi saya di nombor 0199317655 (Hj Rosmadi Nawi.). Harga korban lembu, RM200 sebahagian."



***********

Birthday boy 20 Sept 2012..
sudah 1 tahun woo..
alhamdulillah..



Tuesday, September 04, 2012

Pertanyaan Mengenai Persoalan

Petang semalam (3 September 2012).. lepas zohor.. sedang aku bersiap sedia untuk melelapkan mata.. tetiba masuk seketul satu email dalam inbox aku.. aku ingatkan nak tanya takaful lagi.. biasanya email² pasal takaful aku jawab waktu malam atau esok paginya.. tapi email tu nak tanya pasal usaha agama.. jadi aku baca dan jawab le..

~ Emailnya berbunyik begini.. (tarik napas panjang² dengan hidung yang kembang semaksimanya..)

From: xyz
To: "ikhlas114@yahoo.com" <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:05 PM
Subject: Assalamualaikum....

Assalamualaikum tuan,

Maaf andainya email ini telah membuat tuan merasa terganggu. Begini tuan, saya seorang yang jahil agama dan sekarang sedang cuba memperbaiki kehidupan saya ke arah yang lebih baik dari segi agama, InsyaAllah. Semuanya bermula dari blog seorang karkun. Entrinya membuatkan saya sedikit insaf dan mula mencari cahaya keimanan. Dalam blog itu juga saya diperkenalkan dengan kitab fadhail amal dan munthakab hadith.Sudah setahun saya baca kitab itu. Saya suka JT dan saya teringin agar keluarga saya turut serta dalam usaha ini tapi sehingga kini mereka tidak berminat.

Namun baru-baru ini saya terbaca komen di blog dan saya sungguh terkejut dan menjadi sangat takut. Di sini saya copy paste komen di blog tersebut

“Hidup kita hanya sekali di dunia ni... jika kita tersalah memilih maka penyesalan di akhirat sana tidak berguna lagi. Ramai yg mengikut secara membuta tuli tanpa ilmu sesuatu kumpulan, merasakan kumpulan mereka menyebar kebaikan tanpa mengetahui bahawa amalan mereka adalah sia-sia di sisi Allah.
Mengenai JT, (bla.. bla.. bla.. *aku tak sanggup nak tulis fitnah yg tersangatla dasyat.. terutama terhadap mimpi mengenai maulana Ilyas rah.).

Kebenaran itu bukanlah dgn ramainya, atau byknya markas yg ada di seluruh dunia... Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) Jadi neraca untuk mengenal Kebenaran ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW bukan dgn bersandarkan hujah2/dalil2 yg lain sepertimana yg selalu di hujahkan oleh karkun2 JT. Jadi, kenallah Kebenaran terlebih dahulu. Wallahu a'lam. Wassalam.”

Kini sudah beberapa hari ini saya sudah tidak membaca kitab Fadhail amal. Saya keliru…

Sungguh ke apa yang di kata??





~ Jadi aku jawab dengan muka macho yang tak berbelah bagi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:16 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

W'salam..

Tak perlu percaya pada komen tu kecuali kita kenal siapa yg komen..
nak tahu jugak siapa yang bermimpi.. dan siapa pulak yg dtg dlm mimpi tu..

Sudah byk pertolongan yg Allah zahirkn pd jmh tabligh..

Kerja yg dibuat oleh Nabi saw; mengajak sahabat menghidupkn
amalan masjid 24jam dan mengeluarkn sahabat ke serata alam..

Kerja yg dibuat oleh jmh tabligh; ??? (jwb sendiri dgn hati yg ikhlas)
Terima kasih kerana sudi bermuzakarah.

Wallahu alam.




~ beliau jawab lagik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:27 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Terima kasih tuan...

InsyaAllah saya akan meneruskan pembacaan kitab Fadhail Amal seperti sediakala. Kerana yang saya pasti selepas istiqamah baca kitab tu hati saya suka pada agama. Saya seronok baca Al Quran.

Tetapi setelah saya tidak baca kitab tu, solat 5 waktu pun dah tak terjaga.

Salah saya kerana mudah percaya pada orang.




~ aku jawab balik walaupun dah tak semacho tadi..

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 3:31 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Tambah korban lagi.. kalau blm 3 hari, klr 3 hari..
kalau blm 40 hari, klr le 40 hari..

doa utk saya & klrga agar Allah kekalkn dlm usaha ni..

http://youtu.be/lfzc2r-KRf8
(bayan mlm mgu baru nie..)

tkasih..




~ tetiba dia email balik..

From: xyz
To: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
Sent: Monday, September 3, 2012 3:39 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

Maaf tuan, mungkin saya terlalu kotor itu sebab saya tak terpilih untuk keluar.

Saya bergelar isteri dan ibu. Saya sudah ikram suami saya untuk keluar
tapi suami saya tidak berminat dgn usaha ini. Malah saya sudah terangkan kepada
abang saya tentang usaha ini dan abang saya telah pergi ke SP untuk mengetahui lebih
lanjut lagi tentang JT tapi tengok gayanya dia seperti tidak berminat.
Abang saya pengerusi surau di taman tempat tinggal kami.




~aku dah terlelap.. malamnya sebelum isyak aku jawab..
(aku puasa 6.. jadi lepas maghrib balik makan nasi..)

From: Azhar Jaafar <ikhlas114 yahoo.com>
To: xyz
Sent: Monday, September 3, 2012 8:29 PM
Subject: Re: Assalamualaikum....

ohh puan rupanya..

teruskan buat taklim di rumah.. tentukan masa yg tetap setiap hari
agar majlis dapat dibuat dengan istiqomah.. jaga adab² dlm majlis
http://amanahdarikekasihku.blogspot.com/2012/03/taklim.html

jgn lupa doa pd Allah terutama pd waktu mlm dan setiap kali lps
habis taklim agar Allah buka jln utk agamanya yg benar.. jgn doa
agar dpt klr ikut tabligh, tapi doa supaya Allah bawa kpd jln Nabi
dan sahabat..

wallahua'lam..





kesian.. kadang² ada suami yang nak berubah jadi baik, isteri pulak taknak.. yang ni isteri nak berubah, suami yang taknak.. alhamdulillah aku diberi Allah isteri yang sama² nak berubah.. walaupun belum 100%.. ahaks..

insyaAllah 8 September ni anibesari nikah aku dan isteri untuk tahun ke 17.. doa untuk kami supaya Allah kekalkan kami dan zuriat dalam usaha agama.. dan bahagia selamanya di dalam jannah.. dan anibesari kali ni insyaAllah akan disambut dengan aku keluar 3 hari di jalan Allah..

duit biru Mus'ab ambik..
duit merah bagi kat abah ek..



Monday, August 27, 2012

Perang Uhud.. Fakta Bukan Fatwa..


Fakta;
- Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW.

- Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3000 orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah.

- Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1000 orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

- Hadis dari ad-Dhahak ra menyebut,
“Bahawa Rasulullah SAW keluar pada waktu perang Uhud, tiba-tiba baginda terlihat sebuah pasukan yang (tersusun) baik atau (kata periwayat) yang kasar, lalu Nabi SAW bertanya, ‘Siapa mereka?’. Para sahabat menjawab, ‘Mereka Yahudi (bani) itu dan ini’. Nabi lalu bersabda, ‘Kita tidak mencari (meminta) pertolongan daripada orang-orang kafir”
[HR Thabrani].

Bukan fatwa;
- Nabi menerima orang munafik dalam jemaah muslimin (walaupun dari awal lagi Nabi dah kenal orang munafik nih..) dan menolak yahudi dalam memerangi musyrikin..

- Kita (yang mengaku muslimin) bersatu dengan musyrikin dalam cara yahudi memerangi muslimin yang lain.. dan belum dipastikan siapa munafik dalam pasukan kita dan musuh..


21 ciri sifat-sifat orang munafik yang disebut dalam surat At-Taubah:
  1. Meminta izin untuk perang dalam keadaan hati yang penuh keraguan dan kebimbangan. [QS 9: 45].
  2. Jika ikut berperang, orang munafik hanya menambah kekacauan barisan umat Islam. [QS 9: 47].
  3. Orang munafik tidak senang jika umat Islam mendapatkan kebaikan dan senang jika umat Islam mendapatkan bencana. [QS 9: 50].
  4. Orang munafik melaksanakan solat dengan penuh rasa malas dan memberikan derma dengan terpaksa. [QS 9: 54].
  5. Orang munafik bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahwa mereka termasuk ke dalam golongan umat Islam. Namun, Allah menerangkan bahwa mereka bukan golongan umat Islam. [QS 9:56].
  6. Jika peperangan terjadi, mereka akan mencari gua dan lubang sebagai tempat persembunyian. [QS 9: 57].
  7. Menghina tentang sedekah, infak, zakat, dan derma. Namun, jika diberi bahagian, mereka akan senang dan jika tidak diberi bahagian mereka akan marah. [QS 9: 58].
  8. Menyakiti Nabi dengan berkata bahawa Nabi mepercayai segala hal yang didengarnya, tanpa pernah melakukan usul periksa antara yang benar dan salah akan hal yang didengarnya tersebut. (QS 9: 61).
  9. Bersumpah dengan nama Allah untuk mendapatkan simpati umat Islam. [QS 9: 62].
  10. Orang munafik takut jika ada ayat yang menerangkan segala hal yang ada di dalam hati mereka. [QS 9: 64].
  11. Mempermainkan ayat-ayat Allah sewenangnya. (QS 9: 65).
  12. Orang munafik laki-laki dan perempuan selalu menyuruh kemungkaran, melarang kebaikan, kikir, dan melupakan Allah. (QS 9: 67).
  13. Selalu bersumpah dengan menggunakan nama Allah dan mengeluarkan kenyataan yang mengandung kekufuran. Hal tersebut menyebabkan mereka kufur dari Islam. (QS 9: 74).
  14. Mereka berjanji, jika diberikan kurnia oleh Allah, mereka akan bersedekah dan menjadi orang-orang soleh. Namun, janji tersebut adalah dusta. (QS 9: 75-76).
  15. Menghina orang Islam yang mampu dan tidak mampu memberikan bantuan sedekah. (QS 9: 79).
  16. Senang untuk tidak berjihad dengan harta dan nyawa. Dalih yang dikatakan oleh mereka adalah, jangan perang pada hari yang panas. (QS 9: 81).
  17. Jika ada ayat yang memerintahkan untuk beriman dan berjihad mereka lebih suka untuk tinggal. (QS 9: 86).
  18. Lebih suka untuk tinggal bersama orang-orang yang tidak berjihad. (QS 9: 87).
  19. Jika umat Islam kembali dari medan perang, orang munafik membuat helah tentang alasan mereka yang tidak ikut serta dalam jihad. Alasan tersebut disertai dengan menggunakan sumpah dengan nama Allah. (QS 9: 94).
  20. Ada juga orang munafik yang mengakui kesalahan sendiri. Orang seperti ini telah mencampurkan perbuatan yang baik dengan yang buruk. (QS 9: 102).
  21. Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (QS 9: 107).

err.. kalau halau atau buat muka benci atau buat dek pada jemaah yang menegakkan sunnah camne pulak ek? dan lagi.. orang munafik zaman Nabi tak datang solat berjemaah waktu isyak dan subuh sebab masa tu gelap dan orang tak nampak.. zaman ni terang-terang pun orang tak datang berjemaah waktu zohor, asar, maghrib, isyak dan subuh.. habih camne?

semoga Allah pelihara kita semua dari sifat² munafik.. dan janji Nabi.. sesape solat berjemaah tanpa ketinggalan takbir ula selama 40 hari, akan lepas dari neraka dan sifat munafik.. jadi? saudala saudali cikaboom cikaboom sendili mau ingat le nye pun adoi yai..

*****

aku masih dalam mood raya.. maaf yang zahir.. dan yang batin juga kalau aku ada terbuat batin korang merana..
'wong lanang' wes makin gedi..
encem koyok bapak ee.. ahaks..



Wednesday, August 22, 2012

raya 2012.. (lagi..)

2 Syawal 1433 
- Kg Batu 30, Ulu Yam Lama, Hulu Selangor..
(kampung allahyarham atuk & nenek sebelah mak)





3 Syawal 1433 
- Kg Jawa, Kerling, Hulu Selangor..
(kampung allahyarham atuk & nenek sebelah abah)




sila abaikan suar jin kami..

4 Syawal 1433
- balik Kepong dah..

err.. gambar mengira duit raya ditiadakan.. harap maap..
(anak 7 orang.. loaded la jugak.. keh keh..)



Saturday, August 18, 2012

raya 2012..

1 Syawal 1433
- Desa Jaya, Kepong, Selangor

Selamat beraya dari aku & korge.. semoga semangat ramadhan dapat diteruskan di sebelas bulan yang akan datang.. dan beraya sebenar adalah bila mati dalam redho Allah..







Sunday, July 29, 2012

10 malam bertarawih..

malam pertama..
masjid aku punya la ramai orang.. macam ada pesta buah-buahan keramaian.. aku memang dah bajet pegi masjid kena naik motor.. kalau naik kete.. alamatnya xde parking..

masjid aku buat tarawih 8 rakaat je.. sebab buku catatan amal dah penuh ada majlis tazkirah.. jadi aku & the gang mesyuarat untuk sambung tarawih masa orang tengah buat witir.. ada lebih kurang 7-8 orang join kami termasuk Bangla.. buat pun kat kaki lima masjid dan tak ganggu jemaah masjid.. ngam² je orang masjid habis witir + selawat + doa dan ustaz baru nak stat ceramah, kita orang pun dah habis tarawih lagi 12 rakaat..

lepas tu aku dan beberapa orang kawan masuk dalam untuk duduk dalam majlis ilmu.. dapat la lagi pahala 1000 rakaat solat sunat..

malam kedua, ketiga & keempat..
aku & the gang keluar 3 hari.. masjid tempat keluar tu dalam kawasan Wilayah Persekutuan.. jadi solat tarawih 20 rakaat.. settle.. satu kawan aku yang tak keluar sebab dah keluar 3 hari masturat minggu sebelumnya, meneruskan tarawih 12 rakaat dengan para Bangla..


malam kelima..
jeng jeng jeng.. petang tadi aku dengar sorang kawan aku kata, ada orang sound dia apasal solat asing²?.. bila aku dengar je, terus rasa nak marah.. bukan nya kitaorang kacau orang lain.. lagi pun kita solat bukan masa ustaz tengah ngajor.. nasib baik baju aku tak terkoyak macam incredible hulk.. dan nasib baik incredible hulk terkoyak baju je tapi seluar tak terkoyak..

tetibe.. aku teringat pesan ulama masjid Sri Petaling yang aku tulis dalam entri sebelum nih..
"kalau masjid di tempat kita buat 8 rakaat sahaja, kita sempurnakan lagi 12 rakaat di rumah.."

dan sebenarnya ada tambahan sikit atas pesanan tu..
"kita boleh ikut imam solat witir 2 rakaat tu dengan niat solat tarawih.. yang witir satu rakaat tu pun boleh diniat tarawih dengan kita tambah satu lagi rakaat lepas imam bagi salam.. tapi kalau nampak pelik kepada orang jahil yang tak tau, yang satu rakaat tu niatkan solat sunat biasa saje dan tak payah tambah rakaat.."

jadi kitaorang mesyuarat.. malam ni selesaikan tarawih 12 rakaat dengan jemaah masjid.. tapi yang kantoinya.. sorang kawan aku yang bangun untung tambah satu lagi rakaat tarawih, dia solat kat saf pertama dan kanan sikit je dari imam.. nye pun adoiii.. mesyuarat lagi.. dan dia pun tahu kesilapan tu.. so lain kali solat yang last tu kat belakang² sket..

lepas tu duduk dalam majlis ilmu.. lepas majlis ilmu, aku & the gang sambung lagi 8 rakaat tarawih dan 3 witir..

dan lagi.. disebabkan keuzuran isteri.. ikatan kain masih dapat dikawal ketat.. huhu..  (tak baik tulis camni.. nanti dibaca oleh budak² yang masih belum mengenal erti kehidupan..)


malam keenam..
aku ke masjid Sri Petaling sebab ada mesyuarat mingguan.. macam biasa lepas isyak tarawih 20 rakaat + 3 witir.. imam baca 1 juzuk quran.. habis solat dalam 10.30 malam.. kena tunggu kawan aku pulak sebab dia pergi join solat tarawih yang baca 3 juzuk yang dibuat berasingan dalam bilik lain.. dia habis dalam 11.30 malam.. lepas tu kawan aku kata, dalam bilik di madrasah diorang buat satu malam 5 juzuk dan habis dalam 12.15pagi.. perghhh.. dalam zaman manusia yang dah ambik mudah dan bersantai² dalam agama ni, ada lagi manusia yang sanggup bersusah payah untuk tunjuk kesungguhan di depan Allah.. aku tak mampu..

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya, Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".

malam ketujuh dan kelapan..
aku diserang selsema dan sakit kepala.. mudah²an jadi kafarah dosa yang menimbun ni.. lepas habis tarawih 12 rakaat di masjid, aku tak duduk dalam kuliah ustaz.. balik rumah dan sempurnakan 8 rakaat tarawih dan 3 witir.. lepas tu baring sambil layan tab yang aku baru beli.. oppsss.. aku pulak kantoi..

malam kesembilan..
patutnya aku ke masjid Sri Petaling untuk menghadiri malam sabguzari.. tapi kepala masih berat.. jadi aku buat macam semalam gak.. (alasan je tu.. boleh pulak update blog..)


malam kesepuluh..
malam ni la.. mana tau lagi hidup ke mati.. tapi dah tau dah.. akhirnya mati jugak.. persediaan? adoi.. ciput sangat.. dunia masih bersarang dalam hati.. camne pun usaha kepada kebaikan kena diteruskan.. semoga Allah terima dan mudahkan.. amin..

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W bahawa seorang pemuda telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
"Wahai Rasulullah, siapakah insan yang paling baik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang usianya dan baik amalannya." Pemuda itu bertanya lagi, "Maka siapa pula insan yang paling keji?" Baginda menjawab, "Orang yang panjang usianya namun jahat pula perlakuannya".
(Riwayat At-Tarmizi)
dan fasa awal ramadhan dah nak tamat ni.. jom le kita sama² muhasabah diri sendiri.. banyak mana air mata dah dialirkan didepan Allah.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

wallahua'lam..



Membetulkan Solat

Nasihat Hazratji Maulana Saad DB Alami Markaz Banglawalee Masjid, Nizammuddin. "Adalah penting untuk kita semua memperbetul...