Monday, January 13, 2014

Entri Pembuka 2014

Tahun baru masehi 2014 dah masuk minggu ke 2.. umur semakin pendek.. perjalanan terlalu panjang.. sedangkan bekalan terlalu sedikit..

hari.. hari.. bagaikan berlari..
tiada sesaat berhenti..
aku yag masih.. berdiri..
tiada arah yang pasti.. (harap syurga, takut neraka)

aku & isteri masih macam dulu.. macam masa baru kawen.. ahaks..
anak no 1 dah berenti alim sebab tak sanggup lagi nak belajar..
anak no 2 masih alimah tahun 5..
anak no 3 tahun ni pmr..
anak no 4 upsr..
anak no 5 masuk hafizah tapi balik hari..
anak no 6 masuk prasekolah..
anak no 7 nak masuk 3 tahun..
anak no 8 belum buat lagi.. kilang kata nak rehat.. nak aktif keluar masturat pulak..

sekolah anak no 5..
~jalan 13, Selayang Baru
prasekolah anak no 6..
~jaga² ada awek u-sya
03/01/2014..status FB aku;
masuknya pelajar² baru ke tahun 1 persekolahan memberi pengalaman baru kepada murid² itu sendiri, ibubapa, guru² dan para pembuat kerusi sekolah..
~aku tengok gambar ramai bebudak kepala tersangkut kat kerusi sekolah..

06/01/2014.. lepas maghrib, aku & the gang buat ziarah rumah ke rumah di kawasan PPR kepong.. sampai kat satu rumah, keluar sorang lelaki umur 30an.. aku tengok disekelilingnya ramai bebudak yang hampir sebaya.. aku tanya ni semua anak ke? dia kata ye.. 9 orang semuanya.. yang sulong darjah 6 dan yang kecik sekali baru lahir.. hidup kat bandar ni aku ingat anak aku 7orang kira champion la.. rupanya ada lagi champion.. huhu.. hebat Allah..

07/01/2014.. sesuatu telah berlaku..
ada member tanya aku; "Azhar Jaafar, tuan ada business baru ke?"

haha.. ni bukan aku..
ulama tabligh dah pesan untuk buat satu bisnes je..

11/01/2014.. WNR9776 kena major service sebab dah lebih 120,000km.. semua kasi tukar..

engin oil, oil filter, air filter, brake pad, gear oil, stabilizer link,
rear absorber, axle oil, coolant, spark plug, belting.. 

12/01/2014.. semua anak-anak ada kat rumah.. jadi..

9 worang punya makan kasi bungkus..
ada org takwa memang jaga makan.. org mcm aku ambik fatwa je..


dan.. semenjak tahun baru ni aku belum sempat memanah bersama kengkawan.. tetapi hanya sempat memanah bini di rumah sahaja..

dan.. jur orang yang pernah keluar 4 bulan pada 14, 15 & 16 Februari 2014 di Masjid Jame’ Seri Petaling.. aku azam khidmat 2 bulan di Nizamuddin lepas jur.. tolong doa..

dan.. Ijtima Malaysia 2014.. semua lelaki muslim dijemput hadir..
*sesape yang tau lokasi tepat ijtimak, sila bagitau di ruangan komen..
  • 17hb-19hb April - Perlis, Jitra & Sg.Petani
  • 19hb-21hb April - Penang
  • 21hb-23hb April - Penanti, Selama, Ipoh & Taiping
  • 24hb-26hb April - Kelantan
  • 26hb-28hb April - Kuala Lumpur - Masjid Jame’ Seri Petaling
  • 28hb-30hb April - Jerantut - Madrasah Sg.Badak
  • 30hb April-02hb Mei - Kuala Terengganu & Besut
  • 02hb-04hb Mei - Johor Bahru & Batu Pahat - Masjid Jamek Yong Peng
  • 04hb-06hb Mei - Seremban & Melaka
  • 07hb-09hb Mei- Tawau & Sandakan - Masjid Daerah Sandakan
  • 10hb-12hb Mei- Kota Kinabalu, Beaufort & Labuan
  • 13hb-15hb Mei - Miri, Bintulu & Limbang 
  • 16hb-18hb Mei- Kuching & Sibu

dan bayan lagi.. 




dan pesanan terakhir..
kalau ada org tanya; "tak susah ke? tak leceh ke? tak rimas ke? bela janggut panjang2.."
jawaplah dengan sopan; "apa susahnya? apa lecehnya? apa rimasnya? janggut tumbuh ke bawah, bukan tumbuh ke atas.."

sekian..






Insuran & Road Tax Online

8 comments:

  1. no 8 nak rehat dulu. apa kata buat no 9 dulu.

    ReplyDelete
  2. ada ke janggut yg umbuh ke atas? hehehe

    ReplyDelete
  3. ijtimak Penanti di Masjid Putih sebelah USM Transkerian, Nibong Tebal.

    ReplyDelete
  4. Tempat² Istima' berserta tarikh (ambil dari entri kawan FB):

    jtima' Malaysia 2014
    Perhimpunan Seluruh Ummat Islam Lelaki atas Maksud Agama.

    17,18, 19 April 2014.
    Markaz : Perlis, Jitra, Sungai Petani.
    di Madrasah Tahfiz Pinang Jaya, Bukit Pinang, Jitra, Kedah.

    19, 20, 21 April 2014.
    Markaz : Penang.
    di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang.

    21, 22, 23 April 2014.
    Markaz : Penanti, Selama, Ipoh, Taiping.
    di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

    24, 25, 26 April 2014.
    Markaz : Kelantan.
    di Mdrsh Hafiz Kg Api-Api,Bunut Susu,Pasir Mas.

    26, 27, 28 April 2014.
    Markaz : Kuala Lumpur.
    di Masjid Jami’ Sri Petaling, Kuala Lumpur.

    28, 29, 30 April 2014.
    Markaz : Jerantut, Kuantan.
    di Madrasah Sg. Badak, Jerantut, Pahang.

    30 April & 1, 2 Mei 2014 .
    Markaz : Kuala Terengganu, Besut.
    di Madrasah Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

    2, 3, 4 Mei 2014.
    Markaz : Johor Bahru, Batu Pahat.
    di Masjid Jami' Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

    4, 5, 6 Mei 2014.
    Markaz : Melaka & Seremban.
    di Masjid Ar-Rasyidin, Masjid Daerah Alor Gajah, Melaka.

    7, 8, 9 Mei 2014.
    Markaz : Tawau, Sandakan.
    di Masjid Daerah Sandakan, Sabah.

    10, 11, 12 Mei 2014.
    Markaz : Kota Kinabalu, Beaufort, Labuan.
    di .....

    13, 14, 15 Mei 2014.
    Markaz : Miri, Bintulu, Limbang.
    di Surau Darul Hidayah, Bintulu, Sarawak.

    16, 17, 18 Mei
    Markaz : Kuching & Sibu.
    di .......

    Istmk d kl 2 kali

    1) 26 & 27 april
    2) 24 & 25 mei

    ReplyDelete
  5. jtima' Malaysia 2014
    Perhimpunan Seluruh Ummat Islam Lelaki atas Maksud Agama.

    17,18, 19 April 2014.
    Markaz : Perlis, Jitra, Sungai Petani.
    di Madrasah Tahfiz Pinang Jaya, Bukit Pinang, Jitra, Kedah.

    19, 20, 21 April 2014.
    Markaz : Penang.
    di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang.

    21, 22, 23 April 2014.
    Markaz : Penanti, Selama, Ipoh, Taiping.
    di Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

    24, 25, 26 April 2014.
    Markaz : Kelantan.
    di Mdrsh Hafiz Kg Api-Api,Bunut Susu,Pasir Mas.

    26, 27, 28 April 2014.
    Markaz : Kuala Lumpur.
    di Masjid Jami’ Sri Petaling, Kuala Lumpur.

    28, 29, 30 April 2014.
    Markaz : Jerantut, Kuantan.
    di Madrasah Sg. Badak, Jerantut, Pahang.

    30 April & 1, 2 Mei 2014 .
    Markaz : Kuala Terengganu, Besut.
    di Madrasah Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

    2, 3, 4 Mei 2014.
    Markaz : Johor Bahru, Batu Pahat.
    di Masjid Jami' Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

    4, 5, 6 Mei 2014.
    Markaz : Melaka & Seremban.
    di Masjid Ar-Rasyidin, Masjid Daerah Alor Gajah, Melaka.

    7, 8, 9 Mei 2014.
    Markaz : Tawau, Sandakan.
    di Masjid Daerah Sandakan, Sabah.

    10, 11, 12 Mei 2014.
    Markaz : Kota Kinabalu, Beaufort, Labuan.
    di .....

    13, 14, 15 Mei 2014.
    Markaz : Miri, Bintulu, Limbang.
    di Surau Darul Hidayah, Bintulu, Sarawak.

    16, 17, 18 Mei
    Markaz : Kuching & Sibu.
    di .......

    Istmk d kl 2 kali

    1) 26 & 27 april
    2) 24 & 25 mei

    ReplyDelete
  6. Tahu x taklim kat johor bahru
    bandar baru uda.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...