Thursday, May 09, 2013

PRU13 (sambungan dari entri lepas..)

di Ambang PRU13 (part 2)

  1. statistik; kewajipan 5 thn sekali, hampir 80% muslim tunaikan.. kewajipan 5 kali sehari, x sampai 30% muslim tunaikn..

    *muslim di sini merujuk kpd melayu..
    **statistik ni kat malaysia sj..
    ***sumber statistic dr internet.. jadi x percaya pun xpe.. x jejas iman..


  1. Me & kengkawan 3hari, semoga Allah bangkitkn umat Islam di atas 1 fikir, 1 kerja, 1 maksud dgn baginda Nabi saw.. — at Surau Ihyaul Falah Jalan Cempaka, Kayu Ara.

di Mambang PRU13..
  1. Alhamdulillah.. syukur pd Allah.. kat Malaysia ni kita dpt buat keje tabligh dgn mudah.. xde halangan utk jemaah2 keluar & masuk..
    jadi aku & korang kena tambah korban sbg tanda syukur atas nikmat Allah tu.. insyaAllah..

di Jambang PRU13..
  1. buat le camne pun.. org islam xkan bersatu atas nama parti.. x kira la parti tupperware, parti pinggan mangkuk atau parti besday..

  1. masa ni Allah masih nak guna harta kita.. insyaAllah akan dtg satu masa org dtg bagi harta kat kita & kata tolonglah ambil harta saya utk agama tpi kita kata yg sy terima smlm pun masih blm guna lg..
    -tashkil 4b njauh la tuan2, apa lagi..
     — at Masjid Jamek BB Sri Petaling.

  1. pesanan dari imam besar Masjid Jamek BB Sri Petaling..
    Tn2 yg mulia pru dah habis yg panas mula nak sejuk,marilah kita sama2 usha dan fikir bagaimana kita menjadi lebih baik dari segi amalan agama,sifat dan akhlak,apa yang boleh kita amal kita amalkan,bukankah solat jemaah boleh,tutup aurat boleh,bersatu boleh,jng mengutuk boleh,jng mengumpat boleh...byk lagi benda yg boleh,hukum2 yg x boleh kita laksanakan mcm hudud dan yg seumpamanya kita usahakan sedikit demi sedikit sehingga semua manusia suka pada agama pada masa tu barulah pemerintahan dapat berjalan atas hukum Allah

  1. Dikirimkan kepada markaz di seluruh India.

    Dari Banglawali Masjid, Bhasti Nizamuddin, New Delhi.

    Yang dimuliakan dan dihormati saudara saudara seagama semoga Allah (swt) memberi taufik kepada kami dan kamu semua sebagaimana yang Dia suka dan reda.

    Assalamualaikum w.b.

    Maksud usaha taligh bukanlah untuk menyebarkan atau mewujudkan sesuatu yang tertentu bahkan dengan usaha ini kita ingin menghidupkan perkara yang dibawa oleh baginda nabi (saw) bagi kejayaan muslimin dan sedikit demi sedikit kita terus membawa orang orang Islam kepada amalan ini mengikut kemampuan mereka. Asas bagi semua perkara tersebut ialah dengan menjadikan keluar meninggalkan rumah untuk mencari keredaan Allah (swt) sebagai satu adat yang umum. Sejauh mana perkara ini menjadi umum sebanyak itulah hujan rahmat Allah (swt) akan mula turun secara umum juga.

    Hujan rahmat dan nikmat Allah (swt) ini amat susah untuk dibayangkan oleh orang yang mudah untuk bersafar bagi sekecil kecil perkara dunia pun dan sebaliknya menjadi susah bagi mereka untuk safar bagi menghidupkan sunnah yang berkat dan paling unggul ini.

    Perkara ini jadi susah kerana sehingga sekarang ini kita tidak merasakan kepentingan safar Tabligh. Kita menganggap safar safar ini hanya satu gerakan untuk membetulkan kalimah atau membetulkan solat sahaja. Oleh sebab itu kita tidak memberi kepentingan kepadanya. Pada hal maksudnya ialah untuk menyalakan dan mencahayakan semua amalan amal itu yang mana dengan perantaraan nya amalan keduniaan menjadi amalan agama dan amalan agama yang biasa menjadi hakikat dan seperkara lagi dengan perantaraan nya dapat mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah swt yang merupakan maksud agama Islam dan hari demi hari hubungan itu semakin bertambah dan ujud satu khafiat resah dan tidak ketenganan untuk lebih maju dalam hubungan ini dan kewujudan khaifiat ini menjadi berterusan /istiqamah.

    Oleh kerana maksud ini ialah maksud nurani dan rohani maka waktu yang paling sesuai untuknya ialah di bulan Ramadan. Oleh kerana maksudnya ialah untuk mengujudkan nur dan meningkatkan nur maka sebanyak mana usaha  ini dihidupkan dan diusahakan dibulan ramadan iaitu perlu gerakan usaha secara umum bagi menghidupkan sunnah ini,maka Allah swt akan mula menurunkan rahmat dan nikmatnuya secara umum keatas orang Islam yang terhenti sebelum ini kerana rosaknya manusia secara umum.

    Usaha ini akan menjadi kukuh dan mantap sekiranya ahlullah, orang orang yang risau agama dan orang orang yang ingin melihat nama dan agama Allah menjadi tinggi dapat menggerakkan ramai orang untuk usaha ini, maka kerja ini akan lebih kuat dan kukuh.


aku azam 40 hari pada 15 Syaban ni insyaAllah.. tolong amin ek..







Insuran & Road Tax Online

1 comment:

  1. Assalammuaikum...
    Alhamdulillah... >_<

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...